Sunday 8 January 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 6

Danial sampai di perkarangan rumah banglo 4 tingkat itu ketika jam berganjak ke pukul 6 petang. Danial keluar daripada badan kereta dan melihat ibunya dan bapanya sedang minum petang bersama.Niat Danial untuk masuk ke dalam rumah terbantut selepas disapa oleh ibunya.

"Danial, mari sini.."panggil Puan Sri Hasnah.Danial hanya menurut dan duduk di sebelah Puan Sri Hasnah. "Danial, mama dengan papa ada benda nak cakap dengan kamu.."ucap Puan Sri Hasnah serius.Danial mula pelik. "Benda apa tuh ma? pa? dengar macam serius je.."tanya Danial.

"Ni, mama ingat..nak kamu kahwin..mama pun teringin nak ada cucu..dan tak lama lagi kamu kena gantikan papa kamu sebagai CEO tapi dengan syarat sudah berkahwin.."terang Puan Sri Hasnah.Danial mengerutkan dahi. "Kahwin?" soal Danial.Tidak terlintas pun di dalam hatinya.

"Ye, kamu tak perlu susah-susah cari jodoh..kamu kahwin je dengan Rina.."saranan Puan Sri Hasnah sambil tersenyum menanti jawapan Danial. "What?! ma, ma lupa ke yang dia pernah tinggalkan Danial dulu? No way.."tolak Danial kasar sambil memandang wajah Tan Sri Idris.Tan Sri Idris hanya mengangkat bahu.

"Danial, lupakan je la pasal kisah dulu..dia pun dah insaf..terima je la.."pujuk Puan Sri Hasnah.Danial menggeleng. "Nah, kamu tak boleh paksa Danial tuh..biar lah dia cari orang yang dia cintai sendiri..kamu tak perlu sibuk-sibuk.."marah Tan Sri Idris.


Puan Sri Hasnah sudah naik berang. "Abang! Nah tak kira! Danial kena kahwin jugak dengan Rina! Kalau dia tak nak, dia kena tunjukkan jodoh dia tuh pada saya..mama bagi Danial masa 3 bulan je!"tengking Puan Sri Hasnah dan berlalu pergi. Danial meraup wajahnya beberapa kali.


"MIA, masuk bilik Danial.."panggil Danial lembut.Mia masuk dan terus duduk di hadapan Danial. "Mia, malam ni date dengan Danial ea? Danial ada benda nak bagi tahu.."ajak Danial. "Haa..boleh, dekat mana tuh?"tanya Mia.


"Dekat Hotel Candle Light.."balas Danial.Mia mengangguk dan terus berlalu.Malam ni, kena pakai cantik-cantik! hehehehehe..gerutu Mia dalam hati dengan penuh keriangan.


MALAM itu, Mia hanya memakai gaun ala-ala islamiah berwarna ungu kembang bawah beserta tudung yang secucuk.Memakai sedikit eye shadow, dan blusher berserta secalit lipstik.Terserlah sungguh kecantikkannya.Tidak lupa juga dengan kasut tumit 3 inci menambahkan lagi kecantikkannya.


Mia bergegas turun.Mira tersentak. "Lawanya kau..nak pergi mana ni? kalah mak datin..tapi serius, kau comel sangat!"puji Mira.Suka benar dia melihat wajah Mia.Comel dan cantik! "Terima kasih..aku nak pergi dinner dengan Danial.."balas Mia malu.


"Ouh, yeah? congrats! aku doa kau berjaya! fighting!"kata semangat oleh Mira. "Fighting!"balas Mia dan berlalu pergi.Mia sampai di Hotel Candle Light tepat jam 8.45 malam.Dia terus keluar dan menuju ke pintu masuk, cantik sungguh wajahnya.Dia melihat hanya keretanya sahaja di tempat parking, tak kan tutup hotel ni?


Mia terus masuk ke pintu utama, tiba-tiba terdapat lebih kurang 10 orang pelayan lelaki 10 orang pelayan perempuan berdiri di sebelah karpet merah dan mengucapkan 'good night' kepadannya.Mia berjalan di atas karpet merah bergerak ke sebuah dewan besar dan terdapat sebuah meja makan dan seorang lelaki yang segak memakai tsukedo warna ungu, kebetulan sedang menghadap tingkap.


"Danial?"panggil Mia.Danial terus berpusing, Mia tersentak, hensem giler! dengan mata dia! puji Mia.Danial tersenyum.Lalu menarik kerusi untuk Mia, Mia menurut dan mengucapkan terima kasih.


Mereka hanya diam, cuma mata Danial yang tidak terlepas memandang wajah Mia.Dia tidak tahu mengapa dia suka melihat wajah Mia yang malu dan gelabah.Selepas makan, masih lagi diam. "Danial, kenapa tak ada orang?"tanya Mia menghilangkan rasa bosan yang bertandang di hati.


"Sebab Danial tempah satu hotel ni semata-mata nak berdua dengan Mia je..You look so beautiful, dear.."puji Danial sambil memberi pandangan yang menggoda.Mia hanya tersenyum dan menundukkan kepalanya, malu barangkali.Aku nak cakap apa ni? Danial pun hensem sangat! Tak kan nak cakap macam tuh? macam over la pulak..gerutu Mia.


Selesai makan, "Mia.."panggil Danial lembut.Mia memandang Danial dengan wajah yang manis.Danial terus menepuk kedua-dua belah tangannya, dan dengan tiba-tiba datang seorang pelayan dan membawa kotak berbentuk hati berwarna merah hati.


Sama macam Fiq je..komen Mia dalam hati.Danial terus mengambil cincin itu, pelayan itu berlalu pergi selepas mendengar ucapan terima kasih Danial.Mia masih lagi memandang Danial.Danial terus bangun dan duduk di sisi Mia, Mia terkaku. "Mia, sudi tak Mia jadi kekasih hati Danial?"luah Danial dengan suara gemersik yang romantik.Mia terdiam.


"Danial dah lama pendam perasaan ini..dan sekarang Danial nak luahkan kepada Mia..Danial sangat-sangat mencintai Mia, i love you so much.."luah Danial.Mia masih membatu, hatinya melonjak gembira. "Sudikah Mia?"tanya Danial.


Mia tersenyum seraya mengangguk. "Sebenarnya, Mia pun mencintai Danial, cuma Mia ingat, Mia bertepuk sebelah tangan.."luah Mia pula, Danial tersenyum.Akhirnya, Danial Hakimi menjadi kekasih hati yang abadi buat Nurul Mia Sarah.


MIA sampai di perkarangan rumah dengan senyuman yang mekar lalu duduk di sofa. "Woyy, senyum-senyum..macam ada benda menyeronokkan je..kau date dengan Encik Danial kan? so, how?"tanya Mira ingin tahu.Mia tersenyum.


"Dia melamar aku jadi kekasih dia.."terang Mia.Mira tersenyum. "So. kau terima tak?"tanya Mira, Mia mengangguk.Mira tersengih, "See..hari tuh, kata tak ada makna..sekali terima jugak..aku dah agak dah kau cintakan Encik Danial, Encik Danial pun cintakan kau..aku dah tahu tentang kau orang berdua ni.."usik Mira.


"Macam mana kau tahu?"tanya Mia. "Daripada cara kau orang bercakap, cara kau orang pandang antara satu sama lain..dah cukup buktinya, cuma kau orang je yang tak nak mengaku.."terang Mira jelas. "Aku bukan tak nak mengaku Mira, tapi aku takut aku tepuk sebelah tangan..jadi, biar aku pendam.."luah Mia.


"Dah laa Mia..benda tuh, lupa kan je..sekarang kau dengan rasminya dah jadi kekasih dia..nanti tak lama lepas tuh, jadi isteri dia pulak.."usik Mira, terjengil mata Mia, Mira mngenyitkan matanya.Mia terus mengejar Mira dan menggeleteknya, mereka kemudian, sama-sama ketawa gembira.

p/s : bce ! jgn tk bce yee ! thanks :*



No comments:

Post a Comment