Wednesday 15 February 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 33

Puan Sri Hasnah dan Tan Sri Idris sedang duduk menikmati minuman petang. Ketika Danial sampai, mereka hanya mendiamkan diri, selepas kejadian Danial menghalau Mia, kehidupan mereka berenggang, tiada perbualan, tiada gurau senda.


“Danial mari sini..duduk, mama dengan papa ada benda nak tanya ni..”panggil Puan Sri Hasnah. Danial menurut sambil menguntum senyuman tapi tidak dibalas oleh mereka. “Apanya mama?”tanya Danial. “Ni, mama nak tanya, macam mana dengan Mia?”tanya Puan Sri Hasnah.


Danial terkedu. Tidak tahu apa yang perlu dijawab. Danial menggeleng. “Apa maksud kamu ni Danial?”tanya Puan Sri Hasnah dengan nada yang meninggi, Tan Sri Idris terus berpaling memandang wajah isterinya dan Danial berkali-kali.


“Ma, Danial tak tahu..Danial tak jumpa Mia..”balas Danial perlahan sambil menundukkan kepalanya. “Apa nak jadi dengan kamu ni Danial? Kamu tahu tak isteri kamu tuh mengandung?”balas Puan Sri Hasnah sedih, dia tidak sangka anaknya sebegitu kejam.


Tan Sri Idris naik berang. “Danial, kamu tahu tak? Ketika isteri kamu mengandung, dia perlukan suami untuk memberi sokongan? Suami apa kamu ni? Biarkan dia tanggung sorang-sorang? Kamu dayus Danial! Dayus!”balas Tan Sri Idris.


“Papa, kenapa papa nak salah kan seratu peratus pada Danial? Danial tak salah papa..salah Mia jugak sebab curang dengan Danial..tuh bukan anak Danial! Tuh anak Syafiq! Danial nak kahwin dengan Qairina! Walaupun dia macam itu, tapi dia tahu jaga maruah dia!”balas Danial dan terus berlalu pergi.


Tan Sri Idris dan Puan Sri Hasnah berpandangan sesama sendiri. Mereka tidak tahu bagaimana lagi mahu melembutkan hati anaknya yang keras seperti batu konkrit itu.






N/F : HAIIHHH , DANIAL .. SUSAH SNGT KE KAU NK DNGR CKP MAK BPAK KAU ? ISH , ISH :/

No comments:

Post a Comment