Saturday 21 January 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 12

"What? biar betul aunty?"soal Qairina ingin kepastian. "Betul laa, tak kan aunty nak tipu kamu..aunty pun tak sangka cepat betul Mia tuh mengandung..baru 3 bulan kahwin..tak pasal-pasal bukan anak Danial..hish, tak nak aunty ada cucu luar nikah.."terang Puan Sri Hasnah.


Qairina tersenyum. "Habis, aunty tak nak buat apa-apa?"soal Qairina.Aku mesti buat sesuatu..aku tak boleh biarkan zuriat Danial dan Mia lahir dekat dunia ni! biar dia orang tahu, yang aku berdendam dengan dia orang..sebaik orang tua ni tak suka Mia, senang kerja aku..gerutu Qairina dalam hati.

"Nak buat apa lagi? tak kan nak gugurkan pulak? dah lah, Rina, malam ni, kamu datang rumah aunty, kita makan malam sama-sama ye.."ajak Puan Sri Hasnah.Pantas Qairina mengangguk.Gugur? idea yang baik..kebetulan malam ni, makan malam..nasib memang belahi aku..ucap Qairina dengan hati yang puas.


MIA yang menyiapkan diri dengan memakai baju kurung kapas berwarna oren berbunga kecil berwarna merah beserta tudung sarung berwarna oren di kepalanya, dikenakan pula secalit lipstik, terserlah sungguh kecomelannya.

Lantas dia mengambil telefon mendail nombor Danial. "Assalamuaalaikum.."ucap Mia. "Waalaikumussalam..kenapa ni sayang? sayang nak makan apa-apa ke? ke tak sihat?"soal Danial bertalu-talu, Mia tersenyum.


Dia sungguh beruntung kerana memiliki Danial yang begitu mengambil berat tentang dirinya.Apa sahaja yang diidamkan ketika mengandung sekarang, pasti akan ditunaikan.Tidak pernah ditunaikan.

"Tak laa abang..ni Mia nak mintak izin abang nak pergi MidValley dengan Mira..boleh tak abang?"soal Mia. "Sayang..sayang nak buat apa? kan sayang baru sihat..lagi-lagi sayang tengah mengandung tuh.."ucap Danial lembut.


"Alaa abang..Mia nak keluar kejap je..lagi pun boring lah duduk rumah je..baby pun nak tgk dunia..lagi pun, Mia teringin nak makan journey tuh.."pujuk Mia manja. "Alaa..nanti abang belikan ea?"pujuk Danial lagi.


"Please abang..sekali je..lagi pun, dah lama Mia tak jumpa Mira..rindu dengan dia..kesiankan abang jugak..boleh ea? please.."rayu Mia lagi.Akhirnya Danial beralah. "Okay, tapi promise dengan abang, balik sebelum maghrib..okay? baik-baik tau..jaga diri tuh..assalamuaalaikum.."ucap Danial dan mematikan talian selepas mendengar ucapan Mia.

Tidak sampai seminit, telefonnya berbunyi. "Hello, kau dah sampai? okay, aku turun sekarang.."ucap Mia dan terus mengambil tas tangan dan segera naik kereta Viva berwarna hitam Mira. "Mia pergi mana tuh aunty?"tanya Qairina yang melihat Mia tergesa-gesa menaiki kereta Viva hitam itu.


 "Entah, lantak dengan dia laa..kita buat hal kita je..buat apa kita layan perempuan murah tuh.."dengus Puan Sri Hasnah.Qairina tersenyum sinis. "Aunty, Rina nak keluar sekejap, nak jumpa kawan..nanti Rina datang balik, okay?"pinta Qairina, Puan Sri Hasnah tersenyum lalu mengangguk.

Selepas meluncur laju keluar dari rumah, Qairina segera mendail nombor Sam. "Haa..kau dekat mana? aku nak kau bawak ubat yang kau pernah bagi aku dulu tuh..aku tunggu kau dekat Secret Recipe seksyen 10 tuh..okay, bye.."balas Qairina dan mematikan talian.Dia tersenyum girang.


SAMPAI sahaja di MidValley, mereka terus bergerak ke kedai Journey.Mia tampak begitu berselera ketika makan.Mira mulai pelik, setahunya, walaupun Mia kelaparan pun, dia tidak akan jadi begini. "Kau ni kenapa Mia? selere sungguh aku tgk kau makan..mengidam ke ape?"usik Mira.

Mia tersenyum, memang dia masih tidak memberitahu Mira pasal kandungannya. "Memang pun.."balas Mia tanpa memandang wajah Mira yang terkejut beruk itu. "Hah?! betul ke? dah berapa bulan?"tanya Mira girang.


Mia hanya menunjukkan dua jari terangkat. "Tahniah!"ucap Mira.Mia mengangguk, tiba-tiba telefonnya berdering, nombor yang tidak dikenali tertera di situ. "Hello, siapa ni?"tanya Mia. "Aku ni Rina, jangan lupa balik cepat tau..kita makan sama-sama..mama pun ajak kau sekali..cepat ye.."ajak Qairina dan terus mematikan talian tanpa sempat mendengar penjelasan Mia.


Dahi Mira berkerut. "Kenapa Mia?"tanya Mira pelik. "Entah, tiba-tiba je si Rina telefon aku..cakap elok-elok pulak tuh.."terang Mia. "Dia cakap apa?"tanya Mira ingin tahu. "Dia ajak aku balik cepat ke rumah, sebab ada makan malam sama-sama..mama ajak..tapi tadi mama bukan main maki hamun aku lagi..tak kan senang dia ajak aku.."terang Mia lagi.

Mira mula tidak sedap hati. 'Wey Mia..lebih baik kau jangan percaya sangat..sebab kalau orang tiba-tiba baik macam ni, dia ada agenda tersendiri.."terang Mira.Mia mengerutkan dahi beserta anggukkan.Mereka menyambung perbualan mereka.


MIA sampai di rumah ketika jam berganjak pukul 7.Dia terus solat dan turun.Dia melihat suaminya sudah ada di meja makan. "Abang.."panggil Mia dan terus menyalam tangan Danial, Danial terus mencium dahi Mia.Qairina mencebik.

Ketika Puan Sri Hasnah sibuk memasak, dia tidak menyedari bahawa Qairina telah meletakkan air coklat Mia dengan sesuatu.Dia terus masuk ke ruang makan. "Mia, ni i ada buatkan you air coklat..bagus tau untuk kesihatan baby.."pura-pura Qairina.Mia tersenyum dan mengangguk. "Terima kasih laa Rina, buat susah je.."ucap Mia sambil tersenyum manis.


Mia terus meneguk laju air coklat itu.Qairina tersenyum.Rancangannya berjaya.Selepas makan, mereka berbual kosong, dan terus masuk tidur.Ketika Mia hendak melelapkan mata, tiba-tiba di bawah ari-arinya dan perutnya sakit, sakit yang teramat.


Mia lantas berlari masuk ke bilik air.Danial terjaga dari tidurnya bila melihat Mia tiada di sebelahnya, bila dia mengetuk pintu bilik air, tiada sahutan, Danial terus mengambil keputusan untuk menendang pintu bilik air, alangkah terkejutnya dia melihat Mia terbaring kaku di bawah sinki dengan bermandikan darah.Danial terus mendukung Mia dan membawanya ke hospital.






p/s : korng nk thu tk ape yng jdi ? tnggu dan lihat bab 13 ! mmuuaahh ckitt :*

No comments:

Post a Comment