Wednesday 15 February 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 38

Sudah dua minggu, Mia masih tidak sedarkan diri, kata doktor, kalau sudah masuk sebulan, Mia tetap tidak ada sebarang perubahan. Masih tenang baring seperti tiada apa yang berlaku di sekelilingnya. Danial masuk dan terus duduk di sisi isterinya.


Danial tidak pernah sesekali meninggalkan isterinya, dia cuma akan tinggalkan Mia ketika dia hendak solat, itu pun kadang-kadang dia solat di dalam wad Mia, kadang-kadang dia pulang sebentar untuk menyalin pakaiaan.


“Assalamuaalaikum sayang..abang datang ni..”ucap Danial sambil tersenyum, tapi tiada reaksi di wajah itu. “Sayang, sayang bangun ye? abang minta maaf sangat tentang kekasaran abang tapi itu semua kata amarah abang je..itu bukan niat abang..ego abang yang cakap kan itu..maafkan abang sayang..”rintih Danial.


Sepi tanpa jawapan


“Sayang, sayang tak kesiankan anak kita? Dia orang nak belaian dari Mia..tapi kalau Mia tak sedar macam mana nak jumpa dia orang..nama dia orang abang dah letakkan dah..mama dengan papa semua setuju..yang laki, namanya, Danial Hafizi..yang perempuan namanya, Nurul Nia Maisarah..sedap kan? Dekat-dekat dengan nama sayang dan abang..sayang tak teringin nak jumpa dia orang?”tanya Danial.


Tiba-tiba tangan Mia bergerak, Danial seakan tidak percaya. Danial segera menekan punat kecemasan. “Ada apa Encik Danial?”tanya jururawat itu. “Isteri saya! Dia dah bergerak!”bagi tahu Danial, jururawat segera memanggil Doktor Iman. Danial di minta keluar, hati Danial amat berat untuk beredar tapi digagahkan juga.


MIRA, Syukri, Syafiq, Hajah Hanum, Haji Daud, Puan Sri Hasnah, dan Tan Sri Idris yang kebetulan ingin melawat Mia segera bergerak ke arah Danial yang sedang terduduk lesu. “Danial kenapa ni?”tanya Mira cemas. “Mia dah sedar, tapi dia kritikal sekarang ni..”ungkap Danial sebak.


Mereka semua menangis menitiskan air mata. Tiba-tiba pintu dikuak. “Alhamdulillah, Puan Mia sekarang sudah sedar..dia dah stabil, semua boleh melawat dia sekarang..”ungkap Doktor Iman sambil tersenyum dan berlalu pergi.\


Mereka tidak henti-henti megucapkan syukur. Danial hanya membatu dia tidak tahu adakah isterinya akan menerimanya semula setelah pelbagai hinaan yang diterima? Danial akhirnya duduk di luar dan hanya membiarkan yang lain melawatnya.


“Mira..”panggil Mia sambil tersenyum. Mira tersenyum dan terus memeluk Mia. Mia turut menyalam tangan tua Tan Sri Idris, Puan Sri Hasnah, Hajah Hanum, dan Haji Idris. “Mira anak aku mana?”tanya Mia. Mira tersenyum. “Kau dapat anak kembar tau..nanti nurse bawakan..”balas Mira.


Mia tersenyum lebar. “Dah tahu dah..yang laki namanya, Danial Hafizi dan yang perempuan, namanya Nurul Nia Maisarah kan?”tanya Mia. Mira mengangguk, “Macam mana kau tahu?”tanya Mira. Mia mengerutkan dahi seperti memikir lagaknya.


“Aku rasa aku ada dengar orang yang bagi tahu..”balas Mia. Mira tersenyum, “Tuh suami kau..”balas Mira, senyuman Mia mati tiba-tiba bila mendengar perkataan suami itu. Tiada senyuman pun tercalit di wajahnya. Mira tahu, Mia masih tidak dapat menerima Danial.


Tiba-tiba jururawat datang dan menyerahkan bayi Mia. Mia tersenyum. “Anak mama..”panggil Mia. Mira menyerahkan kedua-dua anak itu kepada Mia. Mia mencium lembut pipi anaknya itu. “Maafkan mama ye sayang..mama sakit hari tuh..tapi sekarang mama dah sedar..mama akan jaga sayang..hanya kita bertiga, okay?”ungkap Mia dan terus menyeka air matanya yang berjuraian.


Yang lain melihatnya hanya menitiskan air mata gembira. Mia meminta Mira untuk meletakkan bayinya kerana melihat mereka sedang lena diulik mimpi. Dia tenung melihat anaknya, muka anak perempuannya merupai wajah suaminya, anak lelakinya pula banyak mengikut wajahnya.


Tibat-tiba pintu dikuak dari luar. Semua memandang ke arah pintu itu. Danial terpancul keluar dengan senyuman yang manis dihadiahkan kepada Mia tapi Mia tidak membalasnya. “Assalamuaalaikum..Mia, Mia sihat?”tanya Danial lembut sambil menerpa ke arah isterinya, tapi Mia lebih pantas mengelak, mereka semua terkedu termasuk Danial.


“Buat apa awak datang sini?”tanya Mia serius tanpa panggilan abang lagi. Danial terkedu. “Abang datang sini nak jumpa Mia..nak jumpa anak-anak kita..”balas Danial lembut. “Itu anak saya..bukan anak awak..awak boleh pergi..saya tahu nak jaga anak saya sendiri..”balas Mia sinis.


Hajah Hanum mengusap tangan Mia menenangkannya. “Mia, please jangan buat abang macam ni..”rintih Danial pilu, tapi tidak dapat melenturkan hati keras isterinya. “Selepas saya habis pantang, saya nak awak lepaskan saya..saya tak sanggup nak hidup dengan awak lagi..saya tak sanggup nak tanggung derita yang awak isikan dalam hidup saya..Awak lebih percayakan orang luar daripada isteri awak sendiri, biar saya hidup cara saya sendiri dengan anak-anak saya..”terang Mia tenang tanpa memandang wajah Danial.


Danial meraup wajahnya. Mereka yang lain hanya diam terkedu, tidak tahu apa yang perlu dikatakan. “Mia..Mia betul nak Danial ceraikan Mia? Mia tak risau dengan anak-anak Mia? Tak ada langsung ruang kemaafan dalam hati Mia?”tanya Hajah Hanum lembut.


Mia menggeleng. “Betul, Mia taknak ada hubungan apa-apa lagi dengan dia..Mia tak kisah, sebab selama ni pun, Mia memang jaga anak-anak Mia sendiri tanpa bantuan suami sendiri..yang tolong Mia hanya Mira dan lain-lain..”tegas Mia.


Danial masih menunduk ke bawah lantai, dia benar-benar tidak sangka Mia akan bertindak sedrastik ini. Danial benar-benar menyesal. “Mia nak rehat, nak tidur..”balas Mia dan terus berbaring mengiring membelakangkan Danial, Tan Sri Idris mengangguk, dan semua meninggalkan Mia dan Danial. “Mia, abang nak mintak maaf sangat-sangat..abang tak sengaja..setiap kali abang caci maki Mia, hati abang meruntun menyesal..itu bukan keluar dari hati abang..tapi kalau itu dah keputusan Mia, abang hanya menurut..assalamuaalaikum.”balas Danial dan berlalu dengan hati yang meruntun pilu. Perlahan-lahan air mata Mia bertakung di birai mata dan akhirnya mengalir perlahan ke pipi mulusnya.






N/F : SDEYH LAHH PLAK :'(


No comments:

Post a Comment