Wednesday 15 February 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 30

Danial sibuk menyiapkan kerja-kerja yang tergendala. Dia berhenti dan mengingatkan balik kejadian yang berlaku 2 bulan yang lalu. Tiba-tiba terbit rasa simpati terhadap isterinya, dia sendiri pelik, kenapa dia boleh bulat-bulat percaya tentang gambar itu.


Tapi dia masih yakin dengan gambar itu. Ego kelakiannya semakin meninggi. Tiba-tiba pintunya di buka kasar. Danial tersentak dan tidak berkelip memandang Syafiq. “Kau halau Mia Danial?!”tanya Syafiq serius. Danial merengus.


“Kalau ya pun kenapa?! Sebab kau tak ada teman tidur..owh, aku lupa! Anak yang dia kandung tuh anak kau kan!”balas Danial. “Biadap!”jerkah Syafiq dan terus melayangkan penumbuk sulungnya ke muka Danial, Danial terkedu.


“Kau tahu tak! Mia sebenarnya sayangkan kau! Kalau kau nak tahu! Gambar tuh semua gambar palsu! Aku hantar Mia ke klinik sebab dia sakit, muntah..kau tahu tak!”tengking Syafiq. Danial bangkit dan menentang mata tajam Syafiq.


“Aku tak peduli! Sekarang kau pergi! Aku takna tgk muka kau!”balas Danial. Syafiq merengus. “Kau dengar sini Danial! Kebenaran akan terbongkar dan suatu hari nanti kau jangan menyesal dan jangan tanya kenapa Mia tak dapat terima kau!”balas Syafiq dan terus berlalu. Danial meraup wajahnya, tidak sampai beberapa minit Qairina muncul dengan memakai skirt sendatnya dan kemeja tanpa lengan.


Qairina tersenyum mesra sambil bergerak ke arah Danial. “Hai sayang..sayang, kenapa dengan Syafiq tuh? Dia pandang I macam nak makan I hidup-hidup..”manja Qairina. Danial memandang Qairina sekilas. “Biarlah dia..nak sangat belahi perempuan murah tuh..”balas Danial kasar.


Qairina tersenyum, akhirnya perangkapnya berjaya. “Okay..sayang, bila you nak ceraikan Mia? You kata you nak kahwin dengan i..macam mana ni?”rengek Qairina sambil duduk di atas meja Danial. Danial memandang Qairina.


Dia tahu, dia sudah terlanjur kata yang dia mahu berkahwin dengan Qairina. “Nanti dululah..lagi pun, I tak ready nak kahwin lain..”balas Danial acuh tak acuh. “Hey! Mana boleh macam tuh Danial! You tahu tak, I dah bagi tahu papa pasal hal ni..dia kata nak langsungkan secepat mungkin!”marah Qairina.


You boleh sabar tak?! I ada banyak hal nak uruskan..lagi pun, waktu tuh I tengah marah..semua I lupa..dan semua I lepaskan..itu bukan kehendak i! I tak mungkin kahwin dengan you! I sanggup jadi duda!”tengking Danial.Qairina merengus,  Whatever..you dengar sini Danial..you tetap akan berkahwin dengan i! I akan uruskan dengan papa..you dengar elok-elok, faham?”balas Qairina dan berlalu dengan hati yang puas. Danial meraup wajahnya. Dan melepaskan keluhan yang berat. Dia runsing memikirkan masalah yang dihadapinya sekarang.






N/F : PDAN MUKE DANIAL ! :P

No comments:

Post a Comment