Thursday 2 February 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 17

"Apa yang you nak lagi ni Rina?"tanya Danial acuh tak acuh. Qairina hanya tersenyum manja. "Come on dear, you lupa ke yang i pernah cakap dengan you yang i akan cari sampai dapat bukti yang wife you tuh memang nak gugurkan kandungan tuh.. forget?" soal Qairina.


"You ni kenapa ni Rina? tak cukup-cukup lagi.."rengus Danial. Qairina terus mengeluarkan rakaman suara dan meletakkannya di atas meja. Dia menekan butang 'play'. Danial hanya mendengar, dia agak terkejut bahawa itu suara Mia. "So, Danial, now, dekat sini dah ada bukti.."sinis Qairina.


Danial membatu, dia masih tidak percaya bahawa suara itu milik Mia. "I tak percaya! you sengaja nak kenakan isteri i kan!" tengking Danial, dia meramas-ramas tengkuknya, "Dear, siapa punya suara lagi? memang itu memang suara Mia kan? nak kata tipu? macam mana tuh? come on, you boleh fikir balik.." terang Qairina dan terus keluar dengan hati yang melonjak gembira, Danial jatuh ke perangkapnya.


Danial masih runsing, mungkin ada betulnya apa yang Qairina cakapkan. Danial masuk ke rumah, Mia terus menghulurkan tangan, tapi tidak disambut, mungkin Danial penat fikir Mia. Mia segera naik ke atas mencari kelibat suaminya.


Dia membuka pintu bilik, tiada. Dia melihat suaminya tidur di bilik berlainan, Mia semakin runsing dengan perubahan mendadak suaminya padahal baru semalam mereka berdua bermesra dan gembira untuk bercuti ke Korea. Makanan yang diminta siang tadi pun tidak terusik.


PAGI itu, suaminya masih membisu begitu juga hari-hari seterusnya, apa salah aku? tanya Mia sendiri. Sudah 5 hari suaminya masih tiada perubahan, Mia mengambil keputusan untuk bersemuka dengan suaminya mencari jalan penyelesaian.


Mia terus masuk ke bilik suaminya kerana suaminya tidak mahu tidurnya dengannya lagi. "Abang.."panggil Mia. Danial membatu, dia masih buat tidak tahu memandang siling, "Abang, kenapa ni?"tanya Mia lagi, masih tiada jawapan. Mia terus menepuk lembut lengan Danial.


Danial terus bangun memandang Mia dengan pandangan tajam. "Abang, abang ni kenapa? nak dekat seminggu macam ni..abang kata nak bawak pergi Korea, dah siap barang-barang, lagi dua hari nak pergi..tapi abang buat endah tak endah..Mia ni manusia bang..ada perasaan, kalau abang diam macam ni..Mia tak tahu apa salah Mia..apa salah Mia?"tanya Mia dengan nada sebak.


"Kau tanya aku apa salah kau?! kau jangan nak berlakon depan aku boleh tak?! kau dah gugurkan anak tuh, kau tak tahu lagi apa salah kau?!"tengking Danial dengan menggunakan perkataan yang kasar. Mia tergamam. Dia agak terkejut dengan tuduhan suaminya, dan perkataan kasar suaminya.


"Abang! apa abang cakap ni?! gugurkan anak?! mana mungkin Mia sanggup gugurkan anak Mia sendiri abang..mana abang dapat fitnah ni abang? ya Allah.."esak Mia. Danial merengus,  "Betul apa yang Rina dan mama cakap! yang kau ni sebenarnya pandai berlakon guna air mata..aku dah dapat bukti tuh semua lah.."jerkah Danial.


"Abang, kenapa abang lebih percayakan orang luar, dari Mia? Mia ni isteri abang.."rayu Mia. Tapi tidak diendahkan. "Lebih baik kau berambus dari sini! aku tak nak tgk muka kau lagi! pergi!"teriak Danial sambil menolak-nolak Mia. Mia hampir tersungkur.


Akhirnya dia akur, dia mengemas barang dan berlalu pergi, dia menaiki keretanya dan bergerak ke rumah Mira. Mia mengetuk pintu rumah Mira berkali-kali, akhirnya, Mira membuka pintu. "Mia, kau kenapa ni? masuk.."pelawa Mira.


Mira melihat mata Mia yang sembap. Pasti ada sesuatu yang berlaku pada rakan karibnya, kalau tidak, masakan dia boleh membawa pakaian di dalam bag besar.  "Mia..kau ada masalah ke?"tanya Mira lembut. Mia tersenyum dengan hambar. Dia menceritakn semuanya.


Mira menggeleng. "Mira, boleh aku tumpang rumah kau?"tanya Mia. Mira mengangguk. "Mia, dulu kan rumah ni, rumah kau jugak..tak ada masalah..sekarang ni, kau pergi rehat dekat atas..bilik kau tak diusik pun..jangan fikir-fikirkan sangat tau.."nasihat Mira. "Terima kasih, Mira.."ucap Mia. Mira mengangguk. Mia terus berlalu naik ke atas.


Biliknya masih tidak berubah. Dia terus mengemas pakaiannya. Dia baring di atas katil sambil memandang kipas yang berputar. Kepala dia berputar kembali bagaimana bencinya suaminya terhadap dirinya, mukanya yang menahan marah, hatinya menjadi sedih bila mengatahui, suaminya lebih percayakan orang lain daripada isterinya sendiri, terutama lagi daripada Qairina, bahkan, suaminya sendiri tahu yang Qairina cuba merampas dia daripada tangan Mia. Mia mengeluh, berat sekali keluhan yang dilepaskan.


Akhirnya, air mata yang bertakung di birai mata, akhirnya jatuh juga tersembam bumi. Mia terlena dengan hati yang lara dan jiwa yang kian tertekan, mampukah dia hadapi semua ini? badai yang melanda berbaris-baris meminta giliran. Berselirat sungguh jiwa isteri muda itu.






p/s : sdeyh kan ? bodosshh laaa Rina tuh ! :p













No comments:

Post a Comment