Thursday 16 February 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 46

Mia termenung ke dada langit yang disinari dengan bintang. Danial terus memeluk erat pinggang Mia dari belakang. “Sayang..”panggil Danial lembut. Mia memandang suaminya. “Hmmm..”sahut Mia. “Terima kasih sebab pulang ke pangkuaan abang..i love you..”bisik Danial lembut ke telinga isterinya.

“Sama-sama..i love you too..”bisik Mia pula di telinga Danial. Danial tersenyum. “Sayang, abang nak tambah lagi la..”rayu Danial. “Tambah apa?”tanya Mia pelik. “Tambah baby..”balas Danial lembut. Mia tergelak sambil mencubit lengan Danial lembut.

“Amboi! Gatal!”balas Mia, Danial turut ketawa bersama. Danial mengendong Mia sehingga buat Mia terjerit mujul Nia dan Hafizi tidur dengan datuk dan nenek mereka. Mereka menjalani kebahagiaan bersama yang penuh cinta yang menggebu.

PAGI itu seperti biasa Mia pergi pejabat menaiki suaminya. Mira yang terkejut terus melangkah masuk ke bilik Mia. Mia tersenyum memandang rakannya. “Apa cer ni Mia?”tanya Mira sambil mengetuk-ngetuk jarinya di atas meja Mia.

Mia tersenyum sumbing. “Aku dah fikir panjang..aku dah balik ke pangkuaan Danial..aku percaya..dia akan bahagia kan aku..”ucap Mia.

Mira tersenyum pantas memeluk erat tubuh langsing Mia. “Tahniah Mia! Semoga kau bahagia ke anak cucu! Tengah hari ni, kita lunch sama-sama..apa macam? Setuju? Ke laki kau ambik kau?”tanya Mira sambil tersenyum nakal.

“Ish! Tak ada la..aku lunch dengan kau laa..apa lagi..nanti kau panggil aku ea?”tanya Mia. Mira menjelirkan lidah. “Amboi! Aku ke kau yang big boss?”usik Mira. Mia menayangkan muka sedihnya. “Okay, fine..”rajuk Mia. Mira tergelak terbahak-bahak diikuti oleh Mia.

“Yelaa-yelaa..nanti aku datang, kay? Aku pergi dulu la..assalamuaalaikum..”ucap Mira dan berlalu, Mia menyambung tugasnya selepas menjawab salam Mira. Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah hari, Mia dan Mira sibuk menjamu selera di asam pedas kegemaran Mira.

Ketika mereka menjamu selera, seorang kanan-kanak melintas meja mereka. Mia memandang sekilas, tidak pula Mira. Mira memerhati budak itu dengan mata yang sayu. Mia yang melihat sudah dapat membaca masalah yang dihadapi oleh rakannya.

“Mira..kenapa ni?”tanya Mia lembut. Mira memandang wajah Mia sambil tersenyum hambar. “Mira, tell me..kau ada problem?”tanya Mia lagi walaupun dia tahu masalah yang dihadapi oleh Mira. “Bila lah aku boleh mengandung ye Mia? Aku dah 7 bulan kahwin..anak tak dapat lagi..”rintih Mira.

Mia mengangguk tanda mengerti. “Sabarlah Mira..aku percaya suatu hari nanti kau akan mengandung jugak..baru 7 bulan belum 7 tahun..kau Cuma perlu banyakkan berdoa pada Allah..believe me okay?”pujuk Mia. Mia mengangguk lesu. “InyaAllah Mira..aku cuma takut nanti mertua aku dengan Syukri tak dapat terima aku sebab aku tak boleh mengandung..aku takut kehilangan Syukri..”rintih Mira lagi sambil meyeka air mata yang menitis.

Mia menggeleng, “Pernah tak Syukri bangkitkan hal baby?”tanya Mia. Mira menggeleng. “Maksudnya, dia tak kisah kalau kau tak mengandung..paling penting usaha itu Mira..usaha..”nasihat Mia ikhlas. Mira tertunduk lesu. “Aku tak tahu..atau kau rasa elok ke kalau aku suruh Syukri kahwin lain?”tanya Mira.

Mia tersentak dan segera menggeleng. “Apa kau cakap ni Mira? Kau tahu tak, kalau Syuk dengar..mesti dia sedih..aku kenal Syukri tuh Mira..he loves you so much..how could you to do like that? Sedih nanti dia Mira..”pujuk Mia lagi.

Mia menggeleng. “Aku nak dia gembira..dapat anak..”balas Mira. “Habis, kau nak tgk kebahagiaan dia je? Kau? Kau kena fikir jugak kebahagiaan kau jugak..atau mungkin kau boleh ambik anak angkat? Dekat Yayasan Murni..banyak bayi-bayi yang baru lahir..aku tak tahu la..aku Cuma bagi idea..kalau kau nak kepastian, kau bincang dengan Syukri malam ni..bincang elok-elok..aku rasa dia akan faham juga nanti..”nasihat Mia. Mira mengangguk lesu dan terus menjamu selera dan masuk ke pejabat.

SYUKRI mula resah melihat isterinya yang dia sedari tadi. Tidak bercakap langsung. Padahal pagi tadi, mereka ketawa gembira. Dia pening memikirkan kesalahan apa yang dia buat sehingga membuatkan isterinya mendiamkan diri. Sepatah ditanya, sepatah juga dijawab, kalau tidak sebelum ini, Mira akan membebel, tidak hari ini.

Syukri menapak perlahan ke arah Mira yang sedang termenung memandang langit yang kelam bersama bintang-bintang. “Sayang..kenapa ni?”tanya Syukri sambil memeluk pinggang isterinya dari belakang. Mira tersenyum hambar kepada suaminya. “Sayang, tell me..apa masalah sayang ni? Kan kita dah janji nak kongsi masalah bersama tanpa ada selindung..”tanya Syukri lagi dengan lembut. “Abang sunyi tak?”tanya Mira. Syukri tersentak, sekarang baru dia tahu apa masalah yang melanda isterinya.

“Tak pun..ada sayang..”balas Syukri. Mira memalingkan badannya menghadap mata suaminya yang coklat pekat itu. “Abang beritahu Mira betul-betul..abang sunyi kan? Abang sunyi sebab tak ada budak-budak kan? Cakap bang..”rintih Mira sambil teresak-esak.

Syukri menyeka air mata yang mengalir di pipi isterinya. “Sayang, abang tak sunyi..abang bahagia di samping sayang..abang tak kisah kalau sayang tak boleh nak bagi anak dekat abang..”pujuk Syukri. Mira memndang lagi wajah tampan suaminya.

“Abang..apa kata kalau abang kahwin lain ea?”cadang Mira. Syukri tersentak, jantungnya seakan terhenti mendengar cadangan isterinya, pantas dia menggeleng. “No sayang..no..you know how much I love you, right?”tanya Syukri.

Mira mengangguk, “I know..i love you too..i love you so much..tapi Mira nak tgk abang gembira..dapat anak..Mira tak kisah..asalkan abang boleh bahagia..”rintih Mira. Syukri mengangguk lagi. “No, apa kata kalau kita ambik anak angkat? Ye? Abang taknak kahwin lain..ye sayang?”pujuk Syukri.

Setelah lama dipujuk oleh suaminya, akhirnya dia akur dengan cinta yang kukuh buat suaminya yang tidak mahu berkahwin lain, Mira bersyukur dikurniakan suaminya yang sentiasa mencintainya. Tapi dia tidak henti-henti berdoa untuk dikurniakan anak. Esok dia akan bincang dengan Mia dan Syukri.



N/F : KESIAN MIRA :'(

No comments:

Post a Comment