Thursday 9 February 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 24

Mia memakai blau lengan panjang berwarna ungu dan seluar slack hitam dan sandal ungu serta secalit lipstik. Terserlah sungguh kecomelannya. Mia terus masuk ke dalam kereta milik suaminya itu. "Amboi sayang, cantik hari ni..nak kerja ke nak dating?"usik Danial.


Mia mencebik. "Kerja lah, apa lagi.."balas Mia. Danial memandang sekilas wajah isterinya dan kembali menumpukan pemanduannya. "Pejabat sayang, dekat sebelah pejabat abang tau.."balas Danial. "Haiih, kenapa sebelah pejabat abang ni? bukan pejabat Mia dengan Fiq dekat bawah ke?"tanya Mia.


"Alaa sayang..kalau abang tak jumpa Mia..boleh sakit jiwa tau..lagi-lagi tinggalkan pejabat sayang dekat dengan Syafiq..mana boleh..lagi abang tak boleh buat kerja.."rungut Danial manja. Mia tersenyum dengan rengekkan suaminya.


"Tgk tuh..cemburu lagi.."rajuk Mia pula sambil memuncungkan bibirnya sederpa. Danial tersenyum melihat gelagat isterinya. "Amboi sayang..panjangnya muncung tuh..abang cium bibir tuh baru tahu.."usik Danial dan mengacah-mengacah Mia. Mia lantas menekup mulutnya. Danial tersengih. "Tahu takut.."balas Danial. Mia menjelirkan lidah. Danial tersenyum.


SELEPAS meletakkan keretanya di tempat yang disediakan, Mia dan Danial terus keluar dan bergerak ke tingkat paling atas. Semua staf sudah dimaklumkan dengan kehadiran Mia, mereka semua sudah bersedia di tingkat atas untuk berkenalan dengan Mia.


"Assalamuaalaikum..and good morning to all of you..beside me, is my lovely wife..Nurul Mia Sarah as a Director of Mentari Holdings, i hope all of you can cooperate with her.."ucap Danial ringkas. Mereka semua bertepuk tangan kegembiraan.


Mia hanya menunduk-nundukkan badannya sebagai tanda terima kasih. "Thank you to my beloved husband..like Encik Danial said, i am Puan Nurul Mia Sarah..i hope all of you can cooperate with me and help me because this is a first big job that i need to do..thanks again.."ucap Mia pula.


Mereka semua mengangguk tanda mengiakan kata-kata Mia. Selepas berkenala dengan staf-staf, Mia terus masuk ke pejabat bersebelahan dengan suaminya, walaupu hari ini ialah hari pertama dia mula bekerja, tapi dia masih harus menyelesaikan projek perumahan di Subang.


Mia sibuk meneliti kos bahan mentah yang diperlukan. "Assalamuaalaikum.."ucap Syafiq sambil mengetuk pintu. Mia memalingkan wajahnya dan tersenyum. "Waalaikumussalam..yes Encik Syafiq, please take a seat.."pelawa Mia mesra.


Syafiq hanya menurut. "Amboi, banyak kerja..Mia baru first day kan? kenapa tak relax dulu?"tanya Syafiq, dia meneliti wajah Mia, wajah Mia masih sama seperti dulu, perasaan cinta pada Mia sukar untuk dipadamkan. "Tak apa lah..lagi pun Mia tengah boring ni..nak duduk dengan Danial, dia ada mesyuarat sekarang..so, better Mia uruskan projek ni, Mia baru dapat daripada setiausaha Mia.."terang Mia panjang lebar.


Syafiq mengangguk. "Wajah Mia masih tak berubah.."puji Syafiq. "Fiq..mesti lah makin berseri..lagi-lagi dah ada suami, tak ada lah keseorangan sangat.."balas Mia. Syafiq tergelak diikuti oleh Mia. "Eherm.."Danial berdehem.


Syafiq dan Mia berpaling. Syafiq tersenyum. "Abang dah habis mesyuarat?"tanya Mia. Danial mengangguk. "Dah..Fiq, kau buat apa dalam pejabat bini aku ni?"tanya Danial. "Borak-borak kosong..kau ni kenapa ni Danial? takut aku ambik isteri kau ke? tak ada lah..aku masih waras..tak kan nak rampas hak orang.."balas Syafiq.


Danial mengangguk. Mereka berjabat tangan, Syafiq meminta diri untuk pulang ke pejabat. Danial memandang Mia, Mia mencebik. "Abang ni, Mia baru borak sikit dengan Fiq, abang dah cemburu..habis, Mia tak boleh bergaul dengan staf-staf laki dekat sini lah?"tanya Mia rajuk tanda protes.


Danial tersenyum dan terus memeluk Mia dari belakang. "Bukan abang cemburu..abang takut je..abang tak kisah pun kalau Mia nak berkawan dengan staf-staf laki yang lain, tapi jangan rapat sangat dengan Fiq..jom lah sayang, kita makan..dah masuk waktu lunch ni.."ajak Danial, Mia hanya menurut.


PAGI lagi Mia dan Danial sudah terpacak di depan meja makan. Masuk hari ini, sudah genap 3 bulan Mia menjadi Director Mentari Holdings, pelbagai masalah yang harus dipikul. Sebaik dia mempunyai suami yang mengerti dengan kesibukkannya.


"Kamu berdua ni sibuk aje memanjang.."ucap Puan Sri Hasnah sambil menyuakan nasi goreng ke mulutnya. Mia tersenyum. "Alaaa ma..bukan benda lain pun yang Mia sibuk, pasal projek Villa dekat Taman Puteri..tuh je..dalam masa sebulan selesai lah..lepas tuh, Mia duduk temankan mama, ye?"ajak Mia mesra.


Puan Sri Hasnah tersenyum. "Mama gurau je..mama faham situasi kamu.."ucap Puan Sri Hasnah. Mia tersenyum dan diikuti oleh Danial. Mia pelik, dari tadi tidak melihat kelibat papanya, pertanyaannya terbantut apabila Danial terlebih dahulu mendahuluinya.


"Ma, papa mana?"tanya Danial. Mia memaling memandang wajah mamanya inginkan jawapan untuk pertanyaan suaminya. "Papa kamu? lepas kamu dah pegang jawatan dia, mana pernah nak lekat dekat rumah? keluar memanjang, balik-balik gofnya haaa..apa yang dia dapat pun tak tahu..bila ditegur, katanya, tua-tua ni lah kena bersenam..bersenam, bersenam juga, tapi orang perempuan yang ada dekat dalam rumah ni, tidak dihiraukan.."ngomel Puan Sri Hasnah.


Mia dan Danial tergelak. "Amboi ma! kes merajuk ke?"usik Mia. "Kamu tgk isteri kamu ni Danial, sekali tak usik mama, memang tak sah.."balas Puan Sri Hasnah sambil menghadiahkan senyuman yang sentiasa lekang di bibir tua itu.


Danial memandang wajah isterinya dan tersenyum, Mia hanya tersengih. Selepas masuk ke dalam kereta, lampu isyarat menyalakan warna merah. Danial memaling memandang wajah isterinya di sebelah. Walaupun tidak pernah mengenakan alat solek, tapi kemanisan dan kecomelannya isterinya masih terserlah dengan limp bumpnya.


"Kenapa abang pandang Mia macam tuh?"tanya Mia. Danial tersenyum dan terus meraih jari jemari Mia dan digenggam kemas. "Abang bahagia dengan Mia..abang berjanji dan bersumpah atas nama Allah, abang akan menjaga hati sayang..dan tidak menfitnah sayang tanpa bukti yang kukuh..abang bahagia sangat-sangat dengan Mia.."ucap Danial. Mia terdiam dan tersenyum. "Terima kasih abang..Mia pun bahagia sangat-sangat dengan abang.."ucap Mia pula. Danial tersenyum, dan meneruskan pemanduannya apabila lampu isyarat bertukar berwarna hijau. Terdetik juga dihatinya, manakah perginya Qairina? tapi soalan itu dibiar sepi, doanya semoga Qairina dapat memperolehi sinar cahaya kebahagiaan.






N/F : SWEET KAN ? TPI MNE RINA PERGI EA ? SERAM NYEEE ~ NGEEEE :D











No comments:

Post a Comment