Friday 3 February 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 20

Selepas kejadian itu, seminggu Mia mengasingkan diri, dia tidak makan mahupun minum, dia lebih suka duduk di dalam bilik, Mira runsing memikirkan Mia. Selepas balik dari kerja, dia terkejut melihat Mia terbaring kaku sambil kaca bertaburan di atas lantai.


Mira mula panik, dia terus menelefon Syukri. Mira mengangkat Mia perlahan-lahan dan masuk ke dalam kereta. Sampai sahaja di hospital, dia terus meminta pertolongan jururawat di situ. Mira menunggu Mia di luar bilik kecemasan. Dia memandang lesu lantai hospital itu.


"Mira.."panggil Syukri. "Syuk.."panggil Mira lesu. "Sabar lah ye..Syuk percaya, tak ada apa jadi dekat Mia.."pujuk Syukri. Mira mengangguk perlahan. Selang beberapa minit, seorang doktor keluar dari bilik kecemasan. Mira dan Syukri terus bergerak ke doktor itu.


"Bagaimana keadaan Mia doktor?"tanya Mira gugup. Doktor itu tersenyum. "Alhamdulillah..tak ada apa-apa..cuma dia mengalami tekanan darah rendah dan kekurangan air..dia juga mengalami demam panas..tapi sebaik kamu cepat membawa dia ke mari..kamu boleh lawat dia.."terang doktor itu. Mira dan Syukri mengangguk dan mengucapkan terima kasih.


MIA tersedar tapi kepalanya terasa berat untuk bangun tapi dikuatkan juga dirinya untuk membuka mata. "Mia, kau dah sedar.."ucap Mira. Mia tersenyum, Mira membalas seadanya. "Mira, kenapa dengan aku ni?"tanya Mia pelik.


"Sebenarnya, dah dua hari kau pengsan..risau jugak aku..sebaik kau dah sedar, waktu aku balik kerja, aku tgk kau terbaring dekat lantai..aku cepat call Syukri..tapi aku bawak kau dulu pergi hospital..sebaik doktor kata aku datang cepat..kau kurang air dan tekanan darah kau rendah..demam pulak tuh.."terang Mira.


Mia mengangguk. "Yeke? sorry lah kalau buat kau susah..terima kasih lah banyak-banyak..cakap dekat Syukri sekali.."ucap Mia serba salah. "Sama-sama..kau kawan aku..tak ada benda yang menyusahkan..tapi aku harap sangat dengan kau Mia, jangan sorokkan apa-apa dari aku..kalau kau ada masalah dengan Danial, bagi tahu aku..aku boleh tolong sikit..ini tidak, kau hukum diri kau..tak makan, tak minum..tak keluar bilik..naik risau aku Mia..biar aku telefon Danial bagi tahu kau ada dekat hospital.."nasihat Mira panjang lebar.


Mia menggeleng. "Mia, walaupun kau ada masalah dengan dia tuh, kau tetap isteri dia..dia pun tetap suami kau..kau kena bagi tahu dia.."nasihat Mira lagi. Mia menggeleng lagi. "Mira, tolong jangan bagi tahu Danial..aku tak nak dia risau, itu aje..kau tolong lah aku Mira.."pujuk Mia syahdu.


Mira serba salah jadinya apabila melihat mata Mia sudah berkaca. "Tak apa lah, aku tak bagi tahu lah..dah lah, takyah nangis..aku nak balik rumah kejap nak mandi..nanti aku datang balik..kau nak makan apa? aku belikan.."tanya Mira. "Apa-apa aje lah.."balas Mia. Mira mengangguk dan berlalu pergi sambil tersenyum, Mia membalas seadanya kepada rakan rapatnya itu.


DANIAL mengambil keputusan untuk menemani Qairina pergi membeli belah. Dia berjanji akan datang pada pukul 2 petang tapi kerana bosan yang melanda dirinya, dia mengambil keputusan untuk datang lebih awal sambil menghilangkan hati yang rindu pada sang isteri.


Danial terus melangkah ke pejabat Qairina, ketika dia hendak membuka pintu pejabat Qairina, dia menangkap butir bicara Qairina. "Aunty, apa yang aunty nak risau..tak lama lagi Danial akan jadi milik Rina juga..sebab dia kan dah percaya pasal perakam suara tuh..tapi kan aunty, tak sangka ye Danial boleh percaya..bukan apa aunty, padahal, boleh buat kod perakam tuh..okay, bye aunty.."ucap Qairina.


Danial terkejut. Maknanya aku dah salah faham dengan Mia? aku dah fitnah dia, ya Allah..rintih hati kecil Danial, mahu sahaja dia serang Qairina ketika itu, tapi dia mahu melihat tindak tanduk seterusnya, dia percaya tadi itu mamanya, dia tidak sangka ibunya boleh berseterongkol dalam hal ini. Dia percaya keguguran itu juga berpunca dari Qairina.


"Danial, tak lama lagi you akan jatuh ke tangan i..memang i mengaku..i yang gugurkan anak you tuh..sebab apa? sebab i cintakan you..dan i tak nak bayi tuh hidup dekat dunia..dan i tak nak tgk you dan Mia bahagia dunia and akhirat.."ucap Qairina sambil menghilai ketawa, dia fikir tiada siapa yang mendengarnya.


"Jadi betul lah apa yang i dengar ni?"tanya Danial tiba-tiba. Qairina segera menoleh, darahnya berderau, mukanya sudah pucat lesi. "So, betul lah yang i dengar tadi?! cakap!"tengking Danial, Qairina menelan air liur. "I tak sangka you macma ni Rina..apa salah anak i? apa salah isteri i? aku benci tgk kau!"jerkah Danial dan berlalu pergi.


Qairina terkedu, dia menghentak-hentakkan kakinya. Danial terus meluncur laju ke rumah. Dia hendak tahu dari mulut mamanya sendiri.


Danial terus keluar dari kereta dan mencari mamanya di sekeliling rumah. “Mama! Mama!”teriak Danial bergema. Makcik Siti yang terkejut terus keluar dari dapur. “Danial kenapa ni?”tanya Makcik Siti. Makcik Sitit tahu pasti ada benda yang terjadi sampai begini sekali jadinya.


“MakCik, mana mama?”tanya Danial serius dengan wajah yang tegang. “Mama kamu ada di atas.”jawab Makcik Siti gugup. Ketika dia mahu memanjat tangga, dia melihat mamanya turun dari tangga tergesa-gesa. “Danial, kenapa dengan kamu ni? Terpekik terlolong, ada apa ni?”tanya Puan Sri Hasnah dan terus turun ke ruang tamu.


Danial memandang wajah mamanya. “Danial nak tahu mama, betul ke yang mama dengan Rina ada rancang nak buat Danial halau Mia dari rumah? Cakap mama! Cakap!”tengking Danial. Puan Sri Hasnah terdiam, wajahnya sudah pucat lesi.


Puan Sri Hasnah hanya mengangguk sambil memandang ke lantai. “Ma, apa salah Mia mama? Mama tak tahu ke yang dikandungkan tuh anak Danial..cucu mama sendiri..kenapa ma? Kenapa mama sanggup suruh Rina racunkan Mia ma..”rintih Danial sehingga terduduk di atas bucu sofa.


Puan Sri Hasnah terkejut. “Danial, mama mengaku memang mama yang rancang dengan Rina pasal kamu halau Mia..tapi mama tak ada rancang pun supaya gugurkan kandungan tuh..mama tak tahu..”balas Puan Sri Hasnah. Danial memandang wajah mamanya ingin kepastian, dia melihat mata Puan Sri Hasnah ada kejujuran.


“Betul Danial, mama tak tahu pun yang sebenarnya Rina yang gugurkan kandungan tuh..mama ingat, Mia yang gugurkan anak itu..mama terlalu percayakan Rina..”tangis Puan Sri Hasnah. Danial terus bangkit dan mengambil kunci kereta, dia mahu mencari Mia.


Puan Sri Hasnah terkedu. Dia terus mengambil kunci kereta juga, dia mahu berjumpa dengan Qairina inginkan penjelasan. Sampai sahaja di pintu rumah Qairina, Puan Sri Hasnah terus memanggil Qairina. “Aunty,kenapa ni?”tanya Qairina mesra.


“Rina, aunty nak tahu, betul ke kamu yang racunkan Mia?”tanya Puan Sri Hasnah. Qairina terkedu. “Kenapa aunty tanya macam tuh..aunty tahukan, dia yang gugurkan anak tuh sendiri..”balas Qairina dengan manja.Puan Sri Hasnah terdiam.


“Kamu jangan tipu aunty Rina..aunty dah tahu semuanya..Danial dah cerita dengan aunty..kenapa Rina buat macam tuh sekali Rina? Memang aunty tak suka dia, tapi tak bermakna aunty tak suka anak yang dia kandung tuh..aunty terlalu percaya kan kau Rina!”marah Puan Sri Hasnah.


Qairina merengus. Dia memandang wajah Puan Sri Hasnah dengan api yang membara. “Aunty! Apa masalah aunty ni?! Masalahnya sekarang, aunty yang tak suka dia kan?! Rina hanya melakukan sesuatu yang aunty suka! Tak kan aunty suka tgk bayi luar nikah tuh!”tengking Qairina.


Satu tamparan tepat ke pipi Qairina. “Jadi betul lah, kamu yang racunkan Mia? Kamu memang biadap Rina..aunty tak sangka kamu macam ni..aunty ingat kamu ni baik..rupanya Mia yang aunty hina tuh yang baik..alim..suci hati dia..”rintih Puan Sri Hasnah.


“Dah lah aunty ni! Aunty nak pergi dekat dia kan?! Pergi la! Pergi! Tapi aunty kena ingat! Rina akan datang dan rampas balik Danial! Aunty kena ingat tuh!”balas Qairina dan masuk ke dalam rumah, Puan Sri Hasnah diam dan terus memandu keretanya.




DANIAL cari di perkarangan rumah Mira. Tapi kelibat Mira tiada. Tiba-tiba kereta Mira sampai di perkarangan rumahnya. Mira keluar dan memandang Danial dengan sinis. “Kau nak apa datang sini?”tanya Mira serius. Danial terdiam. “Mira, Mia mana? Aku nak jumpa dia Mira..tolong Mira..”rayu Danial.


Mira tersenyum sumbing. “Kau nak jumpa Mia? Bukan kau dah buang dia ke? Kau hina anak yang dikandung tuh..kau hina dia..kau boleh datang, then, tanya aku? Aku tak tahu..”balas Mira. Danial terkedu. “Mira, aku betul-betul menyesal Mira..aku terpedaya dengan kata orang Mira..tolong Mira..aku nak jumpa dia sangat-sangat..aku menyesal Mira..aku menyesal..”rintih Danial.


Mira simpati melihat Danial ketika itu. Danial memandang wajah Mira. Mira melihat mata Danial penuh harapan dan sesak dengan rindu yang tidak dapat dibendung. “Baiklah..aku bagi tahu kau..tapi kau tolong jangan sakitkan hati Mia lagi..kesiankan dia..lepas dia jumpa kau hari tuh..dia kurung diri..dia tak makan, tak minum dan tak keluar bilik sampai seminggu..dia masuk hospital dah dua hari..”terang Mira panjang lebar.


Terkejut Danial ketika itu.Perasaan menyesal bertambah. “Dia dekat mana sekarang?”tanya Danial tergesa-gesa. “Dia jatuh pengsan waktu aku balik dari kerja..dia demam, tekanan darah rendah dan kekurang air..dia ada dekat Hospital Damansara..mari aku bawak kau..kau ikut kereta aku..”ajak Mira.


Danial hanya menurut. Dia mengikut kereta Mira yang berada di depannya .Selepas mendengar penjelasan Mira, dia benar-benar menyesal. Dia tidak sangka mamanya begitu dan Qairina sekejam itu. Sampai sahaja di situ, dia terus bergegas ke wad yang dikatakan Mira


Danial masuk dengan hati yang berdebar-debar. Luluh hatinya melihat isterinya sedang lena diulit mimpi dengan wajah yang pucat. Dia benar-benar kesal ketika ini. Dia memegang erat jari jemari Mia. Mia yang rasa ada genggaman pada tangannya terus tersedar.


Dia melihat Danial di sisinya, dia tersenyum. “Abang..”panggil Mia. Danial membalas senyuman itu dan mengangguk, dia mencium dahi Mia. Mia hendak bangun tapi dihalang oleh Danial. “Sayang, kenapa sayang tak bagi tahu abang yang sayang sakit masuk hospital? Hmm?”tanya Danial lembut


Matanya tidak henti-henti memandang wajah yang amat dirinduinya itu. “Mia, taknak abang risau dengan keadaan Mia..Mia sayang abang..”balas Mia perlahan tapi masih didengari oleh Danial. Danial yang mendengar rasa terharu. Dia terus memeluk isterinya, Mia membalas seadanya.


“Sayang, maafkan abang..abang betul-betul menyesal sebab fitnah sayang macam-macam..abang lebih percayakan orang lain..abang tahu, sebenarnya Rina lah yang gugurkan anak kita sayang..sayang hukumlah abang..”rintih Danial. Mia memandang wajah tampan suaminya.


“Abang, abang tak salah apa-apa pun dekat Mia..abang tak salah..siapa-siapa pun tak salah..ini memang takdir hidup Mia abang..Mia redha..andai ini takdir yang harus diterima oleh Mia..Mia tak dendam pun dengan abang..tapi Mia rindu dengan abang..Mia sayang abang sangat-sangat.”balas Mia ikhlas.


Danial terus merangkul Mia lagi dengan erat. Dia mencium bertalu-talu wajah comel isterinya. “Abang pun sayangkan Mia..”balas Danial. “Esok sayang dah boleh keluarkan..nanti kita balik rumah kita ya..”pujuk Danial Mia mengangguk. “Kita balik rumah mama..Mia nak jumpa mama, papa dengan Makcik Siti..boleh kan abang?”tanya Mia.


Mula-mula Danial serba salah. Tapi lama kelamaan, dia mengangguk, dia tidak sampai hati membuat Mia tertanya tanya, Mia tersenyum dan merangkul erat badan sasa Danial, Danial membalasnya, dia berjanji dia tidak akan mempersiakan lagi hidup isteri tercintanya.Semoga bahagia milik mereka selamanya.






N/F : showw shweeettttt ><









No comments:

Post a Comment