Wednesday 15 February 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 37

Mira menerpa masuk ke dalam bilik Mia. “Mia kau okay? Lagi seminggu kau due kan?”tanya Mira. Mia mengangguk lemah. Penyakit Mia semakin menjadi, wajahnya semakin pucat dan semakin kurus. “Kau ni Mia, makin lama makin kurus aku tgk..selalu pening pulak tuh..”balas Mira.


“Aku taka pa-apa Mira..kau kata nak pergikan esok? Nanti kita pergi sama-sama ye untuk kali terakhir..”balas Mia sambil tersenyum hambar. “Kau ni, asik-asik kali terakhir..okay! kau rehat ea..makan ubat kalau kau pening..kalau sakit sangat, panggil aku..”balas Mira dan berlalu pergi.


Mia serba salah, walaupun Mira sudah berumah tangga, dia masih menumpang di rumah Mira. Mia memakan ubat yang disediakan selepas sakit kepalanya datang lagi. Mia akhirnya terlelap dengan pening kepala yang melampau.


MIA tersedar apabila jam menunjukkan pukul 3 pagi. Mia terbangun. Mia tahu, bahawa masanya untuk pergi sudah tiba. Mia terus mengambil wuduk dan bersolat sunat taubat. Dia ingin memohon ampun sebelum dia pergi selama-lamanya.


Mia menadahkan tangannya membaca doa, “Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim..andai benar hari yang akan aku membawa aku bertemu kau ialah hari ini..kau beri kan lah aku peluang untuk aku bertemu dengan suami ku yang tercinta..kau lindungilah kandungan aku..kau peliharakanlah anak ku ini ya Allah..kau berikan dia kesejahteraan hidup dan jauhkan lah dia dari kejahatan manusia..Ya Allah, sesungguhnya kau mengetahui kebenaran..kau tunjuk kan lah kepada suami ku ya Allah, kau ampunkanlah dosa-dosa ku..dosa-dosa suamiku, Mira, Syukri, Syafiq, mama dan papaku ya Allah, amin ya robbal allamin..”doa Mia panjang lebar.


Tengah hari itu Mia mengenakan baju mengandung berwarna putih, tudung sarung berwarna putih dan sandal berwarna putih juga, hari ini dia mengenakan serba putih. “Amboi, Mia putih semuanya..”usik Mira resah. Suci sungguh muka Mia ketika itu.


Mia tersenyum. “Mira, sebelum pergi shopping, boleh singgah dekat pejabat suami aku?”tanya Mia. Mira memandang Mia tanpa berkelip. “Kau nak buat apa dekat sana? Tak pasal-pasal dia hina kau lagi..”balas Mira. Dia tidak mahu Mia bersedih lagi.


Mia menggeleng. “Aku nak jumpa dia buat kali terakhir Mira..please, bagi aku peluang..”balas Mia. Mira akhirnya akur dan mengangguk perlahan. Mia sampai di hadapan pejabat suaminya dan terus melangkah masuk dengan riak wajah yang tenang.


Mia terus berjumpa dengan setiausaha Danial, Danial mengarahkan Mia masuk. Mia agak terkejut dengan kehadiran Qairina yang memandang sinis kepadanya begitu juga dengan Danial, Mia hanya tersenyum. “Abang..”panggil Mia. Danial tersentap, dia amat merindui suara lunak isterinya, tapi ego lebih menguasai dirinya sekarang.


“Apa abang-abang? Kau datang sini nak bercekerama ke hah?”herdik Qairina. Mia tersenyum mendengar herdikan Qairina. Menambahkan lagi kemarahan Qairina, bagi Qairina, Mia bagaikan mengejek nya. “Abang, Mia datang sini nak minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki..halalkan makan minum Mia ye abang..”ucap Mia lembut.


Danial merengus. “Kau nak buat apa mintak maaf? Kau tahu tak kau buat aku sakit hati!”tengking Danial pula, Qairina tersenyum sinis. Mia menunduk dan tersenyum. “Abang mungkin kita tidak akan berjumpa lagi lepas ni..Mia mungkin akan pergi tempat jauh..nanti abang jaga anak kita ye..”balas Mia.


“Siapa kau nak aku jaga anak kau?! Itu anak kau! Bukan anak aku! Kalau kau tiada pun, bagus jugak kan?! Tak ada lah kau buat maksiat dekat sini..mana laki tuh?! Suruh dia aja yang jaga! Aku pun tak lama lagi nak kahwin dengan Qairina!”balas Danial.


Mia tersenyum lagi. “Mia doakan abang bahagia..sudikah abang sambut salaman Mia..dan mengucup dahi Mia?”tanya Mia tenang. Danial menggeleng. “Aku jijik nak cium kau!”balas Danial dan terus berlalu. Mia terus mengejar Danial dari belakang sambil memujuk rayu.


Ketika Danial melintas, sebuah lori sedang meluncur laju je ke arahnya, Mia terus berlari menolak Danial ke tepi dan, PANGG!!!.Danial tersentak, dia melihat sekujur tubuh sedang terbaring kaku dengan darah yang membuak-buak keluar.


Danial terus berlari ke arah Mia. “Mia! Mia bangun sayang! Jangan tinggalkan abang!”rintih Danial. Danial menjerit meminta pertolongan. Mira yang terlihat dari dalam kereta , terus berlari pantas ke arah Danial. “Danial! Ni apa hal ni? Macam mana boleh jadi macam ni? Call ambulan cepat!”teriak Mira.


“Macam ni Mira, kau tumpangkan kereta kau..kita bawak dia sekarang! She is dying!”balas Danial, Mira mengangguk dan terus membantu Danial mengangkat Mia yang bermandikan darah. Kepalanya berlumuran darah. Danial memangku kepala Mia, Mira pula terus memecut laju membelah jalan raya yang mendung menandakan hari akan hujan.


Danial tidak henti-henti mengucapkan maaf sambil mengucup berkali-kali dahi Mia. “Anak..”ungkap Mia perlahan. “Ya sayang! Baby dengan sayang akan selamat okay? Sayang bertahan sikit..Mira cepat sikit!”balas Danial kesal.


Sampai sahaja di perkarangan hospital, Mia segera ditolak masuk ke dalam bilik kecemasan dengan bantuan oksigen, baju Danial habis terkena darah yang mengalir dari Mia. Danial meraup wajahnya beberapa kali. Mira terduduk lesu.


Tidak sampai beberapa minit,seorang doktor keluar. “Assalamuaalaikum..encik ni suami Puan Mia ke?”tanya Doktor Iman, Mira dan Danial menjawab salamnya dan Danial mengangguk, “Saya doktor Iman..”balas Doktor Iman dan terus menyalam Mira.


“Macam mana dengan kawan saya doktor? Dan babynya?”tanya Mira. “Doktor macam mana dengan anak saya dan isteri saya?”tanya Danial pula. Doktor Iman menarik nafas sedalam-dalam dan menghembus perlahan bagai mencari kekuatan, dia sedar bahawa dia perlu memberitahu keadaan yang sebenar.


“Saya harap Puan Mira dan Encik Danial bersabar dengan apa yang saya akan cakapkan..sebenarya, Puan Mia menghadapi komplikasi ketumbuhan otak..ketumbuhan itu dapat di kesan ketika dia sedang check up untuk kandungannya yang ke 6 bulan..saya memberitahunya, benda itu masih di peringkat permulaan..dia masih berpeluang untuk hidup..tapi kalau dia rela menggugurkan kandungannya..tapi Puan Mia enggan melakukannya..


Dia kata, dia mahu menyelamatkan bayi ini..untuk memberikan zuriat kepada Encik Danial..saya kena hormati keputusannya dan saya telah berjanji untuk tidak memberitahu siapa-siapa tentang hal ini..tapi oleh sebab keadaannya yang kritikal menyebabkan saya perlu memberitahu kedudukan sebenar..dan sekarang, dia dalam keadaan kritikal..saya perlu jalankan janji saya untuk menyelamatkan bayinya..saya harap Encik Danial dapat menandatangani kertas untuk pembedahan..insyaAllah, kami akan membantu menyelamatkan dua-dua sekali..saya harap encik dan puan banyak bersabar, serahkan kepada Allah..saya minta diri dulu..”pamit Doktor Iman.


Danial tersentap, dadanya berombak laju, sungguh dia tidak sangka isterinya mengalami sakit yang teruk. Lenguh lututnya ketika ini. Mira juga turut tersandar di kerusi sambil air mata menitis keluar. Danial juga tidak dapat menahan sebak dia dadanya, perlahan air matanya jatuh, dia segera berjumpa dengan Doktor Iman untuk meneruskan pembedahan.


Pembedahan telah berjalan dua jam yang lalu, tapi masih tiada khabar berita. Mira memandang Danial dengan pandangan tajam. “Tuh la kau Danial! Aku dah kata jangan sakitkan hati Mia! Kesabaran dia ada had..kau jangan menyesal nanti kalau tiba-tiba dia taknak terima kau lagi..kau hina, maki dia..tapi dia masih lagi nak lahirkan zuriat untuk kau..”marah Mira.


Danial memandang wajah Mira redup. “Aku tahu Mira..aku benar-benar sedih..aku tak sangka boleh jadi macam ni..aku betul-betul meyesal..aku tak sangka dia sanggup gadaikan nyawa dia untuk selamatkan aku..”rintih Danial, tangisannya menggila. Hati Mira tiba-tiba berada sedih melihat keadaan Danial yang sembab.


Syukri bergegas bergerak ke arah isterinya bersama Hajah Hanum dan Haji Daud. Tidak terlepas juga kehadiran Puan Sri Hasnah dan Tan Sri Idris. “Danial kenapa boleh jadi macam ni nak?”tanya Puan Sri Hasnah. Danial menceritakan segalanya, Mira turut juga bercerita.


Puan Sri Hasnah dan Hajah Hanum menitiskan air mata. Mereka tidak sangka penderitaan yang ditanggung Mia benar-benar dasyat. Mira memeluk Syukri sambil menangis teresak-esak. “Sayang, percaya dengan abang..Mia akan selamat..”pujuk Syukri.


“Mira takut kehilangan Mia..Mira takut..”rintih Mira. Syukri menggeleng. “Tak ada apa yang patut ditakutkan..dia akan okay..sayang minum ye air yang abang bawak tuh..minum..”pujuk Syukri lagi, kali ini, Mira menurut dengan titisan air jernih yang masih bersisa.


Danial memandang Syukri dan segera meminta maaf atas kesilapannya, Syukri membuka hatinya untuk memohon maaf. Selang beberapa minit, Syafiq pula yang datang dan terus memeluk Danial. “Danial, kau sabar okay? Aku percaya Mia kuat..dia boleh lawan dugaan ini..kau percaya la..”nasihat Syafiq.


“Aku menyesal Syafiq sebab sia-siakan hidup dia..aku memang jantan tak guna..suami tak bertanggungjawab..sampai isteri aku sakit pun, aku ambik ringan..”rintih Danial. Syafiq menggeleng dan mengusap lembut bahu rakannya ini.


SELEPAS hampir 9 jam berada di bilik pembedahan, bilik pembedahan terkuak dan keluar Doktor Iman dengan wajah yang serius, jantung mereka berdegup kencang. “Doktor macam mana dengan isteri dan anak saya?”tanya Danial gagap.


Doktor Iman menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembusnya perlahan. “Alhamdulillah, anak awak selamat..awak dapat anak kembar laki dan perempuan..tahniah saya ucapkan..”ungkap Doktor Iman tenang sambil tersenyum, mereka semua mengucapkan syukur.


“Macam mana dengan isteri saya pulak doktor?”tanya Danial, senyuman Doktor Iman mati, “Saya harap awak semua bersabar..alhamdulillah, Puan Mia sudah lepas dari kritikal, dia stabil sekarang ni..Cuma, dia mengalami koma..dan dia perlukan anda semua untuk membantunya mengembalikan jiwanya, jangan biarkan dia di awangan..panggil jiwanya semula, bisik kan kata-kata semangat dan doa supaya Puan Mia sedar..buat masa sekarang, hanya suami sahaja yang dibenarkan melawat, yang lain mungkin esok kerana dia lebih memerlukan suaminya di sisi sekarang ini..Encik Danial, boleh azankan bayi di bilik sebelah sana..terima kasih..saya minta diri dulu..”pamit Doktor Iman dan berlalu dengan perasaan yang lega.


Danial terduduk lesu. “Sudahlah Danial, paling penting, isteri kamu dan anak-anak kamu selamat..dah lah, mama dengan papa balik dulu..esok mama dengan papa datang..”pujuk Puan Sri Hasnah. Mereka semua berlalu pergi hanya tinggal Danial.


Danial mengambil wuduk dan bergerak ke bilik yang ditunjukkan oleh Doktor Iman tadi. Hati Danial sebak melihat dua anaknya yang comel sedang tidur dengan lenanya. Inikah anak aku yang aku hina selama ini? Inikah anak yang tidak aku terima kelahirannya sebelum ini? Ya Allah, besar sungguh dosaku..ampunkan aku ya Allah..rintih Danial dalam hati.


Perlahan Danial mengazankan anak lelakinya terdahulu dan diikuti anak perempuannya. Perlahan Danial mencium kedua-dua anaknya itu. Air mata lakinya menitis ketika mengenangkan nasib anak-anaknya nanti, Danial perlahan-lahan bergerak ke bilik isterinya.


Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik wad itu. Luluh hatinya melihat muka isterinya yang tenang seperti tiada benda yang menyeliratkan fikirannya, dia melihat kepala Mia sedikit bengkak akibat kemalangan itu, bibirnya sedikit luka, tangannya calar balar dan kepalanya berbalut. Badan isterinya berselirat dengan wayar-wayar. Isterinya masih memakai bantuan pernafasan.


Perlahan-lahan Danial mendekati isterinya dan mengusap lembut pipi Mia. “Sayang, maafkan abang..abang janji tak akan sia-sia kan hidup Mia lagi dan anak-anak kita..abang minta maaf..”rintih Danial sambil menangis teresak-esak di samping Mia dan akhirnya tidur dengan sisa air mata yang berjuraian.






N/F : KSIAN MIA :'(


No comments:

Post a Comment