Saturday 21 January 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 11

Masuk kali ini, sudah 5 kali Mia muntah.Semua makanan yang diisi semalam, semuanya keluar.Dia sendiri tidak memberitahu Danial kerana dia fikir mungkin muntah biasa.Mia melihat jam di sisi, hampir pukul 9, walaupun lesu dan tidak bermaya, dia tetap mahu turun ke bawah, tidak mahu Puan Sri Hansah marah pula.

Mia turun dan melihat Puan Sri Hasnah dengan pandangan redup. "Morning, mama.."ucap Mia perlahan.Puan Sri Hasnah mencebik. "Morning apanya? matahari dah tinggi baru kau turun, kau ingat kau siapa? kau sedar tak kau, kau tuh penumpang? Danial kata, kononnya, kau perempuan rajin, aku tgk..macam perempuan sundal je!"tengking Puan Sri Hasnah.

Mia hanya menunduk memandang lantai, dia sendiri tidak tahu, bagaimana lagi mahu melenturkan hati Puan Sri Hasnah yang kerasa seperti batu konkrit itu.Usia perkahwinannya, sudah hampir 3 bulan, tapi layanan Puan Sri Hasnah terhadap dirinya, tidak pernah berubah, bahkan semakin menjadi-jadi.

"Mia mintak maaf ma, Mia rasa tak sedap badan.."mohon Mia lembut.Puan Sri Hansah merengus. "Kau boleh jangan bagi alasan tak? tak payah nak tipu aku..kau ni langsung tak sesuai dapat anak macam aku tau!"sinis Puan Sri Hasnah.

Loya di tekak Mia datang lagi.Dia tidak dapat meminta diri daripada Puan Sri Hasnah, dia terus berlari ke tandas bawah, dan memuntahkan semuanya.Selepas lega sedikit, dia keluar, terkejut dia melihat Puan Sri Hasnah berdiri di depan pintu bilik air dengan wajah yang bengis.

"Yang kau ni kenapa? muntah-muntah apasal?"tanya Puan Sri Hasnah serius.Mia tersenyum, tidak sangka Puan Sri Hasnah mengambil berat pasalnya. "Hmm..tak tahu lah mama..daripada tadi..tapi inysaAllah tak ada apa-apa.."balas Mia sambil tersenyum.

Puan Sri Hasnah tersenyum sinis. "Kau mengandung ea?"tanya Puan Sri Hasnah, Mia tersentak. "Tak tahu lah mama.."balas Mia. "Betul ke? aku tak nak laa..kalau kau mengandung anak orang lain..tak pasal-pasal anak aku jadi pak sanggup..perempuan macam kau ni, tak boleh percaya sangat.."balas Puan Sri Hasnah.

Mia tersentak, jantungnya bagai berhenti berfungsi.Dia tidak sangka, Puan Sri Hasnah sanggup berkata begitu, bertapa sedih dan luluhnya hati Mia. "Ma, tak semua perempuan sama..kalau pun Mia mengandung, Mia bersumpah atas nama Allah, yang janin itu, janin suami Mia..Mia ni masih ada akal dan fikiran untuk fikir mana baik mana tak baik..dan Mia tak kan sekali kali berzina terutama di belakang suami.."balas Mia tegas dan terus berlari naik ke atas.

Puan Sri Hasnah mencebik.Tanpa mereka sedari, Makcik Siti terdengar perbualan itu, dia hanya menggeleng, dia tidak sangka majikannya seperti ini.Dia terus menelefon Danial untuk memberitahu keadaan Mia.Di dalam bilik, Mia menangis sepuas-puasnya.

Dia boleh menerima kalau Puan Sri Hansah menghina dirinya, tapi kalau menghina anaknya, dia tidak sanggup, hatinya bagai dihiris dengan belati.Kenapa mama benci sangat dengan aku? kenapa? apa salah aku? sebab aku tak berharta ke? tapi benda tuh tak bawa ke mana pun..rintih Mia seorang diri, akhirnya, MIa tertidur dengan sisa air mata yang penuh syahdu.

MIA tersedar apabila merasakan ada tangan yang mengusap pipinya lembut, Mia terus membuka mata, dia melihat suaminya berada di sebelahnya. "Abang, abang dah balik.."ucap Mia dan terus menyalam tangan Danial, seperti biasa, dahi Mia dicium.


Mia melihat jam di dinding, dia mengerutkan dahi. "Abang, kenapa awal sangat abang balik? baru pukul 3.."ucap Mia.Danial memandang wajah pucat Mia, Mia hanya menunduk. "Kenapa sakit, sayang tak bagi tahu abang? hmm?"tanya Danial lembut.


Mia menunduk. "Mia tak nak abang risau..tuh je.."balas Mia perlahan, tapi masih didengari oleh Danial. "Tapi, kalau Mia tak beritahu abang, lagi abang risau tau.."terang Danial, "Mia mintak maaf.."ucap Mia.Danial tersenyum dalam merangkul Mia dalam pelukkannya.


Tiba-tiba loya di tekak Mia datang, dia berlari masuk ke bilik air dan memuntahkan segalanya sehingga tidak larat untuk bangun.Danial terus masuk melihat isterinya yang lesu. "Sayang muntah lagi? jom kita pergi klinik.."ajak Danial.


"Takpe la abang..kejap lagi okay laa.."tolak Mia perlahan. "Tak boleh lah macam ni sayang..kita pergi ea? kejap je, lepas tuh kita balik..okay?" pujuk Danial lembut.Mia akhirnya akur, tidak mahu suaminya risau. "Abang, bagi Mia 5 minit, nak solat kejap..tertinggal tadi.."beritahu Mia.Danial mengangguk, dia bangga mempunyai isteri seperti Mia, walaupun tidak bertenaga, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah.


DI dalam kereta, sunyi tanpa bicara, hanya radio sahaja berkumandang. "Abang.."panggil Mia.Danial menoleh sekilas. "Ye sayang..kenapa? sayang nak muntah ke?"tanya Danial risau. Mia tersenyum lantas menggeleng.


"Apa lah abang ni..mana ada, Mia nak tahu, macam mana abang tahu Mia sakit?"tanya Mia ingin tahu.Danial tersenyum. "Tuh lah Mia, tak nak bagi tahu abang..sebaik Makcik Siti bagi tahu..abang terus balik rumah, tapi abang tgk Mia sedap tidur, tuh yang abang tak usik tuh.."terang Danial.Mia hanya mengangguk.


Sampai sahaja di klinik, Danial memimpin Mia lalu duduk di kerusi yang disediakan.Danial mendaftarkan nama Mia.Selepas nama dipanggil, Mia dan Danial masuk.Selepas itu, Mia keluar hanya suaminya sahaja yang masuk mahu mengetahui keputusannya.


Danial keluar, Mia hanya tersenyum, tapi tidak dibalas Danial, Mia mula resah melihat wajah Danial. “Abang, kenapa ni? Apa keputusan DNA Mia tuh?”tanya Mia takut. “Keputusannya, doktor Ana cakap, dalam perut Mia ada tumbuh sesuatu..”terang Danial.


Mia tersentak. “Tumbuh? Tumbuh apa bang?”tanya Mia kalut. Danial menjongketkan bahu. “Abang pun tak tahu, yang abang tahu, doktor Ana cakap, benda tuh akan keluar 9 bulan lepas tuh..”balas Danial menahan tawa.


Mia tersenyum sambil menitiskan air mata. “Yeke abang? Abang ni buat Mia takut je, Alhamdulillah..”ucap Mia. “Hey, kenapa sayang nangis? Abang gurau je tadi..sayang tak perlu risau lagi dah, paling penting sekarang sayang kena jaga kesihatan sayang dan juga baby okay, kejap, abang nak ambik ubat..”balas Danial.


Sampai sahaja dari rumah, Danial memaklumkan kepada Tan Sri Idris dan Puan Sri Hasnah, Tan Sri Idris turut gembira tapi Puan Sri Hasnah hanya mencebik.Semoga dengan adanya cahaya mata ini, mereka akan bertambah bahagia yang kekal abadi.






p/s : tk lame lgii ade baby dahh dye orngg :D





No comments:

Post a Comment