Thursday 16 February 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 45

Qairina menghempaskan badannya ke sofa. Dia tidak sangka bahawa Mia akan balik ke pangkuan Danial. Masalahnya bertambah teruk apabila dia disahkan mengandung. Siapa lagi kalau Jefri! Qairina segera mendail nombor telefon Jefri.


Loceng berdering, segera Qairina membuka pintu dan terpancul wajah Jefri yang tersenyum sumbing. “Hai sayang..”ucap Jefri dan mencium bibir seksi Qairina. Qairina hanya membisu. “Sayang kenapa ni?”tanya Jefri smbil mencium lembut bahu Qairina yang terdedah.


You boleh tak duduk dekat kerusi tuh? I ada benda nak bagi tahu you..”beritahu Qairina. Jefri hanya menurut. Qairina duduk di hadapan Jefri. Jefri mengerutkan dahi. “You kenapa ni? Macam ada masalah je..ke you hot?”tanya Jefri sambil tersenyum nakal.


Yes..ada masalah yang perlu kita selesaikan sekarang! Now!”balas Qairina sebal. “Apanya dear?”tanya Jefri manja. “I mengandung..”beritahu Qairina. Jefri terdiam, senyumannya mati. “So?”tanya Jefri. “You tanya so? So, you kena tanggung sekarang ni..ni anak you Jef..”tengking Qairina.


Jefri merengus. “You kata tuh anak i? macam mana you tahu yang itu anak i? tak kan you tak pernah buat benda-benda macam tuh dengan laki lain? You tuduh I pulak!”marah Jefri. Mencerlung mata Qairina memandang Jefri. “Hey! Mulut you jaga sikit! I tak pernah buat benda-benda macam tuh dengan orang lain! Selain you! You Jefri!”teriak Qairina sambil menunjukkan jarinya di hadapan muka Jefri.


Dengan pantas Jefri menampar muka Qairina sehingga dia terperosong ke atas sofa. Tidak cukup dengan tuh, Jefri menampar-nampar pipi Qairina sekuat-kuat hatinya sehingga berdarah. “Kau jangan nak kurang ajar ea perempuan! Kau tuh yang murah! Dasar perempuan sial!”tengking Jefri sambil meludah muka Qairina dan berlalu.
Qairina menangis teresak-esak, “Setan kau Jefri!”tengking Qairina dan menangis lagi. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Qairina segera masuk ke bilik air dan membersihkan mulutnya yang berdarah kerana ditampar. Perit masih terasa.



N/F : PDAN MUKE KAU RINA ! :P

No comments:

Post a Comment