Tuesday 14 February 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 28

Danial meramas-ramas tangannya. Dia mengambil dan melihat gambar Syafiq mengambil Mia di rumah dan gambar Syafiq memeluk lengan Mia. Perasaan marahnya meluap-luap. Dikerling jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Mia masih belum pulang.


Tidak sampai 5 minit, ada kereta berhenti dan masuk ke dalam perkarangan rumahnya, kereta Mia. Mia masuk dan terkejut melihat Danial sedang memandangnya dengan muka yang tegang. "Abang.."panggil Mia lembut, dia ingin mengkhabarkan berita bahawa dia mengandung. Ketika dia hendak menyalam tangan Danial, Danial menepis kuat.


Mia tersentak. Mia masih tersenyum. "Awalnya abang balik..kenapa abang tak telefon Mia? boleh Mia masak makanan kegemaran abang.."pujuk Mia lagi. Danial bertambah marah dengan sikap kepuraan Mia. "Kau pergi mana tadi?"kasar Danial bertanya.


Mia terkedu dengan cara percakapan Danial. "Mia baru balik dari pejabat abang..Mia ada berita gembira nak bagi tahu abang..Mia mengan.."pujuk Mia lagi tapi segera dipintas oleh Danial. "Kau jangan tipu aku! tadi kau keluar dengan Syafiq kan?! kau buat benda tak senonoh dengan dia kan! lebih baik kau mengaku cepat!"tengking Danial sambil menolak kuat kepala Mia sehingga terbuka tudungnya.


Mia menangis pilu. Siapa punya angkara lagi yang buat rumah tangganya kucar-kacir. Mia menangis tersedu-sedan. "Abang! sumpah! Mia pergi pejabat abang! kalau abang tak percaya, abang boleh call Marlia, tanya dia sendiri.."pilu Mia.


"Kau boleh jangan berendam air mata tak?! kau berambus dari sini! aku jijik nak simpan perempuan murah macam kau, kau tahu tak! kau cuba lah sedar-sedar kan diri kau tuh sikit! aku kutip kau, sekali kau curang belakang aku! kau nak jadi perempuan sundal ke hah?!"maki Danial bertalu.


Jantung Mia seakan berhenti dan seakan tercabut mendengar cemuhan Danial, Mia terkedu. "Sampai hati abang kata Mia macam tuh..abang lebih percayakan orang lain daripada Mia..abang tak nak usul periksa dulu..kenapa abang? mana pergi janji abang dulu?"rintih Mia.


Kemarahan Danial makin bertambah. "Kau pergi! aku kata kau pergi! aku tak nak tgk muka kau!"tengking Danial. Danial meluru naik ke atas dan mencampakkan bag dan pakaian Mia di hadapan muka Mia. "Aku tak nak tgk muka kau! aku benci! kau derita kan hidup aku! kau kucar-kacir kan hidup aku! pergi! kau tahu tak apa yang aku bersyukur sangat-sangat? aku bersyukur sebab kau tak lahirkan anak aku..dasar perempuan kotor..entah berapa lagi kau kandungkan anak dia orang!"herdik Danial.


"Abang!"jerit Mia. Danial tidak dapat menahan amarahnya sehingga menyeret Mia keluar dari rumah itu dan mencampakkan bag Mia ke muka Mia. Mia menangis tersedu-sedan. "Sampai hati abang..sampai hati abang tak percayakan Mia..Ya Allah, kenapa aku diuji sebegini ya Allah? tahukah engkau, hanya suamiku sahaja tempat aku bermadu kasih.."rintih Mia.


Mia terus memasukkan bagnya ke dalam kereta dan meluncur laju ke rumah Mira. Mia terus memberi salam, Mira menjawab dan mempelawa Mia masuk dan membantu Mia mengangkat bag bajunya. Mira ke dapur dan menghulurkan Mia mug berisi air milo panas.


"Okay, Mia..sekarang ni..kau slow talk dengan aku..beritahu aku apa yang dah jadi..aku kena tahu.."ucap Mira lembut. Mia menarik nafas sedalam-dalamnya dan menceritakan semuanya kepada Mira. Terlopong mulut Mira, patutlah dahi dan pipi kanan Mia lebam rupanya muka Mia menjadi sasaran balingan bagnya dari Danial.


Mira menggelengkan kepalanya. "Habis, kau tak sempat beritahu Danial yang kau mengandung?"tanya Mira inginkan kepastian melalui cerita Mia. Mia mengangguk perlahan. "Apa punya bodoh suami kau ni? cepat sangat percayakan orang? dah lah, kau rehatkan diri kau tuh..kau tuh mengandung..kena banyak berehat.."nasihat Mira. Mia menurut.


Mia baring di atas katil dan mengimbas kembali kenangan bersama suaminya, dia mengusap lembut perutnya yang belum ada tanda-tanda lagi ingin membesar. "Kesian baby..papa tak mengaku sayang wujud..sayang jangan sedih ye..mama ada.."rintih Mia lagi sehingga terlelap dengan air mata yang berjuraian.


"APA kau dah gila ke Danial halau isteri kau malam-malam ni? kau dah usul periksa? betul ke bini kau buat macam tuh?!"herdik Tan Sri Idris, disangkakan anaknya sudah berubah selepas apa yang terjadi, tapi terjadi juga sekali lagi. Ini membuatkan suhu kemarahannya meningkat.


"Papa, Danial ada gambar tuh sendiri..Rina bagi..betul, Mia buat benda tak senonoh dengan Syafiq.."balas Danial. Tan Sri Idris memandang wajah Danial dengan mata yang bagai mahu ditelan Danial hidup-hidup, wajahnya yang putih mulus bertukar berwarna merah menahan marah.


"Balik-balik Rina! kamu dah tahu kan memang Rina tuh nak rosakkan rumah tangga korang! asal kau ni lembap sangat? penat aku hantar kau belajar tinggi-tinggi!"tengking Tan Sri Idris.


"Danial, kenapa kau buat macam tuh nak? kesiankan lah Mia tuh..lagi pun, Mia tuh mengandung..mama baru daapt tahu daripada Mira tadi..sebaik dia pergi ke rumah Mira..kalau dia melencong ke tempat lain, kan susah? lagi-lagi dia mengandung..perlukan perhatian kamu.."nasihat Puan Sri Hasnah.


Danial terkedu. "Haa..tgk tuh..isteri kau mengandung pun kau tak tahu!"herdik Tan Sri idris lagi. "Papa! mama! percaya ke dengan dia tuh? betul ke anak yang dia kandung tuh anak Danial? entah anak siapa yang dia kandungkan! dia mengaku tuh anak Danial! dia saja nak jadikan Danial pak sanggup dia!"balas Danial dengan suara yang meninggi.


"Danial! dia isteri kamu! ada ke patut kamu cakap macam tuh?!"tengking Tan Sri Idris. Puan Sri Hasnah mengelap air matanya menggunakan hujung lengan baju kurungnya. "Danial tak kira! Danial nak ceraikan dia! Danial nak kahwin dengan Rina! keputusan Danial muktamad! papa fikirlah, sama ada kepentingan kebahagiaan Danial atau dia.."balas Danial dan berlalu pergi. Tan Sri Idris meraup wajahnya beberapa kali. Dia sendiri buntu memikirkan masalah anaknya ini.






N/F : SDEYHH KAN ? :'(



No comments:

Post a Comment