Wednesday 15 February 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 39

Pagi lagi Mia sudah menyiapkan pakaiannya. Mia duduk di birai katil sambil memerhatikan kedua-dua anak kembarnya yang sedang lena.Mia memandang dengan wajah yang sayu.Maafkan mama sayang..mama tak dapat nak bagi kasih sayang seorang papa..mama tak boleh nak terima papa..mama benar-benar kecewa dengan papa ..maafkan mama..rintih Mia dalam hati.


Pintu dikuak dari luar, terpancul kepala Danial, Mia hanya memandang sekilas dan membiarkan Danial membelai Danial Hafizi dan Nurul Nia Maisarah. Kerana dia tiada hak untuk menghalang, walaupun perasaan benci kepada suaminya membuak-buak, tapi itu bukan sebabnya untuk dia menghalang suaminya membelai anak mereka.


“Mia..Mia balik rumah abang ya? Biar abang jaga Mia dengan anak-anak kita sampai Mia habis pantang..”ucap Danial tenang. “Tak, saya akan balik rumah mak Mira..nanti saya akan cakap dengan mama..awak tak perlu risau, saya tahu jaga anak-anak saya..awak boleh teruskan hidup awak..”balas Mia acuh tak acuh tanpa memandang Danial.


Danial hanya diam tidak terkata. Benar kata Mira dan Syafiq, bahawa hati Mia makin lama makin keras seperti batu konkrit. Selepas semua sudah hadir, Mia mendukung Nia dan Mira pula mendukung Hafizi. Mereka berjalan beiringan ke kereta Mira.


Mia menyerahkan Nia ke Syukri. Mia terus bergerak ke arah Puan Sri Hasnah dan Tan Sri Idris yang sedang menitiskan air mata kerana tidak sempat bermesra dengan cucu-cucu mereka. “Ma, Mia mintak maaf kerana ambil keputusan sedrastik ini..Mia terpaksa ma, Mia tak sanggup nak hidup dengan Danial..Mia harap mama dengan papa faham kedudukan Mia..tak ada niat pun hati Mia nak jauhkan anak-anak Mia dengan mama..”ucap Mia sambil menyeka air mata yang jatuh.


Puan Sri Hasnah menggeleng. “Tak apa Mia, mama dengan papa faham..kita orang perempuan..mesti ada perasaan sedih..kalau itu keputusan Mia, kami hormati..tak apa, mama faham..Nia dengan Fizi betul-betul memerlukan mama..tapi kalau Mia tak kisah, mama dengan papa nak jumpa dengan Nia dan Fizi..”ucap Puan Sri Hasnah ikhlas. Mia mengangguk dan mereka berlalu pergi.


MIA duduk di birai katil sambil memerhatikan kedua-dua anak kembarnya yang sedang lena.Mia memandang dengan wajah yang sayu. Maafkan mama sayang..mama tak dapat nak bagi kasih sayang seorang papa..mama tak boleh nak terima papa..mama benar-benar kecewa dengan papa ..maafkan mama..rintih Mia dalam hati.






N/F : :'(

No comments:

Post a Comment