Wednesday 18 January 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 9

Mia yang tersedar terus melihat jam di sebelah, pukul 9? lambatnya aku bangun..gerutu Mia dalam hati.Baru Mia hendak menurun dari katil, dia teringat bahawa dia masih tidak berpakaian.Dia memandang wajah Danial di sebelah, lalu dia tersenyum.Badanya masih terasa hangat bagaimana Danial dengan perasaan cinta yang teguh di hati.

Mia terus mengambil tuala dan berlalu ke bilik air.Selepas memakai baju, Mia keluar dari bilik air, dia melihat Danial masih lagi lena.Dia terus duduk di sisi Danial. "Abang.."panggil Mia.Diam. "Abang.." panggil Mia lagi sambil menepuk-nepuk pipi Danial lembut.

Danial terjaga.Lalu dia tersenyum kepada Mia.Danial juga gembira dengan kejadian semalam, bagaimana Mia membalas pelukannya.Mia membalas senyuman Danial. "Abang bangun, dah pukul 10 dah ni..Mia nak turun du.." belum sempat Mia menghabiskan cakapnya, Danial terus mendakap Mia erat.

Mia meronta.Semakin Mia meronta selagi tuh la pelukan Danial semakin erat. "Apa ni abang..abang dah lah tak mandi lagi, lepas tuh peluk Mia pulak tuh.."rengek Mia, Danial tersenyum.Danial melepaskan pelukannya, "Okay..abang mandi, tapi lepas mandi abang nak peluk Mia balik.."balas Danial.

Mia menjelirkan lidah.Danial tergelak, comel sungguh wajah Mia.Danial terus masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.Mia menyisir rambutnya yang paras bahu itu dengan rambut depannya yang sampai kening.Mia berlalu turun ke bawah selepas menyiapkan pakaiaan Danial.

Mia menuruni anak tangga dengan hati yang berdebar-debar.Dari atas dia dapat mendengar suara hilai tawa Qairina.Mia mencebik.Sampai di tangga terakhir, dia tersenyum manis kepada Puan Sri Hasnah dan Qairina, tapi tidak dibalas, hanya dibalas dengan pandangan tajam.

"Selamat pagi, mama, Rina..Sorry mama bangun lewat sikit..penat sikit laa semalam.."ucap Mia lembut.Puan Sri Hasnah merengus. "Tuh laa..kau ni, dasar perempuan kampung yang tak sedar diri tau..baru kahwin dengan anak aku, kau dah tunjuk belang..bangun lambat..apa, kau mimpi nak jadi madam besar dalam rumah ni?

Jangan mimpilah..dasar perempuan kampung murah.."sinis Puan Sri Hasnah.Mia hanya menunduk memandang lantai.Qairina hanya tersenyum mengejek. "Ma, maafkan Mia, Mia terbangun lewat sikit tadi..mama jangan risau, Mia sedar siapa diri Mia..Mia tak bermimpi nak jadi madam besar..hmm..ma, papa mana?"tanya Mia lembut.

Puan Sri Hasnah menjeling tajam.Mia hanya diam dan berlalu ke dapur.Di dapur, air mata Mia jatuh.Berapa lama kah dia harus bertahan jika begini caci maki emak mertuanya? tapi dengan hati yang cinta pada Danial, dia tetap bersabar, dia tidak akan meninggalkan rumah ini, kecuali suaminya yang membuangnya.

Makcik Siti datang, Mia terus mengelap air matanya. "Ea..puan..puan buat apa dekat dapur ni? pergi lah duduk depan.."pelawa Makcik Siti.Mia menggeleng sambil tersenyum. "Puan menangis ke? makcik tahu kenapa..makcik dah dengar tadi..sabar lah ye puan..lambat laun mesti dia akan terima puan jugak, cuma kena tunggu masanya sahaja.."nasihat Makcik Siti.

"Tak apelah makcik..dah biasa dah..makcik takyah lah panggil Mia, puan..panggil je Mia..macam yang selalu makcik panggil Danial, Danial je.."ucap Mia lembut.Makcik Siti tersenyum, dia tahu Mia memang seorang yang hati yang baik, tidak macam Qairina, jauh berbeza!

"Mana boleh..kena panggil puan jugak.."tindas Makcik Siti.Mia menggeleng. "Alaaa..kalau makcik tak nak panggil Mia, Mia..Mia taknak kawan makcik.."rajuk Mia tanda protes.Makcik Siti tersenyum.Makcik Siti mengangguk.Mia tersenyum gembira.Mia terus membantu menyiapkan sarapan.

DANIAL menuruni tangga dengan hati yang riang. "Morning, ma.."tegur Danial tanpa menegur Qairina. "Morning, Danial.."ucap Qairina.Danial hanya mengangguk tanpa senyuman. "Ma, Mia mana?"tanya Danial pelik, melihat isterinya kesayangannya tiada.

"Mana mama tahu..lantak dia lah.."sinis Puan Sri Hasnah.Danial hanya memberi jelingan tajam.Marah sungguh dia melihat ibunya.Danial mencari di dapur, dia melihat Mia sibuk menyiapkan sarapan manakala Makcik Siti pergi ke kedai runcit.

Danial tersenyum melihat tangan comel Mia lincah membuat kerja.Dia menyandarkan dirinya di dinding, dia memerhati.Mia masih tidak sedar akan kehadiran Danial.Danial melihat Mia langsung tidak kekok membuat kerja rumah tidak sia-sia dia mengambil Mia sebagai isteri.

Mia memusingkan badannya. "Oii! mak kau!"latah Mia sambil mengusap dadanya.Danial turut terperanjat lalu dia tersenyum. "Abang ni, terperanjat Mia tahu..kalau Mia sakit jantung, dah lama jalan.."omel Mia.

Danial menggeleng dan terus memeluk pinggang Mia dari belakang. "Sayang, jangan cakap macam tuh..abang tak suka.."balas Danial lembut.Mia tersengih lalu mengangguk.Danial tersenyum, makin erat dia memeluk Mia. "Abang ni, dekat dapur laa..main peluk-peluk orang..dah laa Mia nak bawak makanan pergi depan, abang tolong Mia ea?"ajak Mia.


Danial mengangguk sambil tersenyum.Dia menolong Mia mengambil makanan. "Mama, Rina..marilah jemput makan.."pelawa Mia mesra.Danial hanya tersenyum perasaan bangga kerana memperisterikan Mia menyelinap masuk.


"Hmm..aku tahu laa..nanti aku datang laa.."balas Puan Sri Hasnah acuh tak acuh. "Ma.."tegur Danial. Puan Sri Hasnah mencebik, Mia mengangguk sambil tersenyum.Hatinya pilu. "Mia, buat susah-susah je Mia pelawa Rina makan..aunty, jom lah makan..Mia dah jemput tuh..mesti sedap Mia masak..jom aunty.."ajak Qairina pura-pura.


Danial tahu Mia hanya pura-pura. "Rina nak ke makan makanan perempuan tuh? kalau kamu nak makan, makan laa..aunty tak berani, entah bersih ke tak, entah dia letak-letak apa-apa ke, kan aniaya tuh.."sinis Puan Sri Hasnah. "Ma, i said stop!"tengking Danial.


Qairina terdiam, Mia hanya menunduk. "Abang, tak baik marah mama macam tuh..ma, kalau mama tak nak makan, tak apa laa..Mia naik atas dulu ye? Rina, makan laa..tak ada racun pun.."balas Mia sambil tersenyum lalu naik ke atas dengan hati yang ditusuk sembilu.


"Tgk tuh Rina, budak kurang ajar, kurang adab..biasa laa tuh..selamba dia je, naik atas.."sinis Puan Sri Hasnah.Qairina hanya diam.Tapi dalam hatinya tersenyum riang kerana Puan Sri Hasnah amat membenci Mia, lagi mudah kerjanya.


"Danial pelik, mana pergi sifat lemah lembut dan penyayang mama? Danial tak kenal mama sekarang..kenapa mama benci sangat dengan Mia tuh? apa salah dia mama? mama dah janji dengan Danial yang mama akan sokong Danial..tapi, ini ke namanya sokong? mama patut bersyukur kerana memernantukan Mia..dia masih lagi hormat mama walaupun mama caci maki dia..i don't know you anymore.."balas Danial tegas dan berlalu naik ke atas untuk memujuk isterinya, dia tahu bertapa sedihnya Mia ketika itu.


Puan Sri Hasnah merengus. "Dah lah, jom Rina..jom ikut aunty pergi breakfast dekat luar..rimas aunty duduk dalam rumah ni.."ajak Puan Sri Hasnah.Qairina menurut sambil tersenyum lebar.


DI dalam bilik, Mia menangis sepua-puasnya.Dia mendengar pintu dikuak, Mia terus memalingkan badannya ke arah dinding. "Sayang.."panggil Danial lembut.Mia membatu. "Sayang, pandang abang sayang..bangun meyh.."panggil Danial lembut.


Mia terpujuk juga, dia bangun lalu duduk menghadap suaminya. "Kenapa sayang nangis ni? hmm? bagi tahu abang.."tanya Danial walaupun dia tahu punca isterinya menitiskan air mata sehingga sembap. "Tak ada ape..mana ada Mia menangis..masuk habuk.."nafi Mia sambil mengosok-gosok matanya.


"Sayang, tak mau tipu abang..abang mintak maaf kalau kata-kata mama menggores hati sayang.."terang Danial.Mia menggeleng. "Abang, Mia tak pernah marah mama..mama tak salah apa-apa pun.."balas Mia lembut.


Danial memandang anak mata Mia, Mia membalas renungan suaminya. "Sayang, abang cintakan sayang..abang sayang sangat-sangat dengan sayang..i love you.."ungkap Danial romantis berbisik di telinga Mia.Mia tidak dapat menahan sebak di dada, lalu memeluk badan sasa Danial.Danial membalasnya.


"Sayang, kenapa sayang sedih ni?"tanya Danial. "Terima kasih abang sebab mencintai dan menyayangi Mia, Mia pun cintakan abang, Mia sayang abang sangat-sangat..i love you too.."ungkap Mia pula.Danial tersenyum.


"Abang janji dengan Mia walau apa-apa pun yang terjadi, jangan sesekali abang tinggalkan Mia terkontang kanting ye abang?"soal Mia tersedu sedan. "Ye sayang, abang janji, demi Allah sayang..abang akan jaga sayang macam nyawa abang sendiri..believe me.."ungkap Danial ikhlas.


Mia melepaskan pelukan tapi masih memeluk leher Danial, dia merenung Danial dan mengangguk, Danial merenung dalam-dalam anak mata Mia, Mia membalasnya.Mereka menjalani bahtera kebahagiaan bersama, semoga kebahagiaan milik mereka selamanya.




p/s : sdeyh kan ? jhat btol mak danial tuhh ! hahaha :p


No comments:

Post a Comment