Friday 3 February 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 19

Mia memakai blau panjang oren dan seluar slack putih. Dia memakai kasut tumit tinggi berwarna oren, dikenakan dengan tudung sarung berwarna oren, dan secalit lipstik. Terserlah sungguh kecomelannya. Mia memandu keretanya ke Mentari Holdings.


Mia terus keluar dari perut kereta ke tingkat atas tempat dia bekerja dahulu. Perasaan gugup mula menyinggar masuk, dia takut terserempak dengan suaminya, jadi dia mengambil keputusan untuk datang lebih awal. Mia terus berjumpa dengan pembantu di kaunter.


"Assalamuaalaikum.."ucap Mia mesra sambil tersenyum. "Waalaikumussalam, ye..Cik.."sambung pembantu itu. "Puan Mia.."sambung Mia. Pembantu itu mengangguk, "Ouh, dah kahwin rupanya..Puan Mia nak jumpa siapa?"mesra pembantu itu bertanya.


"Saya dulu bekerja di sini sebagai Security Account dan setiausaha Encik Danial..jadi, saya nak awak try tgk di senarai nama di fail management ada ke tidak nama saya.."balas Mia lembut. Pembantu itu tersenyum seraya mengangguk.


Dia terus mencari fail tersebut di satu sudut. Akhirnya dia mengeluarkan fail berwarna hijau muda. Dia menyelak satu persatu. "Ya..Nurul Mia Sarah binti Mohammed? betul ke puan?"tanya pembantu itu ingin kepastian. Mia mengangguk. "Jadi, saya nak keizinan untuk mengambil barang-barang saya..boleh kan?"tanya Mia.Pembantu itu mengangguk dan mempersilakan.


Mia masuk ke bilik Security Account, biliknya masih sama tanda tidak diusik, dia terus mengeluarkan kotak dan menyusun barang ke dalam kotak. Danial kebetulan lalu di situ dan terserempak dengan Mia yang tidak perasan akan kehadirannya.


Ingin saja dia memeluk Mia ketika itu. Mia kelihatan sangat cantik pada pandangannya. Danial terus bergegas ke pembantu hadapan itu. "Linda, saya nak tahu siapa yang berada di dalam bilik Security Account sekarang.."tanya Danial walaupun dia tahu itu ialah Mia, tapi dia ingin tahu punca kehadiran Mia yang sedang sibuk mengemas barang.


"Ouh, maaf Encik Danial, itu Puan Mia..dia datang untuk mengangkat barang-barang dia yang tertinggal.."terang pembantu itu. Danial mengangguk dan terus berlalu pergi. Danial masuk dan terus menutup pintu bilik Security Account itu.


Mia tersentak dan berpusing, dia tersenyum tapi tidak dibalas oleh Danial tapi hanya memandang Mia dengan pandangan tajam. "Abang.."panggil Mia. "Kau jangan nak abang-abang kau dekat sini..ni aku nak tanya kau..kau buat apa dekat sini!?"jerkah Danial.


Mia hanya menundukkan kepalanya. "Mia datang sini sebab nak ambik barang sebab nanti Mia akan kerja dekat syarikat Syukri.."terang Mia dengan perlahan. "Ouh, sebab tuh..aku ingat kau datang sini sebab nak jumpa aku dan suruh aku jadi pak sanggup lagi.."balas Danial sinis.


berdesing telinga Mia, hatinya bagai tersentap dan jantungnya terasa terhenti mendengar perkataan yang meluncur laju keluar dari mulut suaminya itu. Mia memandang Danial dengan sayu. Inikah lelaki yang pernah bersumpah atas nama Allah yang dia akan jaga aku? inikah ya Allah? tanya Mia dalam hati.


"Abang, sampai hati abang kata Mia macam tuh..Mia tak pernah buat benda sekeji itu abang..apa salah Mia sampai abang hina Mia sampai macam tuh sekali?"sebak Mia sayu. "Kau pun sampai hati gugurkan anak tuh! kau pun sampai hati jugak sebab jadikan aku pak sanggup!"jerkah Danial.


Mia terpempam. "Abang! sampai hati abang kata macam tuh dekat anak kita! itu anak abang! bukan anak orang lain abang! sumpah atas nama Allah bang! yang itu anak abang!"balas Mia tegas. "Dah lah! kau jangan nak main sumpah-sumpah ni! kau jangan nak berlakon depan aku dengan air mata kau tuh! pergi kau!"balas Danial.


"Baik, Mia akan pergi abang..tapi percaya lah abang, yang anak yang Mia kandungkan itu, anak abang..suatu hari nanti kebenaran akan terbongkar.."balas Mia sayu dan berlalu pergi. Danial merengus dan masuk ke biliknya, mereka tidar sedar yang Syafiq telah mendengar semuanya, dia terus mengikut Mia.


Mia memandu keretanya ke Pantai Botanikal tempat dia mengadu kesedihannya. "Assalamuaalaikum.."ucap Syafiq. Mia mengangkat mukanya. Pantas dia tersenyum. "Waalaikumussalam..Fiq, duduk lah.."pelawa Mia. "Mia, Mia sabar ye dengan dugaan ini..Fiq dah tahu pasal krisis Mia dengan Danial, Danial ada cerita dengan Fiq, tapi Fiq tak percaya..Fiq kenal Mia siapa.."terang Syafiq.


Mia tersenyum. "Fiq, Mia akan bersabar..sebab Mia tahu..kebenaran pasti akan terbongkar jugak suatu hari nanti..Allah sentiasa ada dengan Mia..jadi Mia tidak gentar dengan cabaran yang menimpa Mia.."terang Mia. Syafiq tersenyum, bangga pada Mia walaupun dicaci maki dengan suaminya sendiri, dia masih tabah. Mia hanya termenung memandang tasik dan termenung memikirkan nasib dirinya yang bertambah kusut.






p/s : sdeyh kan ? rse mcm nk nngess :'( sob sob sob >_<

No comments:

Post a Comment