Wednesday 15 February 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 32

"Mia, kau dah prepared barang-barang?"tanya Mira selepas melangkah ke bilik rakannya ini. Mia memandang Mira dan mengangguk. “Dah..tapi, esok boleh kau bawak aku pergi Jusco? Aku nak beli barang baby sikit la..lagi pun, ni dah masuk 7 bulan ni..takut tak sempat pulak..”tanya Mia.


Mira mengangguk, “Kau larat ke berjalan? Kau tuh makin sarat..”balas Mira. Mia mengangguk, “Boleh, tuh laa aku ajak..sebab takut makin sarat, makin tak larat aku nak jalan nanti..”balas Mia. Mira mengangguk, “Okay, boleh je..kita pergi pagi okay? Tuh minum susu tuh, then tidur tau..aku masuk bilik dulu..assalamuaalaikum..”pamit Mira dan berlalu selepas salamnya berjawab.


PAGI itu, tepat pukul 11 pagi Mia dan Mira sudah berada di hadapan Jusco. “Mia, kau nak makan dulu tak? Kau teringin nak makan apa?”tanya Mira. Mia berfikir. “Haa..aku ingat nak makan steam boat..jom! kau belanja ea?”manja Mia.


Mira mencebik, “Aku jugak yang kena keluarkan duit..pokai aku macam ni..”balas Mira. Mia tergelak. “Alaa..ini untuk kali terakhir, kod-kod kau tak sempat nak belanja aku nanti, macam mana? Menyesal tak sudah kau..”balas Mia, Mira terus berhenti ketawa.


“Apa maksud kau Mia?”tanya Mira serius. Mia tersenyum, “Tak ada apa laa..aku gurau je..apa la kau ni..”balas Mia, Mira menjelirkan lidah dan akhirnya mereka ketawa bersama. Selesai makan, Mia terus bergerak ke tempat menjual barangan bayi.


Mia membelek satu persatu. “Ea, Mira, ni lawa tak?”tanya Mia sambil menunjukkan baju tidur berwarna putih dan bergambar mickey mouse. “Lawa, tapi anak kau laki ke perempuan?”tanya Mira. Mia menggeleng. “Aku tak tahu..doktor tak dapat kesan..pelik jugak..tapi aku beli dua-dua laa..laki dengan perempuan..”balas Mia. Mira mengangguk, “Bagus jugak..kod-kod ada rezeki kau dapat kembar laki perempuan..boleh aku tumpang sekaki..”usik Mira. Mia tergelak.


Selepas memilih 10 helai baju bayi laki dan perempuan, Mia dan Mira bergerak ke pakaian ibu mengandung. “Mira, kau tolong carikan baju mengandung warna putih dengan tudung putih sekali..tudung sarung je la..”minta Mia.


Mira mengerutkan dahi. “Kau ni, banyak-banyak warna..putih juga kau pilih..ape kehe nye yop?”tanya Mira. Mia tersenyum, “Saja, buat persediaan..”balas Mia. Mira menggelengkan kepalanya, Mira juga pelik dengan perubahan mendadak Mia.


SELEPAS selesai mencari barang yang diminta, mereka terus pulang ketika jam berganjak ke pukul 3 petang. Danial keresahan, dia tidak tahu mengapa bila berada di hadapan Mia, egonya meninggi, tapi dari jauh, hatinya benar-benar sayu.


Qairina yang sedang duduk di hadapannya memandang jengkil kepadanya. “You ni kenapa Danial? Tak kan nak fikirkan perempuan tuh lagi? Dia dah curang dengan you lah..”tanya Qairina manja. Danial meraup wajahnya. “Rina, I stay can’t believe with that photo..untill I can see in front of my eyes..”balas Danial.


Qairina merengus, “Suatu hari nanti you akan nampak juga Danial, believe me okay..by the way, I dah prepare barang kahwin kita..you datang rumah I untuk pilih kad..i tak tahu mana nak pilih la..”balas Qairina. “You boleh tunggu tak? Sekarang I ada problem..dengan isteri i..dengan anak I yang bakal dilahirkan lagi..”balas Danial serius.


Qairina merengus. “You percaya ke tuh anak you? Entah anak siapa entah..you boleh percaya? Maybe tuh anak Syafiq? Kita tak tahu..waktu you pergi Johor, you nampak sendirikan, Syafiq ambik dia di rumah? Are you don’t have any brain to think about it? Believe me, the baby is not yours..”hasut Qairina, Danial merengus dan terus berlalu keluar dengan perasaan yang bercampur baur. Qairina ketawa sinis.






N/F : JHATNYEEE DANIAL AND QAIRINA ! KSIAN MIA ! :'(

No comments:

Post a Comment