Thursday 16 February 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 49

Mira tersenyum sumbing mendengar berita bahawa dia telah mengandung, hatinya melonjak riang. Mira mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Mia di Pavillion. Mira tesengih sambil menunggu Mia di shopping mall .


Mia segera menapak ke arah Mia. “Haiiihh, Mira..berseri muka..ada berita yang menyoronokkan ke?”usik Mia dan berjalan beriringan dengan Mira. Mira tersengih tanda mengiakan apa yang diperkatakan oleh Mia. “Apanya? Share lah..aku pun ada benda nak beritahu..”balas Mia.


“Yeke? Apanya?”tanya Mira pula. Mia menjelirkan lidah. “Tak boleh, kau kena beritahu aku dulu..berita yang buat kau betul-betul gembira ni..”usik Mia. Mira akhirnya akur. “Aku dah mengandung sebulan..”ucap Mira sambil melonjak.


Terbeliak mata Mia. “Serius?”tanya Mia ingin kepastian. Mira mengangguk, “Tahniah my friend!”ucap Mia dan memeluk erat Mira tanpa menghiraukan orang yang melihat adegan mereka. “Kau kena jaga kandungan pertama ni..dalam masa 3 bulan, jangan lasak sangat..”nasihat Mia. Mira mengangguk, “Kau ni sama dengan mak dan mak mertua aku..tak habis-habis nak bagi nasihat..”rengek Mira. Mia tersenyum, “Mesti lah..”balas Mia sambil menjeling. “Haa..apa berita gembira kau tuh pulak?”tanya Mira. Mia tersengih.


“Aku dah okay dah dengan Danial..”beritahu Mia tenang. “Yeke? Macam mana tuh?”tanya Mira. “Syafiq la..aku berterima kasih dengan dia..dia dah siasat itu ini..dan aku dah dengar pengakuaan Rina sekali dalam pita rakaman..dia tak perasan Syafiq letak atas meja..alah maklumlah..dah emosi..”terang Mia.


Mira mengangguk, “Alhamdulillah..so, Rina macam mana? Bayi dia?”tanya Mira. “Itu yang runsingkan aku..dia boleh pulak salahkan bayi tuh..”balas Mia. Mira terganga. “Salahkan bayi tuh? Ya Allah, aku punya la nak anak..dia boleh pulak taknak..”istighfar Mira berkali-kali.


“Tapi ada perkara yang buat aku takut..”ucap Mia resah. “Aik? Tadi happy, ni sedih pulak..apanya Mia?”tanya Mira ingin tahu, dia pasti mesti ada perkara yang merunsingkan fikirannya. “Rina..dia masih nak balas dendam..aku takut dia libatkan anak-anak aku Mira..”ucap Mia.


“Hah? Tak insaf-insaf lagi? Dah la..kau jangan banyak fikir..aku dah mengidam ni..kita berseronok hari ini, okay? Jom!”ajak Mira. Mia hanya menurut. Mira berharap rakannya ini akan selamat, dalam hatinya tidak putus-putus berdoa meminta perlindungan untuk rakannya.


“PA..Rina nak jumpa Danial dengan Mia..”ucap Qairina perlahan sambil terbaring lesu di atas katil hospital, selepas berjumpa dengan Danial dan Mia, Qairina memandu kereta dengan perasaan marah, dan dia mengalami kemalangan yang teruk, dan anaknya gugur.


Dia tidak dapat bergerak, kerana mengalami lumpuh. Qairina menangis semahu-mahunya, dia benar-benar menyesal, sakitnya makin hari makin tenat. “Rina..papa call Danial ye..”pujuk Tan Sri Tajuddin, sedih dia melihat anaknya yang terbaring kaku. Danial dan Mia bergegas ke hospital apabila mendengar pengakuaan Tan Sri Tajuddin yang sedih itu. Mia masuk ke dalam wad yang dimasukkan untuk Qairina. Mia tersenyum ke arah Qairina. Qairina hanya tersenyum hambar. “Rina..Rina sihat?”tanya Mia lembut.


Qairina mengangguk perlahan. “Mia..maafkan Rina..Rina selalu merosakkan rumah tangga Mia dan Danial..maafkan Rina..baby Rina pun tinggalkan Rina..”mohom Qairina sambil memegang erat tangan Mia. Mia terpaku mendengar pengakuaan Qairina.


“Sudahlah Rina..perkara dah lepas..Mia tak dendam apa pun..paling penting Rina kena jaga kesihatan Rina ni..Mia pun nak mintak maaf kalau Mia terkasar bahasa..”ucap Mia sambil menyeka air mata yang menitis. Sedih dia melihat Qairina yang terbaring kaku sahaja.


“Rina makin teruk Mia..makan tak nak..Cuma menyesal apa yang dia buat sahaja..uncle tak tahu apa yang perlu buat lagi..penyakit dia tak boleh sembuh..”ucap Tan Sri Tajuddi, sambil menyeka air matanya. Danial terus memeluk erat badan tua Tan Sri Tajuddin.


“Sabarlah uncle..kita berserah kepada Allah..”pujuk Danial. “Danial..maafkan Rina..Rina bersalah..ampunkan Rina..Rina nak pergi dengan tenang..”ucap Qairina. Danial bergerak ke arah Qairina. “Sudahlah Rina..Danial dah maafkan dah..pergilah dengan tenang..”ucap Danial ikhlas.


Qairina tersenyum sebagai tanda terima kasih. Tiba-tiba dada Qairina sesak, dan dadanya begitu perit. “Abang! Tgk Rina bang!”teriak Mia. Danial segera bergerak ke arah Qairina. Tan Sri Tajuddin tersandar lesu. “Rina, bawak mengucap..la ila..ha..illa...”ucap Danial berdekatan dengan telinga Qairina.


Suara Qairina tersekat-sekat untuk mengucapkannya. Dan akhirnya Qairina pergi buat selama-lamanya. “Inallillahhiniwailahijuun..”ucap Danial. Tan Sri Tajuddin menangis teresak-esak.Danial memeluk erat Tan Sri Tajuddin. “Sudahlah uncle..biarkan Rina pergi dengan tenang..dia seksa uncle di dunia ini..”pujuk Danial lembut.Akhirnya, Tan Sri Tajuddin terima seadanya.


Mia menitiskan air mata. Walaupun, Qairina jahat terhadap dirinya, tidak semestinya dia benci akan perempuan ini. Kerana Qairina, dia makin bahagia. Acara pengebumian Qairina berjalan dengan lancar tidak terlepas juga Mia, Mira, Danial, dan Syukri.






N/F : KSIAN RINA :'(

No comments:

Post a Comment