Tuesday 7 February 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 21

Mia telah keluar daripada hospital. Danial telah mengambilnya di hospital. Sampai sahaja di rumah, Puan Sri Hasnah terus menyambutnya dengan mesra, Mia mula pelik. "Mama.."panggil Mia dan terus menyalam tangan tua Puan Sri Hasnah sambil tersenyum.


Danial buat tidak tahu, marah pada mamanya masih terasa dengan sikap mamanya. Mia menguis lengan Danial supaya menyalam Puan Sri Hasnah. Danial hanya menurut. Mereka berjalan dan duduk di sofa ruang tamu itu.


"Mia..mama mintak maaf sangat..mama memang mama yang tak berguna..mama caci maki kamu selama ni..maafkan mama..Danial, mama maafkan mama.."ucap Puan Sri Hasnah pilu. Hatinya sangat pilu dan kesal yang penuh di hati.


Mia tersenyum. "Ma..mama tak salah apa-apa pun dengan Mia..sikit pun tak..mama, mama lah mama yang paling baik yang Mia ada..Mia tak dendam dengan mama pun..percaya lah mama.."balas Mia ikhlas. Puan Sri Hasnah terus memeluk Mia dengan sedu sedan.


"Mama tak sangka kamu sesuci ini Mia..mama betul-betul mintak maaf..Danial maafkan mama.."pujuk Puan Sri Hasnah lagi kepada Danial. Danial memandang Mia, Mia mengangguk. Danial tersenyum kepada Puan Sri Hasnah. "Danial dah lama maafkan mama, mama maafkan Danial sebab tinggikan suara dekat mama.."balas Danial pula.


Puan Sri Hasnah menggeleng. "Danial tak salah apa pun pada mama..mama yang buat Danial sakit hati.."balas Puan Sri Hasnah. Selepas bergenang air mata, mereka kembali reda. Puan Sri Hasnah melayan Mia bagaikan puteri. "Dah lah Danial..Danial bawak Mia berehat dekat atas ye..Mia nak apa? mama masakkan untuk Mia.."tanya Puan Sri Hasnah sambil tersenyum. "Apa-apa aje mama..kalau mama masak, semua Mia makan.."balas Mia sambil tersenyum, Puan Sri Hasnah membalas seadanya dan mengangguk, dan terus berlalu pergi.


DANIAL membaringkan Mia di atas katil. Dia tersenyum kepada Mia. Mia membalas seadanya.  "Sayang, duduk dulu..abang nak ambik air masak kejap, ye?"ucap Danial. Ketika Danial mahu berlalu pergi, Mia terus menahan lengan Danial. Danial mengangkat kening, Mia terus memeluk Danial.


Danial terpaku. Danial membalas pelukkan isterinya, dia menangkat dagu Mia supaya memandangnya. "Sayang, kenapa ni? cakap dengan abang.."tanya Danial pilu. Perasaan menyesal mengasak jiwanya. "Sayang, maafkan abang..abang betul-betul menyesal sayang..maafkan abang ya.."ucap Danial lagi.


Mia menggeleng. "Abang, abang tak salah apa-apa pun dengan Mia..Mia cuma..Mia cuma..cuma rindu dengan abang..Mia rindu sangat dengan abang.."rintih Mia gagap menahan sebak di dada. "Abang pun sama..abang pun rindu sangat-sangat dengan Mia, abang janji tak akan sia-sia kan hidup sayang lagi.."ucap Danial pantas mencium dahi Mia.


"DANIAL, pergi panggil Mia..pimpin dia elok-elok, baru keluar dari hospital tuh.."nasihat Puan Sri Hasnah. Tan Sri Idris hanya tersenyum, dia sudah mendengar pengakuan isterinya dan menceritakan segalanya, dia tahu isterinya sudah insaf, ucapan syukur tidak henti-henti dari mulutnya.


"Mama.."panggil Mia dan terus duduk di kerusi meja makan. Puan Sri Hasnah tersenyum. "Haaa, Mia..nak makan? mama dah buatkan udang sambal petai kegemaran Mia..makan lah..sedap tau..air tangan mama ni.."pelawa Puan Sri Hasnah mesra. Mia tersenyum.


"Macam mana mama tahu ni?"tanya Mia sambil tersenyum nakal. Puan Sri Hasnah tergelak kecil melihat gelagat Mia. "Mama tahu daripada Makcik Siti..dah lah..makan tuh..abang, Danial mari makan sekali ni.."panggil Puan Sri Hasnah. Tan Sri Idris dan Danial datang sambil tersenyum.


KETIKA makan malam, banyak yang dibualkan, Mia mula rasa bahagia. "Ni, bila Mia dengan Danial nak ada anak ni? dah lama mama dan papa tunggu ni.."usik Puan Sri Hasnah. Darah merah naik menyerbu ke muka Mia. Dia menunduk menahan malu.


"Sabar lah mama..lagi pun kan Mia baru sihat..nanti ada masa, kita orang bagi lah cucu dekat mama.."usik Danial lagi. Mia memandang wajah Danial, Danial mengenyitkan matanya, nakal! 
Mia hanya menunduk. Mereka bergelak rawa melihat Mia.


MIA membawa potongan epal dan air jus anggur dan meletakkannya di atas meja di ruang tamu itu, Puan Sri Hasnah dan Tan Sri Idris, sudah lama diulit mimpi. Danial tersenyum mamandang Mia. Mia membalas dan terus menghenyakkan punggungnya bersebelahan dengan Danial.


"Abang.."panggil Mia. Danial memaling memandang isterinya dengan pandangan yang redup. "Mama dengan papa nak cucu ke?"tanya Mia, Danial terdiam. "Mungkin, kenapa sayang tanya ni? hmm?"tanya Danial lembut.


"Tak ada apa..abang pun mesti teringin nak ada anak kan? nak dekat setahun kita tak ada anak..ye tak abang?"tanya Mia. Danial mengangguk. "Kita usaha ya sayang.."pujuk Danial. Mia mengangguk. "Sayang, tadikan nak usaha, jom naik bilik, mengantuk lah.."usik Danial dengan pandangan yang menggoda.


Mia terus mencubit lengan Danial. "Hadoy! sakit lah sayang..abang gurau je, tapi kalau betul-betul lagi syok.."usik Danial lagi. Mia tergelak, Danial turut ketawa. "Dah lah abang, Mia naik atas dulu, mengantuk.."balas Mia.


Danial memandang Mia dengan pandangan nakal, Mia mengerutkan dahi. "Amboi sayang, abang gurau je tadi..tak sabar nampak..kejap ea, biar abang habiskan tgk cerita ni.."usik Danial lagi. Mia menjengilkan matanya, Danial mengenyitkan matanya.


"Perasannya abang, abang ingat Mia tak sabar ea..tak apa..i will lock the door..bubye.."lambai Mia dan terus berlari naik ke atas, Danial terus mengejar Mia dengan hati yang gembira dan bahagia.






N/F : awwwww , sweetnyeee ><







No comments:

Post a Comment