Wednesday 8 February 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 23

Malam itu, Danial sedang berdiri di balkoni sambil memandang ke langit yang kelam lagi gelap. Dia mendongak ke atas. Perasaan cinta akan Mia semakin menggebu. "Abang.."panggil Mia lembut. Danial memalingkan badannya apabila disapa.


Danial tergamam, naluri kelakiannya berkocak. Mia yang baru selesai mandi memakai baju tidur paras lutut dengan rambut paras bahu minta dilepaskan. Mia tersenyum. Danial ingin merangkul pinggang Mia, tapi ditahan oleh Mia.


Danial mengerutkan dahi. "Apa lagi sayang? abang dah tak sabar ni..mengantuk sangat ni.."tanya Danial sambil tersenyum nakal. Mia mencubit lengan Danial manja dan terus bergerak ke balkoni. Danial merangkul pinggang Mia dari belakang dan meletakkan kepalanya di atas bahu Mia.


"Abang, Mia nak mintak izin keluar dengan Mira esok boleh tak?"tanya Mia. "Boleh..kalau dengan sayang, semuanya boleh..tapi sayang tak nak kerja ke? bukan result sayang memuaskan ke?"tanya Danial. "Terima kasih abang..kerja? Mia tak tahu lah nak kerja dekat mana..nak kerja dekat guaman dengan Syukri..tapi tak jadi.."balas Mia sambil memeluk tubuh.


Rangkulan Danial masih tidak dilepaskan. "Alah, apa yang sayang susah-susah fikir? jadi Director syarikat abang..kan dah kosong.."balas Danial. Mia mengerutkan dahi. "Yeke? habis, abang? papa?"tanya Mia lagi. "Laa..kan abang dah kahwin..abang dah gantikan tempat papa sebagai CEO..so, sayang jadi Director tuh je lah..lagi pun, result sayang, boleh jawat jawatan tuh.."ucap Danial.


"Syafiq?"tanya Mia ingin kepastian. "Amboi, banyaknya tanya sayang ni..Fiq, dia stay jadi pembantu Director..maknanya, dia akan tolong sayang lah..tapi jangan lebih-lebih sudah lah.."gurau Danial. "Haa..tgk tuh..Mia belum kerja lagi dah cemburu..cemburu dengan kawan sendiri pulak tuh..macam tak percaya je dengan Mia.."rajuk Mia tanda protes.


Danial memusingkan badan Mia menghadapnya. "Alah..sayang..cemburu tuh tanda sayang tau..abang bukan tak percaya dengan Mia..abang percaya..sumpah!"pujuk Danial lembut, pantas Mia tersenyum. Suasana menjadi sepi. Danial merapatkan bibirnya ke telinga Mia. "I love you.."ucap Danial romantis. Mia merapatkan pula bibirnya ke telinga Danial. "I love you too.."ucap Mia pula. Danial terus memeluk Mia erat dan bersama-sama menggapai cinta yang dianyam bersama.


"ASSALAMUAALAIKUM..sorry sangat-sangat..lambat..mama suruh aku makan sikit tadi.."ucap Mia sesudah dia masuk ke dalam kereta Viva hitam milik Mira. Mira mengangguk, dia ingin bertanya perihal Puan Sri Hasnah dan Qairina tapi dia mengambil keputusan untuk bertanya sebentar lagi.


Sesampai sahaja mereka, mereka terus keluar dan bergerak ke Pizza Hut. Selepas mengambil pesanan, Mira meneruskan hajatnya untuk bertanya. "Hmm..Mia, macam mana kau dengan Puan Sri Hasnah, okay?"tanya Mira. 


Mia tersenyum dan mengangguk. "Alhamdulillah, Mira..Allah kabulkan doa aku ni.."ucap Mia ikhlas. Mira tersenyum. "Bagus lah..macam mana dengan Rina?"tanya Mira. "Entah lah..lepas mama balik..dah tak dengar cerita apa-apa pun dari dia..biar lah dia bawak diri dia tuh..aku harap ada cahaya kebahagiaan untuk dia.."ucap Mia.


Mira mengangguk. "Ea..Mira, bila kau dengan Syuk nak naik pelamin ni? dah bercinta bertahun-tahun..nanti Syuk kena rembat..baru kau tahu..aku dah tak sabar nak makan nasi minyak ni.."tanya Mia mengusik. Mira menunduk malu. "Entah lah Mia..tapi maybe minggu depan aku dengan Syuk nak balik rumah mak dengan ayah aku..nak bincang pasal hal kahwin..haa..tunang pun buat sekali dengan akad nikah.."terang Mira.


"Oh..nanti kau gerak rumah mak dan ayah Syuk pulak lah ye?"tanya Mia. "Apa pulak Mia..kan kampung Syuk dengan aku sama..lagi-lagi rumah dia dengan aku dekat..apa lah kau.."balas Mira. Mia menepuk dahinya. "Allah! lupa lah Mira..jangan marah.."pujuk Mia apabila melihat bibir sederpa Mira itu.


Akhirnya Mira tersenyum. "Oh, ya! kau nak ke kerja dengan Syuk?"tanya Mira ingin kepastian. Mia menggeleng. "Tak..sorry lah sebab susah kan kau orang..sebab husband aku suruh jadi Director syarikat papa.."beritahu Mia serba salah. Mira tersenyum. "Lagi bagus kalau kau kerja dengan suami kau!"ucap Mira ceria.


Mia mengerutkan dahi. "Amboi Mira! takut aku mengorat Syuk ke? relax lah..aku masih waras lah..aku kan dah ada suami!"usik Mia. Mira tersengih. "Bukan tuh lah..maksud bagus aku tuh..bagus lah kalau kau kerja dengan suami kau..nanti tak ada lah yang cemburu buta..dua-dua tahu apa yang dua-dua buat..apa lah kau.."balas Mira. Mia pula tersengih.


Tiba-tiba Mia terlihat seorang anak kecil bermain keriangan, bergelak tawa bersama keluarganya menikmati makanan. Tiba-tiba hatinya dicubit rasa sebak, perasaan ingin menjadi ibu meluap-luap dalam dirinya, pantas tangannya mengusap perutnya.


Mira yang melihat wajah sendu Mia, dia mengerutkan dahi, pelik dengan perubahan Mia. "Kau kenapa ni Mia?"tanya Mira prihatin. Mia berpaling, dan hanya tersenyum hambar. Mira melirikkan matanya ke hujung meja tersebut, dia melihat kanak-kanak itu, kini mengerti dengan perasaan Mia yang tersimpan rapi.


"Sabarlah Mia..maybe kau belum ada rezeki lagi..tapi aku percaya suatu hari nanti mesti kau akan dapat zuriat jugak.."pujuk Mira, Mia hanya tersenyum hambar. "Tapi bila Mira? aku dan Danial dah mendirikan rumah tangga nak dekat setahun lebih, tapi masih tiada perubahan..kalau lah, Rina tak racunkan anak aku..apa salah anak aku sampai dia buat macam tuh sekali?"pilu Mia.


"Mia..tak baik kau cakap macam tuh..kau kena sabar..dah lah..jangan ungkit-ungkitkan lagi..istighfar banyak-banyak Mia.."nasihat Mira. Mia tergamam dan segera beristighfar. Mira tahu bertapa sedihnya Mia kehilangan satu-satu zuriatnya. "Dah lah..Mia..jom kita pergi shopping, aku belanja nak?"jerkah Mira ceria.


Mia tersengih. "Kalau shopping, kau yang belanja, aku sentiasa on.."balas Mia mengusik. Mira menjengilkan matanya. "Amboi! botak kepala aku nanti! tak pasal-pasal kepala Syuk sekali botak sebab aku mintak duit dekat dia.."usik Mira. Mia tergelak diikuti oleh Mira. Mereka berjalan-jalan dengan suasana yang gembira.






N/F : KSIAN KAN MIA ? KITA DOA KAN AJE LAHH UNTUK DIA , AMINNN :)











No comments:

Post a Comment