Wednesday 15 February 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 40

Mia duduk di atas pangkin berdekatan dengan rumah ibu bapa Mira. Hari ini Mia sudah habis masa pantangnya. Dia tidak tahu mana harus ditujunya. Hatinya runsing. Dia tahu anak-anaknya masih memerlukan perhatiaan seorang papa.


Sudah sebulan dia berada di kampong Mira. Selama itu jugalah Danial sering menelefonnya menanyakan khabar, tapi dia layan acuh tak acuh sahaja. Dia sendiri kurang pasti dengan keputusannya, walaupun hatinya masih diselit perasaan sayang, tapi dia masih takut dan ragu-ragu untuk pulang ke pangkuan suaminya.


Hatinya bagai tawar untuk menerima suaminya. Hatinya perit bagai dihiris dengan belati yang tajam. Dia masih tidak dapat melupakan bagaimana bencinya suaminya ketika dahulu sampai sanggup menghina anak yang datang dari benihnya sendiri.


Dia tidak pernah kisah akan hinaan suaminya terhadap dirinya, tapi hatinya amat marah, pilu, benci bergambung menjadi satu apabila Danial menghina anak yang dikandungkan padahal itulah anak yang dinanti-nantikan seketika dahulu.


Kalau dulu hatinya dan jiwanya diserahkan kepada Danial dan sayangnya begitu meluap-luap tapi sekarang kasihnya pada lelaki tuh terpadam sekelip mata apabila dia mengenangkan kejadian yang menimpa dirinya dan nasib anaknya walaupun dia sendiri yang menyelamatkan laki itu.


Mia melepaskan keluhan yang berat, hatinya benar-benar bercelaru. “Haiihh Mia, macam ada masalah je? Cuba cerita dengan aku..”ungkap Mira dan terus duduk di sebelah Mia. Mia tersenyum hambar. “Entah Mira..aku runsing dengan masalah aku ni..” terang Mia.


Mira mengerutkan dahi, “Apa yang kau nak runsingkan Mia? Kau cuba ingat balik..kau yang cakap, kau nak Danial lepaskan kau..so, apa lagi yang kau nak fikir?” tanya Mira pelik dengan sikap Mia. “Aku tahu tuh..tapi aku keliru dengan keputusan aku sendiri..memang waktu tuh hati aku tengah marah..tapi bukan bermakna sekarang ni, aku mengubah keputusan aku..


Keputusan aku muktamad..Cuma, aku risau dengan Nia dan Fizi..dia orang perlukan perhatian papanya juga..”terang Mia panjang lebar. Mira mengangguk tanda mengerti. “Pasal tuh..aku tak tahu la Mia..Cuma aku nasihatkan, jangan terburu-buru dalam membuat keputusan Mia..kau kena fikir baik dan buruknya..kau kena fikir Nia, Fizi, dan juga perasaan Danial..aku tahu Danial tuh salah..tapi, tak salah kau bagi peluang sekali lagi..Cuma aku faham, sebab bukan aku yang kena..tapi kau..so, kau fikir lah dulu..aku nak naik atas dulu yee..assalamuaalaikum..”pamit Mira kerana hendak memberi ruang untuk Mia memikir.


Mia menjawab salam Mia perlahan. Mia kembali termenung, memikirkan semula apa yang diperkatakan oleh Mira sebentar tadi. Ya, memang betul apa yang dikatakan oleh Mira sebentar tadi. Dia perlu memberi peluang buat Danial.


Tapi, macam mana dengan peluang yang dia pernah bagi kepada Danial dahulu? Bagaimana kalau masalah itu timbul lagi? Adakah dia perlu lagi memberi peluang ketiga buat Danial? Arrrhhh, hatinya benar-benar runsing kala ini. Otaknya bagaikan tepu untuk berfikir.


MALAM itu, Mia turun ke meja makan selepas memastikan keselamatan anak-anaknya terlebih dahulu. “Makcik, sorry lambat sikit turun..”mohon Mia sopan. “Tak apa..makcik faham..lagi pun kamu tuh baru habis pantang..” balas Hajah Hanum.


Mia tersenyum lalu mengambil tempat di sebelah Mira. “Alaaa..Mia..sporting laa..kau tuh baru lepas bersalin..cool jee..” usik Mira. “Syuk..you tgk bertapa nakalnya isteri you tuh..” tunjuk Mia. Mira buat endah tak endah. “Dah nakal ea isteri abang sekarang..” usik Syukri sambil mencubit mesra pipi Mira.


“Alaaa..abang ni, apa main cubit-cubit ni..sakit laa..” rengek Mira manja. “Ni apa ni? Dah bersuami pun nak manja-manja..” bebel Hajah Hanum. Mira sudah buat muka bosan. “Mak, waktu ni laaa nak manja-manja..dah ada suami..mesti laaa boleh manja..tak kan nak manja dengan mak pulak..nanti mak kata kita ni buang terbiat..kan abang kan?” balas Mira. Syukri mengangguk tanda setuju.


Mia sudah tergelak kecil. Gembira dia melihat kegembiraan yang jelas terpancar di muka Mira dan Syukri. Mia dihimpit rasa sedih. “Haaa..Mia, Nia dan Fizi tengah buat apa?” tanya Hajah Hanum terus mematikan lamunan Mia.


“Tengah tidur makcik..” balas Mia. Mira sudah tergelak. Semua mengerutkan dahinya. “Kamu ni kenapa ni Mira? Tiba-tiba aja gelak..” geram Hajah Hanum. “Kenapa ni sayang?” tanya Syukri lembut. “Tak lah, mak tanya kan..macam Nia dan Fizi tuh boleh bermain pulak..mak, baru dua bulan la mak! Kerjanya tidur je lah..” balas Mira sambil tergelak.


Hajah Hanum sudah merengus geram dengan perangai anaknya yang suka mengusik ini. “Bertuahnya punya anak! Dahh, makan cepat..”marah Hajah Hanum. Mia dan Syukri tersenyum sumbing melihat gelagat Mira. “Alaaa..mak, jangan lah merajuk..tak kan frust menonggeng lagi mak?” usik Mira.


Mia dan Syukri tergelak besar mendengar perkataan yang keluar dari mulut Mira. Hajah Hanum menjeling tajam anaknya. Suasana menjadi sepi, “Makcik, pakcik mana?”tanya Mia bila melihat kelibat Haji Daud tidak muncul-muncul.


“Pakcik kamu? Mana lagi Mia kalau bukan pergi memancing..orang tua tuh memang macam tuh..tak reti lekat dekat rumah..sakit hati je..”bebel Hajah Hanum. Mira tersenyum nakal. “Haiiihh, mak..frust menonggeng nampak..” usik Mira lagi. Semua tergelak. “Bertuah punya anak! Kau makan cepat!” marah Hajah Hanum, Mira segera menghabiskan pemakanannya.


“Mia tak kerja ke nanti?” tanya Hajah Hanum. “Kerja mak, kerja dekat tempat Syukri..” balas Mira. Mia mengangguk laju. “Haaa..elok la tuh..tak ada lah nanti kamu boring sangat kan Mia..esok kamu semua balik kan?”tanya Hajah Hanum, semua mengangguk.


SELEPAS makan, Mira, Syukri, dan Hajah Hanum menonton televisyen. Tapi, Mia tidak menyertai mereka kerana takut akan keselamatan anaknya. Mia masuk ke bilik dan melihat anaknya yang sedang tidur dalam baby court. Mia mencapai telefon di atas meja kecil di sebelah katilnya dan melihat ada lebih 15 missed calls daripada suaminya, Mia segera mendail.


“Assalamuaalaikum sayang..” ucap Danial. Mia menjawab perlahan. “Kenapa sayang tak angkat tadi? Risau abang tau..” tanya Danial. “Sorry, saya pergi makan tadi lepas tuh, saya silent fon..” balas Mia. “Takpe sayang..macam mana dengan Nia dan Fizi? Dia orang sihat?”tanya Danial ingin memanjangkan perbualan. Dia amat merindui Mia.


“Anak-anak saya sihat..”balas Mia selamba. Hati Danial sedih dengan cara percakapan Mia, tapi ditahan juga perasaan itu. “Alhamdulillah, sayang pulak?” tanya Danial lagi. Mia mula rimas. “Sihat..”balas Mia sepatah. “Bagus la..sayang jaga diri okay? Sayang balik esok kan? Sayang kerja dekat mana nanti?”tanya Danial ingin tahu.


“Dekat pejabat Syukri..guaman..saya akan hantar anak-anak dekat rumah awak waktu bekerja..”terang Mia. Melebar senyuman Danial. “Okay, sayang, tak boleh terima abang ke?”tanya Danial. Mia terdiam. “Saya nak tidur..mengantuk..”balas Mia. “Takpe la..sayang bagi kiss ni dekat Nia dan Fizi..muah! muah! Dan yang ni untuk sayang..Mmmmuuuaaahh!”usik Danial.


Mia mencebik, dan terus mematikan talian, Danial melepaskan keluhan berat. Mia memandang anak-anaknya, lalu mncium kedua-dua pipi mereka, “Daripada papa..”balas Mia. Perlahan-perlahan air mata Mia menitis, perasaan rindu akan suami tidak berbelah bahagi.






N/F : ALOLOLOLO :P


No comments:

Post a Comment