Monday 23 January 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 14

"Ea..Mia, pergilah rehat..kan baru keluar hospital.."nasihat Tan Sri Idris.Mia tersenyum seraya mengangguk. "Pa, Danial hantar Mia naik atas dulu ye..nanti Danial turun.."beritahu Danial.Tan Sri Idris hanya tersenyum dan mengangguk, dia tahu bertapa sedihnya kehilangan zuriat yang dinanti-nantikan terutamanya kejadian ini berlaku pada anaknya sendiri.


"Sayang, sayang rehat dulu ye.."nasihat Danial sambil membaringkan isterinya di atas katil lalu menyarunkan stoking di kakinya.Mia hanya mengangguk. "Sayang nak makan apa? biar abang ambik kan dekat bawah naik atas.."tanya Danial.


"Abang, mari kejap.."panggil Mia perlahan.Danial hanya menurut. "Abang, Mia nak mintak maaf sangat dengan abang sebab.."ucapan Mia terhenti kerana tiba-tiba dia menjadi hiba, Danial pilu melihat telatah isterinya tapi hanya mendiamkan diri untuk memberi ruang untuk isterinya meneruskan ucapannya.


"..sebab Mia tak dapat nak bagi zuriat sulung untuk abang dan cucu untuk mama dengan papa.."ucap Mia sedih.Hatinya benar-benar kecewa. "Sayang, jangan macam ni..abang tak suka Mia cakap macam tuh..tak apa, abang faham..kita cuba lagi ye?"pujuk Danial.


Danial turut sedih dengan keguguran isterinya tapi dia mengerit bahawa isterinya lagi sedih kerana dia yang kandungkan bayi tersebut.Mia mengangguk sambil menangis teresak-esak, Danial yang melihat turut berasa sebak dan terus merangkul erat isterinya, dia harus memberi kekuatan buat isterinya.


SELEPAS sebulan, Mia sudah habis pantang, dia sudah berjanji dengan Mira untuk ke Pavilion untuk menghilangkan rasa sedih yang bertandang di hati.Mia memakai blaus hijau muda dan seluar slack hitam dengan tudung hijau, kasut tumit tinggi hijau, dan secalit lipstik, comel sungguh wajahnya.


"Ma, Mia keluar dulu ye..mama makanlah tengah hari ye..tak perlu tunggu Mia.."kata Mia lemah lembut.Puan Sri Hasnah menjeling. "Keluar lah! kau fikir aku kisah?! aku pun tak ingin nak makan dengan perempuan kotor macam kau tau! aku bukan tunggu kau, aku tunggu Rina..orang yang layak berdamping dengan anak aku! yang boleh bagi aku cucu, bukan macam kau!"sinis Puan Sri Hasnah.


Mia menunduk, dia tidak mahu menjadi seorang yang lemah, air mata yang hampir menitis dari tubir mata pantas diseka. "Maafkan Mia ma..Mia pergi dulu, assalamuaalaikum.."ucap Mia dan berlalu pergi dengan hati yang sebal.


"SORRY, lama tunggu?"tanya Mia.Mira menggeleng, dia melihat wajah Mia yang muram dan kusam. "Kau kenapa ni Mia? mami jarum tuh ada kutuk kau apa-apa lagi ke?"tanya Mira, dia tahu bahawa Mia pasti diperlekehkan kalau tidak, masahkan wajah Mia yang kelat itu.


Mia menggeleng. "Mia, come on, tell me okay? share lah dengan aku..apa guna kawan kalau tak saling membantu.."pujuk Mira lagi. "Tak apa laa Mira..kau gerak pergi Pavilion dulu..then, kita terus makan dekat Nando's, lepas tuh, aku story dengan kau ea? jom laa.."ajak Mia.


Mira terus memandu melintasi jalan raya untuk bergerak ke Pavilion.Selepas hampir 20 minit, Mia dan Mira sampai di Pavilion, mereka terus bergerak ke  Nando’s.Selepas mengambil pesanan, Mira terus bertanya pada Mia. “So, Mia..what it is?”tanya Mira teruja.


“Entah la Mira..aku pun tak tahu..aku dah kahwin dengan Danial nak dekat 4 bulan..tapi cara layanan mama..langsung tak ada perubahan..kadang-kadang aku tak faham..yang Rina, kejap baik dengan aku..kejap buruk sangka dengan aku..kadang-kadang aku hampir give up..tapi demi suami aku, aku bertahan juga..”terang Mia dengan hati yang serba kesal.


Mira mengangguk. “Kau kena sabar Mia..aku percaya suatu hari nanti, mami jarum tuh, mesti terima kau jugak..cuma, selagi si Rina tuh sentiasa ada dengan mami jarum tuh..selagi tuh dia akan racun fikiran mami jarum nanti. Lagi payah..then, aku nak tanya kau satu benda..aku nak tanya kau dulu..tapi fikir balik, kau baru gugur, nanti bertambah sedih..sekarang kau dah okay, so aku nak tanya..”tanya Mira serius.


Mia mengerutkan dahinya. “Apanya? Berkenaan dengan anak aku? Kenapa?”tanya Mia pula. “Ni, sebelum kau tidur, kau ada minum apa-apa tak? Malam kau gugur tuh…makan?”tanya Mira. “Hm..rasanya, aku tak makan sebab dah kenyang aku minum je..air coklat, Rina yang buat..dia bagi aku..”terang Mia.


Mira memetik jari. “Aku rasalah kan Mia, punca keguguran kau tuh dari  Rina laa..kalau tak, macam mana kau boleh gugur? Tak kan kau ambik ubat tuh? Tentu tak kan..kau cuba fikir balik..lagi pun, Rina tuh memang tergila-gilakan suami kau kan..”serkap Mira, tapi ada betulnya.


Mia menggeleng. “Mira, tak baik tuduh orang macam tuh..aku tak rasa Rina yang buat..dia tak mungkin sekejam tuh..”telah Mia.Mira mengangkat bahu, “Tapi, aku akan cuba siasat, don’t worry okay?”tegas Mira, Mia mengangguk, selepas mereka makan, terus berjalan-jalan untuk menghilangkan fikirannya yang berselirat.


MIA sampai di perkarangan rumah ketika jam berganjak ke pukul 8.Mia mencari kelibat suaminya di dalam bilik dan melihat sesusuk tubuh sasa tinggi lampai suaminya sedang berdiri di balkoni sambil memandang ke langit yang hitam dan kelam yang hanya disenari bulan dan bintang.


“Abang, sorry, Mia balik lambat sikit..Mia cari baju tadi..”beritahu Mia tanpa diminta suaminya, dia terus menyalam Danial, Danial seperti biasa akan mencium dahi Mia. “Tak apa..sayang pun kena juga berjalan supaya hilangkan rasa sedih tuh sikit..”balas Danial.


Mia hanya tersenyum seraya mengangguk, dia terus mencapai tuala dan mandi.Danial membalas seadanya walaupun hatinya penuh lara apabila teringat akan perbualannya dengan Qairina di pejabat siang tadi. “Apa yang you merepek ni Rina?!”jerkah Danial.


Marah sungguh dia ketika itu lagi-lagi melibatkan isterinya. “Come on Danial, I know you..i bukan tuduh isteri you bukan-bukan..but, you can imagine, macam mana boleh gugur? Kalau bukan dari isteri you sendiri..is it, right?”tanya Qairina yang membakar kemarahan Danial.


“Isteri I bukan macam tuh Rina! You jangan main serkap jarang je tau! I know my wife..what you know about her? Nothing!”jerkah Danial.Qairina masih tidak mahu mengalah, “You tell me that I doesn’t know anything? Hello dear, I’m a girl, your wife also is a girl..so, I know what the girl’s feeling..”balas Qairina.


You better get out from here! Get out!”tengking Danial.Qairina merengus. “Hey Danial! I will get out from here..but I just want you to think about what I said..kalau you tak percaya suka hati you! Tapi jangan menyesal kalau ia betul!”balas Qairina dan berlalu dengan hati yang puas.


“JAUHNYA abang termenung, abang menungkan apa tuh?”tanya Mia.Danial berhenti daripada mengelamun, dia terus memalingkan muka memandang isterinya yang lengkap memakai baju tidur, dia menggeleng.Dia memandang anak mata Mia.Dia dapat rasakan, kejujuran dan keikhlasan dan kesedihan yang dialami isterinya.


“Sayang, sayang sayangkan anak kita tuh kan?”tanya Danial tiba-tiba.Mia mengerutkan dahi pelik mendengar soalan suaminya itu. “Mestilah..tapi tak ada rezeki..Mia sayang sangat-sangat dengan anak kita..”balas Mia sambil menundukkan kepalanya.Danial terus merangkul erat isterinya dan mencium pipi Mia bertalu-talu.Dia berasa kesal kerana terpedaya dengan kata-kata Qairina.


MIRA terus menyerang pejabat Qairina, dia merempuh masuk terkejut Qairina dibuatnya. "Hey! you buat apa dekat sini! berambus! jangan nak jadi pengemis dekat sini.."jerkah Qairina, Mira memandang dengan pandangan tajam.


"Aku nak tanya kau! betul tak kau yang racunkan Mia sampai dia gugur?! cakap!!"teriak Mira hampir satu pejabat boleh mendengarnya.Qairina seperti cacing kepanasan. "Apa yang kau cakap ni?! aku tak faham laa!"balas Qairina gagap.


"Tak faham ke, pura-pura tak faham! kau jangan berlakon lah! asal kau gagap?! betulkan apa aku cakap?!"tanya Mira sekali lagi.Qairina mengetap bibir menahan geram di hati. "Woy! kau fikir kau siapa?! kau dah datang pejabat aku, then, senang-senang je kau tuduh aku macam-macam! entah-entah betul yang kawan kau Mia, perempuan tak guna tuh, yang makan racun tuh! anak luar nikah!!"teriak Qairina.


Tiba-tiba pipinya terasa perit kerana ditampar oleh Mira.Muka Mira merah menahan marah. "Kau siapa nak lempang aku?! mak bapak aku pun tak pernah lempang aku tau! lebih baik kau keluar sebelum aku panggil guard! keluar!"tengking Qairina kuat.


"Kau ingat aku nak sangat duduk dekat sini?! aku tak ingin! jijik kau tahu tak! kalau aku tak fikir kawan aku Mia tuh! tak ingin aku jejak pejabat perempuan macam kau! aku boleh pergi daripada sini, tak perlu guard, tapi kau kena ingat Rina, kalau kau apa-apa kan Mia! kau orang pertama yang aku cari.. assalamuaalaikum.."Mira terus melangkah keluar dengan hati yang lega.






p/s ; grangkan Mira ? tkut tk ? hikhok .. hahahaha :*

No comments:

Post a Comment