Tuesday 24 January 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 15

"Entah-entah kau yang mengadu dengan Mira sampai Rina kena lempang!"tengking Puan Sri Hasnah.Mia menggeleng. "Ma, Mia tak mengadu dekat siapa-siapa pun.."terus terang Mia lemah lembut. "Habis macam mana Mira tiba-tiba datang serang aku?! mak bapak aku pun tak pernah lempang aku tau!"tengking Qairina pula.


Mia hanya menunduk.Dia sendiri bingung, padahal dia tidak tahu menahu bagaimana Mira boleh tahu di mana tempat Qairina bekerja. "Asal kau diam?! kau tak tahu nak cakap apa?!"jerkah Qairina lagi.Mia hanya menggeleng.


"Rina, maknanya betul yang Mia ni yang mengadu! saja nak kenakan Rina! kau memang kurang ajar kan perempuan?! kau sedar tak kau tuh siapa dekat rumah ni?! kau tuh cuma sampah yang dikutip oleh anak aku! kau tuh perempuan pembawa malang! perempuan pembawa sial! sundal!"hina Puan Sri Hasnah.


"Ma!"tengking Danial. "Hasnah!"tengking Tan Sri Idris pula.Mia yang sedari tadi memandang lantai terus mengangkat muka memandang suaminya dengan mata yang berair.Danial melihat isterinya dengan hati yang pilu, dia tidak sampai hati melihat isterinya begitu.Mia terus berlari naik ke atas.


Puan Sri Hasnah dan Qairina terdiam dan terkejut, muka mereka sudah pucat lesi. "Nah! siapa yang ajar awak kurang ajar macam tuh?! berani kau cakap macam tuh dekat menantu sendiri! saya dah tak kenal lagi siapa awak Hasnah!"jerkah Tan Sri Idris.Puan Sri Hasnah hanya membatu, dia tidak berani mahu mengangkat muka untuk melihat wajah suaminya yang merah menyala menahan amarah yang tinggi.


"Ma, kenapa mama buat macam tuh dekat isteri Danial? mama, why? apa salah dia mama? pa, Danial dah nekad nak bawak Mia keluar dari rumah ni.."beritahu Danial dan terus berlalu naik ke atas untuk memujuk isterinya.Tan Sri Idris menggeleng. "Kamu Rina, jangan sesekali kamu jejakkan kaki kamu dekat sini..berani kau cakap macam tuh dekat menantu aku..apa kau ingat kau dah cukup baik nak jadi menantu aku? sedar diri tuh sikit.."marah Tan Sri Idris dan terus berlalu naik ke atas.


"SAYANG.."panggil Danial yang melihat isterinya teresak-esak di balkoni bilik mereka. "Abang, kenapa mama benci dengan Mia? apa salah Mia? sebab Mia tak bagi dia cucu ke? tapi abang, itu bukan kehendak Mia..Allah, yang tentukan..Mia dah tiada siapa dekat sini..kenapa semua benci Mia.."esak Mia sayu.


Danial yang mendengar menjadi pilu, dia tahu bertapa sedih isterinya diperlakukan begitu. "Sayang, tahu mau cakap macam tuh..Mia ada abang..selagi abang ada, abang akan jaga Mia sampai akhir hayat abang, percaya lah sayang.."pujuk Danial.


Mia terus memeluk Danial, Danial turut membalasnya. "Sayang, tadi sebenarnya abang ada surprise..tapi tak jadi..jadi, sekarang ni laa abang nak bagi satu benda.."beritahu Danial.Mia mengangkat keningnya. "Apanya bang?" tanya Mia selepas puas menangis di badan sasa suaminya itu.


"Abang dah beli rumah..barang kelengkapan, semua dah ada..sekarang ni, sayang kemas barang-barang sayang..kita pergi ye? malam ni jugak kita pergi dari sini.."ajak Danial.Mia mengerutkan dahi. "Abang, kenapa tak tunggu esok je? lagi pun, mama dengan papa setuju ke?"tanya Mia.


Danial tersenyum, dia bangga dengan isterinya, isterinya masih lagi menghormati mamanya walaupun dicaci maki dan dihina. "Papa setuju..mama? tak perlu lah..sayang, jangan paksa abag bagitahu mama..abang sedih dengan sikap mama..tak apa..malam ni lagi bagus, tak ada lah hati sayang terluka.."ucap Danial, Mia mengangguk dan tersenyum.


Danial bergegas menyimpan semua pakaiaannya ke dalam but kereta.Puan Sri Hasnah terus keluar melihat anaknya pergi tanpa memberitahunya, dia tahu bahawa anaknya sedih dengan perilakunya.Kurang ajar kau Mia! aku akan pastikan anak aku tinggalkan kau! dendam Puan Sri Hasnah.


"WAAHH! lawanya abang!"teriak Mia.Danial yang sedang mengangkat bag-bag baju tersenyum melihat telatah isterinya. "Suka?"tanya Danial. "Suka sangat-sangat.."teriak Mia.Danial terus merangkul pinggang ramping isterinya dari belakang, Mia hanya tersenyum.


"Sayang, tgk ni.."tunjuk Danial sambil mengangkat dua tiket penerbangan.Mia mengambil dan membeleknya, Korea! "Abang, untuk apa ni?"tanya Mia sambil mengerutkan dahi. "Abang nak ajak sayang honey moon..lagi pun, waktu kahwin, abang lupa bawak..so, minggu depan kita pergi, okay? nanti kita pergi cari barang sama-sama..tapi kalau esok, Mia nak pergi cari dengan Mira dulu pun boleh..nanti abang bagi duit.."beritahu Danial.


Mia tersenyum. "Abang, Mia tak kisah pun kalau abang tak bawak Mia pergi bulan madu, yang paling penting kita bahagia.."balas Mia ikhlas, Danial tersenyum, dan mengangguk. "Tapi, abang nak ajak sayang..sayang tak nak pergi ke?"tanya Danial pura-pura merajuk, Mia terus memeluk Danial.Danial membalas seadanya, Mia berjanji kepada dirinya yang dia akan tabah selagi suaminya berada di sampingnya.






p/s : wahhh ! koreaa meyhh ! smoga dia orng bhagia kan ? wktu ni , dia orng tk thu pown bhawa awann mendung sedang berarak ke arah mereka :D

No comments:

Post a Comment