Thursday 16 February 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 50 [ BAB AKHIR ]

Mia termenung melihat 4 orang anaknya yang leka bermain dengan anak Mira yang pertama, perempuan, namanya Syahirah Mila namanya. Mia tersenyum melihat gelagat mereka. Dua tahun yang lalu dia telah melahirkan kembar juga , laki dan perempuan.


Nama abangnya, Danial Hakim dan adiknya, Nurul Lia Maisarah. Nia dan Hafizi berumur 3 tahun, manakala Lia dan Hakimi berumur 2 tahun. Sama dengan dengan anak Mira, Syahirah, berumur 2 tahun juga. “Jauh termenung sayang..”ucap Danial sambil duduk di bangku sebelah Mia.


Mia tersenyum, mereka membuat rumah terbuka sempena hari raya aidilfitri. Syafiq selamat diijabkabulkan dengan setiausahanya, Liana.Lega Mia apabila Syafiq membuka pintu hatinya untuk perempuan lain. “Tak ada la abang..abang cuba tgk anak abang orang tuh..bukan main lagi..”ucap Mia. 


Danial memandang anak-anaknya lalu tersenyum. “Nakal macam sayang
la..”usik Danial. Pantas Mia mencubit lengan Danial. “Terima kasih sayang sebab bahagiakan abang dan lahirkan zuriat untuk abang..kalau boleh tambah lagi ye..”ucap Danial ikhlas. Mia mengangguk, “Terima kasih juga dekat abang sebab bahagiakan Mia dan anak-anak..gatal!”balas Mia sambil tergelak diikuti oleh Danial. “Amboi dua manusia ni!”usik Mira yang memboyot melahirkan anak mereka yang kedua. Syukri turut tersenyum dan menyalam tangan Danial. “Haiihhh, Mira..nak lahir anak kedua pun banyak mencecet..cuba tgk anak kau Syahirah tuh..seronok dia main..”usik Mia. Mira tersengih. Nia, Hafizi, Hakimi, dan Lia bergerak ke Mia dan Danial. “Mama, papa..nak air..”ucap mereka serentak.

Danial dan Mia tersenyum melihat gelagat mereka. “Lia, Nia..mari sini..biar mama betulkan dulu rambut dengan baju kurung sayang tuh..nanti mama ambik kan air..Fizi, dengan Kim..pergi dekat papa..”ucap Mia lembut. Mereka hanya menurut.

Selepas menyiapkan anak mereka. Mereka berjalan beriringan mengambil air. Kadang-kadang mereka ketawa dengan keletah anak-anaknya yang semakin petah bercakap itu. Ada saja yang ingin mereka katakana. Akhirnya mereka mengecapi kebahagiaan yang mereka nanti-nantikan.Bahagia Milik Kita..akhirnya..



TAMAT !! ^^ MEKACIHH KERANA MEMBACA ^^




No comments:

Post a Comment