Thursday 16 February 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 47

Mia tersentak melihat seorang perempuan yang berdiri di hadapannya. “Jemputlah duduk Rina..”pelawa Mia ramah .Qairina hanya tersenyum sinis dan terus duduk di sofa pejabat Mia dengan kaki diselangkan. “Ada apa Qairina datang tempat saya ni?”tanya Mia lembut.


Dia pasti mesti ada perkara buruk yang ingin Qairina sampaikan. Qairina hanya tersenyum sinis. “Aku datang sini bukan sebab bisnes or sebab aku perlukan peguam..ini pasal kehidupan kau dan Danial..mesti kau taknak tgk ada orang menderita atas kebahagiaan kau..kan?”tanya Qairina. Mia mengerutkan dahi tanda tidak mengerti apa yang dikatakan oleh Qairina. Qairina hanya ketawa mengejek. Mia ada perasan kesan lebam di pipi. “Kenapa dengan pipi tuh?”tanya Mia berani. Qairina merengus kasar. “Apa kau peduli?!”tengking Qairina.


Mia hanya dia membatu. Qairina akhirnya ketawa mengejek melihat Mia masih pening menangkap maksud Qairina. “Kalau kau nak tahu, suami kau tuh, dah buat aku mengandung!”ucap Qairina sambil tersenyum sinis. Mia terdiam, wajahnya sudah pucat lesi tak berdarah.


Dia masih kurang yakin dengan penjelasan Qairina. Tidak mungkin suaminya akan bertindak seperti itu, dia percaya ini mesti rancangan Qairina untuk merosakkan rumah tangganya. “Apa maksud awak?”tanya Mia. “Maksud aku, aku ni mengandung! Kau ni pekak ke?”herdik Qairina.


Mia sekali lagi terdiam, dia meniliti setiap inci badan Qairina. Mia yang melihat turut terkejut apabila melihat Qairina nampak berisi sedikit, tidak seperti sebelumnya. Mia dapat tahu kerana dia juga pernah mengandung dan tahu serba sedikit perubahan untuk ibu mengandung.


“Betul ke ni Rina?”tanya Mia ingin kepastian. Qairina merengus. “Kau ni kan berapa banyak kali aku nak cakap?! Yee laa! Tak kan aku nak main-main! Waktu dia halau kau, dia lepaskan nafsu dia dekat aku! Kau tahu apa?”sinis Qairina memarahinya.


Mia mula rasa marah dengan cara bercakap Qairina. Dia cakap dengan sopan tapi dibalasnya ganas. “Awak ni kan, saya cakap elok-elok, yang awak nak marah-marah saya ni kenapa? Sedar tak yang awak tuh bukan tetamu diundang dekat sini? So, cuba belajar menghormati orang, ke awak nak saya yang ajar awak?”balas Mia dengan nada yang tinggi.


“Suka hati aku la! Aku datang sini bukan nak dengar ceramah tak berasas kau tuh!”balas Qairina jengkil. Mia merengus kuat. “Tahu pun, habis yang kau datang sini kenapa?”tengking Mia dengan beraku kau, rasa hormatnya sudah hilang dan makin menipis melihat Qairina. Qairina turut terkejut dengan cara percakapan Mia yang kasar dan meninggi itu, gerun juga dia melihat Mia yang mencerlung memandangnya, tapi diberanikan juga. “Aku datang sini sebab nak beritahu kau pasal kandungan ini aje! Aku tak nak kau menderita!”balas Qairina garang.


“Kalau kau taknak aku menderita, yang kau beritahu kenapa? Kau ingat aku percaya dengan apa yang kau cakap ni? Kau ingat aku tak tahu yang niat kau nak rosakkan rumanh tangga aku? Kau tak tahu dosa merosakkan masjid orang? Insaf-insaf la sikit, Cik Qairina..”balas Mia geram.


Hey! Kau dengar sini ea! Kau jangan nak biadap dengan aku! Suka hati kau la nak percaya ke tak nak! Tapi aku cakap benda yang betul!”tengking Qairina sehingga dia berdiri. Mia turut berdiri. “Kau tuh yang biadap! Datang pejabat aku lepas tuh kau tabur fitnah dekat suami aku! Kau fikir kau siapa?! Belajar hormat orang sikit ye!”tengking Mia pula.


Qairina hanya mengangkat bahu. “Okay lah..aku malas nak layan kau..tapi kau kena ingat Mia, waktu kau pergi, kau tak tahu apa yang suami kau buat? Kali ini aku tak tipu, aku serius bahawa anak ini memang anak Danial..aku pergi dulu!”balas Qairina sinis dan berlalu pergi, Mia terdiam, terkaku di situ sehingga dia terjelopok di atas lantai.


Adakah benar apa yang diperkatakan oleh Qairina sebentar tadi? Tak, mungkin dia saja mereka cerita, tapi kenapa dia nampak seperti orang mengandung..dan betul juga apa yang diperkatakan bahawa dia tidak tahu apa yang dilakukan oleh suaminya ketika dia tiada.


Mira yang masuk ke bilik Mia terkejut melihat Mia terduduk lesu di atas lantai terus Mira membantu Mia naik ke atas kerusi. Mira melihat Mia seperti tertekan lagaknya. Mira segera menyuakan air suam untuk Mia. Mia hanya menurut, perlahan-lahan Mira mengorek rahsia.


“Mia, kau kenapa ni? Dari tadi muka sedih je..kau ada problem ke? beritahu aku..kita kan kawan..”pujuk Mira. Mia tersenyum hambar. “Tadi Rina datang..”beritahu Mia. Mira terkejut. “Rina datang? Dia buat apa dekat sini?”tanya Mira. Dia tahu mesti ada perkara buruk yang dibawa oleh Qairina untuk merosakkan rumah tangga Mia. Kesian dia melihat dugaan yang menimpa kawannya ini. “Dia kata dia mengandung anak Danial..”balas Mia. Mira tersentak dan terkejut mendengar apa yang diperkatakan oleh Mia.


“Habis, kau percaya ke apa yang di kata Mia?”tanya Mira. Mia mengangkat bahu. “Entah lah Mira..aku pening fikir pasal benda ni..baru cinta aku dan Danial nak berputik, masalah menimpa..”balas Mia smbil menunduk lesu. “Mia, kau tak boleh percayakan Rina tuh..dia saja nak rosakkan rumah tangga kau..entah betul ke tidak dia mengandung tuh..”nasihat Mira supaya Mia tidak percaya khabar yang dibawa oleh Qairina itu.


“Masalahnya Mira..aku tgk badan Rina tuh berisi macam orang mengandung..aku kan dulu mengandungkan Nia dengan Fizi..aku tahu lah perubahan orang yang mengandung..tak kan nak main-main pulak..perut dia pun nampak dah boyot sikit..”ucap Mia. Mira terdiam, “Mia, believe me..mungkin tuh anak orang lain..dia maybe saja nak rosakkan keluarga kau dengan cara macam ini..maybe kebetulan..percaya lah Mia..Danial tak mungkin buat benda macam tuh..”pujuk Mira lagi.


Mia menunduk. “Aku tak tahu Mira..aku runsing..fikiran aku runsing sama ada nak percaya atau tidak..give me time..”balas Mia lesu. Mia terdiam, “Suka hati kau lah Mia..fikir la elok-elok..aku pergi dulu, ada kerja sikit..assalamuaalaikum..”ucap Mira dan berlalu, Mia menjawab dan terbaring lesu dengan fikiran yang berserabut.


DANIAL bergegas masuk ke dalam rumah mencari kelibat isterinya. “Ma, Mia mana?”tanya Danial sambil tersengih, Puan Sri Hasnah menggeleng. “Ada dekat atas tuh tengah main dengan Nia dan Fizi..dia macam tak ada mood je tuh..”balas Puan Sri Hasnah dan berlalu. Danial mengerutkan dahi, pantas dia memanjat tangga ke biliknya. Danial agak terkejut melihat bag pakaian Mia dan anak-anaknya. Danial melihat Mia sedang termenung melihat anak-anak mereka bermain. “Sayang, sayang nak pergi mana ni?”tanya Danial gugup.


Baru dua hari mereka bersama dan mengecapi kebahagiaan tapi tiba-tiba Mia ingin pergi. Mia memandang Danial. “Abang, izinkan Mia pergi..Mia kesiankan orang yang sepatutnya menerima kasih sayang abang..”balas Mia sambil menyeka air mata yang menitis.


Danial bergerak ke arah Mia dan menggoncang bahu Mia. “Apa yang Mia cakap ni? Abang tak faham..”balas Danial. Mia menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya perlahan. “Mia nak abang kahwin dengan Qairina..”ucap Mia perlahan tapi masih didengari oleh Danial.


Danial tersentak. “Kenapa Mia? Apa abang dah buat?”tanya Danial sehingga menitiskan air mata, hati Mia menjadi sayu tiba-tiba. “Qairina megandungkan anak abang..”ucap Mia lagi sambil menyeka air mata yang menitis.


“Subhanaallah! Sayang! Abang bersumpah atas nama Allah! Abang tak pernah buat benda terkutuk tuh! Betul sayang! Abang tak tipu!”raung Danial sekuat hati sambil memeluk erat isterinya. Bertambah sedih air mata Mia.


“Maafkan Mia abang..susah untuk Mia lupakan..abang bagi Mia masa untuk fikirkan ye? Please give me time to think better, sekarang ni fikiran Mia benar-benar sempit..ye abang? Bagi Mia masa ye?”mohon Mia. Danial serba salah dan akhirnya mengalah.


Mia melangkah keluar selepas bersalam dengan Puan Sri Hasnah dan Tan Sri Idris. Mia sempat memohon maaf. Puan Sri Hansah dan Tan Sri Idris mengerti dengan tindakan Mia. Mujur Mia meninggalkan Nia dan Hafizi di rumah mereka tiada lah mereka berasa sunyi. Danial memandang lesu kereta Mia yang berlalu. Sedih hatinya bila mendapati isterinya tinggalkannya tapi dia mengerti isterinya memerlukan ruang untuk berfikir. Kenapa aku diduga seperti ini? Kenapa aku tidak boleh bahagia dengan isteriku? Rintih Danial.


Perlahan-perlahan pintu diketuk. Puan Sri Hasnah masuk lalu duduk di sisi anaknya ini. “Danial..Danial okay?”tanya Puan Sri Hasnah lembut. Danial tersenyum hambar. “Sudah lah Danial..percaya cakap mama..nanti Mia akan datang balik..Cuma dia perlukan masa dan ruang..dia tuh perempuan macam mama..memang cepat sensetif lagi-lagi dah ada anak ni..”nasihat Puan Sri Hasnah.


Danial mengangguk lesu. “Tapi mama kenapa dia percayakan Rina daripada Danial? Dia ingat Danial kejam sangatkah..”rintih Danial sambil menyeka air mata yang menitis. “Sabarlah Danial..dia masih trauma..”pujuk Puan Sri Hasnah pantas memeluk badan sasa anaknya, di bahu Puan Sri Hasnah, Danial menggigit bibir sambil menangis teresak-esak. Kebahagiaan kah menjadi milik mereka?






N/F : RINA NI JHAT BTOL LAH ! :P

No comments:

Post a Comment