Friday 10 February 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 27

Perasaan rindu tidak dapat dibendung lagi. Mia amat merindui suaminya, setiap malam, suara suaminya yang menyapa dirinya di kala kesunyian bertandang.


Mia sibuk menyiapkan projek perumahan kos rendah di Pahang. Mia perlu menyiapkannya dengan segera bertetapan dengan masa yang dikehendaki. Dia selalu keluar bersama Marlia untuk pergi ke kawasan projek itu. Mia harus selesaikan banyak masalah yang akan dihadapi.


Mia terduduk di kerusi pejabatnya, penat mula hinggap dalam dirinya, dikerling jam di tangannya. Sudah pukul 6.30 petang. Dia harus pulang dengan segera takut jalan akan sesak dan pasti dia akan terbabas untuk menunaikan solat maghrib.


MIA baring di atas katil selepas menunaikan solat isyak, dia sering menantikan-nantikan panggilan daripada suami tercinta. Telefon comelnya berdering sebagai tanda ada panggilan masuk, Mia segera menjawab panggilan itu. "Assalamuaalaikum sayang.."ucap Dnaial mesra. "Waalaikumussalam abang..abang, bila abang balik?"tanya Mia, Mia sering akan bertanyakan soalan yang sama.


"Lama lagi Mia..banyak kerja..tapi insyaAllah, kalau abang dapat siapkan kerja tuh awal..awal lah abang balik.."pujuk Danial, dia tahu isterinya benar-benar merindui dirinya, dia turut rasa perasaan yang sama. "Okay..abang dah makan?"tanya Mia prihatin.


"Dah..sayang dah makan? macam mana kerja? okay?"tanya Danial. "Dah..kerja, Mia penat sangat abang..banyak syarikat bagi tender dekat syarikat kita..kadang-kadang Mia tak boleh kawal..nak buat macam mana? terpaksa terima sebab projek dia orang semua mencecah RM 500 000 ribu ke atas..untung besar syarikat kita.."terang Mia panjang lebar.


"Alala..kesian isteri abang ni ye? tak apa, kalau sayang tak larat, sayang cuti rehat..mintak tolong Syafiq buatkan dulu.."pujuk Danial, kesian dia mendengar rungutan isterinya, tapi apa yang boleh buat? selepas projek decoration Mia berjaya, banyak syarikat-syarikat yang memberi tender yang lumayan. Isterinya amat berjasa.


"Tak apa lah..Mia larat lagi ni..abang, Mia nak tidur..mengantuk sangat ni.."ucap Mia perlahan. "Okay, sayang rest lebih sikit tau..bye, good night..mimpi abang tau..kiss for you, mmuuaahh ! abang nak?"rengek Danial manja. Mia tergelak kecil. "Okay, good night abang..mimpi Mia jugak..kiss for you, mmuuaahh!"balas Mia dan terus mematikan talian. Mia masih tersenyum, terimbau kembali saat perkenalan dia dan suaminya, Danial, akhirnya   dia terlelap dengan senyuman yang mekar di bibir.


PAGI itu, Mia kelihatan sangat lesu, kepalanya sangat berat untuk bangun. Tekaknya terasa amat loya, dia sudah 10 kali masuk dan muntah di dalam tandas. Mia terbaring lesu di atas katil, dia mengerling jam di sebelahnya, jam menunjukkan pukul 7 pagi.


Mia mencapai telefon bimbitnya dan terus menelefon setiausahanya, Marlia. "Assalamuaalaikum, Marlia.."perlahan Mia mengucap. "Waalaikumussalam..ea, Puan Mia ni kenapa? tak sihat? lesu aje suaranya.."tanya Marlia prihatin. 


"Saya demam sikit hari ni, jadi saya tak dapat nak masuk pejabat..so, kalau ada apa-apa appoinment, mintak tolong Encik Syafiq..suruh dia gantikan tempat saya sebab semua paper work saya dah buat cuma suruh dia bentangkan aje.."minta Mia.


"Boleh Puan Mia..puan nak suruh saya bawak kan puan ke klinik?"tanya Marlia risau. "Tak apa..saya demam biasa aje ni..nanti saya makan panadol, hilang lah sakit nanti..terima kasih ye, Lia.."ucap Mia ikhlas. "Okay, sama-sama puan..oh ya..macam ni puan, tengah hari nanti saya hantar makan untuk puan ye?"tanya Marlia.


"Okay juga tuh..nanti awak dah sampai, telefon saya lah ye? terima kasih sekali lagi..assalamuaalaikum.."ucap Mia dan terus mematikan talian selepas salamnya dijawab oleh Marlia. Mia mengambil keputusan untuk tidur sahaja menghilangkan loya di tekaknya.


MIA tersedar apabila mendengar deringan telefonnya tanda ada panggilan masuk. Tertera nama Marlia di situ, Mia pantas menjawab. "Assalamuaalaikum, Lia kamu dah sampai ke?"tanya Mia. "Waalaikumussalam..dah puan, saya ada dekat depan rumah puan ni.."balas Marlia. "Okay, awak tunggu saya kejap.."balas Mia pula dan terus mematikan talian.


Mia segera ke tandas dan mencuci mukanya. Dia bergegas ke bawah mengambil kunci dan membuka pagar rumahnya. "Marlia..masuk lah dulu.."ajak Mia. "Tak apa lah puan..buat susah aje..lagi pun, saya takut Encik Syafiq marah pulak.."tolak Mia perlahan. "Tak apa..awak cakap je awak pergi rumah saya..mari.."ajak Mia lagi sambil menarik tangan Marlia, Marlia hanya menurut.


Mia mempelawa Marlia duduk. Mia segera mencapai sudu dan mengambil dua biji gelas dan jus epal dan dibawa ke depan. "Jemput lah minum Lia..buat je macam rumah sendiri.."pelawa Mia. Marlia tersenyum. "Puan ni, buat susah je.."balas Marlia segan.


"Apa susahnya Lia? ea, takyah lah puan-puan..panggil je saya Mia..bila dekat luar pejabat, tak perlu lah formal sangat.."ucap Mia sambil tergelak. Marlia mengangguk, ketika Mia hendak menyuakan sudu nasi ke mulutnya, tiba-tiba loya di tekaknya datang lagi, Mia terus pergi ke dapur dan memuntahkan semua isi perutnya sehingga dia tersandar lesu di dinding.


Marlia segera bergerak ke Mia yang mukanya sudah pucat lesi. "Mia, okay tak ni? nak saya bawak pergi klinik?"tanya Marlia cemas. "Saya okay..tak apa..tak perlu..tolong bawak saya pergi ke ruang tamu, saya nak makan.."minta Mia. Marlia hanya menurut dan membantu memapah Mia ke ruang tamu.


Mia memaksa dirinya makan walaupun tekaknya tidak dapat menerima makanan itu, atas menghargai kebaikan Marlia, dia makan juga. "Mia, saya kena pergi dulu..dah masuk waktu pejabat ni..Mia kalau ada apa-apa..boleh telefon saya.."pamit Marlia, Mia mengangguk dan mengucapkan terima kasih. Selepas Marlia pulang, Mia segera membaringkan tubuhnya di atas sofa. Akhirnya dia terlena.


MARLIA segera bergerak ke atas dan bertembung dengan Syafiq. "Lia, awak pergi mana ni? Puan Mia mana? saya tak nampak dia pun dari pagi tadi.."tanya Syafiq.


"Saya pergi rumah Puan Mia, Encik Syafiq..hari ini, Puan Mia MC sebab tak sihat..tadi saya hantarkan makanan untuknya.."balas Marlia tenang. Syafiq mengangguk. "Jadi macam mana dia sekarang? okay? awak ada bawak dia pergi klinik?"tanya Syafiq bertalu-talu kerana cintanya pada Mia sangat teguh dan ini juga amanah daripada Danial.


"Tadi dia muntah-muntah sampai pucat muka dia..dia makan pun macam terpaksa..saya ada ajak dia pergi klinik..tapi dia tolak..dia kata demam biasa..saya pun tak boleh buat apa-apa Encik Syafiq.."terang Marlian tentang kedudukan yang sebenar.


"Tak apa lah..awak pergi buat kerja awak..biar saya yang uruskan hal Puan Mia ni..terima kasih.."ucap Syafiq. Marlia mengangguk. Syafiq terus menyeluk poket seluarnya untuk menelefon Mia. Mia tersedar apabila ada panggilan masuk, dia segera mencapai dan menekan punat hijau.


"Assalamuaalaikum Mia..Mia tak sihat ke? asal tak telefon Fiq? ni dah okay ke belum?'tanya Syafiq bertalu-talu. "Waalaikumussalam Fiq..tak sihat sikit lah..tak nak menyusahkan Fiq je..boleh lah okay sikit..Lia bagi tahu ea?"tanya Mia perlahan.


"Ye..Mia siap, Fiq bawak pergi klinik..cepat..kejap lagi Fiq sampai.."ucap Syafiq dan terus mematikan talian kerana tidak mahu Mia menolak. Syafiq terus bergerak ke rumah Mia. Mia menunggu Syafiq di hadapan rumahnya dengan wajah yang pucat. 


Syafiq sampai dan terus melihat kelibat Mia sedang berdiri dengan wajah yang pucat. Mia terus masuk ke dalam kereta. "Mia, Mia okay tak ni? kenapa tak call Fiq?"tanya Syafiq prihatin. Mia hanya tersenyum hambar. "Mia tak nak susahkan Fiq..lagi pun, Mia takut abang Danial risau.."balas Mia perlahan.


Syafiq menggeleng. "Mia, tak ada yang risaunya, okay sekarang ni..Fiq bawak pergi klinik.."balas Syafiq dan terus memecut laju kereta Toyota Vios miliknya. Mereka sampai dan Syafiq terus keluar dan membukakan pintu untuk Mia.


Ketika Mia hendak turun, tiba-tiba kakinya tersadung, dan Syafiq segera memegang lengannya. Mia memandang Syafiq, Syafiq segera melepaskan genggamannya. Mia duduk di kerusi sementara Syafiq mnedaftarkan namanya.


"Nurul Mia Sarah!"panggil jururawat itu. Mia bangkit. "Fiq tunggu Mia ea..Mia masuk.."beritahu Mia, Syafiq hanya mengangguk. "Assalamuaalaikum, Puan Mia..silakan duduk.."pelawa doktor itu. "Waalaikumussalam..terima kasih.."ucap Mia dan terus duduk di atas kerusi yang disediakan.


"Nama saya Doktor Iman, boleh saya tahu apa sakit yang dihadapi oleh puan?"tanya Doktor Iman mesra. "Saya tak pasti doktor tapi yang saya tahu..tekak saya terasa loya dan saya sering muntah-muntah..kadang-kadang kepala saya berat ketika hendak bangun.."terang Mia jujur.


Doktor Iman mengangguk dan mengarahkan Mia untuk baring di atas katil yang disediakan di dalam klinik itu. Selepas diperiksa, makin melebar senyuman di bibir Doktor Iman. "Doktor, macam mana dengan saya doktor?"tanya Mia. Doktor Iman tersenyum.


"Tahniah Puan Mia! puan sudah mengandung dua bulan! mana suami puan ye? bukan di depan ke tadi?"soal Doktor Iman. Mia terus tersenyum lebar. "Alhamdulillah, terima kasih doktor..itu bukan suami saya, dia kawan suami saya..suami saya ada hal di Johor.."balas Mia gembira.


Inilah saat-saat yang dinanti-nantikan untuk melahirkan zuriat Danial. "Ouh..sama-sama..saya harap puan tidak mengambil makanan-makanan yang boleh memudaratkan kesihatan..kalau boleh, banyakkan berehat terutama ketika kandungan sudah capai ke 6 bulan dan kalau boleh, minum susu untuk ibu mengandung untuk menjamin kesihatan puan dan bayi puan..dan lagi satu, saya harap puan berpesan kepada suami puan untuk datang berjumpa dengan saya kerana puan dan bayi puan perlukan perhatian lebih, dan setiap bulan, puan dan suami puan datang untuk membuat pemeriksaan semasa.."nasihat Doktor Iman panjang lebar. Mia mengangguk dan tersenyum.


"Terima kasih doktor atas saranan doktor..nanti saya akan beritahu suami saya.."ucap Mia. Doktor Iman mengangguk. Mia terus keluar dan tersenyum lebar memandang Syafiq. Syafiq mulai pelik. "Apa kata doktor Mia?"tanya Syafiq. "Mia mengandung dua bulan.."balas Mia.


Syafiq tersentak. Sedih, pilu, gembira, semuanya menjadi satu. Syafiq tersenyum. "Tahniah Mia! kejap, biar Fiq telefon Danial, dia suruh telefon kalau apa-apa jadi.."balas Syafiq dan segera menyeluk poket seluarnya. Mia segera menghalang. "Tak perlu Fiq..please..Mia nak surprise kan dia..please.."pujuk Mia. Syafiq serba salah, dan mengangguk lambat, Syafiq terus menghantar Mia.






N/F : ALHAMDULILLAH , MIA DAH MENGANDUNG, AMINNNN :)







No comments:

Post a Comment