Sunday 8 January 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 7

Tup tup, sudah genap 3 bulan Mia dan Danial menjadi pasangan kekasih.Mia berasa amat seronok dan bahagia, dia dilayan seperti puteri dari kayangan oleh putera yang bernama Danial.Tapi, esok genap 3 bulan yang ditetapkan oleh ibu Danial untuk mencari pasangan.

Danial sampai di perkarangan rumah tepat pukul 8 malam.Danial menyalam kedua-dua tangan mama dan papanya sebelum melangkah ke biliknya untuk berehat. "Danial, mari sini.."panggil Puan Sri Hasnah, Danial hanya menurut. "Ni, kamu jangan lupa, esok mama nak tgk calon isteri kamu..kalau tak ada, mama jodohkan kamu dengan Rina.."tegas suara Puan Sri Hasnah, Tan Sri Idris hanya menggeleng.

"Danial akan bawa bakal isteri Danial esok.."luah Danial.Puan Sri Hasnah hanya mengangguk, Danial terus mendaki tangga ke biliknya.Dia terus berehat.

"MIA, masuk bilik Danial sekejap.."panggil Danial lembut.Mia menurut.Mia masuk lalu memberi senyuman yang manis, Danial membalas dengan seadanya. "Mia, Danial ada benda nak bincang dengan Mia.."terang Danial lembut.

"Yeke? pasal apa? dengar macam serius je.."balas Mia. "Pasal hubungan kita.."terang Danial.Mia mengerutkan dahi. "Danial rasa selepas dah jauh hubungan kita lalui, Danial ingat, nak ajak Mia kahwin..Mia setuju tak?"tanya Danial.

Tersentak Mia. "Kahwin? Danial tak rasa ke terlalu awal? bukan maksud Mia, Mia tak nak..sudah tentu Mia nak cuma Mia nak Danial betul-betul kenal hati budi Mia sebelum jadi isteri Danial yang sah.."terang Mia pula.

"Macam ni..sebenarnya, Danial memang cintakan Mia, sangat-sangat..Danial ingat nak pendam perasaan itu sebab takut tepuk sebelah tangan macam yang Danial terangkan Mia dulu..tapi, lepas dengar hajat mama Danial yang mahu Danial kahwin..Danial rasa sudah tiba masanya untuk Danial luahkan perasaan ini..mama Danial bagi 3 bulan dekat Danial untuk mencari calon isteri, kalau tak, Danial terpaksa kahwin dengan Rina..

Danial tak sanggup kehilangan Mia..Danial takut..jadi Danial ambik keputusan untuk kahwin dengan Mia..Danial rasa Mia boleh jadi isteri yang terbaik buat Danial..Danial dah bersedia untuk pikul tanggugjawab sebagai suami buat Mia..Danial nak Mia jadi milik Danial sepenuhnya.."terang Danial panjang lebar.

Mia terharu dengan luahan Danial. "Danial, kalau macam tuh, Mia setuju nak berkahwin dengan Danial.."luah Mia.Danial tersenyum bahagia. "Malam nanti, Mia siap, Danial ambik dekat rumah.."ucap Danial.

Mia mengerutkan dahi. "Nak pergi mana pulak?"tanya Mia bela.Danial tersenyum. "Nak pergi jumpa mama Danial laa..hari ini kan hari last untuk Danial tunjukkan dekat mama Danial siapa yang sentiasa bertakhta di hati Danial.."terang Danial.

Terkejut Mia.Mia mula gelabah. "Kenapa Mia gelabah ni?"tanya Danial lembut. "Mia takut la pulak.."balas Mia. "Tak ada apa laa..mesti okay je.."balas Danial, Mia mengangguk dan berlalu pergi.Mia sampai di perkarangan rumah ketika jam berganjak ke pukul 6 petang.

Mia melihat Mira sedang menyiram pokok bunga. "Assalamuaalaikum..'ucap Mia.Mira terus berpusing melihat Mia sambil tersenyum. "Waalaikumussalam.."balas Mira terus mamatikan air dan bergerak mendapatkan kawan comelnya itu yang sedang duduk di meja yang tersedia di luar halaman itu.

"Mira, aku nak kahwin tau.."terang Mia memecahkan kesunyian. "Hah? dengan Danial ke? asal awal sangat?"tanya Mira terkejut. "Mama Danial bagi masa 3 bulan untuk cari calon isteri..kalau tak, dia kena kahwin dengan Rina..Hari ini hari akhir mama dia bagi peluang.."terang Mia sambil memerhatikan bunga-bunga yang ditanam Mira.

"Rina?"tanya Mira sambil mengerutkan dahinya. "Alaaa..Qairina..yang aku cerita dekat kau waktu balik dari Singapore tuh.."ingat Mia. "Ouh, perempuan tuh? patutnya pun..bila kau nak jumpa mak Danial tuh?"tanya Mira.

"Malam ni..kau pernah jumpa mama Danial?"tanya Mia ingin tahu. "Pernah laa..waktu aku ikut Encik Syafiq pergi jumpa klien dekat Impiana..lain sikit mak dia tuh daripada bapak dia..bapak dia, peramah sikit.."terang Mira. "Aku takut kalau mak dia tak boleh terima aku.."terang Mia.


"Takyah takut..relaks je..kau pergi pukul berapa ni? naik apa?"tanya Mira menyedapkan hati Mia. "Pukul 8 malam..nanti Danial ambik aku.."balas Mia gelisah.Mira hanya mampu menggeleng dengan sikap Mia.Mia terus berlalu ke biliknya untuk bersiap.


MALAM itu, MIa hanya memakai baju kurung kapas berwarna putih pink bersama tudung sarung berwarna pink dan secalit lipstik, dia hanya memakai sandal putih.Terserlah kecomelannya.Mia terus bergerak ke kereta Danial yang menantinya.


Mia masuk dan berbalas senyum. "Sorry, lambat sikit.."ucap Mia. "Takpe..kalau sebab Mia, Danial sanggup tunggu bertahun-tahun.."balas Danial romantik, Mia hanya tersenyum.Danial membalas senyuman itu lalu memandu kereta BMW 6 SERIES miliknya.Mereka sampai di perkarangan rumah banglo 4 tingkat Danial, Mia terpegun dengan landskap rumahnya.


"Assalamuaalaikum.."ucap Danial."Waalaikumussalam.."balas Puan Sri Hasnah dan Tan Sri Idris serentak. "Ma, pa..ni lah bakal isteri Danial..Mia namanya.."perkenal Danial.Mia tersenyum lalu menyalam tangan Tan Sri Idris, mesra cuma Puan Sri Hasnah sahaja balas acuh tak acuh.


Puan Sri Hasnah hanya melihat Mia dari atas ke bawah dengan pandangan yang menjengkilkan, meluat sungguh dia melihat Mia.Mia hanya tunduk, Danial mula tidak sedap hati melihat cara pandangan Puan Sri Hasnah.


 "Ouh, Mia rupanya..untung uncle dapat menantu macam kamu, haaa..jom laa makan malam sama-sama..Nah, kamu ni..tetamu datang tak jemput..apa la..mari Mia, Danial.."pelawa Tan Sri Idris mesra.Puan Sri Hasnah mencebik, Mia perasan tapi hanya buat-buat tidak nampak.


Selesai makan, mereka terus ke ruang tamu untuk sesi soal jawab. "Mia ni orang mana?"tanya Tan Sri Idris mesra.Dia berasa gembira kerana memenantukan Mia kerana Mia mempunyai budi bahasa yang tinggi, harapannya untuk melihat Mia menjadi menantunya, kesampaian juga.


"Mia orang Melaka, uncle.."balas Mia sambil tersenyum, Danial turut gembira dengan cara layanan papanya cuma mamanya sahaja yang buat muka tegang. "Nama penuh Mia? Mia setuju nak kahwin dengan anak uncle? mak bapak Mia? setuju?"soal Tan Sri Idris.


Mia tersentak apabila dikaitkan dengan mak bapaknya tapi sepantas kilat dia mengawal riak wajahnya.Puan Sri Hasnah yang perasan hanya menjeling tajam ke arah Mia.Tak setuju lah tuh..ejek Puan Sri Hasnah dalam hati.


"Nama penuh Mia, Nurul Mia Sarah Binti Ahmad, saya setuju, mak bapak saya dah lama meninggal uncle.."terang Mia sambil menundukkan wajahnya, hatinya tiba-tiba terasa sebak, Danial juga turut terasa.Tan Sri Idris tersentak.


"Maafkan uncle..uncle tak tahu pun.."ucap Tan Sri Idris serba salah.Mia hanya menggeleng.Memang dia sengaja merahsiakan tentang hal ini.Tak nak siapa yang tahu. "Jadi, kamu ni cuma orang biasa? bukan anak datuk? tan sri?"soal Puan Sri Hasnah selamba dengan nada bongkak.

Mia menggeleng. "Kamu tahu tak, Danial anak siapa? anak Tan Sri, jadi kamu tak kisah kalau Danial ade overseas ke ape ke? then, kamu kena tahu cara berpakaian, faham? bukan dengan baju macam ni je..bulan kamu boleh kahwin tapi jangan menyesal lah ye.."balas Puan Sri Hasnah sinis.Mia menundukkan wajahnya.


Danial sudah mula naik berang begitu juga dengan Tan Sri Idris.Danial terus menghantar Mia.Masa telah ditetapkan, Mia akan berkahwin bulan hadapan.Mia dapat rasa Puan Sri Hasnah tidak suka menantukan Mia, tiba-tiba hatinya dihambat pilu.


Dia sampai dan terus menhenyakkan punggungnya ke sofa dengan wajah yang masam mencuka. "Mia, are you okay? kau ada problem ke? cerita dengan aku.."tanya Mira pelik melihat wajah Mia. "Aku rasakan Mira, mak Danial tak suka aku la..dia tak suka aku sebab aku tak setaraf dengan Danial..macam mana aku nak kahwin nanti wey kalau mak dia tak suka aku?"terang Mia sebak.


"Sabarlah Mia..kau tak boleh undur diri..kau kena kuat demi cinta kau terhadap Danial..kau sanggup ke tgk dia kahwin dengan Rina? kau sanggup relakan kasih kau dicuri orang? teruskan je..biarkan apa yang mak dia nak cakapkan..paling penting kita ikhlas..kau kena usaha ambik perhatiaan dia..nanti lama kelamaan hati dia akan terbuka juga..percaya laa..habis kau kahwin tak? bila? macam mana dengan Tan Sri Idris?"nasihat Mira dan segera menukar topik, tak nak Mia bersedih.


"Aku cuba Mira, aku cuba..jadi, bulan depan..uncle okay je..dia seronok dapat menantu macam aku..aku bersyukur sangat-sangat.."ujar Mia dengan air mata yang merembes keluar. "Sabar lah Mia..bagus lah..tgk tuh, at least, Tan Sri Idris dapat terima kau..kau kena kuat okay? aku pasti akan tolong kau bila kau susah.."pujuk Mira sambil menghadiahkan senyuman yang manis kepada Mia, Mia membalas seadanya lalu melentokkan kepalanya ke bahu Mira.


SELEPAS menghantar Mia, Danial terus masuk dan meluru berjumpa dengan Puan Sri Hasnah, dia berasa amat kecewa dengan cara layanan Puan Sri Hasnah kepada Mia, dia berasa amat marah. "Ma, kenapa mama cakap macam tuh dekat Mia?"tanya Danial serius.

"Apa yang mama cakap? betul apa yang mama cakap.."balas Puan Sr Hasnah. "Ma, mama dah janji nak kahwinkan dengan Danial orang yang Danial cintai..mama jangan nak mungkiri janji.."terang Danial.Puan Sri Hasnah mencebik. "Dia tuh tak setaraf dengan kita..mama tak mungkiri janji..mama cuma cakap dia tak setaraf..macam perempuan kampung tahu tak?"balas Puan Sri Hasnah.

Tan Sri Idris hanya menggeleng. "Ma, setaraf ke tak setaraf..itu semua tak penting ma, paling penting cinta..harta ni tak bawak ke mana pun mama..kalau kita mati pun, duit ni semua kita tak akan bawa bersama.."nasihat Danial.Puan Sri Hasnah menjuihkan bibir. "Kamu jangan nak ajar mama pulak..suka hati kau laa..kalau kau nak kahwin dengan dia..tapi ingat, kalau tak ada restu dari ibu, tak kan bahagia kau dunia akhirat..kau nak sangat kahwin dengan perempuan murah tuh kan? perempuan kampung tuh kan? kau kahwin bulan depan.."tengking Puan Sri Hasnah dan berlalu naik ke atas.

Danial terduduk di sofa sambil meraup wajahnya beberapa kali.Tan Sri Idris terus naik ke atas.Dia berasa amat marah dengan sikap isterinya yang bongkak. "Hasnah! kenapa mulut kamu ni biadab sangat?"tengking Tan Sri Idris. "Siapa yang biadab bang? saya ke atau anak awak tuh?! saya tak kisah dia nak kahwin dengan sesiapa pun! tapi, saya tak suka perempuan miskin, perempuan kampung tuh! saya tak kan siapkan apa-apa pun.."balas Puan Sri Hasnah sombong.


"Kamu jangan sombong sangat Hasnah, kamu lupa ke kita dulu pun orang susah? apa nak jadi dengan kamu ni? berlagak tak bertempat..saya kesal dengan sikap awak..kalau awak tak nak uruskan..biar saya dengan Danial yang uruskan..saya akan buat besar-besaran biar padan dengan muka awak.."balas Tan Sri Idris dan berlalu pergi.


Semoga cinta Danial Hakimi dan Nurul Mia Sarah akan bersatu selamanya..


p/s : best tk ? best kann , kann ? :D









No comments:

Post a Comment