Tuesday 7 February 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 22

Seperti yang dijanjikan, Mia hanya memakai pakaian alah kadar. Danial akan membawanya ke Pavilion, kata Danial di saja mahu meluangkan masa dengan Mia. Mia menunggu Danial di perkarangan rumah. "Mia, asal tunggu dekat luar tuh? duduk lah dalam dulu..panas ni..nanti Danial dah datang, dia hon lah.."sapa Puan Sri Hasnah.


Mia memalingkan tubuhnya menghadap Puan Sri Hasnah, dia tersenyum. "Tak apa lah mama..nanti abang Danial datang, Mia boleh terus naik kereta..tak payah lah nanti abang nak tunggu-tunggu.."tolak Mia sopan. Puan Sri Hasnah hanya mengangguk dan memerhatikan setiap inci wajah menantunya.


Sekarang baru lah dia sedar bahawa Mia memang mempunyai seraut wajah yang manis, kulitnya putih melepak dengan bibir merah bak delima. Wajahnya cukup tenang apabila ditenung, Mia tidak sedap hati dengan pandangan Puan Sri Hasnah.


"Ma, kenapa mama pandang Mia macam tuh?"tanya Mia pelik. Puan Sri Hasnah tersenyum, sambil menggeleng. "Tak ada apa Mia..mama tgk Mia ni cantik, tenang mata memandang..patutlah Danial terpikat.."usik Puan Sri Hasnah. Mia hanya menunduk malu.


"Alah, mama ni..mama pun cantik, kalah isteri Perdana Menteri kita tau..Dato' Siti Nurhaliza pun kalah.."balas Mia mengusik. "Macam-macam lah kamu ni Mia.."balas Puan Sri Hasnah. "Ma, betul lah..kalau tak, macam mana papa boleh sangkut dengan mama? mesti mama waktu muda cun melecun punya lah!"balas Mia nakal.


Puan Sri Hasnah menunduk malu. "Amboi ma! malu ke? dah merah muka mama!"usik Mia lagi sambil tergelak. Puan Sri Hasnah hanya menggeleng. "Sudah lah kamu ni, ada je yang nak usik mama..haa, tuh Danial dah sampai.."tunjuk Puan Sri Hasnah.


Mia memalingkan mukanya dan tersenyum. Danial membalas dan terus menuju ke arah Mia dan Puan Sri Hasnah. Mia terus menyalam tangan Danial dan seperti biasa Danial akan mengucup dahi Mia. Danial terus menyalam Puan Sri Hasnah.


"Hai..mama, Mia..seronok nampak berboraknya.."usik Danial. Mia tersengih. "Tuh isteri kamu ni haa..tak habis-habis nak usik mama.."balas Puan Sri Hasnah sambil melirikkan matanya ke arah Mia. "Amboi, sayang abang ni dah nakal ye sekarang.."balas Danial.


"Alaaa..abang, betul lah Mia cakap..mama kan cantik, kalah Dato' Siti Nurhaliza..betul kan abang kan?"tanya Mia. Danial mengangguk. "Sudah lah kamu berdua ni..suami isteri sama aje haa..dah lah, pergi lah beli belah tuh..assalamuaalaikum.."ucap Puan Sri Hasnah dan berlalu pergi. Mia dan Danial menjawab serentak dan terus ketawa terbahak-bahak.


DI dalam kereta hanya radio menemani mereka. Selepas setengah jam memandu kereta, mereka sampai. "Sayang, kita nak makan dulu atau beli tiket?"tanya Danial sambil menggenggam kemas tangan Mia. "Hmm..Mia rasakan abang, better kita beli tiket..then, kita tgk lah..kalau ada masa, kita pergi lah makan dulu..kalau tak sempat, lepas tgk wayang pun kita boleh pergi makan.."balas Mia.


Danial hanya mengangguk, selepas membeli tiket, mereka terus bergerak ke Food Court yang disediakan. "Sayang nak makan apa ni?"tanya Danial. "Hmm..tak apa lah..biar Mia beli sendiri.."tolak Mia lembut. Danial menggeleng. "Sayang, listen here..biar abang yang beli, okay? so, sayang nak makan apa?"tanya Danial.


Mia meletakkan jari telujuknya dia tepi bibir sambil berfikir. Danial yang melihat hanya tersenyum, comel! puji Danial. Wajah isterinya tak ubah seperti remaja, ramai yang fikir isterinya masih belum berkahwin kerana wajah isterinya yang baby face itu.


"Haa..Mia nak makan nasi dengan ikan sambal kukus..air, air tebu lah.."balas Mia. Danial mengangguk dan berlalu sempat dia mencuit hidung Mia. Sementara menunggu, Mia melihat orang sekelilingnya. Tiba-tiba dia terlihat seorang anak kecil sedang menangis.


Mia bergerak dan memanggi anak kecil itu. Anak kecil itu menenyeh-nenyeh matanya yang berair. "Adik, adik kenapa menangis ni?"tanya Mia lembut. "Adik nak cari mama adik..tadi..tadi dia ada dekat tini.."balas budak itu manja dengan longhat yang pelat.


"Oh..nama adik apa?"tanya Mia. "Nama tite, Melissa.."jawab budak itu sambil teresak-esak. "Okay, Melissa..jangan nangis..kejap lagi mesti mama Melissa cari Melissa, sementara tuh, Melissa duduk dengan aunty ye?"tanya Mia sopan. Melissa mengangguk dan tersenyum.


"Ea, cik..ni anak saya..macam mana cik jumpa dia ye?"tanya seorang perempuan berumur lebih kurang 30 tahun. Mia tersenyum. "Tadi saya nampak dia menangis sorang-sorang..tuh yang saya panggil dia tuh.."balas Mia sopan.


Perempuan itu tersenyum. "Terima kasih ye cik, sebab tgk-tgk kan dia.."ucap perempuan itu. Mia mengangguk. "Sama-sama..puan lain kali jaga lah dia elok-elok ye..sekarang, macam-macam benda jadi dekat budak-budak ni.."nasihat Mia.


Perempuan itu mengangguk. "Yelaa cik, Melissa, salam aunty tuh..kita dah nak balik dah pun..cakap thank you dekat aunty.."lembut perempuan itu berbicara dengan anaknya. Melissa terus menyalam tangan Mia. "Thank you aunty..aunty cantik.."puji Melissa.


Mia tersenyum. "Welcome..Melissa jaga diri ye..Melissa lagi cantik..bye bye.."balas Mia dan melambai tangan ke arah Melissa. Mia terus bergerak ke meja makannya. "Siapa tuh sayang?"tanya Danial sampai sahaja di meja. Mia memandang suaminya. "Melissa, dia sesat tadi..baru nak ajak dia makan..mama dia dah jumpa dia.."balas Mia dengan nada kesal.


"Sayang patut bersyukur tau.."usik Danial. "Tahu lah..cakap je..jom lah, kita makan.."ajak Mia. Danial hanya mengangguk. Tapi di dalam hati Mia masih lagi tersirat kasih seorang ibu. Jiwanya bergoncang untuk mendapatkan anak yang keluar dari rahimnya sendiri.


SELESAI makan, suaminya masih lagi belum habis. Mia hanya memandang tempat kanak-kanak bermain. Perasaan keibuan mencubit tangkai hatinya. Perlahan-lahan tangannya mengusap lembut perutnya. Danial yang sedari tadi memerhatikan isterinya tersentak melihat perlakuan isterinya.


"Sayang, teringin ke?"usik Danial. Mia memandang Danial tanpa senyuman, Danial yang memandang hanya termangu. Dia tahu isterinya teringinkan zuriat, tapi apa kan daya. Usaha mereka belum memberikan sebarang hasil. "Sayang, kita usaha ye..insyaAllah..ada rezeki, kita akan dapat jugak..tapi sayang kena lah sabar.."nasihat Danial.


Mia hanya tersenyum dan mengangguk tanda mengiakan kata-kata suaminya. "Jom sayang! dah nak start wayang kita..popcorn tak beli lagi ni.."ajak Danial dan terus menggenggam kemas jari jemari Mia, Mia hanya berbalas senyuman. Mereka bergerak dengan perasaan yang menular di dalam hati yang susah untuk ditafsirkan.






N/F : DOAKAN MIA AKAN DIKURNIAKAN ZURIAT :)



















No comments:

Post a Comment