Sunday 29 January 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 16

"Mia, aku nak mintak maaf sangat dengan kau pasal kejadian semalam..sebenarnya, aku tak terfikir pun boleh sampai macam ni sekali..aku betul-betul marah dengan Rina tuh.."terang Mira dengan nada kesal.

Mia menggeleng. “Kau tak salah la..sekarang ni, beban aku kurang sikit lepas dah pindah rumah ni..Cuma, rindu jugak dengan papa dan mama dekat sana..”ucap Mia.Mira mengerutkan dahi. “Tabah betul kau Mia..macam mana la kau boleh rindu dengan mami jarum tuh lepas dia dah buat-buat macam dengan kau? Haiii, pelik betul..”tungkas Mira.

Mia tersenyum. “Dah la..kita lupakan je..sekarang ni, kau temankan aku pilih baju yang sesuai nak bawak pergi Korea nanti..suami aku kata, cari sikit-sikit dulu..nanti esok, aku dengan suami aku cari sepenuhnya..”terang Mia.Mira mengangguk dan membuntuti Mia.

SO, aunty, macam mana ni?”tanya Qairina. “Entah la..aunty pun tak tahu nak buat apa ni..rungsing betul la..”beritahu Puan Sri Hasnah.Qairina tersenyum. “Aunty, Rina ada cara yang sesuai, cukup sesuai..”telah Qairina sambil tersenyum sumbing.

“Apa nya?”tanya Puan Sri Hasnah.Qairina merapatkan dirinya ke telinga tua Puan Sri Hasnah dan membisikkan rancangan mereka.Puan Sri Hasnah yang mendengar hanya tersenyum seraya mengangguk, mengiakan kata-kata Qairina. “Bagus idea kamu Rina! So, bila kamu nak mulakan?”tanya Puan Sri Hasnah.

“Aunty tak perlu risau..biar Rina yang bereskan..yang paling penting, aunty kena tunggu berita dari mulut Danial yang dia dan Mia ada krisis..”tungkas Qairina.Puan Sri Hasnah dan Qairina bersama-sama ketawa yang sukar ditafsirkan.

“ABANG, baju ni boleh ke bawak pergi sana?”tanya Mia ingin kepastian.Danial tersenyum, “Boleh la sayang..lagi pun, sekarang ni kan musim sejuk..”terang Danial.Mia mengangguk, Danial mengambil keputusan untuk mengambil cuti dan menemani Mia untuk membeli belah pakaian mereka untuk ke Korea.

“Amboi sayang ni..beli barang tak ingat dunia ea..”usik Danial.Mia tersengih, “Alaa..abang yang bagi green light, Mia apa lagi..beli je laa..abang pernah kan dengar pepatah melayu, rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari..macam tuh la maksud Mia sekarang..”beritahu Mia ceria.

“Ea..bukan lain ke? Bukan macam ni ke.. maut jangan ditolak, rezeki jangan dicari..”usik Danial.Mia terus mencubit lengan Danial manja.Dia terus memaut lengan Danial dan terus meneruskan misi membankrupkan suaminya, huhu!



N/F : trok btol laa rina dengan hasnah tuhh ! :p

Tuesday 24 January 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 15

"Entah-entah kau yang mengadu dengan Mira sampai Rina kena lempang!"tengking Puan Sri Hasnah.Mia menggeleng. "Ma, Mia tak mengadu dekat siapa-siapa pun.."terus terang Mia lemah lembut. "Habis macam mana Mira tiba-tiba datang serang aku?! mak bapak aku pun tak pernah lempang aku tau!"tengking Qairina pula.


Mia hanya menunduk.Dia sendiri bingung, padahal dia tidak tahu menahu bagaimana Mira boleh tahu di mana tempat Qairina bekerja. "Asal kau diam?! kau tak tahu nak cakap apa?!"jerkah Qairina lagi.Mia hanya menggeleng.


"Rina, maknanya betul yang Mia ni yang mengadu! saja nak kenakan Rina! kau memang kurang ajar kan perempuan?! kau sedar tak kau tuh siapa dekat rumah ni?! kau tuh cuma sampah yang dikutip oleh anak aku! kau tuh perempuan pembawa malang! perempuan pembawa sial! sundal!"hina Puan Sri Hasnah.


"Ma!"tengking Danial. "Hasnah!"tengking Tan Sri Idris pula.Mia yang sedari tadi memandang lantai terus mengangkat muka memandang suaminya dengan mata yang berair.Danial melihat isterinya dengan hati yang pilu, dia tidak sampai hati melihat isterinya begitu.Mia terus berlari naik ke atas.


Puan Sri Hasnah dan Qairina terdiam dan terkejut, muka mereka sudah pucat lesi. "Nah! siapa yang ajar awak kurang ajar macam tuh?! berani kau cakap macam tuh dekat menantu sendiri! saya dah tak kenal lagi siapa awak Hasnah!"jerkah Tan Sri Idris.Puan Sri Hasnah hanya membatu, dia tidak berani mahu mengangkat muka untuk melihat wajah suaminya yang merah menyala menahan amarah yang tinggi.


"Ma, kenapa mama buat macam tuh dekat isteri Danial? mama, why? apa salah dia mama? pa, Danial dah nekad nak bawak Mia keluar dari rumah ni.."beritahu Danial dan terus berlalu naik ke atas untuk memujuk isterinya.Tan Sri Idris menggeleng. "Kamu Rina, jangan sesekali kamu jejakkan kaki kamu dekat sini..berani kau cakap macam tuh dekat menantu aku..apa kau ingat kau dah cukup baik nak jadi menantu aku? sedar diri tuh sikit.."marah Tan Sri Idris dan terus berlalu naik ke atas.


"SAYANG.."panggil Danial yang melihat isterinya teresak-esak di balkoni bilik mereka. "Abang, kenapa mama benci dengan Mia? apa salah Mia? sebab Mia tak bagi dia cucu ke? tapi abang, itu bukan kehendak Mia..Allah, yang tentukan..Mia dah tiada siapa dekat sini..kenapa semua benci Mia.."esak Mia sayu.


Danial yang mendengar menjadi pilu, dia tahu bertapa sedih isterinya diperlakukan begitu. "Sayang, tahu mau cakap macam tuh..Mia ada abang..selagi abang ada, abang akan jaga Mia sampai akhir hayat abang, percaya lah sayang.."pujuk Danial.


Mia terus memeluk Danial, Danial turut membalasnya. "Sayang, tadi sebenarnya abang ada surprise..tapi tak jadi..jadi, sekarang ni laa abang nak bagi satu benda.."beritahu Danial.Mia mengangkat keningnya. "Apanya bang?" tanya Mia selepas puas menangis di badan sasa suaminya itu.


"Abang dah beli rumah..barang kelengkapan, semua dah ada..sekarang ni, sayang kemas barang-barang sayang..kita pergi ye? malam ni jugak kita pergi dari sini.."ajak Danial.Mia mengerutkan dahi. "Abang, kenapa tak tunggu esok je? lagi pun, mama dengan papa setuju ke?"tanya Mia.


Danial tersenyum, dia bangga dengan isterinya, isterinya masih lagi menghormati mamanya walaupun dicaci maki dan dihina. "Papa setuju..mama? tak perlu lah..sayang, jangan paksa abag bagitahu mama..abang sedih dengan sikap mama..tak apa..malam ni lagi bagus, tak ada lah hati sayang terluka.."ucap Danial, Mia mengangguk dan tersenyum.


Danial bergegas menyimpan semua pakaiaannya ke dalam but kereta.Puan Sri Hasnah terus keluar melihat anaknya pergi tanpa memberitahunya, dia tahu bahawa anaknya sedih dengan perilakunya.Kurang ajar kau Mia! aku akan pastikan anak aku tinggalkan kau! dendam Puan Sri Hasnah.


"WAAHH! lawanya abang!"teriak Mia.Danial yang sedang mengangkat bag-bag baju tersenyum melihat telatah isterinya. "Suka?"tanya Danial. "Suka sangat-sangat.."teriak Mia.Danial terus merangkul pinggang ramping isterinya dari belakang, Mia hanya tersenyum.


"Sayang, tgk ni.."tunjuk Danial sambil mengangkat dua tiket penerbangan.Mia mengambil dan membeleknya, Korea! "Abang, untuk apa ni?"tanya Mia sambil mengerutkan dahi. "Abang nak ajak sayang honey moon..lagi pun, waktu kahwin, abang lupa bawak..so, minggu depan kita pergi, okay? nanti kita pergi cari barang sama-sama..tapi kalau esok, Mia nak pergi cari dengan Mira dulu pun boleh..nanti abang bagi duit.."beritahu Danial.


Mia tersenyum. "Abang, Mia tak kisah pun kalau abang tak bawak Mia pergi bulan madu, yang paling penting kita bahagia.."balas Mia ikhlas, Danial tersenyum, dan mengangguk. "Tapi, abang nak ajak sayang..sayang tak nak pergi ke?"tanya Danial pura-pura merajuk, Mia terus memeluk Danial.Danial membalas seadanya, Mia berjanji kepada dirinya yang dia akan tabah selagi suaminya berada di sampingnya.






p/s : wahhh ! koreaa meyhh ! smoga dia orng bhagia kan ? wktu ni , dia orng tk thu pown bhawa awann mendung sedang berarak ke arah mereka :D

Monday 23 January 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 14

"Ea..Mia, pergilah rehat..kan baru keluar hospital.."nasihat Tan Sri Idris.Mia tersenyum seraya mengangguk. "Pa, Danial hantar Mia naik atas dulu ye..nanti Danial turun.."beritahu Danial.Tan Sri Idris hanya tersenyum dan mengangguk, dia tahu bertapa sedihnya kehilangan zuriat yang dinanti-nantikan terutamanya kejadian ini berlaku pada anaknya sendiri.


"Sayang, sayang rehat dulu ye.."nasihat Danial sambil membaringkan isterinya di atas katil lalu menyarunkan stoking di kakinya.Mia hanya mengangguk. "Sayang nak makan apa? biar abang ambik kan dekat bawah naik atas.."tanya Danial.


"Abang, mari kejap.."panggil Mia perlahan.Danial hanya menurut. "Abang, Mia nak mintak maaf sangat dengan abang sebab.."ucapan Mia terhenti kerana tiba-tiba dia menjadi hiba, Danial pilu melihat telatah isterinya tapi hanya mendiamkan diri untuk memberi ruang untuk isterinya meneruskan ucapannya.


"..sebab Mia tak dapat nak bagi zuriat sulung untuk abang dan cucu untuk mama dengan papa.."ucap Mia sedih.Hatinya benar-benar kecewa. "Sayang, jangan macam ni..abang tak suka Mia cakap macam tuh..tak apa, abang faham..kita cuba lagi ye?"pujuk Danial.


Danial turut sedih dengan keguguran isterinya tapi dia mengerit bahawa isterinya lagi sedih kerana dia yang kandungkan bayi tersebut.Mia mengangguk sambil menangis teresak-esak, Danial yang melihat turut berasa sebak dan terus merangkul erat isterinya, dia harus memberi kekuatan buat isterinya.


SELEPAS sebulan, Mia sudah habis pantang, dia sudah berjanji dengan Mira untuk ke Pavilion untuk menghilangkan rasa sedih yang bertandang di hati.Mia memakai blaus hijau muda dan seluar slack hitam dengan tudung hijau, kasut tumit tinggi hijau, dan secalit lipstik, comel sungguh wajahnya.


"Ma, Mia keluar dulu ye..mama makanlah tengah hari ye..tak perlu tunggu Mia.."kata Mia lemah lembut.Puan Sri Hasnah menjeling. "Keluar lah! kau fikir aku kisah?! aku pun tak ingin nak makan dengan perempuan kotor macam kau tau! aku bukan tunggu kau, aku tunggu Rina..orang yang layak berdamping dengan anak aku! yang boleh bagi aku cucu, bukan macam kau!"sinis Puan Sri Hasnah.


Mia menunduk, dia tidak mahu menjadi seorang yang lemah, air mata yang hampir menitis dari tubir mata pantas diseka. "Maafkan Mia ma..Mia pergi dulu, assalamuaalaikum.."ucap Mia dan berlalu pergi dengan hati yang sebal.


"SORRY, lama tunggu?"tanya Mia.Mira menggeleng, dia melihat wajah Mia yang muram dan kusam. "Kau kenapa ni Mia? mami jarum tuh ada kutuk kau apa-apa lagi ke?"tanya Mira, dia tahu bahawa Mia pasti diperlekehkan kalau tidak, masahkan wajah Mia yang kelat itu.


Mia menggeleng. "Mia, come on, tell me okay? share lah dengan aku..apa guna kawan kalau tak saling membantu.."pujuk Mira lagi. "Tak apa laa Mira..kau gerak pergi Pavilion dulu..then, kita terus makan dekat Nando's, lepas tuh, aku story dengan kau ea? jom laa.."ajak Mia.


Mira terus memandu melintasi jalan raya untuk bergerak ke Pavilion.Selepas hampir 20 minit, Mia dan Mira sampai di Pavilion, mereka terus bergerak ke  Nando’s.Selepas mengambil pesanan, Mira terus bertanya pada Mia. “So, Mia..what it is?”tanya Mira teruja.


“Entah la Mira..aku pun tak tahu..aku dah kahwin dengan Danial nak dekat 4 bulan..tapi cara layanan mama..langsung tak ada perubahan..kadang-kadang aku tak faham..yang Rina, kejap baik dengan aku..kejap buruk sangka dengan aku..kadang-kadang aku hampir give up..tapi demi suami aku, aku bertahan juga..”terang Mia dengan hati yang serba kesal.


Mira mengangguk. “Kau kena sabar Mia..aku percaya suatu hari nanti, mami jarum tuh, mesti terima kau jugak..cuma, selagi si Rina tuh sentiasa ada dengan mami jarum tuh..selagi tuh dia akan racun fikiran mami jarum nanti. Lagi payah..then, aku nak tanya kau satu benda..aku nak tanya kau dulu..tapi fikir balik, kau baru gugur, nanti bertambah sedih..sekarang kau dah okay, so aku nak tanya..”tanya Mira serius.


Mia mengerutkan dahinya. “Apanya? Berkenaan dengan anak aku? Kenapa?”tanya Mia pula. “Ni, sebelum kau tidur, kau ada minum apa-apa tak? Malam kau gugur tuh…makan?”tanya Mira. “Hm..rasanya, aku tak makan sebab dah kenyang aku minum je..air coklat, Rina yang buat..dia bagi aku..”terang Mia.


Mira memetik jari. “Aku rasalah kan Mia, punca keguguran kau tuh dari  Rina laa..kalau tak, macam mana kau boleh gugur? Tak kan kau ambik ubat tuh? Tentu tak kan..kau cuba fikir balik..lagi pun, Rina tuh memang tergila-gilakan suami kau kan..”serkap Mira, tapi ada betulnya.


Mia menggeleng. “Mira, tak baik tuduh orang macam tuh..aku tak rasa Rina yang buat..dia tak mungkin sekejam tuh..”telah Mia.Mira mengangkat bahu, “Tapi, aku akan cuba siasat, don’t worry okay?”tegas Mira, Mia mengangguk, selepas mereka makan, terus berjalan-jalan untuk menghilangkan fikirannya yang berselirat.


MIA sampai di perkarangan rumah ketika jam berganjak ke pukul 8.Mia mencari kelibat suaminya di dalam bilik dan melihat sesusuk tubuh sasa tinggi lampai suaminya sedang berdiri di balkoni sambil memandang ke langit yang hitam dan kelam yang hanya disenari bulan dan bintang.


“Abang, sorry, Mia balik lambat sikit..Mia cari baju tadi..”beritahu Mia tanpa diminta suaminya, dia terus menyalam Danial, Danial seperti biasa akan mencium dahi Mia. “Tak apa..sayang pun kena juga berjalan supaya hilangkan rasa sedih tuh sikit..”balas Danial.


Mia hanya tersenyum seraya mengangguk, dia terus mencapai tuala dan mandi.Danial membalas seadanya walaupun hatinya penuh lara apabila teringat akan perbualannya dengan Qairina di pejabat siang tadi. “Apa yang you merepek ni Rina?!”jerkah Danial.


Marah sungguh dia ketika itu lagi-lagi melibatkan isterinya. “Come on Danial, I know you..i bukan tuduh isteri you bukan-bukan..but, you can imagine, macam mana boleh gugur? Kalau bukan dari isteri you sendiri..is it, right?”tanya Qairina yang membakar kemarahan Danial.


“Isteri I bukan macam tuh Rina! You jangan main serkap jarang je tau! I know my wife..what you know about her? Nothing!”jerkah Danial.Qairina masih tidak mahu mengalah, “You tell me that I doesn’t know anything? Hello dear, I’m a girl, your wife also is a girl..so, I know what the girl’s feeling..”balas Qairina.


You better get out from here! Get out!”tengking Danial.Qairina merengus. “Hey Danial! I will get out from here..but I just want you to think about what I said..kalau you tak percaya suka hati you! Tapi jangan menyesal kalau ia betul!”balas Qairina dan berlalu dengan hati yang puas.


“JAUHNYA abang termenung, abang menungkan apa tuh?”tanya Mia.Danial berhenti daripada mengelamun, dia terus memalingkan muka memandang isterinya yang lengkap memakai baju tidur, dia menggeleng.Dia memandang anak mata Mia.Dia dapat rasakan, kejujuran dan keikhlasan dan kesedihan yang dialami isterinya.


“Sayang, sayang sayangkan anak kita tuh kan?”tanya Danial tiba-tiba.Mia mengerutkan dahi pelik mendengar soalan suaminya itu. “Mestilah..tapi tak ada rezeki..Mia sayang sangat-sangat dengan anak kita..”balas Mia sambil menundukkan kepalanya.Danial terus merangkul erat isterinya dan mencium pipi Mia bertalu-talu.Dia berasa kesal kerana terpedaya dengan kata-kata Qairina.


MIRA terus menyerang pejabat Qairina, dia merempuh masuk terkejut Qairina dibuatnya. "Hey! you buat apa dekat sini! berambus! jangan nak jadi pengemis dekat sini.."jerkah Qairina, Mira memandang dengan pandangan tajam.


"Aku nak tanya kau! betul tak kau yang racunkan Mia sampai dia gugur?! cakap!!"teriak Mira hampir satu pejabat boleh mendengarnya.Qairina seperti cacing kepanasan. "Apa yang kau cakap ni?! aku tak faham laa!"balas Qairina gagap.


"Tak faham ke, pura-pura tak faham! kau jangan berlakon lah! asal kau gagap?! betulkan apa aku cakap?!"tanya Mira sekali lagi.Qairina mengetap bibir menahan geram di hati. "Woy! kau fikir kau siapa?! kau dah datang pejabat aku, then, senang-senang je kau tuduh aku macam-macam! entah-entah betul yang kawan kau Mia, perempuan tak guna tuh, yang makan racun tuh! anak luar nikah!!"teriak Qairina.


Tiba-tiba pipinya terasa perit kerana ditampar oleh Mira.Muka Mira merah menahan marah. "Kau siapa nak lempang aku?! mak bapak aku pun tak pernah lempang aku tau! lebih baik kau keluar sebelum aku panggil guard! keluar!"tengking Qairina kuat.


"Kau ingat aku nak sangat duduk dekat sini?! aku tak ingin! jijik kau tahu tak! kalau aku tak fikir kawan aku Mia tuh! tak ingin aku jejak pejabat perempuan macam kau! aku boleh pergi daripada sini, tak perlu guard, tapi kau kena ingat Rina, kalau kau apa-apa kan Mia! kau orang pertama yang aku cari.. assalamuaalaikum.."Mira terus melangkah keluar dengan hati yang lega.






p/s ; grangkan Mira ? tkut tk ? hikhok .. hahahaha :*

Sunday 22 January 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 13

Mia tersedar, dia merasakan keperitan di ari-arinya lagi.Dia melihat sekelilingnya. "Sayang dah sedar.."panggil Danial lesu. "Mia, kau dah sedar, baguslah.."panggil Mira pula.Mia tersenyum, lalu berpaling memandang wajah Danial yang sunggul.


"Abang, kenapa dengan Mia? kenapa tiba-tiba Mia ada dekat hospital? macam mana dengan baby kita? dia okay ke?"soal Mia bertalu-talu.Danial meraup wajahnya, dia sendiri tidak tahu bagaimana harus diterangkan kepada Mia.Tiba-tiba dia teringat bagaimana Doktor Ana memanggilnya masuk ke biliknya.


"Encik Danial, silakan duduk.."pelawa Doktor Ana. "Terima kasih, jadi doktor, macam mana dengan isteri saya? anak saya?"tanya Danial gementar. "Begini Encik Danial, melalui pemeriksaan kami, Puan Mia mengalami keguguran melalui cecair..kami tidak tahu sama ada, Puan Mia sendiri yang mengambil ubat itu, ataupun ada orang yang ingin sabotaj Puan Mia.."terang Doktor Ana.


Danial tersentap. "Maksud doktor, anak saya gugur? ubat gugur?"tanya Danial menggigil.Doktor Ana mengangguk. "Tapi saya harap, Encik Danial dapat menerangkan kepada Puan Mia dengan perlahan-lahan..saya bukan serkap jarang Encik Danial, saya dapat rasakan bahawa Puan Mia telah disabotaj, kalau tidak, kenapa dia begitu gembira dengan kehadiran bayi itu.."terang Doktor Ana lagi.Danial mengangguk.


"Abang, kenapa dengan baby?"tanya Mia gementar sekali gus mematikan lamunan Danial.Danial memandang Mira, Mira mengangguk, Mia hanya memerhati dengan pandangan yang pelik. "Sayang, abang tahu sayang seorang yang kuat, dan mampu melalui dugaan ini.."beritahu Danial.


Mia mengerutkan dahi. "Why? has anything wrong happen to my baby? what's it?"soal Mia tegas. "Sayang, mengalami keguguran..kerana racun.."ucap Danial perlahan.Tersentap jantung Mia.Dia bagaikan terasa kehilangannya nyawanya sendiri.


Air mata yang bertakung di birai mata, akhirnya jatuh berlinangan.Dia menangis teresak-esak.Danial terus memeluk Mia.Mia membatu. "Sayang, kenapa sayang tinggalkan mama? sayang lah hati mama sayang.."menangis Mia tersedu-sedan.


Mira yang mendengar terus berasa sayu.Selepas makan, Mia banyak berdiam, sepatah yang ditanya, sepatah juga yang dijawab. "Sayang, abang nak balik, mandi kejap..nanti abang datang balik ye..nanti Mira temankan Mia ea? Mira, you look Mia for me.."beritahu Danial lembut.Mira mengangguk.Mia terus menyalam Danial, Danial mengucup dahi Mia.


"Mia, kau sabar okay? kau kena kuat..Allah sayang kau..believe me, one day, you will pregnant again, okay?"nasihat Mira.Mia mengangguk sambil menangis tersedu-sedu. "Siapa lah kejam sangat racunkan anak aku..lebih baik dia racun aku..anak aku tak salah apa-apa pun.."luah Mia sayu.


"Kau jangan risau Mia, aku akan cari sampai dapat siapa yang buat kau sampai ni..believe me, selagi aku ada, aku akan sentiasa sokong kau.."nasihat Mira lagi. "Thanks, Mira.."ucap Mia perlahan, tapi masih didengari oleh Mira, Mira mengangguk, tiba-tiba pintu dikuak dari luar.


"Tak payah laa kau nak buat sisa air mata kau tuh, Mia..entah-entah kau yang makan racun tuh sebab tuh bukan anak kau, kan? mengaku je perempuan murah.."tungkas Puan Sri Hasnah. "Ma! kenapa mama fitnah Mia sampai macam tuh sekali? mana mungkin Mia racun anak Mia sendiri mama.."sayu suara Mia.


Qairina hanya tersenyum sinis. "Hey perempuan! kau ni kan, nak berdalih lagi kan? entah-entah betul apa yang aunty cakapkan tuh..kau tuh kan perempuan kampung yang boleh buat apa sahaja, materialistik!"tengking Qairina.


Mira mula geram apabila diperlekehkan Mia begitu sekali. "Hello, there..ni ke mama Danial? hello, Puan sri, saya ni kawan Mia, kenapalah ye mulut puan sri sebijik macam mami jarum..sedap-sedap kutuk pasal Mia..entah-entah, perempuan yang tak cukup benang dekat sebelah Puan Sri kod yang lahir anak luar nikah, then gugurkan..siapa tahu.."balas Mira memulangkan paku buah keras.


Serta merta darah merah menyerbu ke muka Qairina.Puan Sri Hansah menjengilkan matanya ke arah Mira. "Aik? Puan Sri, cuba tgk perempuan sebelah Puan Sri tuh? dah merah muka dia, kenapa? betul ke Cik Qairina..oh my Godness.."ejek Mira lagi sambil menekup mulutnya dengan tangan.


Mia memegang lengan Mira sambil menggeleng, supaya berhenti bersuara lagi. "Aunty, jom lah balik..rimas Rina duduk sini.."ajak Qairina.Puan Sri Hasnah mengangguk sambil membalas pandangan yang tajam ke arah Mia dan Mira.


"That's good idea Cik Qairina..oups! i will open the door for the damn people like you..so, please get out.."sinis Mira sambil membuka pintu untuk Puan Sri Hasnah dan Qairina, mereka berdua merengus dan segera berlalu dengan perasaan yang meluap-luap.


Mira segera memandang Mia yang sudah berlinangan air mata. "Dah laa Mia, dia orang dah tak ade dah pun..paling penting kau kena happy je selalu..haa..esok, kau dah boleh keluar, apa kata, lusa kita pergi Pavilion? banyak baju lawa-lawa tau..mesti kau suka punya.."ajak Mira.Mia tersenyum seraya mengangguk, dia harus teruskan hidup. Harus!






n/f : truk kan ? dugaan menimpa .. sbaik ade mira .. okay , maybe crite nii , korng ingt aku         tiru 'ANDAI ITU TAKDIRNYA' .. tapi , seriously .. ni memng sye pnye idea aku .. versi i maybe .. okay ? syg korang :s



Saturday 21 January 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 12

"What? biar betul aunty?"soal Qairina ingin kepastian. "Betul laa, tak kan aunty nak tipu kamu..aunty pun tak sangka cepat betul Mia tuh mengandung..baru 3 bulan kahwin..tak pasal-pasal bukan anak Danial..hish, tak nak aunty ada cucu luar nikah.."terang Puan Sri Hasnah.


Qairina tersenyum. "Habis, aunty tak nak buat apa-apa?"soal Qairina.Aku mesti buat sesuatu..aku tak boleh biarkan zuriat Danial dan Mia lahir dekat dunia ni! biar dia orang tahu, yang aku berdendam dengan dia orang..sebaik orang tua ni tak suka Mia, senang kerja aku..gerutu Qairina dalam hati.

"Nak buat apa lagi? tak kan nak gugurkan pulak? dah lah, Rina, malam ni, kamu datang rumah aunty, kita makan malam sama-sama ye.."ajak Puan Sri Hasnah.Pantas Qairina mengangguk.Gugur? idea yang baik..kebetulan malam ni, makan malam..nasib memang belahi aku..ucap Qairina dengan hati yang puas.


MIA yang menyiapkan diri dengan memakai baju kurung kapas berwarna oren berbunga kecil berwarna merah beserta tudung sarung berwarna oren di kepalanya, dikenakan pula secalit lipstik, terserlah sungguh kecomelannya.

Lantas dia mengambil telefon mendail nombor Danial. "Assalamuaalaikum.."ucap Mia. "Waalaikumussalam..kenapa ni sayang? sayang nak makan apa-apa ke? ke tak sihat?"soal Danial bertalu-talu, Mia tersenyum.


Dia sungguh beruntung kerana memiliki Danial yang begitu mengambil berat tentang dirinya.Apa sahaja yang diidamkan ketika mengandung sekarang, pasti akan ditunaikan.Tidak pernah ditunaikan.

"Tak laa abang..ni Mia nak mintak izin abang nak pergi MidValley dengan Mira..boleh tak abang?"soal Mia. "Sayang..sayang nak buat apa? kan sayang baru sihat..lagi-lagi sayang tengah mengandung tuh.."ucap Danial lembut.


"Alaa abang..Mia nak keluar kejap je..lagi pun boring lah duduk rumah je..baby pun nak tgk dunia..lagi pun, Mia teringin nak makan journey tuh.."pujuk Mia manja. "Alaa..nanti abang belikan ea?"pujuk Danial lagi.


"Please abang..sekali je..lagi pun, dah lama Mia tak jumpa Mira..rindu dengan dia..kesiankan abang jugak..boleh ea? please.."rayu Mia lagi.Akhirnya Danial beralah. "Okay, tapi promise dengan abang, balik sebelum maghrib..okay? baik-baik tau..jaga diri tuh..assalamuaalaikum.."ucap Danial dan mematikan talian selepas mendengar ucapan Mia.

Tidak sampai seminit, telefonnya berbunyi. "Hello, kau dah sampai? okay, aku turun sekarang.."ucap Mia dan terus mengambil tas tangan dan segera naik kereta Viva berwarna hitam Mira. "Mia pergi mana tuh aunty?"tanya Qairina yang melihat Mia tergesa-gesa menaiki kereta Viva hitam itu.


 "Entah, lantak dengan dia laa..kita buat hal kita je..buat apa kita layan perempuan murah tuh.."dengus Puan Sri Hasnah.Qairina tersenyum sinis. "Aunty, Rina nak keluar sekejap, nak jumpa kawan..nanti Rina datang balik, okay?"pinta Qairina, Puan Sri Hasnah tersenyum lalu mengangguk.

Selepas meluncur laju keluar dari rumah, Qairina segera mendail nombor Sam. "Haa..kau dekat mana? aku nak kau bawak ubat yang kau pernah bagi aku dulu tuh..aku tunggu kau dekat Secret Recipe seksyen 10 tuh..okay, bye.."balas Qairina dan mematikan talian.Dia tersenyum girang.


SAMPAI sahaja di MidValley, mereka terus bergerak ke kedai Journey.Mia tampak begitu berselera ketika makan.Mira mulai pelik, setahunya, walaupun Mia kelaparan pun, dia tidak akan jadi begini. "Kau ni kenapa Mia? selere sungguh aku tgk kau makan..mengidam ke ape?"usik Mira.

Mia tersenyum, memang dia masih tidak memberitahu Mira pasal kandungannya. "Memang pun.."balas Mia tanpa memandang wajah Mira yang terkejut beruk itu. "Hah?! betul ke? dah berapa bulan?"tanya Mira girang.


Mia hanya menunjukkan dua jari terangkat. "Tahniah!"ucap Mira.Mia mengangguk, tiba-tiba telefonnya berdering, nombor yang tidak dikenali tertera di situ. "Hello, siapa ni?"tanya Mia. "Aku ni Rina, jangan lupa balik cepat tau..kita makan sama-sama..mama pun ajak kau sekali..cepat ye.."ajak Qairina dan terus mematikan talian tanpa sempat mendengar penjelasan Mia.


Dahi Mira berkerut. "Kenapa Mia?"tanya Mira pelik. "Entah, tiba-tiba je si Rina telefon aku..cakap elok-elok pulak tuh.."terang Mia. "Dia cakap apa?"tanya Mira ingin tahu. "Dia ajak aku balik cepat ke rumah, sebab ada makan malam sama-sama..mama ajak..tapi tadi mama bukan main maki hamun aku lagi..tak kan senang dia ajak aku.."terang Mia lagi.

Mira mula tidak sedap hati. 'Wey Mia..lebih baik kau jangan percaya sangat..sebab kalau orang tiba-tiba baik macam ni, dia ada agenda tersendiri.."terang Mira.Mia mengerutkan dahi beserta anggukkan.Mereka menyambung perbualan mereka.


MIA sampai di rumah ketika jam berganjak pukul 7.Dia terus solat dan turun.Dia melihat suaminya sudah ada di meja makan. "Abang.."panggil Mia dan terus menyalam tangan Danial, Danial terus mencium dahi Mia.Qairina mencebik.

Ketika Puan Sri Hasnah sibuk memasak, dia tidak menyedari bahawa Qairina telah meletakkan air coklat Mia dengan sesuatu.Dia terus masuk ke ruang makan. "Mia, ni i ada buatkan you air coklat..bagus tau untuk kesihatan baby.."pura-pura Qairina.Mia tersenyum dan mengangguk. "Terima kasih laa Rina, buat susah je.."ucap Mia sambil tersenyum manis.


Mia terus meneguk laju air coklat itu.Qairina tersenyum.Rancangannya berjaya.Selepas makan, mereka berbual kosong, dan terus masuk tidur.Ketika Mia hendak melelapkan mata, tiba-tiba di bawah ari-arinya dan perutnya sakit, sakit yang teramat.


Mia lantas berlari masuk ke bilik air.Danial terjaga dari tidurnya bila melihat Mia tiada di sebelahnya, bila dia mengetuk pintu bilik air, tiada sahutan, Danial terus mengambil keputusan untuk menendang pintu bilik air, alangkah terkejutnya dia melihat Mia terbaring kaku di bawah sinki dengan bermandikan darah.Danial terus mendukung Mia dan membawanya ke hospital.






p/s : korng nk thu tk ape yng jdi ? tnggu dan lihat bab 13 ! mmuuaahh ckitt :*

BAHAGIA MILIK KITA BAB 11

Masuk kali ini, sudah 5 kali Mia muntah.Semua makanan yang diisi semalam, semuanya keluar.Dia sendiri tidak memberitahu Danial kerana dia fikir mungkin muntah biasa.Mia melihat jam di sisi, hampir pukul 9, walaupun lesu dan tidak bermaya, dia tetap mahu turun ke bawah, tidak mahu Puan Sri Hansah marah pula.

Mia turun dan melihat Puan Sri Hasnah dengan pandangan redup. "Morning, mama.."ucap Mia perlahan.Puan Sri Hasnah mencebik. "Morning apanya? matahari dah tinggi baru kau turun, kau ingat kau siapa? kau sedar tak kau, kau tuh penumpang? Danial kata, kononnya, kau perempuan rajin, aku tgk..macam perempuan sundal je!"tengking Puan Sri Hasnah.

Mia hanya menunduk memandang lantai, dia sendiri tidak tahu, bagaimana lagi mahu melenturkan hati Puan Sri Hasnah yang kerasa seperti batu konkrit itu.Usia perkahwinannya, sudah hampir 3 bulan, tapi layanan Puan Sri Hasnah terhadap dirinya, tidak pernah berubah, bahkan semakin menjadi-jadi.

"Mia mintak maaf ma, Mia rasa tak sedap badan.."mohon Mia lembut.Puan Sri Hansah merengus. "Kau boleh jangan bagi alasan tak? tak payah nak tipu aku..kau ni langsung tak sesuai dapat anak macam aku tau!"sinis Puan Sri Hasnah.

Loya di tekak Mia datang lagi.Dia tidak dapat meminta diri daripada Puan Sri Hasnah, dia terus berlari ke tandas bawah, dan memuntahkan semuanya.Selepas lega sedikit, dia keluar, terkejut dia melihat Puan Sri Hasnah berdiri di depan pintu bilik air dengan wajah yang bengis.

"Yang kau ni kenapa? muntah-muntah apasal?"tanya Puan Sri Hasnah serius.Mia tersenyum, tidak sangka Puan Sri Hasnah mengambil berat pasalnya. "Hmm..tak tahu lah mama..daripada tadi..tapi inysaAllah tak ada apa-apa.."balas Mia sambil tersenyum.

Puan Sri Hasnah tersenyum sinis. "Kau mengandung ea?"tanya Puan Sri Hasnah, Mia tersentak. "Tak tahu lah mama.."balas Mia. "Betul ke? aku tak nak laa..kalau kau mengandung anak orang lain..tak pasal-pasal anak aku jadi pak sanggup..perempuan macam kau ni, tak boleh percaya sangat.."balas Puan Sri Hasnah.

Mia tersentak, jantungnya bagai berhenti berfungsi.Dia tidak sangka, Puan Sri Hasnah sanggup berkata begitu, bertapa sedih dan luluhnya hati Mia. "Ma, tak semua perempuan sama..kalau pun Mia mengandung, Mia bersumpah atas nama Allah, yang janin itu, janin suami Mia..Mia ni masih ada akal dan fikiran untuk fikir mana baik mana tak baik..dan Mia tak kan sekali kali berzina terutama di belakang suami.."balas Mia tegas dan terus berlari naik ke atas.

Puan Sri Hasnah mencebik.Tanpa mereka sedari, Makcik Siti terdengar perbualan itu, dia hanya menggeleng, dia tidak sangka majikannya seperti ini.Dia terus menelefon Danial untuk memberitahu keadaan Mia.Di dalam bilik, Mia menangis sepuas-puasnya.

Dia boleh menerima kalau Puan Sri Hansah menghina dirinya, tapi kalau menghina anaknya, dia tidak sanggup, hatinya bagai dihiris dengan belati.Kenapa mama benci sangat dengan aku? kenapa? apa salah aku? sebab aku tak berharta ke? tapi benda tuh tak bawa ke mana pun..rintih Mia seorang diri, akhirnya, MIa tertidur dengan sisa air mata yang penuh syahdu.

MIA tersedar apabila merasakan ada tangan yang mengusap pipinya lembut, Mia terus membuka mata, dia melihat suaminya berada di sebelahnya. "Abang, abang dah balik.."ucap Mia dan terus menyalam tangan Danial, seperti biasa, dahi Mia dicium.


Mia melihat jam di dinding, dia mengerutkan dahi. "Abang, kenapa awal sangat abang balik? baru pukul 3.."ucap Mia.Danial memandang wajah pucat Mia, Mia hanya menunduk. "Kenapa sakit, sayang tak bagi tahu abang? hmm?"tanya Danial lembut.


Mia menunduk. "Mia tak nak abang risau..tuh je.."balas Mia perlahan, tapi masih didengari oleh Danial. "Tapi, kalau Mia tak beritahu abang, lagi abang risau tau.."terang Danial, "Mia mintak maaf.."ucap Mia.Danial tersenyum dalam merangkul Mia dalam pelukkannya.


Tiba-tiba loya di tekak Mia datang, dia berlari masuk ke bilik air dan memuntahkan segalanya sehingga tidak larat untuk bangun.Danial terus masuk melihat isterinya yang lesu. "Sayang muntah lagi? jom kita pergi klinik.."ajak Danial.


"Takpe la abang..kejap lagi okay laa.."tolak Mia perlahan. "Tak boleh lah macam ni sayang..kita pergi ea? kejap je, lepas tuh kita balik..okay?" pujuk Danial lembut.Mia akhirnya akur, tidak mahu suaminya risau. "Abang, bagi Mia 5 minit, nak solat kejap..tertinggal tadi.."beritahu Mia.Danial mengangguk, dia bangga mempunyai isteri seperti Mia, walaupun tidak bertenaga, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah.


DI dalam kereta, sunyi tanpa bicara, hanya radio sahaja berkumandang. "Abang.."panggil Mia.Danial menoleh sekilas. "Ye sayang..kenapa? sayang nak muntah ke?"tanya Danial risau. Mia tersenyum lantas menggeleng.


"Apa lah abang ni..mana ada, Mia nak tahu, macam mana abang tahu Mia sakit?"tanya Mia ingin tahu.Danial tersenyum. "Tuh lah Mia, tak nak bagi tahu abang..sebaik Makcik Siti bagi tahu..abang terus balik rumah, tapi abang tgk Mia sedap tidur, tuh yang abang tak usik tuh.."terang Danial.Mia hanya mengangguk.


Sampai sahaja di klinik, Danial memimpin Mia lalu duduk di kerusi yang disediakan.Danial mendaftarkan nama Mia.Selepas nama dipanggil, Mia dan Danial masuk.Selepas itu, Mia keluar hanya suaminya sahaja yang masuk mahu mengetahui keputusannya.


Danial keluar, Mia hanya tersenyum, tapi tidak dibalas Danial, Mia mula resah melihat wajah Danial. “Abang, kenapa ni? Apa keputusan DNA Mia tuh?”tanya Mia takut. “Keputusannya, doktor Ana cakap, dalam perut Mia ada tumbuh sesuatu..”terang Danial.


Mia tersentak. “Tumbuh? Tumbuh apa bang?”tanya Mia kalut. Danial menjongketkan bahu. “Abang pun tak tahu, yang abang tahu, doktor Ana cakap, benda tuh akan keluar 9 bulan lepas tuh..”balas Danial menahan tawa.


Mia tersenyum sambil menitiskan air mata. “Yeke abang? Abang ni buat Mia takut je, Alhamdulillah..”ucap Mia. “Hey, kenapa sayang nangis? Abang gurau je tadi..sayang tak perlu risau lagi dah, paling penting sekarang sayang kena jaga kesihatan sayang dan juga baby okay, kejap, abang nak ambik ubat..”balas Danial.


Sampai sahaja dari rumah, Danial memaklumkan kepada Tan Sri Idris dan Puan Sri Hasnah, Tan Sri Idris turut gembira tapi Puan Sri Hasnah hanya mencebik.Semoga dengan adanya cahaya mata ini, mereka akan bertambah bahagia yang kekal abadi.






p/s : tk lame lgii ade baby dahh dye orngg :D





Friday 20 January 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 10

Mia berjalan pantas ke arah pejabat suaminya, dia datang tanpa pengetahuan suaminya, saja ingin mengejutkan Danial, hari ini, Mia hanya memakai blaus lengan panjang berwarna kuning, dengant tudung yang sama warnanya, seluar slack putih bersama kasut 3 inci berwarna kuning, secalit lipstik.

Mia bergerak ke arah Mira. "Ea, Mia..lama tak jumpa kau, yelaa dah ada peneman tidur, mana ada ingat kita lagi dah.."usik Mira kepada sahabatnya itu, Mia tersenyum. "Banyak laa kau..busy sikit laa, dengan suami aku lagi nak jaga..Danial ada dekat pejabat?"tanya Mia.

"Tak ada, dia ada dalam bilik mesyuarat..ni mesti datang senyap-senyap ni.."serkap Mira, Mia tersengih. "Saja, kalau Danial keluar, jangan bagi tahu dia, yang aku ada dekat sini tau..saja nak surprise kan dia..aku masuk pejabat dulu tau.."pinta Mia, Mira mengangguk.

Danial menguak pintu pejabatnya, "Huuaarrgghh!!"sergah Mia. "Mak kau terbalik!"latah Danial tiba-tiba.Mia menekup mulutnya menahan tawa. "Abang, melatah, yok yok yok!"ejek Mia sambil menjelirkan lidah.

"Ouh, dah nakal dah isteri abang!"kejar Danial, Mia lari.Tapi tenaga lelaki lebih kuat, Danial menangkap isterinya lalu menggeletek, tergelak besar Mia. "Okay..cop cop! Alaa..abang ni, usik sikit pun tak boleh.."ucap Mia dengan sisa tawa.

Tanpa mereka sedar, rupa-rupanya Mia sudah duduk di atas pangkuan Danial. "Hehe..sorry, terduduk.."ungkap Mia lalu ingin bangun untuk pindah ke sebelah suaminya tapi ditahan Danial.Mereka bertentangan.Ketika bibir Danial hampir menyentuh bibir munggil Mia, pintu dikuak, Syafiq ternampak lalu, "Oupss! sorry! salah masuk waktu!"maaf Syafiq lalu menetup pintu.Danial dan Mia tersentak.

"Kau ni Fiq, kacau daun laa.."balas Danial.Mia mula malu.Syafiq masuk lalu tersengih.Mia menutup mukanya dengan buku, Danial tersenyum melihat telatah isterinya.Selepas berbincang, Syafiq berlalu, dia memandang Mia.

"Sayang, jom sambung.."ajak Danial mengusik.Mia mencebik. "Tak nak laa..Mia nak balik..nanti kita jumpa dekat rumah ye? bubbyee.."balas Mia sambil menghadiahkan flying kiss kepada Danial, Danial membalas. "Kejap! sayang, balik rumah sambung tau.."usik Danial lagi, Mia menjelirkan lidah.Dalam kegembiraan mereka, hati Syafiq, dihambat rasa pilu yang sukar ditafsirkan.

BALIK dari pejabat, Danial terus masuk ke dalam bilik, dia melihat Mia berdiri di balkoni sambil memakai gaun satin paras lutut berwarna pic.Mia kelihatan lain sangat malam itu. "Hai sayang, seksi nampak..macam tak sabar je.."usik Danial. "Macam tak biasa, banyak laa tak sabar, dah laa..pergi mandi cepat.."balas Mia sambil menolak Danial ke tandas.Danial menurut.

Lepas mandi, "Sayang, jom laa..abang nak peluk ni.."acah Danial.Lalu ingin memeluk Mia, Mia mengelak.Danial mula geram kerana bila dia hendak memeluk Mia, Mia akan mengelak lagi, bila masuk kali ketiga, Mia akhirnya dipeluk Danial, Danial merenung Mia, dan mereka berbalas senyuman, malam yang indah buat mereka.






p/s : shoo shweet kann ? crita aku memng nk shweet ajee .. hahaha :p

Wednesday 18 January 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 9

Mia yang tersedar terus melihat jam di sebelah, pukul 9? lambatnya aku bangun..gerutu Mia dalam hati.Baru Mia hendak menurun dari katil, dia teringat bahawa dia masih tidak berpakaian.Dia memandang wajah Danial di sebelah, lalu dia tersenyum.Badanya masih terasa hangat bagaimana Danial dengan perasaan cinta yang teguh di hati.

Mia terus mengambil tuala dan berlalu ke bilik air.Selepas memakai baju, Mia keluar dari bilik air, dia melihat Danial masih lagi lena.Dia terus duduk di sisi Danial. "Abang.."panggil Mia.Diam. "Abang.." panggil Mia lagi sambil menepuk-nepuk pipi Danial lembut.

Danial terjaga.Lalu dia tersenyum kepada Mia.Danial juga gembira dengan kejadian semalam, bagaimana Mia membalas pelukannya.Mia membalas senyuman Danial. "Abang bangun, dah pukul 10 dah ni..Mia nak turun du.." belum sempat Mia menghabiskan cakapnya, Danial terus mendakap Mia erat.

Mia meronta.Semakin Mia meronta selagi tuh la pelukan Danial semakin erat. "Apa ni abang..abang dah lah tak mandi lagi, lepas tuh peluk Mia pulak tuh.."rengek Mia, Danial tersenyum.Danial melepaskan pelukannya, "Okay..abang mandi, tapi lepas mandi abang nak peluk Mia balik.."balas Danial.

Mia menjelirkan lidah.Danial tergelak, comel sungguh wajah Mia.Danial terus masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.Mia menyisir rambutnya yang paras bahu itu dengan rambut depannya yang sampai kening.Mia berlalu turun ke bawah selepas menyiapkan pakaiaan Danial.

Mia menuruni anak tangga dengan hati yang berdebar-debar.Dari atas dia dapat mendengar suara hilai tawa Qairina.Mia mencebik.Sampai di tangga terakhir, dia tersenyum manis kepada Puan Sri Hasnah dan Qairina, tapi tidak dibalas, hanya dibalas dengan pandangan tajam.

"Selamat pagi, mama, Rina..Sorry mama bangun lewat sikit..penat sikit laa semalam.."ucap Mia lembut.Puan Sri Hasnah merengus. "Tuh laa..kau ni, dasar perempuan kampung yang tak sedar diri tau..baru kahwin dengan anak aku, kau dah tunjuk belang..bangun lambat..apa, kau mimpi nak jadi madam besar dalam rumah ni?

Jangan mimpilah..dasar perempuan kampung murah.."sinis Puan Sri Hasnah.Mia hanya menunduk memandang lantai.Qairina hanya tersenyum mengejek. "Ma, maafkan Mia, Mia terbangun lewat sikit tadi..mama jangan risau, Mia sedar siapa diri Mia..Mia tak bermimpi nak jadi madam besar..hmm..ma, papa mana?"tanya Mia lembut.

Puan Sri Hasnah menjeling tajam.Mia hanya diam dan berlalu ke dapur.Di dapur, air mata Mia jatuh.Berapa lama kah dia harus bertahan jika begini caci maki emak mertuanya? tapi dengan hati yang cinta pada Danial, dia tetap bersabar, dia tidak akan meninggalkan rumah ini, kecuali suaminya yang membuangnya.

Makcik Siti datang, Mia terus mengelap air matanya. "Ea..puan..puan buat apa dekat dapur ni? pergi lah duduk depan.."pelawa Makcik Siti.Mia menggeleng sambil tersenyum. "Puan menangis ke? makcik tahu kenapa..makcik dah dengar tadi..sabar lah ye puan..lambat laun mesti dia akan terima puan jugak, cuma kena tunggu masanya sahaja.."nasihat Makcik Siti.

"Tak apelah makcik..dah biasa dah..makcik takyah lah panggil Mia, puan..panggil je Mia..macam yang selalu makcik panggil Danial, Danial je.."ucap Mia lembut.Makcik Siti tersenyum, dia tahu Mia memang seorang yang hati yang baik, tidak macam Qairina, jauh berbeza!

"Mana boleh..kena panggil puan jugak.."tindas Makcik Siti.Mia menggeleng. "Alaaa..kalau makcik tak nak panggil Mia, Mia..Mia taknak kawan makcik.."rajuk Mia tanda protes.Makcik Siti tersenyum.Makcik Siti mengangguk.Mia tersenyum gembira.Mia terus membantu menyiapkan sarapan.

DANIAL menuruni tangga dengan hati yang riang. "Morning, ma.."tegur Danial tanpa menegur Qairina. "Morning, Danial.."ucap Qairina.Danial hanya mengangguk tanpa senyuman. "Ma, Mia mana?"tanya Danial pelik, melihat isterinya kesayangannya tiada.

"Mana mama tahu..lantak dia lah.."sinis Puan Sri Hasnah.Danial hanya memberi jelingan tajam.Marah sungguh dia melihat ibunya.Danial mencari di dapur, dia melihat Mia sibuk menyiapkan sarapan manakala Makcik Siti pergi ke kedai runcit.

Danial tersenyum melihat tangan comel Mia lincah membuat kerja.Dia menyandarkan dirinya di dinding, dia memerhati.Mia masih tidak sedar akan kehadiran Danial.Danial melihat Mia langsung tidak kekok membuat kerja rumah tidak sia-sia dia mengambil Mia sebagai isteri.

Mia memusingkan badannya. "Oii! mak kau!"latah Mia sambil mengusap dadanya.Danial turut terperanjat lalu dia tersenyum. "Abang ni, terperanjat Mia tahu..kalau Mia sakit jantung, dah lama jalan.."omel Mia.

Danial menggeleng dan terus memeluk pinggang Mia dari belakang. "Sayang, jangan cakap macam tuh..abang tak suka.."balas Danial lembut.Mia tersengih lalu mengangguk.Danial tersenyum, makin erat dia memeluk Mia. "Abang ni, dekat dapur laa..main peluk-peluk orang..dah laa Mia nak bawak makanan pergi depan, abang tolong Mia ea?"ajak Mia.


Danial mengangguk sambil tersenyum.Dia menolong Mia mengambil makanan. "Mama, Rina..marilah jemput makan.."pelawa Mia mesra.Danial hanya tersenyum perasaan bangga kerana memperisterikan Mia menyelinap masuk.


"Hmm..aku tahu laa..nanti aku datang laa.."balas Puan Sri Hasnah acuh tak acuh. "Ma.."tegur Danial. Puan Sri Hasnah mencebik, Mia mengangguk sambil tersenyum.Hatinya pilu. "Mia, buat susah-susah je Mia pelawa Rina makan..aunty, jom lah makan..Mia dah jemput tuh..mesti sedap Mia masak..jom aunty.."ajak Qairina pura-pura.


Danial tahu Mia hanya pura-pura. "Rina nak ke makan makanan perempuan tuh? kalau kamu nak makan, makan laa..aunty tak berani, entah bersih ke tak, entah dia letak-letak apa-apa ke, kan aniaya tuh.."sinis Puan Sri Hasnah. "Ma, i said stop!"tengking Danial.


Qairina terdiam, Mia hanya menunduk. "Abang, tak baik marah mama macam tuh..ma, kalau mama tak nak makan, tak apa laa..Mia naik atas dulu ye? Rina, makan laa..tak ada racun pun.."balas Mia sambil tersenyum lalu naik ke atas dengan hati yang ditusuk sembilu.


"Tgk tuh Rina, budak kurang ajar, kurang adab..biasa laa tuh..selamba dia je, naik atas.."sinis Puan Sri Hasnah.Qairina hanya diam.Tapi dalam hatinya tersenyum riang kerana Puan Sri Hasnah amat membenci Mia, lagi mudah kerjanya.


"Danial pelik, mana pergi sifat lemah lembut dan penyayang mama? Danial tak kenal mama sekarang..kenapa mama benci sangat dengan Mia tuh? apa salah dia mama? mama dah janji dengan Danial yang mama akan sokong Danial..tapi, ini ke namanya sokong? mama patut bersyukur kerana memernantukan Mia..dia masih lagi hormat mama walaupun mama caci maki dia..i don't know you anymore.."balas Danial tegas dan berlalu naik ke atas untuk memujuk isterinya, dia tahu bertapa sedihnya Mia ketika itu.


Puan Sri Hasnah merengus. "Dah lah, jom Rina..jom ikut aunty pergi breakfast dekat luar..rimas aunty duduk dalam rumah ni.."ajak Puan Sri Hasnah.Qairina menurut sambil tersenyum lebar.


DI dalam bilik, Mia menangis sepua-puasnya.Dia mendengar pintu dikuak, Mia terus memalingkan badannya ke arah dinding. "Sayang.."panggil Danial lembut.Mia membatu. "Sayang, pandang abang sayang..bangun meyh.."panggil Danial lembut.


Mia terpujuk juga, dia bangun lalu duduk menghadap suaminya. "Kenapa sayang nangis ni? hmm? bagi tahu abang.."tanya Danial walaupun dia tahu punca isterinya menitiskan air mata sehingga sembap. "Tak ada ape..mana ada Mia menangis..masuk habuk.."nafi Mia sambil mengosok-gosok matanya.


"Sayang, tak mau tipu abang..abang mintak maaf kalau kata-kata mama menggores hati sayang.."terang Danial.Mia menggeleng. "Abang, Mia tak pernah marah mama..mama tak salah apa-apa pun.."balas Mia lembut.


Danial memandang anak mata Mia, Mia membalas renungan suaminya. "Sayang, abang cintakan sayang..abang sayang sangat-sangat dengan sayang..i love you.."ungkap Danial romantis berbisik di telinga Mia.Mia tidak dapat menahan sebak di dada, lalu memeluk badan sasa Danial.Danial membalasnya.


"Sayang, kenapa sayang sedih ni?"tanya Danial. "Terima kasih abang sebab mencintai dan menyayangi Mia, Mia pun cintakan abang, Mia sayang abang sangat-sangat..i love you too.."ungkap Mia pula.Danial tersenyum.


"Abang janji dengan Mia walau apa-apa pun yang terjadi, jangan sesekali abang tinggalkan Mia terkontang kanting ye abang?"soal Mia tersedu sedan. "Ye sayang, abang janji, demi Allah sayang..abang akan jaga sayang macam nyawa abang sendiri..believe me.."ungkap Danial ikhlas.


Mia melepaskan pelukan tapi masih memeluk leher Danial, dia merenung Danial dan mengangguk, Danial merenung dalam-dalam anak mata Mia, Mia membalasnya.Mereka menjalani bahtera kebahagiaan bersama, semoga kebahagiaan milik mereka selamanya.




p/s : sdeyh kan ? jhat btol mak danial tuhh ! hahaha :p


Friday 13 January 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 8

Di dalam bilik pengantin, Mia siap didandan oleh Mira, Mia yang memakai baju kebaya pendek berwarna putih dengan kain batik coklat keemas-emasan, beserta tudung berwarna coklat, eye shadow Mia berwarna coklat, lipstik berwarna merah jambu dan blusher beserta mascara menambahkan lagi keayuan Mia, terserlah sungguh kecomelan Mia.

"Comelnya, kau Mia! jeles aku tau!"puji Mira.Mia mencebik. "Banyak kau punya cantik..kau pun apa kurangnya, kalau tak macam mana Syukri boleh sangkut dengan kau?"balas Mia.Bagi Mia, Mira tidak kurang juga cantiknya.

Mira hanya tersengih. "Tapi kan, muka kau nampak lain, aku rasa kalau Encik Danial nampak kau pun cair.."usik Mira.Mia menjelirkan lidah.Mira tergelak melihat gelagat Mia.Mia turut tergelak sama.Mira keluar sebentar untuk melihat di luar.

"Wey Mia, mak Encik Danial dah nak masuk untuk majlis tunang.."beritahu Mira, Mia mengangguk.Hatinya berdebar debar kerana takut dibenci oleh Puan Sri Hasnah.Tidak sampai 5 minit, Puan Sri Hasnah masuk sambil membawa kotak cincin dengan wajah yang kelat.

Mia tersenyum tapi tidak dibalas oleh Puan Sri Hasnah, Mira yang melihat hanya pura-pura tidak nampak.Puan Sri Hasnah memakaikan cincin di jari manis Mia.Suasana di dalam agak riuh rendah dengan wartawan-wartawan dan jurukamera untuk mengambil gambar.Maklumlah, Puan Sri Hansah, Tan Sri Idris, dan Danial Hakimi kan orang ternama.

Mia terus menyalam Puan Sri Hasnah, tapi Puan Sri Hasnah mengangkat sebelum sempat dicium oleh Mia, Puan Sri Hasnah terus mendekatkan dirinya ke telinga Mia. "Kau dengan sini, kalau kau kahwin dengan anak aku, itu tak bermakna aku boleh terima kau..aku akan buat apa sahaja untuk kau berpisah dengan anak aku..sebab anak aku tak layak untuk kau.."sinis Puan Sri Hasnah.

Mia mengangguk, hatinya bagai dihiris, sedih sungguh hatinya ketika itu.Dia seperti hendak menitiskan air mata tapi ditahan.Mira yang sedar, terus mengusap bahu Mia, Mia hanya tersenyum.Selepas itu acara akad nikah.

Dengan keizinan Allah, akhirnya, Nurul Mia Sarah dan Danial Hakimi selamat diijabkabulkan.Mia menitiskan air mata terharu.Dia sedih, kalau ibu bapa dia dapat melihat semua ini, pasti mereka turut gembira.Danial masuk dengan memakai baju melayu satin berwarna putih beserta sampin, terserlah sungguh ketampanannya.

Danial menyarungkan cincin di jari manis Mia, Mia terus menyalam, Danial mencium dahi Mia dengan perasaan yang semakin mendalam.Danial terus merapatkan diri ke telinga Mia, "Sayang, you look so beautiful.."puji Danial, Mia hanya tertunduk malu.

Selepas itu, acara makan-makan.Mia duduk di sisi Danial.Danial dan Mia di minta suap menyuap, mereka terus melakukannya dengan perasaan malu.Kemudian, acara bergambar, pelbagai pose diberikan.Mereka telah menukar pakaian di hotel yang telah ditempah oleh Tan Sri Idris.

Mia yang memakai gaun labuh berwarna ungu muda, dengan tudung sarung yang sama warnanya dan mahkota yang tersergam indah di atas kepalanya, comel sungguh wajahnya ketika itu.Danial yang siap tsukedo, tampan sungguh wajahnya.

Mereka diminta memberi pose.Danial memeluk erat pinggang Mia manakala, Mia memeluk erat leher Danial, Danial memberi pandangan yang menggoda.Mia menepuk lembut lengan Danial.Mereka tersenyum bersama.

Selesai sahaja majlis tersebut, Mia terus menukar bajunya dengan baju lengan panjang berwarna biru muda dengan track suit dan tudung sarung berwarna biru.Dia menolong kemas mana yang patut, banyak kali dilarang, tapi masih hendak menolong, Mira pulak dah lama pulang.

Danial yang mencari kelibat Mia akhirnya tersenyum melihat Mia mengemas ruang tamu.Danial terus memeluk erat pinggang Mia dari belakang. "Oh mak kau!"latah Mia.Mia melihat Danial.

"Ya, Allah..abang ni, terkejut Mia tau..lemah semangat.."balas Mia.Danial hanya tersenyum.Mia baru perasan ada orang yang melihat adegan mereka. "Abang, dah laa..orang dah nampak, tak tahu malu ke?"balas Mia sambil menepuk lembut tangan Danial yang melingkari pinggangnya.


"Biar lah.. Mia kan isteri abang, suka hati abang la nak buat apa.."balas Danial. "Alaaa bang, nanti dalam bilik la ea..sambung balik.."balas Mia sambil tersenyum.Danial mengangguk. "Okay, abang tunggu ea..Mia cepat sikit masuk bilik, takyah la kemas sangat.."balas Danial dan terus bergerak ke bilik.


Mia yang sudah siap berkemas terus bergerak ke bilik.Dia melihat Danial sedang duduk di balkoni, Mia terus mencabut tudungnya, rambutnya dilepaskan, lawa sungguh dia.Danial terus menoleh terpegun.Mia memberi senyuman dan terus masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.


Mia terus keluar dengan memakai baju satin berwarna putih paras atas lutut yang jarang yang boleh melihat susuk tubuhnya tanpa lengan.Danial yang melihat terus memberi senyuman yang menggoda.Naluri kelakiaannya berkocak.


Mia hanya membalas senyuman itu dan terus bergerak ke meja solek untuk menyikat rambut dan memakai sedikit bedak, dari cermin dia melihat Danial masih lagi tidak lepas memandang Mia.Danial terus bergerak ke arah Mia dan terus memeluknya dari arah belakang.

Dia meletakkan kepalanya di bahu Mia.Mia diam. "Sayang, thanks sebab jadi isteri abang, abang sayang sangat-sangat dengan Mia..i love you so much.."ucap Danial.


Mia tersenyum. "Abang, thanks sebab sudi jadi Mia, Mia sayang sangat-sangat dengan abang..i love you so much too.."balas Mia pula, Danial tersenyum dan terus memaling muka Mia menghadapnya. 


Danial merenung dalam-dalam mata Mia, Mia turut membalasnya.Dengan perlahan Danial terus mengucup bibir Mia.Danial terus mengangkat Mia ke atas katil, Mia hanya diam dan mereka bersama-sama menjalani bahtera pencintaan yang penuh kebahagiaan.






p/s : korangg .. bce la ea ? jgn copy tauu , nnti aku smackdown sorngg-2 nnti .. cehh !
        peace ( Y )
 

Sunday 8 January 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 7

Tup tup, sudah genap 3 bulan Mia dan Danial menjadi pasangan kekasih.Mia berasa amat seronok dan bahagia, dia dilayan seperti puteri dari kayangan oleh putera yang bernama Danial.Tapi, esok genap 3 bulan yang ditetapkan oleh ibu Danial untuk mencari pasangan.

Danial sampai di perkarangan rumah tepat pukul 8 malam.Danial menyalam kedua-dua tangan mama dan papanya sebelum melangkah ke biliknya untuk berehat. "Danial, mari sini.."panggil Puan Sri Hasnah, Danial hanya menurut. "Ni, kamu jangan lupa, esok mama nak tgk calon isteri kamu..kalau tak ada, mama jodohkan kamu dengan Rina.."tegas suara Puan Sri Hasnah, Tan Sri Idris hanya menggeleng.

"Danial akan bawa bakal isteri Danial esok.."luah Danial.Puan Sri Hasnah hanya mengangguk, Danial terus mendaki tangga ke biliknya.Dia terus berehat.

"MIA, masuk bilik Danial sekejap.."panggil Danial lembut.Mia menurut.Mia masuk lalu memberi senyuman yang manis, Danial membalas dengan seadanya. "Mia, Danial ada benda nak bincang dengan Mia.."terang Danial lembut.

"Yeke? pasal apa? dengar macam serius je.."balas Mia. "Pasal hubungan kita.."terang Danial.Mia mengerutkan dahi. "Danial rasa selepas dah jauh hubungan kita lalui, Danial ingat, nak ajak Mia kahwin..Mia setuju tak?"tanya Danial.

Tersentak Mia. "Kahwin? Danial tak rasa ke terlalu awal? bukan maksud Mia, Mia tak nak..sudah tentu Mia nak cuma Mia nak Danial betul-betul kenal hati budi Mia sebelum jadi isteri Danial yang sah.."terang Mia pula.

"Macam ni..sebenarnya, Danial memang cintakan Mia, sangat-sangat..Danial ingat nak pendam perasaan itu sebab takut tepuk sebelah tangan macam yang Danial terangkan Mia dulu..tapi, lepas dengar hajat mama Danial yang mahu Danial kahwin..Danial rasa sudah tiba masanya untuk Danial luahkan perasaan ini..mama Danial bagi 3 bulan dekat Danial untuk mencari calon isteri, kalau tak, Danial terpaksa kahwin dengan Rina..

Danial tak sanggup kehilangan Mia..Danial takut..jadi Danial ambik keputusan untuk kahwin dengan Mia..Danial rasa Mia boleh jadi isteri yang terbaik buat Danial..Danial dah bersedia untuk pikul tanggugjawab sebagai suami buat Mia..Danial nak Mia jadi milik Danial sepenuhnya.."terang Danial panjang lebar.

Mia terharu dengan luahan Danial. "Danial, kalau macam tuh, Mia setuju nak berkahwin dengan Danial.."luah Mia.Danial tersenyum bahagia. "Malam nanti, Mia siap, Danial ambik dekat rumah.."ucap Danial.

Mia mengerutkan dahi. "Nak pergi mana pulak?"tanya Mia bela.Danial tersenyum. "Nak pergi jumpa mama Danial laa..hari ini kan hari last untuk Danial tunjukkan dekat mama Danial siapa yang sentiasa bertakhta di hati Danial.."terang Danial.

Terkejut Mia.Mia mula gelabah. "Kenapa Mia gelabah ni?"tanya Danial lembut. "Mia takut la pulak.."balas Mia. "Tak ada apa laa..mesti okay je.."balas Danial, Mia mengangguk dan berlalu pergi.Mia sampai di perkarangan rumah ketika jam berganjak ke pukul 6 petang.

Mia melihat Mira sedang menyiram pokok bunga. "Assalamuaalaikum..'ucap Mia.Mira terus berpusing melihat Mia sambil tersenyum. "Waalaikumussalam.."balas Mira terus mamatikan air dan bergerak mendapatkan kawan comelnya itu yang sedang duduk di meja yang tersedia di luar halaman itu.

"Mira, aku nak kahwin tau.."terang Mia memecahkan kesunyian. "Hah? dengan Danial ke? asal awal sangat?"tanya Mira terkejut. "Mama Danial bagi masa 3 bulan untuk cari calon isteri..kalau tak, dia kena kahwin dengan Rina..Hari ini hari akhir mama dia bagi peluang.."terang Mia sambil memerhatikan bunga-bunga yang ditanam Mira.

"Rina?"tanya Mira sambil mengerutkan dahinya. "Alaaa..Qairina..yang aku cerita dekat kau waktu balik dari Singapore tuh.."ingat Mia. "Ouh, perempuan tuh? patutnya pun..bila kau nak jumpa mak Danial tuh?"tanya Mira.

"Malam ni..kau pernah jumpa mama Danial?"tanya Mia ingin tahu. "Pernah laa..waktu aku ikut Encik Syafiq pergi jumpa klien dekat Impiana..lain sikit mak dia tuh daripada bapak dia..bapak dia, peramah sikit.."terang Mira. "Aku takut kalau mak dia tak boleh terima aku.."terang Mia.


"Takyah takut..relaks je..kau pergi pukul berapa ni? naik apa?"tanya Mira menyedapkan hati Mia. "Pukul 8 malam..nanti Danial ambik aku.."balas Mia gelisah.Mira hanya mampu menggeleng dengan sikap Mia.Mia terus berlalu ke biliknya untuk bersiap.


MALAM itu, MIa hanya memakai baju kurung kapas berwarna putih pink bersama tudung sarung berwarna pink dan secalit lipstik, dia hanya memakai sandal putih.Terserlah kecomelannya.Mia terus bergerak ke kereta Danial yang menantinya.


Mia masuk dan berbalas senyum. "Sorry, lambat sikit.."ucap Mia. "Takpe..kalau sebab Mia, Danial sanggup tunggu bertahun-tahun.."balas Danial romantik, Mia hanya tersenyum.Danial membalas senyuman itu lalu memandu kereta BMW 6 SERIES miliknya.Mereka sampai di perkarangan rumah banglo 4 tingkat Danial, Mia terpegun dengan landskap rumahnya.


"Assalamuaalaikum.."ucap Danial."Waalaikumussalam.."balas Puan Sri Hasnah dan Tan Sri Idris serentak. "Ma, pa..ni lah bakal isteri Danial..Mia namanya.."perkenal Danial.Mia tersenyum lalu menyalam tangan Tan Sri Idris, mesra cuma Puan Sri Hasnah sahaja balas acuh tak acuh.


Puan Sri Hasnah hanya melihat Mia dari atas ke bawah dengan pandangan yang menjengkilkan, meluat sungguh dia melihat Mia.Mia hanya tunduk, Danial mula tidak sedap hati melihat cara pandangan Puan Sri Hasnah.


 "Ouh, Mia rupanya..untung uncle dapat menantu macam kamu, haaa..jom laa makan malam sama-sama..Nah, kamu ni..tetamu datang tak jemput..apa la..mari Mia, Danial.."pelawa Tan Sri Idris mesra.Puan Sri Hasnah mencebik, Mia perasan tapi hanya buat-buat tidak nampak.


Selesai makan, mereka terus ke ruang tamu untuk sesi soal jawab. "Mia ni orang mana?"tanya Tan Sri Idris mesra.Dia berasa gembira kerana memenantukan Mia kerana Mia mempunyai budi bahasa yang tinggi, harapannya untuk melihat Mia menjadi menantunya, kesampaian juga.


"Mia orang Melaka, uncle.."balas Mia sambil tersenyum, Danial turut gembira dengan cara layanan papanya cuma mamanya sahaja yang buat muka tegang. "Nama penuh Mia? Mia setuju nak kahwin dengan anak uncle? mak bapak Mia? setuju?"soal Tan Sri Idris.


Mia tersentak apabila dikaitkan dengan mak bapaknya tapi sepantas kilat dia mengawal riak wajahnya.Puan Sri Hasnah yang perasan hanya menjeling tajam ke arah Mia.Tak setuju lah tuh..ejek Puan Sri Hasnah dalam hati.


"Nama penuh Mia, Nurul Mia Sarah Binti Ahmad, saya setuju, mak bapak saya dah lama meninggal uncle.."terang Mia sambil menundukkan wajahnya, hatinya tiba-tiba terasa sebak, Danial juga turut terasa.Tan Sri Idris tersentak.


"Maafkan uncle..uncle tak tahu pun.."ucap Tan Sri Idris serba salah.Mia hanya menggeleng.Memang dia sengaja merahsiakan tentang hal ini.Tak nak siapa yang tahu. "Jadi, kamu ni cuma orang biasa? bukan anak datuk? tan sri?"soal Puan Sri Hasnah selamba dengan nada bongkak.

Mia menggeleng. "Kamu tahu tak, Danial anak siapa? anak Tan Sri, jadi kamu tak kisah kalau Danial ade overseas ke ape ke? then, kamu kena tahu cara berpakaian, faham? bukan dengan baju macam ni je..bulan kamu boleh kahwin tapi jangan menyesal lah ye.."balas Puan Sri Hasnah sinis.Mia menundukkan wajahnya.


Danial sudah mula naik berang begitu juga dengan Tan Sri Idris.Danial terus menghantar Mia.Masa telah ditetapkan, Mia akan berkahwin bulan hadapan.Mia dapat rasa Puan Sri Hasnah tidak suka menantukan Mia, tiba-tiba hatinya dihambat pilu.


Dia sampai dan terus menhenyakkan punggungnya ke sofa dengan wajah yang masam mencuka. "Mia, are you okay? kau ada problem ke? cerita dengan aku.."tanya Mira pelik melihat wajah Mia. "Aku rasakan Mira, mak Danial tak suka aku la..dia tak suka aku sebab aku tak setaraf dengan Danial..macam mana aku nak kahwin nanti wey kalau mak dia tak suka aku?"terang Mia sebak.


"Sabarlah Mia..kau tak boleh undur diri..kau kena kuat demi cinta kau terhadap Danial..kau sanggup ke tgk dia kahwin dengan Rina? kau sanggup relakan kasih kau dicuri orang? teruskan je..biarkan apa yang mak dia nak cakapkan..paling penting kita ikhlas..kau kena usaha ambik perhatiaan dia..nanti lama kelamaan hati dia akan terbuka juga..percaya laa..habis kau kahwin tak? bila? macam mana dengan Tan Sri Idris?"nasihat Mira dan segera menukar topik, tak nak Mia bersedih.


"Aku cuba Mira, aku cuba..jadi, bulan depan..uncle okay je..dia seronok dapat menantu macam aku..aku bersyukur sangat-sangat.."ujar Mia dengan air mata yang merembes keluar. "Sabar lah Mia..bagus lah..tgk tuh, at least, Tan Sri Idris dapat terima kau..kau kena kuat okay? aku pasti akan tolong kau bila kau susah.."pujuk Mira sambil menghadiahkan senyuman yang manis kepada Mia, Mia membalas seadanya lalu melentokkan kepalanya ke bahu Mira.


SELEPAS menghantar Mia, Danial terus masuk dan meluru berjumpa dengan Puan Sri Hasnah, dia berasa amat kecewa dengan cara layanan Puan Sri Hasnah kepada Mia, dia berasa amat marah. "Ma, kenapa mama cakap macam tuh dekat Mia?"tanya Danial serius.

"Apa yang mama cakap? betul apa yang mama cakap.."balas Puan Sr Hasnah. "Ma, mama dah janji nak kahwinkan dengan Danial orang yang Danial cintai..mama jangan nak mungkiri janji.."terang Danial.Puan Sri Hasnah mencebik. "Dia tuh tak setaraf dengan kita..mama tak mungkiri janji..mama cuma cakap dia tak setaraf..macam perempuan kampung tahu tak?"balas Puan Sri Hasnah.

Tan Sri Idris hanya menggeleng. "Ma, setaraf ke tak setaraf..itu semua tak penting ma, paling penting cinta..harta ni tak bawak ke mana pun mama..kalau kita mati pun, duit ni semua kita tak akan bawa bersama.."nasihat Danial.Puan Sri Hasnah menjuihkan bibir. "Kamu jangan nak ajar mama pulak..suka hati kau laa..kalau kau nak kahwin dengan dia..tapi ingat, kalau tak ada restu dari ibu, tak kan bahagia kau dunia akhirat..kau nak sangat kahwin dengan perempuan murah tuh kan? perempuan kampung tuh kan? kau kahwin bulan depan.."tengking Puan Sri Hasnah dan berlalu naik ke atas.

Danial terduduk di sofa sambil meraup wajahnya beberapa kali.Tan Sri Idris terus naik ke atas.Dia berasa amat marah dengan sikap isterinya yang bongkak. "Hasnah! kenapa mulut kamu ni biadab sangat?"tengking Tan Sri Idris. "Siapa yang biadab bang? saya ke atau anak awak tuh?! saya tak kisah dia nak kahwin dengan sesiapa pun! tapi, saya tak suka perempuan miskin, perempuan kampung tuh! saya tak kan siapkan apa-apa pun.."balas Puan Sri Hasnah sombong.


"Kamu jangan sombong sangat Hasnah, kamu lupa ke kita dulu pun orang susah? apa nak jadi dengan kamu ni? berlagak tak bertempat..saya kesal dengan sikap awak..kalau awak tak nak uruskan..biar saya dengan Danial yang uruskan..saya akan buat besar-besaran biar padan dengan muka awak.."balas Tan Sri Idris dan berlalu pergi.


Semoga cinta Danial Hakimi dan Nurul Mia Sarah akan bersatu selamanya..


p/s : best tk ? best kann , kann ? :D