Wednesday 15 February 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 42

Danial melangkah masuk dan melihat kedua-dua mama dan papanya. Danial mengatur langkah ke arah mereka. Lalu menyalam tangan mereka. “Danial, mari sini nak..” panggil Puan Sri Hasnah. Danial mengatur langkah lalu duduk di hadapan mereka.


“Macam mana kamu dengan Mia?”tanya Tan Sri Idris. Danial terkedu tidak terkata. “Entah lah ma..tapi Danial hari-hari call tanya khabar dia dan anak-anak..Mia dah ada dekat sini..nanti dia mula kerja dia hantar lah Nia dan Fizi..” balas Danial.


“Tuh mama dan papa tahu..baru kejap tadi mama call..Cuma mama dan papa nak tahu, macam mana hubungan kamu dan Mia sekarang? Dah okay?” tanya Puan Sri Hasnah pula. “Danial rasa, Mia macam tak dapat terima Danial lah ma..dia layan Danial dingin..sedingin ais..”luah Danial pilu.


Tan Sri Idris menggeleng, “Sabarlah Danial..Mia masih sedih dengan hal tuh atau mungkin terkejut..bagi dia tenang dulu Danial..”nasihat Puan Sri Hasnah, Danial meraup wajahnya beberapa kali. “Yee ma..Danial tetap sabar..Danial masih berharap semoga Mia ubah keputusan yang dia buat tuh..”balas Danial lagi.


Puan Sri Hasnah dan Tan Sri Idris mengangguk tersenyum. “Kamu kena fikir anak-anak kamu dulu..mereka paling penting sekarang ni..mama percaya, Mia akan fikirkan perkara itu jugakk..”pujuk Puan Sri Hasnah lagi. Danial mengangguk sambil membayangkan kedua-dua anaknya yang comel itu.


Danial meminta diri untuk masuk ke bilik merehatkan diri akibat keletihan yang melanda dirinya bertambah pula dengan kekusutan fikiran memikirkan masalah rumah tangganya yang ibarat retak menanti belah, dan kapal bagaikan mahu karam dihentam pukulan ombak gelora.






N/F : PADAN MUKE DANIAL ! :P

No comments:

Post a Comment