Wednesday 15 February 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 41

Pagi itu, selepas sarapan, Mia menyerahkan Syukri bag pakaiannya dan anak-anaknya. Mereka bersalaman. “Mira..kau ingat kamu jaga diri kamu tuh..jaga makan minum suami..jangan nakal-nakal..” nasihat Hajah Hanum sambil mengesat air mata menggunakan hujung lengan baju kurung kedahnya.


Mira mengangguk tanda mengerti, Mia tersenyum melihat kemesraan itu. “Yelaa..mak..jangan risau..mak jangan frust menonggeng pulak bila Mira tak ada..” usik Mira. Hajah Hanum mencubit lengan Mira, Mira menjerit kecil sambil tersengih.


“Apa la kamu ni! Syukri..kamu jaga anak mak ni..jangan bagi muka sangat..” nasihat Hajah Hanum kepada Syukri pula. Syukri tersenyum, “Baiklah mak..” balas Syukri lalu mencium tangan Hajah Hanum diikuti oleh Mira dan sempat menghadiahkan ciuman kedua-dua pipi Hajah Hanum.


Mia terharu melihat, fikirannya melayang mengingati mak dan ayahnya. Mesti mak dan ayahnya gembira kalau dapat melihat Nia dan Hafizi. Mia memandang anak-anak yang berada di dukungannya. Mira dan Syukri mengangkat Nia dan Hafizi untuk memberi peluang Mia menyalam Hajah Hanum.


“Makcik..Mia pergi dulu ye..” ucap Mia dan menyalam tangan tua Hajah Hanum dan mencium kiri dan kanan pipinya. Dibalas juga oleh Hajah Hanum. “Hmm, yelaa..kamu jaga diri ye Mia? Kalau ade masa, ikut la Syukri dengan Mira balik kampung makcik..bawak suami sekali dengan Nia dan Fizi..kerja elok-elok tau..” nasihat Hajah Hanum.


Mia mengangguk tanda mengerti. “Baiklah makcik..ouh, yaa..pakcik mana?”tanya Mia ingin tahu apabila melihat kelibat Haji Daud tidak muncul-muncul. “Mana lagi kalau ke kebun? Tak reti lekat dekat rumah..anak nak balik pun, dia cakap, dah besar panjang laa..dah ada suami laa..macam je laa si tua tuhh..” bebel Hajah Hanum.


Mia tergelak kecil diikuti oleh Syukri dan Mira, Mira tersengih nakal, Syukri yang melihat isterinya mengetahui pasti isterinya ada idea nakal hendak mengenakan Hajah Hanum. “Haiiihh, mak..furst menonggeng nampak!”usik Mira lagi.


Hajah Hanum memberi jelingan yang tajam. Hajah Hanum sempat mencium kedua-dua pipi gebu Nia dan Hafizi. Selepas memberi salam, mereka bergerak meninggalkan kawasan kampung milik Hajah Hanum dan Haji Daud.


SAMPAI sahaja di rumah, Mia meletakkan kedua-dua anaknya di tempat tidur bayi yang mempunyai dua, Mira memberitahu bahawa Danial yang menghantarkan sebelum berangkat ke kampung Mira. Satu berwarna biru, milik Hafizi dan satu lagi berwarna ungu milik Nia.


Mia tersenyum memandang wajah anak-anaknya. Mia mengemas barang-barang anak-anaknya dan pakaiannya lalu baring merehatkan diri yang keletihan.






N/F : NAKAL SNGGUH MIRA TUH ! :P





No comments:

Post a Comment