Friday 27 June 2014

PENGHIJRAHAN DAN JIHAD

Assalamualaikum kepada semua sahabat-sahabat yang melawat blog ana yang ana rasa dah berhabuk-habuk ni... Hari ni, In shaa Allah ana nak kongsi kisah hidup ana sendiri. Kisah di mana bermulanya titik permulaan ana untuk berhijrah menjadi lebih baik. MRSM TUN GHAFAR BABA. Sekolah yang merupakan sekolah yang membuka hati ana untuk berusaha menjadi insan yang sejati.

Dulu, ana jahil. Ana tak tahu apa tujuan hidup ana yang sebenar di bumi ini. Hidup dengan penuh kegembiraan. Tapi kegembiraan yang bagaimana? Adakah kegembiraan ana itu atas keredhaan Allah SWT? TAK, TAK, DAN TAK. Kegembiraan ana semuanya berdasarkan hawa nafsu. Berlandaskan dosa yang mendorong ana ke NERAKA! Ana jahil. Iktilad tak jaga. Senang bertukar-tukar perasaan sehinggakan ana lupa bahawa sebenarnya, hati ini hanya untuk ALLAH SWT dan RASULULLAH SAW. Ana lupa yang kuasa Allah itu besar. Ana lupa yang dosa-dosa ana ni akan menarik keluarga ana ke kancah NERAKA. Tingkatan 3, ana dapat PMR 8A, tapi ana tak pernah fikir, adakah aku istidraj ya Allah? Ana kufur. Ana jahil. Ana hina ketika itu.

Tingkatan 4, ana dimasukkan ke sekolah MRSM TUN GHAFAR BABA. Di sini titik permulaan, di mana Allah membuka pintu hati ana untuk menerima takdir bahawa hidup di dunia ini hanyalah beribadat, bersujud, tunduk, mengabdikan diri semua untuk Allah SWT! Ana belajar banyak perkara yang ana tidak pernah tahu selama ni. Alhamdulillah, Allah membantu dan memudahkan ana. "Ya Allah, jahatnya aku. Tapi mengapa kau masih lagi membantuku?" Kata-kata yang sering terluah di lubuk hati ana. Ana dah dapat jawapannya. Dalam Al-Quran, Allah kata Allah berkuasa untuk menjadi manusia itu kembali ke pangkal jalan, Allah juga berkuasa untuk menyesatkan manusia itu selamanya. Dan alhamdulillah, ana tergolong di kalangan manusia yang Allah nak dia kembali kepada fikrah Islam yang sebenar! Syukran jazilan ya Allah.

HIJRAH, BERUBAH, JIHAD, ISTIQAMAH. Satu perkara yang amat sukar untuk dibendung dalam diri ana. NAFSU. Ini lah yang menjadi benteng yang menghalang untuk seseorang manusia itu untuk berubah. Sukar. Ia amat sukar. Tapi percayalah, selagi kita yakin Allah sentiasa bersama dan sentiasa mengetahui, IN SHAA ALLAH, benda tu menjadi perkara yang mudah untuk dibendung. Sepanjang penghijrahan ana, ana tidak lepas daripada diuji oleh Allah. Ujian hati, ujian jiwa, ujian kesabaran, ujian ketabahan, ujian istiqamah, ujian jihad dan banyak lagi ujian yang ana kena tempuh. Tapi, apalah sangat cabaran dan dugaan ana ni berbanding dengan cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh Rasulullah SAW dalam mempertahankan agama Allah di muka bumi ini? Jadi, ana harus kuat! Ana harus tabah! Ana harus terus berusaha berjihad lillahi taala!

Wahai sahabat seIslam ku, 

Sejahat-jahat kita semua, selagi masih ada rasa nak berubah, percayalah itu tanda kita masih ada iman. Sebenarnya, Allah rasakan perasaan nak berubah itu kepada semua makhluknya, tapi kita. Kita yang harus buat pilihan sama ada mahu mengambilnya dan menjadikan ia sebagai medium untuk berubah, atau tidak. Manusia. Nama pun, manusia, dipenuhi dengan sikap takbur! riak! Segalanya. Manusia merasakan dirinya sudah cukup perfect. Ingat sahabat, Allah itu Maha Mnengetahui. Allah benci sikap tu, dalam surah Al-Isra' ayat yang ke 37 dan 38 pun Allah ada terangkan.

Kalau ada rasa nak berubah, jangan tunggu, ubahlah selagi ada masa! Jangan bila nyawa kita dihujung kerongkong, baru kita nak berubah. Waktu tu dah terlambat sahabat. Ingat, semuanya bermula dengan diri kita. Kalau kita berusaha untuk melakukan kebaikan, Allah akan bantu kita. Buktinya, dalam surah Al-A'raf ayat yang ke-11, 'Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." Maknanya, Allah nak kita mula dulu! 

Sahabat, bila ada ujian, tabahlah menghadapinya! Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar. Jangan takut untuk melangkah. Dalam surah al-Baqarah, Allah tidak akan meletakkan dugaan itu kepada orang yang tak mampu. Allah tahu kemampuan hambaNya. Sahabat ana, Amiera Shahieda ada kata pada ana, "Ujian yang berat itu, Allah turunkan kepada orang yang hebat." Ana jadikan ia sebagai kekuatan semangat ana untuk terus bangkit dan berjuang fi sabillah! Setiap ujian itu juga, menandakan Allah rindukan tangisan kita. Allah sayang kita percayalah.

Akhir kata, ana, NOR FARIESYAH BINTI ASZME memohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki kalau ada ana buat silap pada semua sahabat. Sebelum bulan Ramadhan menjelma, ana nak minta maaf. Lagipun, kematian itu boleh datang bila-bila masa, mana tahu ajal ana menjelma dulu, sekurang-kurangnya ana dah minta maaf pada kamu semua. Kalau ana pergi dulu, sedekahkanlah ana al-Fatihah. In shaa Allah, ana sentiasa doakan semua sahabat ana berjaya dunia dan akhirat. In shaa Allah, kita bakal DAIE dan PENGHUNI SYURGA ALLAH SWT. Ameen. Takbir! Allahuakbar!

WALLAHUALAM.