Wednesday 15 February 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 34

"Mia kau nak makan tak?"tanya Mira dari dalam dapur. “Tak nak!”balas Mia pula. Petang tadi mereka selamat sampai di kampong halaman Mira dan Syukri, Mia berjalan duduk di pangkin depan rumah Mira. Mia menrindui perasaan kampong yang aman dan damai.


Angin yang sepoi-sepoi bahasa, sekali sekala menampar lembut pipinya. Perasaan rindu pada ayah dan emaknya menerpa masuk ke dalam lubuk hatinya. Dia sedih kerana mereka pergi dulu tanpa sempat melihat cucunya yang bakal dilahirkan.


Hati Mia bertambah hiba dengan peninggalan suaminya. Sampai sekarang, dia tidak tahu, bagaimana keadaan suaminya sekarang. Hati Mia sayu bila mengenangkan nasib dirinya terutama anak yang dikandung nanti. Dia tidak tahu siapa yang akan menjaga anaknya nanti, kerana dia percaya. Hari yang membawanya kembali menghadap Allah, semakin hampir.


Dia hanya mampu berdoa, andai Allah mengizinkan dia bernafas di dunia ini lagi, dia akan mencuba sedaya upayanya untuk menjadi seorang insan yang patuh pada perintahNya, isteri yang taat dan ibu yang kasihi. Mia termenung jauh, Mira juga sepertinya, anak tunggal tapi perbezaannya, Mira masih lagi ada mak dan ayah yang boleh dijadikan tempat bermadu kasih.


Lamunan Mia termati apabila ada orang menguis lembut bahunya. Mia melihat Hajah Hanum sedang memandang dengan senyuman yang manis, Mia membalas seadanya. “Haiih, Mia..jauh termenung..”usik Hajah Hanum dan duduk bersebelahan dengan Mia.


Mia tersenyum hambar. “Makcik dah tahu apa yang terjadi pada kamu..Mira ada ceritakan..sabar laa Mia, sesungguhnya Allah akan memberikan dugaan yang hanya boleh kita tanggung sendiri..Allah tidak akan memberi dugaan yang luar dari kemampuan kita..sabar je laa nak..makcik tahu kamu kuat..”nasihat Hajah Hanum.


Mia tersenyum dan perlahan-lahan air matanya menitis, pantas diseka. “Terima kasih Makcik..Mia bukan teringatkan itu aje..Mia teringat dengan arwah mama dengan ayah..rindu sangat dengan mereka..”balas Mia. Hajah Hanum tersenyum, “Mia kalau nak anggap makcik mak pun tak apa..lagi pun, makcik dah kenal Mia lama da..”balas Hajah Hanum.


Mia mengangguk, dan perlahan kepalanya dilentokkan ke bahu Hajah Hanum. Hajah Hanum perlahan-lahan mengusap lembut belakang badan Mia. “Berapa bulan dah kandungan Mia?”tanya Hajah Hanum. “7bulan makcik..”balas Mia manja.


Mira yang melihat hanya tersenyum, dia tahu, Mia amat mendahagakan kasih sayang seorang ibu. Itulah, dia mengambil keputusan untuk membawa Mia bersamanya. “Amboi, manjanya dia..”usik Mira sambil memuncungkan bibirnya.


“Haiih, tak kan merajuk anak emak ni..tadi ia-ia suruh mak manjakan Mia..sekarang dia yang over lebih..frust menonggeng la tuh..”usik Hajah Hanum, Mia dan Mira ketawa besar mendengar ayat yang meluncur laju keluar dari mulut tua Hajah Hanum itu, Hajah Hanum hanya tersenyum.


Haji Daud yang melihat adegan itu turut tersenyum. Dia baru pulang dari kebun buahnya. “Mira, apa anak dara kamu ni? Gelak macam satu kampong nak dengar..dah nak manghrib ni..tak reti-reti nak diam? Macam mana nak jadi isteri orang nanti?”bebel Haji Daud.


Mira tersengih, “Yela, Mira bawak Mia naik atas..apa nak jadi kamu ni Mira, dah nak kahwin pun perangai tak ubah-ubah..” bebel Hajah Hanum pula. Mira memuncungkan bibirnya pura-pura merajuk. “Ala..mak ni, supporting laa sikit..mak pun mesti macam tuh jugak kan? Waktu mak nak kahwin dengan ayah kan, frust menonggeng tak?”usik Mira meniru cara ayat maknya cakap tadi.


“Bertuah punya anak, dah pergi solat cepat..”balas Hajah Hanum, Mira terkocoh-kocoh lari takut dicubit oleh maknya, Mia tersenyum melihat kebahagiaan keluarga mereka, tidak seperti dia. Tiba-tiba sakit kepalanya datang dan amat perit, dia mengambil keputusan untuk tidur selepas solat maghrib, Mia menelan dua biji pil yang dibekalkan oleh doktor.


MIA tersedar apabila jam berganjak ke pukul 3 pagi. Kepalanya berdenyut sakit, sakit yang teramat, Mia segera mencapai ubat yang diberi oleh Doktor Iman dan terus terbaring lesu dengan wajah yang pucat, Mia tahu, sakitnya makin teruk, Doktor Iman ada memberitahunya bahawa ketumbuhan otaknya semakin besar, Mia redha, andai Allah ingin mengambilnya.






N/F : BHAGIA NYE KELUARGA MIRA !! :D




No comments:

Post a Comment