Wednesday 31 August 2011

28 OGOS 2011...




Assalamualaikum sahabat... tarikh 28 Ogos 2011 merupakan tarikh yang tidak akan aku lupakan... tarikh di mana aku kehilangan adik yang paling aku sayangi... Nazreen Huzairi Bin Aszme... sehingga kini aku masih tidak lupa bagaimana dia tinggalkan aku... sampai bila-bila nama adik aku sentiasa terlakar di hati aku... adik paling yang aku sayangi... adik yang pelik. suka main kotak, tak suka main permainan... adik yang reti bercakap tapi tak nak bercakap... suka ambik kotak make up mama... suka lagu gee gee. suka nasi goreng. suka kacau aku tidur. suka manja dengan aku. suka aku yang mandikan diaaa... bila aku balik, dia gembira. suka dengar apa aku nak kongsi. suka buat semua benda dengan aku... 

Malam sebelum dia meninggal, kitaorang main bunga api kan adik kan? Kita main pop pop. Huzai baling muka tak ada perasaan. hahaha. comel aje. Dia tak tidur sepanjang malam... pagi esoknya, macam biasa, aku mandikan dia, salinkan dia, bagi dia makan dan bagi dia makan ubat... kesian dia kena telan lima jenis ubat, pelik-pelik pulak tu. kesian adik akak sorang niii. waktu aku salinkan aku, dia tenung aje aku. kenapa eh? dia tenung aje apa aku buat. muka aku cantik sangat kot. hahaha... adik adik...

mama, kakak, abang, adik-adik aku semua keluar pergi beli barang raya... maklumlah, lagi dua hari nak raya... mestilah syok kan? tapi diorang semua keluar macam lambat-lambat... peliknya... aku rasa berat hati nak pergi tinggalkan Huzai dan toknga. aku pun tak ikut. duduk rumah aje. temankan huzai tengok cerita mr.bean lagi best, kan adik kan? sebelum keluar, semua cium Huzai, kenapa tiba-tiba ni? Macam pelik aje? hehehe. lepas tu, aku tengok huzai dalam bilik macam nak tidur. aku biarkan aje. aku main laptop dekat depan, tak nak kacau dia rehat... maklumlah, tak tidur sepanjang malam! Mesti mengantuk!

tiba-tiba huzai menjerit, *aku yang ajar dia jerit kalau nak apa-apa, hahaha* aku pergi dekat huzai, tengok dia tersengguk-sengguk, mengantuk sangatlah tu. mengingau kot. tiba-tiba dia jerit kali kedua, aku tengok dia, dia suruh aku betulkan bantal dia, waktu aku nak keluar, dia pandang atas, dia tarik tangan aku. Aku cakap, "Tak ada apalah sayang. sayang tidur eh? akak dekat depan. tidur aje tau." aku pun pergi. 

kali ketiga dia jerit, aku tengok mata dia ke atas. aku dah gelabah semacam. dia nampak hantu ke? tapi kenapa semacam aje. aku cepat-cepat tempik jerit nama toknga. aku dah gelabah... toknga! kenapa dengan huzai? kenapa dengan dia? kenapa dia macam tu? dia okey ke? toknga cakap huzai sawan. toknga dukung, toknga pun gelabah, gosok dia punya badan. masuk bilik, dia dah nazak... aku dah macam orang tak keruan... aku jerit-jerit. huzai... jangan tinggalkan akak... dia hembuskan nafas terakhir. aku dah nangis teresak-esak dekat tepi katil. kaki dia boleh lurus, selalunya sakit... badan dia lembik... aku dah nangis macam orang gilaa... aku peluk, aku cium dia. sayang... jangan tinggalkan akak... huzai aje yang akak sayang... huzai bangun eh sayang? bangun eh? kalau huzai sayang akak, bangun ya... kesian dekat akak ya sayang... 

aku dukung dia masuk kereta... aku macam orang tak betul. aku jerit-jerit dalam kereta suruh toknga bawak kereta laju-laju... toknga! toknga! cepat! huzai!!! huzai!!! dia hidup lagi, dia bernafas ni!!! aku cium-cium pipi, dahi huzai... aku tak sanggup kehilangan dia... sampai aje, aku bukak pintu kereta, aku jerit-jerit dalam bilik kecemasan... tolong! tolong! adik saya!!! tolong adik saya! ada nurse sambut adik aku, bawak pergi bilik kecemasan. aku melorot jatuh dekat dinding depan pintu bilik kecemasan... dari celah pintu, aku nampak huzai kena pam darah, tapi tak berfungsi... dia kena pam dada... aku peluk lutut, aku tekup muka aku... jangan tinggalkan akak... jangan tinggalkan akak... akak sayang adik... akak sayang adik... berulang-ulang ayat tu aku ucap... toknga call mama... semua sampai. mama bawak kereta laju. mama sampai aje, macam menangis. mana anak aku? 

mama dengan ayah masuk bilik kecemasan... aku dengar mama jerit... apa ni doktor? anak saya sihat pagi tadi! Kenapa boleh jadi macam ni? Ya Allah, anak aku... aku yang dengar dah tak mampu nak cakap apa. aku terduduk dekat lantai hospital... air mata aku mengalir tak terhenti. adik beradik aku hanya mampu terkedu dan menangis. mama peluk ayah... anak kita... anak kita... mama dan ayah menangis... aku hanya diam membisu. toknga ajak aku balik, eca... ikut toknga balik. pakai tudung. lepas tu datang balik... aku geleng. tak nak toknga. eca nak tunggu huzai... dia ada... mama pulak pujuk. eca pergi balik dulu... pakai tudung... lepas tu datang... aku akur. aku ikut balik. sepanjang perjalanan, aku hanya mampu termenung dekat tingkap, menangis tak terhenti. dahlah eca... kita kena redha... toknga tak henti pujuk aku. aku menangis, eca tahu huzai ada lagi... doktor tu penipu... tipu! 

lepas aku bersiap, aku datang balik. aku cari abang aku. aku terkedu tengok dia menangis dekat tempat yang tersembunyi. aku menangis dengar abang aku menangis teresak-esak... abang aku tekup mulut tahan tangisan dia... kesian dia. aku tahu abang aku cuba luahkan semua sebab dia tak nak menangis depan kitaorang... beberapa jam lepas tu, jenazah dibawa ke hospital besar melaka. semmua tunggu dekat luar hospital. abang aku yang dukung jenazah adik aku. aku tahu abang aku tahan tangisan, begitu juga dengan kakak aku...

aku ikut mama ke dalam. semua tunggu dekat luar. aku peluk lutut dekat kerusi ruang menunggu. mama usap kepala aku... eca... kenapa ni? eca sedih ya?... aku angguk, aku mengelap air mata yang tak henti-henti mengalir... sabar ya... mama pun sedih... aku membisu. eca nak tengok huzai, boleh tak mama?... aku masuk dengan abang aku. aku tengok adik aku kena balut. ada tag nama nazreen huzairi bin aszme. aku teresak-esak. aku tekup mulut aku. abang aku tepuk bahu aku. dah lah eca! abang tak nak tengok kau nangis. kalau kau nangis, seksa arwah nanti. jom lah keluar!... abang aku tarik aku keluar. aku hanya ikut. 

kitaorang semua buka puasa dekat hospital. makcik aku belikan roti. selepas itu, jenazah dibawa ke rumah nenek aku. aku bacakan yassin untuk arwah. air mata mengalir. lepas dikapankan, tok imam cakap... senang mandikan arwah... selalunya, budak-budak kalau lebih dari tiga jam meninggal dah keras dah perut, tapi arwah lembut lagi... jenazah pun nampak tinggi... Allah nak tunjukkan yang suatu hari nanti arwah akan besar macam tu... muka dia bercahaya... hebat kuasa Allah... aku tengok, ya, huzai nampak tinggi... muka dia bercahaya. aku cium dia. sejuk. tu yang aku rasa. tak dapat tengok dia senyum lagi dekat aku... 

waktu nak keluar, aku salam dengan semua orang dan peluk saudara kesayangan aku, Juliyana. Yana usap bahu aku... sabar eh eca... aku pandang saudara aku, aku menangis. aku dah tak ada siapa yana... aku sayang dia... sangat... tak sangka dia tinggalkan aku... Yana teresak-esak peluk aku. sabar eca... aku ada dengan kau. sama-sama kita nangis... aku pun berlalu. pergi tanah perkuburan. lepas disemadikan, kitaorang balik rumah. mama meroyan. mama marah marah... mama dah cakap! jaga huzai. korang tak nak jaga. tengok huzai dah pergi! eca! mama dah cakap, jaga huzai! Kau main-main, tengok huzai dah tak ada! semua salah kau!... aku terkedu dekat tepi dinding... aku menangis... salah aku ke?... abang aku pujuk aku, eca jangan ambik hati... mama tengah tertekan tu... aku faham... mama meroyan. dulu pun mama pernah kena waktu aleeya pergi... aku sabar... aku tahu bukan niat mama nak cakap macam tu...

dari dalam bilik, aku dengar abang aku tegur mama... mama! jangan salahkan eca! tak baik! mama nak tengok ke huzai seksa dekat sana? ni semua takdir! mama kena ingat, nanti dia seksa kalau mama terus menangis... mama menangis. abang aku dan adik lelaki aku jaga mak aku sehingga pagi. esoknya aku demam. aku hanya membisu. tak bercakap. aku hanya berkurung dalam bilik... waktu raya... semuanya hambar... hanya sepi aje. aku tak ada mood nak beraya. aku hanya mampu menangis aje. kan best kalau ada huzai? huzai tak sayang akak ek? tu pasal huzai tinggalkan akak... akak rindu adik...

aku langsung tak ada perasaan. aku suka berkurung dalam bilik. bertenggek dekat tepi katil. menangis. peluk baju huzai... aku asyik sebut nama dia. kadang-kadang terbayang aku main dengan dia... aku tengok video-video dia... gambar-gambar dia... banyak sangat... aku macam orang tak betul aje... sampai abang aku pun risau... tapi alhamdulillah semua kembali pulih selepas itu... aku sudah ada kekuatan untuk terus melangkah... hari-hari lawat huzai... hari-hari juga aku tahan sebak...

satu hari tu... aku tidur... pagi-pagi aje aku bangun aku dah teresak-esak... aku mimpi huzai... aku mimpi aku lawat kubur dia bawa kawan-kawan belakang sekolah... tiba-tiba semua jadi kawasan perkuburan dan aku sorang aje dekat kubur huzai... tiba-tiba huzai muncul pakai baju i love mama... dia senyum dekat aku... dia cakap, akak... akak tahu tak huzai dekat sana belajar macam-macam... huzai pandai sembahyang... cuma lain sikit dekat dunia... aku khusyuk mendengar cerita dia... dia senyum lagi... akak... huzai dah nak pergi ni! akak jangan sedih tau! huzai sentiasa sayang akak... huzai sayang akak... huzai sayang akak... huzai sayang akak... dia lambai-lambai aku sebelum hilang begitu saja. aku nangis tekup muka di tepi kuburnya. teresak-esak aku menangis... bangun-bangun aje aku dekat atas katil dengan teresak-esak. rupanya aku menangis dalam tidur! Bangun aje aku menangis teresak-esak!

kini... hari-hari aku berlalu tanpa Huzai di sisi... kalau hati aku tengah gundah, sedih... aku mesti pergi kubur dia... aku menangis dekat kubur diaa... sebab aku tahu dia dengar rintihan aku... aku selalu tahan sebak. mama pula, setiap kali nak keluar mesti tatap wajah Huzai dekat gambar... aku rasa hati aku sunyi sangat... hanya dia... yang boleh buat aku bahagia... 

dia selalu teman aku cuci pinggan... dia selalu teman aku buat kerja sekolah... aku selalu kongsi dengan dia bila aku dapat sesuatu... bila birthday dia, aku akan pastikan semuanya best! aku suka reka lagu untuk dia. give me five! give me ten! give me penumbuk! give me ciuman! hahaha. seronok. selalu bawak pergi taman. bila aku nangis, dia kesat air mata aku, dia peluk kepala aku. selalu buat video pelik dengan dia. selalu sorok-sorok dalam almari. tengok mr. bean. toy story. makan nasi goreng sesama. berbuka puasa sesama. pergi kedai sesama. pergi shopping sesama. beli baju untuk dia. main kejar-kejar dekat pizza hut. main buaian. jaga huzai dekat hospital. tidur satu katil dekat hospital. mandikan huzai. cebokkan huzai. suap huzai makan. roti. nasi goreng. hahaha. tu aje makanan kegemaran adik. apalah adik ni. bagi makan ubat. bawak adik naik kerusi roda. jalan-jalan dekat hospital. buat drift. hahaha. rindu huzai gigit pipi akak suruh bangun sebab tak ada kawan. rindu bila huzai tak nak siapa-siapa bagi makan kecuali akak. akak pun bersengkang mata bukak mata bagi huzai makan. tengok tom and jerry. mandi kolam dekat wonderland sesama. main gelongsor. main belon. jalan-jalan. rindu huzai nyanyi lagu mickey mouse! hahaha. rindu tidurkan huzai. 

bila setiap kali birthday dia, aku akan moody. tak dapat sambung. sekarang... dah dua tahun berlalu... huzai sentiasa dekat hati akak... setiap kali tengok budak kecik, akak tersentap... setiap kali tengok mereka, akan ingat adik akak yang comel ni! kita ada tanda lahir sama kan dekat tangan kanan! how sweet!

huzai... akak tetap sayang huzai sampai akhir nafas akak... kalau betul huzai kena buatan orang pun, akak cari sampai mati orang tu... tu janji akak... akak sentiasa ingat huzai... huzai sentiasa dekat hati akak. jaga kak aleeya elok-elok. tunggu akak dekat pintu syurga ya sayang... akak sayang huzai... i love you sayang... Al-Fatihah.