Friday 10 February 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 26

"What papa? why me?"tanya Danial ingin tahu. Dia sangat terkeju kerana dia terpaksa dihantar ke Johor Bahru untuk menguruskan hartanah di sana. Dua minggu! mana boleh dia berjauhan dengan isterinya. Sehari tidak berjumpa isterinya pun boleh angau, apatah lagi dua minggu.


"Sorry to say Danial..papa terpaksa hantar Danial..Syafiq tak boleh kerana sibuk dengan urusan di sini..kamu punya urusan akan diletakkan di atas tanggungjawab Mia.."ucap Tan Sri Idris. "Papa, mana boleh macam ni? papa tahu tak, Danial tak jumpa Mia sehari pun boleh angau, apatah lagi kalau dua minggu! lama tuh!"rungut Danial.


Tan Sri Idris menggeleng. "Kamu terpaksa Danial.."tegas suara Tan Sri Idris. Danial tidak dapat melawan, dia terus mengangguk dan keluar. "Syafiq, datang bilik aku.."panggil Danial dari interkom selepas masuk ke pejabatnya. "Masuk.."arah Danial selepas mendengar ketukan. 


Syafiq masuk dan terus duduk di hadapan Danial tanpa dipelawa. "Fiq..aku nak mintak tolong.."pinta Danial serius. "Tolong apa? macam serius je? kalau aku boleh bantu, aku bantu.."jujur Syafiq. "Kau tolong tgk-tgk kan Mia..aku esok kena gerak ke Johor Bahru selama dua minggu.."ucap Danial perlahan.


"Lamanya! asal kau tak tolak?"tanya Syafiq sambil mengerutkan dahi. "Aku dah try slow talk dengan bapak aku..tapi kau tahu-tahu aje lah..kalau dia cakap, jangan dibantah.."balas Danial, Syafiq mengangguk, dia kenal benar dengan sikap tegas papa Danial, Tan Sri Idris.


"Okay, InsyaAllah..aku cuba tgk-tgk kan.."ucap Syafiq ikhlas. "Kau pastikan kalau dia sakit, kau bawak dia pergi klinik, lepas tuh, kau telefon aku.."terang Danial lagi. Syafiq mengangguk tanda memahami. "Thanks.."ucap Danial ikhlas. Syafiq mengangguk tanda sambil tersenyum.


"MIA, abang ada benda nak bagi tahu ni.."beritahu Danial sambil memandang dada langit. Mia yang berdiri di sebelah Danial mengerutkan dahi. "Benda apanye bang? dengar macam serius je.."tanya Mia semula. Danial menarik nafas sedalam-dalamnya dan lepas. "Abang kena pergi Johor Bahru esok.."terang Danial.


Mia menarik nafas lega. "Laa..tuh ke? ingat apa? kejap Mia kemaskan barang abang..berapa lama abang pergi?"tanya Mia sambil bergerak masuk ke bilik untuk mengemas barang-barang keperluan suaminya. Danial mula serba salah. "Err..err..dua minggu lah sayang.."balas Danial gugup.


Hampir terjatuh baju yang dipegang oleh Mia. "Lamanya bang..kenapa? tugas apa tuh?"soal Mia perlahan. "Tuh lah..papa yang suruh..ada kerja hartanah di sana..kena pergi jugak sayang..kalau sayang nak, sayang ikut abang, nak tak?"tanya Danial sambil mengikut Mia duduk di birai katil. 


Serta merta dia menggeleng. "Tak apa..paling penting abang okay..abang pergi je lah..lagi pun Mia tak boleh ikut..kerja dekat sini banyak lagi yang kena uruskan dengan Tan Sri Dzudin punya decoration lagi..abang pergi ya..abang janji dengan Mia, selalu telefon Mia..janji?"tanya Mia.


Danial menarik Mia ke dalam pelukkannya. "Janji sayang.."ucap Danial. Mia tersenyum dan terus menyambung tugasnya yang terbantut. Walaupun berat hatinya untuk melepaskan Danial pergi, tapi dia redha. Lagi pun, suaminya ada pesan, kalau ada masalah, boleh minta pertolongan Syafiq. Tetapi di dalam hatinya ada terselit kerisauan yang bertandang, tapi Mia sendiri buntu apakah punca kerisauan itu? ada sesuatu yang akan terjadi ke? soalan itu, Mia biarkan sepi berlalu.






N/F : APAKAH ? TKOT NYEE ><









No comments:

Post a Comment