Wednesday 15 February 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 43

Mia duduk di birai katil sambil termenung memandang sepasang cahaya matanya, Danial Hafizi dan Nurul Nia Maisarah. Pintu dikuak dari luar, Mira menjengulkan lehernya melihat Mia. “Mira..duduklah..”pelawa Mia. Mira terus duduk di sebelah Mia.


“Kau dah ready nak kerja?”tanya Mira. “Dah..bila kau pindah rumah Syukri?”tanya Mia pula. “Amboi! Tak sabar nampak nak halau aku!”usik Mira sambil tergelak diikuti oleh Mia. “Maybe esok..aku prepared baju-baju aku dah..”sambung Mira.


Mia mengangguk, “So, macam mana dengan kehidupan kau sekarang? Best ada peneman tidur?”usik Mia. Wajah bujur sirih Mira jelas terpancar kebahagiaan. Mira mencubit lembut lengan Mia. “Gembira sesangat..”balas Mira.


“Baguslah..tapi, aku nasihatkan kau..jangan jadi macam aku..taat dengan suami kau..”nasihat Mia perlahan. Mata Mia mula kabur dengan air mata. “Mia..janganlah cakap macam tuh..bukan ke ini yang kau nak? Yang inilah corak hidup yang kau pilih..kau jugak cakap dengan aku..kau bahagia hidup macam ni..tapi kenapa kau nak sedih lagi ni?”tanya Mira sambil mengusap lembut bahu Mia.


Mia menggeleng. “Aku pun tak tahu Mira..aku runsing..aku takut nak berpatah balik ke pangkuan dia..aku ragu-ragu..aku taknak hidup aku seksa lagi kerana ni..”rintih Mia sambil melentokkan kepalanya ke bahu Mira. Mira hanya diam tidak tahu apa yang perlu dikatakan.


PAGI itu, Mia sudah bersiap dengan blaus panjang berwarna oren dengan tudung sarung serwarna, seluar slack, dikenakan pula dengan kasut tumit tinggi oren miliknya dengan secalit lip bump kegemarannya. Pagi-pagi lagi Mia sudah bangun untuk menyiapkan anak-anaknya dan dirinya.


Mia bergegas turun ke bawah dan meletakkan bayi-bayinya di dalam court sementara membuat susu untuk memberikan anaknya minuman. Mia sedikit kelam kabut kerana takut terlewat ke pejabat. Mira dan Syukri yang melihat Mia yang kelam kabut hanya tergelak kecil.


“Mia, asal kau kelam kabut sangat ni?”tanya Mira. Mia memandang sekilas wajah Mira dan menyambung buat susu untuk anak-anaknya itu. “Tak lah..Mira..kau tahu kan aku baru first day..tak kan baru first day nak tunjuk belang..nanti marah pulak big boss kita kan?”usik Mia sambil mengerling ke arah Syukri.


Syukri dan Mira ketawa kecil. Mia terus bergerak ke hadapan diikuti oleh Mira. “Meyh, aku susukan Nia..kau susukan Fizi..tak kan kau nak susukan dua-dua sekali? Kau tuh ada dua tangan je..”usik Mira. Mia mengangguk dan menyerahkan Nia ke Mira.


“Macam mana kau nak hantar anak kau ni? Anak kau ada dua tau..bukan satu..”tanya Mira. Mia mengerutkan dahi. “Allah, boleh pulak aku lupa..macam mana ea..”balas Mia resah. “Macam ni, biar aku hantarkan kau..aku drive, kau pegang Nia dengan Fizi..”cadang Mira sambil memerhatikan keadaan Nia.


Mia mengangguk, “Boleh ke? Tak kisah ke kau masuk lambat?”tanya Mia takut menyusahkan Mira. Mira menggeleng. “Kau lupa ke Mia! Kan aku dah jadi Mrs.Syukri! betul tak abang?”tanya Mira. Syukri yang tidak tahu apa-apa mengerutkan dahi.


“Apa nye Mira? Abang pun tak tahu apa yang Mira dengan Mia cakap..”balas Syukri. Mira dan Mia ketawa mengekek melihat keadaan Syukri. Syukri hanya tersenyum. “Tak la abang..Mira tanya ni, boleh tak kalau Mira hantar the twins babies first?”tanya Mira manja.


Syukri tersenyum dan mengangguk. “Boleh..kalau untuk sayang, semuanya boleh..sebab nanti kita pun akan dapat baby jugak kan..”usik Syukri, merona pipi Mira dibuatnya. “Haa..Mira, bila lagi?”usik Mia. Mira menjelirkan lidah. “Belum ada rezeki la..”balas Mira. Mia dan Syukri tergelak melihat gelagat Mira.


Selepas Mia bersarapan, dia segera bergerak ke rumah Puan Sri Hasnah dan Tan Sri Idris. Mia mendukung Nia dan Hafizi, manakala Mira memandu dengan tenang. Sampai sahaja di perkarangan rumah Puan Sri Hasnah dan Tan Sri Idris, Mia melihat kereta suaminya, hatinya berdegup lalu memandang wajah Mira di sebelah, Mira mengangguk memberi semangat.


Mia melangkah keluar sambil menekan loceng rumah. Kelihatan pintu gerbang terbuka dan terjengul kepala Puan Sri Hasnah. “Assalamuaalaikum, mama..papa..”ucap Mia dan menyalam tangan tua itu diikuti oleh Mira. “Waalaikumussalam..ea..cucu nenek lah..”ucap Puan Sri Hasnah, Tan Sri Idris turut membalas.


Puan Sri Hasnah mendukung Hafizi manakala Tan Sri Idris mendukung Nia. “Mia tak nak masuk dulu?”tanya Puan Sri Hasnah. Mia pantas menggeleng, takut terserempak dengan suaminya. “Tak apa la mama..Mia dengan Mira pun kena cepat ni..lagi-lagi hari ni first day Mia kerja..yang bag biru tuh barang keperluan Fizi..yang ungu barang keperluan Mia ye mama..”tolak Mia perlahan.


Puan Sri Hasnah mengangguk, Tan Sri Idris turut mengiakan apa yang dikatakan Mia. Belum sempat Mia meminta diri, suara suaminya menerjah, gugup Mia dibuatnya. “Ea..anak papa lah..”ucap Danial dan terus mencium kedua-dua pipi mulus anak-anaknya itu. Mia yang mendengar dicubit rasa sayu.


Mia hanya diam. “Sayang taknak masuk dulu?”tanya Danial lembut. Mia membatu. “Tak apa la..saya nak cepat ni..ma, pa..Mia pergi dulu ye? Assalamuaalaikum..”ucap Mia dan terus menyalam tangan mertuanya dan sempat menghadiahkan ciuman kedua-dua pipi gebu anaknya.


Mia melangkah masuk ke kereta tanpa menoleh memandang wajah Danial lagi. Danial menghantar pemergiaan Mia dengan pandangan sayu. Danial mengeluh perlahan, dia tahu hati isterinya masih belum terbuka untuknya lagi.


Puan Sri Hasnah telah lama masuk melayan cucu-cucunya. Tan Sri Idris menepuk lembut bahu Danial. “Sudah lah Danial..isteri kamu tuh masih tertekan lagi..nanti dia terima kau jugak..percaya la cakap papa..anak-anak kau datang ni..layan laa..mesti dia orang rindu nak jumpa kau..ni, pergi pejabat ke tak ni? Dah pukul berapa dah..”nasihat Tan Sri Idris.


Danial menggeleng. “Tak, papa..Danial ingat nak duduk rumah je..nak jaga Nia dengan Fizi..”balas Danial perlahan. Tan Sri Idris mengangguk dan memeluk erat bahu anaknya dan masuk ke dalam rumah. Kenapa isteri aku tak dapat terima aku lagi? Ya Allah..rintih Danial di dalam hati.


MIA sibuk menyiapkan kerja-kerja yang masih tergendala. Mira masuk dan terus duduk di hadapan Mia. Mia memandang sekilas sambil menghadiahkan senyuman yang manis, Mira membalas seadanya. “Kau nak balik pukul berapa ni? Tak nak ambik your babies twins ke?”tanya Mira.


“Pukul berapa dah?”tanya Mia yang masih sibuk menfailkan sesuatu. “6 petang Puan Mia..”usik Mira. Mia tergelak sambil menepuk dahinya. “Allah! Boleh pulak aku lupa..kejap, aku nak failkan kes Encik Dimas ni..sikit je lagi..”balas Mia.


Mira mengangguk, “Haiihh, Mia..anak baru dua kau dah lupa, macam mana kalau 10 nanti?”usik Mira. Mia menjengilkan matanya, “Amboi! Apa kau fikir aku ni mesin bersalin ke? Setiap hari satu? Dasyat, dasyat..”usik Mia pula, Mira tergelak kuat.


“Mana tahu? Aku tgk kau, langsing je..kembar lagi tau..selalunya, orang lepas bersalin ni, gemuk..”balas Mira. Mia mengerutkan dahi. “Alaaa Mira..apa kau nak hairan..kau jangan risau lah..bila kau bersalin, kau tak akan gemuk punya..kau akan kurus, sebab badan kita ni jenis tak cepat naik lemak..gedempol alaaa-alaaa gorila gitu!”balas Mia sambil mengembungkan pipinya. Mira ketawa mengekek sehingga mengalir air mata.


Syukri yang kebetulan lalu di situ, terkejut mendengar ketawa isterinya, tidak pernah dia mendengar sekuat ini, tapi dia tahu, di sebalik keceriaan itu ada terselit rasa sedih kerana masih tidak mengurniakan cahaya mata.


“Amboi sayang! Gelak besar nampak!” usik Syukri dan terus memeluk pinggang isterinya dari belakang. Mira menepis lembut tangan suaminya yang melingkari pinggangnya. “Apa ni abang! Tak malu ke Mia nampak!”bebel Mira, Syukri tersenyum mendengar omelan isterinya


“Alaaa Mira! Depan aku jangan malu-malu! Macam tak biasa!”gelak Mia sambil mengemas meja pejabatnya yang berselerak. “Apa lah kau Mia! Kantoi la macam ni!”balas Mira, Mia mengenyitkan matanya. Mira menjuihkan bibirnya.


“Abang, Mira temankan Mia ambik the babies first..then, Mira balik ea? Baju-baju Mira ada dalam but abang kan? Nanti abang tolong bawak masuk ye..”beritahu Mira manja sambil menguis-guis lengan suaminya, suaminya mengangguk cuma.


SELEPAS mengemas, Mia dan Mira bergerak ke kereta. Mia pelik melihat Mira yang tiba-tiba duduk di sisi pemandu. “Apa yang kau tercegat dekat situ? Nak jadi guard ke?”usik Mira. Mia hanya menurut dan masuk ke tempat pemandu kereta Viva hitam milik Mira.


“Asal kau duduk sebelah pemandu ni Mira? Bukan kau kena drive aku dukung anak-anak aku?”tanya Mia pelik. Mira menggeleng, “Ala..kau lah drive..lagi pun dah lama kau tak drive, bagi la aku pulak dukung Nia dengan Fizi..boleh lah..”pujuk Mira seperti anak kecil.


Mia akhirnya akur. Selepas hampir setengah jam memandu Mia sampai di perkarangan rumah. Seperti biasa Mira dan Mia akan keluar dan menekan loceng, Puan Sri Hasnah selepas memberi salam dari Mia dan Mira. “Ma, sorry lambat..ada kerja sikit tadi..terima kasih lah mama sebab jaga Nia dengan Fizi..papa mana ma?”tanya Mia pelik. “Papa kamu macam biasa la..gof..tak ada la..mama lagi suka kalau kamu ambik dia lama sikit..tak ada la rindu..kalau boleh, hantar lah hari-hari..”balas Puan Sri Hasnah sambil tersenyum.


Mia tersenyum dan mengangguk, “InsyaAllah mama..mama mesti penatkan jaga dua sekali?”tanya Mia. “Tak ada lah..papa dia ada..tolong jaga sekali..”balas Puan Sri Hasnah. Mia terdiam, Danial yang dari tadi berdiri di depan pintu masih tidak sedari oleh Mia.


Danial keluar sambil mengutum senyum buat isterinya, tapi tidak dibalas. Mia segera mengambil Hafizi dari tangan Puan Sri Hasnah dan diserahkan kepada Mira. Kemudian, dia mengambil Nia dari tangan Danial sambil mendukung. “Terima kasih lah sebab jagakan anak-anak saya..”ucap Mia.


Danial terkedu dengan percakapan Mia. Danial akhirnya mengangguk perlahan dengan hati yang sebal. Mia yang melihat reaksi Danial diserbu rasa bersalah, bukan niat di hatinya untuk melukakan hati Danial. “Ma, Mia minta diri dulu..”ucap Mia dan menyalam tangan Puan Sri Hasnah.


“Kalau awak nak lawat Fizi dengan Nia bila-bila masa..datang lah..”ucap Mia dan terus berlalu. Danial mengangguk sambil tersenyum, sempat dia menghadiakan ciuman kedua-dua pipi anak-anaknya. Mia mula terharu tapi ditepis keluar. Mia terus berlalu pergi dari situ.






N/F : HEHE :D


No comments:

Post a Comment