Wednesday 15 February 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 31

Mia mengusap lembut perutnya. Hari ini genap kandungannya berusia 6 bulan. Dia semakin sarat. Tapi dia mampu berjalan lagi kerana perutnya tidak sebesar mana pun. Mira datang sambil menghulurkan asam yang diminta oleh Mia.


Mia tersenyum, dibalas oleh Mira. “Mira, esok..kau temankan aku pergi klinik Doktor Iman boleh..aku kena check up untuk baby ni..”ajak Mia sambil melihat kaca televisyen. Mira mengangguk. “Boleh, haaa..kebetulan, aku dengan Syuk nak ajak kau makan dekat kedai makan Thai tuh..kan kau kata kau teringin nak makan mihun tomyam? Kat situ ada..”ajak Mira pula.


Mia mengangguk sambil mulutnya tidak henti-henti mengulum asam yang diidamkan. Mira menggeleng. “Mira, aku naik atas dulu ea..lagi pun esok pagi kita kena pergi..nanti kau tolong hantarkan susu tuh ya..”minta Mia, Mira mengangguk.


Mia termenung memikirkan keadaannnya yang semakin sarat. Dia memikirkan apa nasib anaknya nanti tanpa papanya di sisi. Perlahan-lahan air matanya menitis di birai mata. Mia menyeka. Setiap malam, pasti tidurnya ditemani dengan air mata.


Dia amat kecewa dengan keselamatan anaknya. Sekarang ni pun, dia pelik dengan sakit kepala yang dihadapi. Bila kena matahari, peningnya sangat melampau sampaikan dia mahu pitam. Kadang-kadang dia tidak suka duduk bilik yang haba, dia suka membuka penghawa dingin. Bila dia sedang duduk, pening kepala itu datang sendiri sehingga membuatkan dia berat untuk bangun.


Mia tersedar apabila ada orang yang menguis lengannya. “Amboi Mia, jauh  termenung..minum susu tuh..kau kenapa ni? Cuba terangkan pada aku? Mungkin aku boleh tolong..”tanya Mira, Mia tersenyum. “Entah la Mira..banyak masalah yang aku hadapi sekarang ni..aku hanya fikir satu..


Macam mana dengan keadaan anak aku bila dah dilahirkan? Siapa yang nak jaga dia tanpa papanya di sisi? Dan sampai hati papanya tidak menerima kehadirannya di rahim aku..macam mana Mira?”tanya Mia pilu dan air matanya berjuraian di pipi.


Mira mengusap lembut belakang Mia. “Mia, kau kena banyak bersabar..suatu hari nanti suami kau akan pulang ke sisi kau..kau jangan sedih macam ni.. nanti aku risau..sekarang ni, kau rehat..minum susu tuh sebelum tidur..aku tahu kau kuat nak hadapi cabaran ini..kalau tak, tak kan Allah, bagi dugaan ini kepada kau..okay..”nasihat Mira. Mia mengangguk, Mira berlalu keluar. Mia terus meneguk susu tersebut dan terlena sambil mengusap perutnya.


MIA mengenakan baju mengandung berwarna merah jambu. Perutnya yang memboyot menampakkan lagi kecomelannya. Mia hanya memakai tudung sarung berwarna sedondon. Comel sungguh wajahnya dengan secalit lip bump.


Mia segera masuk ke dalam kereta setelah lama Mira menunggunya. “Sorry, lambat sikit Mira..”ucap Mia. Mira memandang sekilas dan kembali menumpukan pemanduaanya. “Tak apa Mia..lagi pun, ibu mengandung pun kena juga cantik-cantik..sekarang ni, nak aku bawak kau pergi mana sekarang? Klinik dulu, atau makan?”tanya Mira.


“Hmm..kita pergi klinik dulu laa..takut tak sempat pulak, Syuk tak kisah kan?”tanya Mia. Mira menggeleng. “Apa pulak..no hal la..Syuk okay je..kita pergi klinik ye, sekarang..haaa, jangan lupa, tanya dekat doktor sekali kenapa kau selalu pening-pening, muntah-muntah, jangan lupa..”ingat Mira, Mia mengangguk, Mia berasa amat bersyukur, walaupun tiada suami di sisi menemani, tapi dia masih ada lagi Mira dan Syukri.


“Jomlah..dah sampai..”ucap Mira, Mia tersentak, terkejut barangkali, Mira tertawa kecil. “Tuh laa, berangan lagi..sampai dah sampai pun kau tak sedar, dah-dah jom la..”ajak Mira. Mira segera bergerak ke pintu kereta Mia untuk membantu. Mira mendaftarkan nama Mia dan terus duduk di sisi Mia. “Doktor Iman tuh, tahu ke kau ada problem dengan suami kau?”tanya Mira. Mia mengangguk. “Dia tahu, tapi aku tak bagi tahu..dia tahu sendiri sebab dia dapat baca dari air muka aku..”terang Mia. Mira mengangguk.


“Puan Mia!”panggil jururawat yang bertugas. “Kau tunggu sini je laa Mira..biar aku sorang je masuk , okay?”tanya Mia. Mira mengangguk mengiakan. “Assalamuaalaikum, Doktor Iman..”ucap Mia dan terus duduk di atas kerusi yang disediakan.


“Walaikumussalam, Puan Mia..silakan duduk, macam mana? Sihat hari ni?”tanya Doktor Iman, Mia mengangguk. “Alhamdulillah doktor, sihat je..tapi doktor, kepala saya ni sering pening-pening, kadang-kadang muntah teruk..lepas tuh, pening saya tuh, kadang-kadang buat saya tak boleh bangun doktor..”balas Mia.


Doktor Iman mengangguk, “Kalau, muntah tuh biasa untuk ibu mengandung, begitu juga dengan pening..tapi pelik juga tak akan sampai tak boleh bangun..tak apa, nanti saya akan scan awak punya kepala..silakan baring di sana..kita akan check up for baby first..”arah Doktor Iman.Mia hanya menurut.


Selepas, memeriksa, Doktor Iman membawa Mia ke bilik X-ray yang tidak perlu keluar kerana bilik itu hanya berada di dalam bilik Doktor Iman. Selepas itu, Mia menanti keputusan Doktor Iman. Doktor Iman masuk dan terus duduk di atas kerusinya dengan wajah yang serius tanpa secalit senyuman.


Mia keresahan, dia takut ada perkara yang tidak diingini berlaku terhadap satu-satunya zuriat dia. “Doktor, macam mana dengan kandungan saya dan saya? Ada yang tidak kena ke?”tanya Mia apabila suasana sepi bermaharaja. “Saya ada dua berita, satu, perkara baik, satu lagi perkara buruk..”jawab Doktor Iman.


“Saya nak tahu sekarang doktor..saya nak tahu perkara baik dulu..”balas Mia tenang. “Perkara baiknya, kandungan awak sihat dan tidak menjejaskan apa-apa..”terang Doktor Iman, Mia mengucapkan syukur sambil tersenyum lebar. “Alhamdulillah, yang buruknya?”tanya Mia berdebar-debar.


“Yang buruknya, ini berkenaan dengan kesihatan awak..”balas Doktor Iman, Mia mengerutkan dahi tanda tidak mengerti. “Awak mengalami komplikasi ketumbuhan otak.. melalui keputusan X-ray, saya dapati, dia bahagia kiri kepala awak, mengalami proses ketumbuhan..sedikit..


Tapi itu tidak merbahaya kalau awak melakukan pembedahan..dan awak terpaksa gugurkan kandungan awak..”terang Doktor Iman tenang. Mia tersentak, jantungnya terasa hendak terputus. Perlahan-lahan, air matanya menitis.


“Maksud doktor, saya kena buang bayi ini?”tanya Mia. Doktor Iman mengangguk, Mia terkejut. “Tak doktor, saya nak teruskan kelahiran ini..”balas Mia tegas. “Mia, ini untuk keselamatan awak juga, awak tahu tak, kalau awak, teruskan kelahiran ini, ini akan menyebabkan peluang awak untuk hidup amat tipis..”pujuk Doktor Iman.


Mia menggeleng. Air mata laju menuruni membasahi pipinya. “Doktor, dah lah anak pertama saya, diracun orang..lepas tuh,hilang suami saya..dia tinggalkan saya..dia halau saya..sebab percayakan orang lain dari saya..saya kena fitnah..suami saya dah buang saya jauh dari hidup dia..sekarang ni, saya tak sanggup nak hilang anak saya lagi doktor..tolonglah doktor, biarkan anak saya lahir..biarkan dia dapat lihat bumi Allah ini doktor..”rintih Mia sayu.


Doktor Iman turut menitiskan air mata, sungguh dia tidak sangka bahawa Mia mengalami derita yang sungguh dasyat ini. Maha suci Allah.. “Mia, ini keputusan awak..kalau awak rasa, itu yang terbaik, saya terima..saya faham perasaan awak..”nasihat Doktor Iman, Mia mengangguk, “Terima kasih doktor kerana menghormati keputusan saya..saya harap doktor tidak memberitahu kawan-kawan saya atau siapa-siapa tentang hal ini..janji dengan saya doktor?”Mia bertanya. Doktor Iman berasa serba salah dan mengangguk perlahan. Mia tersenyum dan mengucapkan terima kasih.


Mira yang berada di luar berasa tidak sedap hati, sudah hampir satu jam dia menunggu di luar, sebaik tidak ada orang, kalau tidak, sudah pasti bilik doktor itu diterjah. Mia keluar dengan wajah yang murung, “Kau okay Mia?”tanya Mira meluru ke arah Mia.


Mia mengangguk dan tersenyum hambar. Mia terus bergerak ke arah kaunter untuk mengambil ubat yang dibekalkan oleh Doktor Iman dan membayar kosnya. Mira menarik lengan Mia dan menggeleng, dia terus membayar kosnya. Mia mengucapkan terima kasih. Mira terus membantu Mia masuk ke dalam kereta.


“Doktor kata apa pasal kandungan kau?”tanya Mira sambil menumpukan pemanduaannya. “Okay, sihat, Alhamdulillah..”balas Mia perlahan. “Kau? Macam mana dengan sakit kau tuh?”tanya Mira lagi. Mia terdiam. “Doktor kata tak ada apa..biasalah, ibu mengandungkan..”bohong Mia. Mira mengangguk.


“Habis? Bukan main banyak lagi ubat dia bagi kau? Ubat apa tuh? Ke kau ada sakit lain ni?”serkap Mira. Mia tersentak, dia tidak sangka jangkaan Mira itu betul, tapi Mia cuba beriak biasa. “Mana ada, kau ni merepek je tau..kau nak sangat aku kena ke? tuh semua ubat tahan sakit..”balas Mia mengusik.


“Mana ada, kalau boleh aku nak kau sihat je..owh, patutlah banyak semacam..”gelak Mira. Mia tersenyum. Mereka sampai di restoran Thai, Mira seperti biasa akan membantu Mia menuruni kereta. Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam restoran tersebut.


“Assalamuaalaikum Syukri..”ucap Mia dan Mira serentak. Syukri tersenyum, tampan sungguh wajahnya. “Waalaikumussalam..Mia, Mira..jemputlah duduk..”pelawa Syukri. Mia dan Mira tersenyum dan terus duduk bersebelahan dengan Syukri.


“Mia, you okay ke? sihat? Macam mana check up tadi?”tanya Syukri prihatin. “Okay, baby sihat Alhamdulillah..”balas Mia tersenyum tapi di dalam hati hanya Allah sahaja tahu bagaimana seksanya menghadapi sakitnya ini.


“Alhamdulillah, so, yang sakit you macam mana? Mira ada beritahu I hari tuh..”tanya Syukri lagi. “Haiih..Mira, tak kan semua kau bagi tahu kekasih kau ni? Okay, Cuma biasa lah, ibu mengandung, memang akan mengalami implikasi ini..”terang Mia pula. Mira tersengih.


Syukri tergelak kecil, “Baguslah..you kena banyak berehat..i dah orderkan you mihun tomyam tuh..”beritahu Syukri, Mia mengangguk. “Yeke? Thank you la sangat Syukri..yang you ni, asik tanya I je..tak pasal-pasal kekasih you ingat I nak kebas you pulak..”usik Mia.


Mira tertunduk malu. “Mira, kau jangan nak tunduk-tunduk..belakang Syuk, kau bukan main lagi usik aku..depan dia, malu-malu pulak kau ye..”usik Mia. Mira tersengih memandang Syukri. “Betul ke apa yang Syuk dengar ni? Mira suka usik orang ye..dah nakal ea..”usik Syukri.


Mira tersengih. “Mana ada, Mira usik Mia je..mana ada usik orang lain..”balas Mira, mereka ketawa bersama-sama. Mia tersenyum memandang dua merpati sejoli ini. Alangkah bagusnya aku seperti mereka? Rintih Mia dalam hati.


“Amboi, licin kau makan Mia..ini dah betul-betul mengidam ni..”usik Mira dan tergelak. Mia menjengilkan matanya. “Banyak la kau..biasa la, anak dalam perut aku ni nak makan..kesian baby kan baby..tgk aunty Mira tuh..”balas Mia sambil mengusap lembut perutnya.


Mira tergelak lagi. “You tgk tuh Syuk..macam tuh la dia..”balas Mia sambil memuncungkan bibir ke arah Mira. Mira tersengih, Syukri hanya tersenyum. “By the way, terima kasih lah sangat-sangat..korang banyak tolong aku nak makan..apa-apa yang aku mengidam, semua korang tunaikan..terima kasih la..patutnya suami aku yang..”Mia terhenti, hatinya sebak tiba-tiba.


“Mia, kita orang ni sayangkan kau..kalau kau gembira, kita orang pun gembira..tapi kalau kau derita, bersedih..kita orang pun rasa tempiasnya..”pujuk Mira. “Yelaa Mia, you tuh I dah anggap macam adik i..tak salah kan kau I nak bantu you? Lagi pun you I dah kenal rapat, no problem punya..”nasihat Syukri pula.


Suasana menjadi sepi tiba-tiba, “Bila korang nak kahwin ni? Aku dengan baby dah tak sabar nak makan nasi minyak ni..”balas Mia sambil tersenyum menceriakan suasana yang suram. Syukri dan Mira berpandangan sesama sendiri dan tersenyum


Mereka menguis lengan antara satu sama lain. “Yang korang main kuis-kuis ni kenapa? Ada rahsia ea? Berilah tahu..Mira? Syuk?”tanya Mia. “Kita orang nak kahwin bulan depan..”beritahu Syukri. Mia menekup mulutnya. “Wahh~ yeke? Alhamdulillah, tunang sekali la ni?”tanya Mia.


Mira mengangguk, “Aku doakan kau bahagia Mira..Syukri, you jaga betul-betul tau my friend ni tau..”nasihat Mia. Syukri mengangguk. “Kau ikut kita orang balik kampong ea dua minggu lagi? Kau boleh tolong aku dekat sana apa yang patut..nak tak?”tanya Mira.


Mia serba salah. “Tak apa ke Mira? Tak susahkan kau..aku tak kisah, aku boleh datang waktu kenduri kahwin kau..naik teksi..”tolak Mia perlahan. Dia tidak mahu menyusahkan Mira dan Syukri. Mereka banyak membantu Mia menjaga kandungannya.


Mira menggeleng. “Gila apa kau naik teksi? Kau tuh dah la mengandung..tak apa follow je..mak aku pun dah lama tak jumpa kau..kalau kau ada..lagi syok dohh..please..”pujuk Mira, setelah lama berfikir, akhirnya Mia akur dengan ajakan Mira.


Mereka berjalan beringan keluar dari kedai tersebut dan terserempak dengan Syafiq. “Assalamuaalaikum..”ucap Syafiq. Mereka menjawab serentak. “Nama saya Syafiq? Kawan kerja Mia..awak?”tanya Syafiq. “Syukri..kekasih Mira..”balas Syukri pula


“Mia, how are you? Macam mana dengan baby? Okay?”tanya Syafiq prihatin. Mia mengangguk., “Okay je..sihat, Alhamdulillah..”balas Mia. Belum sempat Syafiq bertanya lagi, satu tepukan dari seseorang. “Fuhh..seronok betul kita tgk dia orang berlakon dekat sini kan?”tanya Danial sinis.


Danial terus memandang Mia dan beralih ke perut boyot Mia, tiba-tiba hatinya berasa hiba, memang dia akui itulah ialah anaknya, darah dagingnya, tapi ego menguasai dirinya membuatkan dia lupa. Mia menunduk. “Hey Danial! Apa kau merepek hah?!”tengking Mira.


Syukri menahan Mira dari bersuara. Syukri dan Syafiq memandang tajam ke arah Danial. Sekarang baru Syukri dapat melihat siapa lelaki yang merosakkan hidup Mia dan mengisi hidup Mia dengan kedukaan dan penderitaan.


“Jadi, kau lah laki yang merosakkan hidup Mia?!”tanya Syukri sinis. Danial terdiam. “Apa maksud kau?! Perempuan ni yang curang dengan aku! Buat maksiat dengan jantan lain! Kau kata aku?!”tanya tengking Danial. Mia hampir pengsan mendengar telahan suaminya, dia terus berlalu diikuti oleh Mia. Hatinya bagai dihiris-hiris.


Dua penumbuk sulung hinggap ke muka Danial, Danial terkedu, Syafiq terus berlalu selepas menghadiakan penumbuk ke muka Danial diikuti oleh Syukri.Semua orang melihat adegan itu. “Kau jantan yang langsung tak pandai menghargai seorang perempun yang suci hatinya! Kau tak reti bersyukur! Perempuan yang kau hina, maki itu..kau tahu siapa? Dia tuh isteri kau bodoh! Kalau dia mati, baru tahu nasib kau la!”balas Syukri.


“Dia bukan isteri aku! Aku tak kisah pun dia mati! Pergi matilah!”balas Danial dan berlalu. Kereta yang diparking berhampiran kedai itu, membuatkan Mia boleh mendengar dengan jelas apa yang dikatakan oleh Danial, air mata merembes laju keluar dari matanya.


Sampai hati abang kata macam tuh..kalau lah abang tahu yang Mia ada sakit..rintih Mia.Mia mengusap lembut perutnya dan perlahan-lahan memejamkan matanya apabila kepalanya mula berdenyut.






N/F : KSIANNYEEE MIAAAAA :'(




No comments:

Post a Comment