Friday 3 February 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 18

Danial semakin resah, kini, sudah genap 3 bulan dia tidak menemui isterinya. Perasaan rindu menjalar di hati. Tapi ego membuatkan dia lupa diri. Bagi dia Mia sudah jijik di depan matanya, tapi masihkan dia boleh bertahan dengan rindu yang sentiasa di hati?


"Danial, temankan i shopping jom.."ajak Qairina. Danial hanya mengangguk. Dia cuba untuk mencintai Qairina sepenuh hati. Tapi hatinya tidak mudah berpaling, bagi dia, nama Nurul Mia Sarah, sudah dipahat kukuh di hatinya.


"MIA, jom kita pergi kedai kasut tuh.."ajak Mira, Mia mengangguk. Perasaan Mia ketika itu amat pilu. Perasaan rindu pada suami bertandang di hati. Ketika sedang sibuk membelek-belek kasut yang berkenan di hati, Mia tidak perasan bahawa Danial yang dari jauh memerhati tingkah laku Mia.


Tiba-tiba dia teringat wajah isterinya yang sunggul, dan sembap kerana menangis sepanjang hari. Kerana ego, dia membiarkan Mia bersedih, kerana ego juga dia menghalau Mia, ego sudah bermaharajalela di hatinya ketika itu. Dia terus menyingkirkan perasaan rindu pada Mia.


Dia terus memegang Qairina dan berjalan ke tempat lain takut terserempak dengan isteri kesayangannya nanti. "Mira, aku ingat nak kerja lah..lagi-lagi aku dah duduk dengan kau..bila kau pergi kerja, tak ada lah aku boring sangat..dan, boleh aku bayar bil air dengan elektrik, tak kau aje yang kena bayar, betul tak?"tanya Mia.


"Kau nak kerja? kerja dekat tempat Syukri nak? kebetulan aku lupa nak bagi tahu kau yang aku dah berhenti kerja lepas kau ada krisis dengan Danial..aku malas nak tgk orang yang suka fitnah macam tuh.."terang Mira. Mia berdehem, "Agak-agak lah..suami aku tuh.."balas Mia sambil tergelak, Mira turut tergelak sama.


"Tapi, Syukri belah guaman kan? aku mana tahu sangat..kalau yang bahagian rekaan, atau arkitek aku okay lah.."terang Mia lagi. Mia dan Mira berjalan beriringan ke restoran Secret Recipe. Mereka duduk selepas memilih kek pilihan mereka.


"Tak apa..aku pun macam kau jugak..mula-mula tak tahu, tapi nanti Syukri kau punya..nanti dia bagi bahan bacaan untuk undang-undang, kau baca aje lah..macam study balik..review lah katakan.."usik Mira. Mia tergelak kecil.


"Tapi, lusa aku nak pergi ambik barang-barang aku dekat Mentari..banyak discussion dekat situ.."beritahu Mia. Mira mengangguk. "Biar aku temankan kau.."pelawa Mira. Mia menggeleng. "Tak apa, biar aku pergi sendiri, kau jangan risau.."tolak Mia perlahan. Mira mengangguk. Selepas mereka makan, mereka terus pulang ke rumah.


DANIAL dan Qairina sampai di perkarangan rumah Danial ketika jam berganjak ke pukul 8 malam. Puan Sri Hasnah tersenyum melihat mereka berdua. "Danial, Rina..masuk lah, makan..penat aunty masak tau Rina.."pelawa Puan Sri Hasnah.


Danial hanya membisu. "Yeke aunty? mesti sedap kan? Danial, jom makan.."ajak Qairina manja sambil memaut lengan Danial, Danial hanya membatu. Selepas pertemuan dengan Mia tadi, hatinya tidak keruan. Rindu pada si isteri semakin membuak-buak, mahu sahaja dia memeluk Mia tadi, tapi egonya menghalang.


Danial hanya mengangguk lemah. "Ma, papa mana?"tanya Danial. Semenjak papanya tahu bahawa dia telah menghalau Mia, dia jarang melihat papanya pulang awal. Tiba-tiba dia teringat kembali bagaimana marah papanya itu. "Kamu ni dah gila ke Danial?! yang kamu percayakan si Rina tuh buat apa?! padahal kau memang tahu yang dia saja nak rosakkan rumah tangga kau..


Buat penat aku hantar kau belajar tinggi-tinggi, tapi otak tak ada!"tengking Tan Sri Idris, muka Tan Sri Idris yang putih berubah menjadi merah menahan amarah yang tinggi. "Papa..Danial tahu..tapi papa, suara yang dalam perakam suara tuh, memang suara Mia..dia memang rancang nak gugurkan anak tuh..habis siapa yang buat suara tuh, kalau bukan Mia..


Jadi, betul lah yang memang betul!"balas Danial menegakkan kebenaran. "Kau ni kan, cuba fikir..sekarang dunia ni, tiada yang mustahil..si Rina tuh boleh jumpa pakar untuk mengubah suara Mia!"jerkah Tan Sri Idris lagi.


Danial hanya menunduk. Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu membalas balik kata-kata papanya. "Abang, memang betul tuh suara Mia..abang ni percaya sangat dengan perempuan tuh! sekarang ni bang, perempuan bertudung yang konon alim pun tak tentu tak pernah bergelumang dengan maksiat!"bindas Puan Sri Hasnah tiba-tiba. "Kau diam Hasnah!"tengking Tan Sri Idris dan berlalu pergi.


"DANIAL?"panggil Puan Sri Hasnah. Danial terhenti daripada lamunannya. "Haa..ma, papa mana?"tanya Danial lagi. Puan Sri Hasnah menggeleng. "Kan mama ada cakap tadi, papa kamu selalu balik lambat sekarang, nanti okay lah dia tuh..mengelamun sangat kamu ni..dah makan..mama dah cedokkan nasi tuh.."pelawa Puan Sri Hasnah.


Danial menggeleng dan terus naik ke atas. Puan Sri Hasnah hanya bungkam, Qairina turut begitu. Mereka terus menjamu selera. Di dalam bilik, Danial diam. Tiba-tiba wajah Mia ketika menangis sewaktu memujuknya terbayang di ruang mata, bertapa sedihnya wajah itu.


Danial terus mencari-cari barang ketinggalan Mia. Dia terlihat sehelai baju Mia, dia mendakap erat baju itu. Akhirnya, air mata laki jatuh jua ke lantai bumi. Danial tertidur sambil mendakap erat baju itu membayangkan Mia di dalam dakapannya.






p/s : ego nye Danial ni ! :p















No comments:

Post a Comment