Sunday 22 January 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 13

Mia tersedar, dia merasakan keperitan di ari-arinya lagi.Dia melihat sekelilingnya. "Sayang dah sedar.."panggil Danial lesu. "Mia, kau dah sedar, baguslah.."panggil Mira pula.Mia tersenyum, lalu berpaling memandang wajah Danial yang sunggul.


"Abang, kenapa dengan Mia? kenapa tiba-tiba Mia ada dekat hospital? macam mana dengan baby kita? dia okay ke?"soal Mia bertalu-talu.Danial meraup wajahnya, dia sendiri tidak tahu bagaimana harus diterangkan kepada Mia.Tiba-tiba dia teringat bagaimana Doktor Ana memanggilnya masuk ke biliknya.


"Encik Danial, silakan duduk.."pelawa Doktor Ana. "Terima kasih, jadi doktor, macam mana dengan isteri saya? anak saya?"tanya Danial gementar. "Begini Encik Danial, melalui pemeriksaan kami, Puan Mia mengalami keguguran melalui cecair..kami tidak tahu sama ada, Puan Mia sendiri yang mengambil ubat itu, ataupun ada orang yang ingin sabotaj Puan Mia.."terang Doktor Ana.


Danial tersentap. "Maksud doktor, anak saya gugur? ubat gugur?"tanya Danial menggigil.Doktor Ana mengangguk. "Tapi saya harap, Encik Danial dapat menerangkan kepada Puan Mia dengan perlahan-lahan..saya bukan serkap jarang Encik Danial, saya dapat rasakan bahawa Puan Mia telah disabotaj, kalau tidak, kenapa dia begitu gembira dengan kehadiran bayi itu.."terang Doktor Ana lagi.Danial mengangguk.


"Abang, kenapa dengan baby?"tanya Mia gementar sekali gus mematikan lamunan Danial.Danial memandang Mira, Mira mengangguk, Mia hanya memerhati dengan pandangan yang pelik. "Sayang, abang tahu sayang seorang yang kuat, dan mampu melalui dugaan ini.."beritahu Danial.


Mia mengerutkan dahi. "Why? has anything wrong happen to my baby? what's it?"soal Mia tegas. "Sayang, mengalami keguguran..kerana racun.."ucap Danial perlahan.Tersentap jantung Mia.Dia bagaikan terasa kehilangannya nyawanya sendiri.


Air mata yang bertakung di birai mata, akhirnya jatuh berlinangan.Dia menangis teresak-esak.Danial terus memeluk Mia.Mia membatu. "Sayang, kenapa sayang tinggalkan mama? sayang lah hati mama sayang.."menangis Mia tersedu-sedan.


Mira yang mendengar terus berasa sayu.Selepas makan, Mia banyak berdiam, sepatah yang ditanya, sepatah juga yang dijawab. "Sayang, abang nak balik, mandi kejap..nanti abang datang balik ye..nanti Mira temankan Mia ea? Mira, you look Mia for me.."beritahu Danial lembut.Mira mengangguk.Mia terus menyalam Danial, Danial mengucup dahi Mia.


"Mia, kau sabar okay? kau kena kuat..Allah sayang kau..believe me, one day, you will pregnant again, okay?"nasihat Mira.Mia mengangguk sambil menangis tersedu-sedu. "Siapa lah kejam sangat racunkan anak aku..lebih baik dia racun aku..anak aku tak salah apa-apa pun.."luah Mia sayu.


"Kau jangan risau Mia, aku akan cari sampai dapat siapa yang buat kau sampai ni..believe me, selagi aku ada, aku akan sentiasa sokong kau.."nasihat Mira lagi. "Thanks, Mira.."ucap Mia perlahan, tapi masih didengari oleh Mira, Mira mengangguk, tiba-tiba pintu dikuak dari luar.


"Tak payah laa kau nak buat sisa air mata kau tuh, Mia..entah-entah kau yang makan racun tuh sebab tuh bukan anak kau, kan? mengaku je perempuan murah.."tungkas Puan Sri Hasnah. "Ma! kenapa mama fitnah Mia sampai macam tuh sekali? mana mungkin Mia racun anak Mia sendiri mama.."sayu suara Mia.


Qairina hanya tersenyum sinis. "Hey perempuan! kau ni kan, nak berdalih lagi kan? entah-entah betul apa yang aunty cakapkan tuh..kau tuh kan perempuan kampung yang boleh buat apa sahaja, materialistik!"tengking Qairina.


Mira mula geram apabila diperlekehkan Mia begitu sekali. "Hello, there..ni ke mama Danial? hello, Puan sri, saya ni kawan Mia, kenapalah ye mulut puan sri sebijik macam mami jarum..sedap-sedap kutuk pasal Mia..entah-entah, perempuan yang tak cukup benang dekat sebelah Puan Sri kod yang lahir anak luar nikah, then gugurkan..siapa tahu.."balas Mira memulangkan paku buah keras.


Serta merta darah merah menyerbu ke muka Qairina.Puan Sri Hansah menjengilkan matanya ke arah Mira. "Aik? Puan Sri, cuba tgk perempuan sebelah Puan Sri tuh? dah merah muka dia, kenapa? betul ke Cik Qairina..oh my Godness.."ejek Mira lagi sambil menekup mulutnya dengan tangan.


Mia memegang lengan Mira sambil menggeleng, supaya berhenti bersuara lagi. "Aunty, jom lah balik..rimas Rina duduk sini.."ajak Qairina.Puan Sri Hasnah mengangguk sambil membalas pandangan yang tajam ke arah Mia dan Mira.


"That's good idea Cik Qairina..oups! i will open the door for the damn people like you..so, please get out.."sinis Mira sambil membuka pintu untuk Puan Sri Hasnah dan Qairina, mereka berdua merengus dan segera berlalu dengan perasaan yang meluap-luap.


Mira segera memandang Mia yang sudah berlinangan air mata. "Dah laa Mia, dia orang dah tak ade dah pun..paling penting kau kena happy je selalu..haa..esok, kau dah boleh keluar, apa kata, lusa kita pergi Pavilion? banyak baju lawa-lawa tau..mesti kau suka punya.."ajak Mira.Mia tersenyum seraya mengangguk, dia harus teruskan hidup. Harus!






n/f : truk kan ? dugaan menimpa .. sbaik ade mira .. okay , maybe crite nii , korng ingt aku         tiru 'ANDAI ITU TAKDIRNYA' .. tapi , seriously .. ni memng sye pnye idea aku .. versi i maybe .. okay ? syg korang :s



No comments:

Post a Comment