Thursday 16 February 2012

BAHAGIA MILIK KITA BAB 44

Mia memerhatikan kertas-kertas kerja dan fail yang berlambak di atas mejanya. Dia termenung, anak-anaknya kini sudah mencapai umur 5 bulan, tapi surat perceraian masih belum dia dapat dari suaminya, dia mula resah, dia sendiri runsing.


“Woii! Jauh temenung!”sergah Mira. Mia memandang wajah Mira tanpa berkelip matanya. “Ea..Mira, sejak bila kau ada dekat sini?”tanya Mia. Mira mengerutkan dahi. “Lama dah..nak dekat 15 minit..kau ni, apa yang ingatkan tuh?”tanya Mira risau.


Mia melepaskan keluhan yang berat. “Entahlah Mira..aku runsing..tapi hati aku tak dapat terima lah..i don’t think so, he can make me happy anymore..”balas Mia sebal. Mira terdiam. “Tapi kan Mia, why not you give him chance to change everything? Maybe, if you give him chance, maybe he would do the best for you and your children? No body is perfect Mia..everyone in this world, would make a mistake..”nasihat Mira.


Mia masih diam. “Yes, what you say is true Mira..but I already give him chance..but what he do? He make a same mistake..but more weird..”balas Mia. Mira mengangkat bahu. “Itu aku tak tahu Mia..aku Cuma bagi kau nasihat..i just give you the best advice for your happiness..tapi bila aku tgk kesungguhan dia, aku tahu dia masih sayangkan kau..waktu kau sakit, dia jaga kau gila-gila..untill the doctor in that hospital so proud of him because take care of you..”nasihat Mira lagi.


Akhirnya Mia diam, dia masih runsing memikirkannya. Mia sampai di perkarangan rumah, dia menyalam tangan Puan Sri Hasnah dan Tan Sri Idris. “Ma, Mia nak ambik Nia dengan Fizi..”ucap Mia sambil tersenyum. “Apa kata kalau Mia tidur je sini? Lagi pun dah lama Mia tak tidur rumah mama dengan papa..”ajak Puan Sri Hasnah.


Mia terdiam. “A’ah Mia..kalau bukan kerana Danial, kamu fikirlah mama dengan papa..”Tan Sri Idris pula menunjuk. Pelbagai alasan dibuat untuk mengelakkan diri, tapi masih tidak bejaya. Akhirnya Mia akur. Danial segera ke bawah sambil mendukung kedua-dua anak-anaknya apabila mendengar mamanya memanggil namanya.


Danial terkaku melihat Mia sedang duduk di sofa. Mia segera mengambil Nia dengan Hafizi dari tangan Danial.Mia sibuk melayan kerenah Nia dan Hafizi. “Danial, Mia..jom makan..”ajak Puan Sri Hasnah. Mia hanya menurut, dia melihat anak-anaknya yang masih hayal bermain.


Mia mula teringat Makcik Siti. “Makcik Siti mana ma?”tanya Mia. Puan Sri Hasnah tersenyum. “Makcik Siti kamu dah ikut anak dia pergi Singapura..tinggal dekat sana katanya..”balas Puan Sri Hasnah sambil mencedokkan lauk untuk suaminya.


Mia mengerling sekilas wajah suaminya yang masih keliru dengan kehadiran Mia. Mia hendak ketawa, tapi ditahan. “Danial, hari ni, Mia tidur dekat sini..”beritahu Puan Sri Hasnah setelah melihat kekeliruaan di muka anak tunggalnya itu.


Danial tersenyum lebar, Mia yang melihat, mula rasa terharu tapi di lawan kan perasaan itu. “Yeke? Sayang jangan risau..baju-baju sayang masih ada lagi dekat dalam almari..baju-baju kerja pun ada..sayang kerja ke esok?”tanya Danial lembut.


“Saya kerja esok..”balas Mia selamba. Walaupun Danial sedikit pilu dengan panggilan isterinya, tapi pantas dia mengawal riak mukanya. Danial mengangguk perlahan, selepas siap makan malam, mereka menonton televisyen bersama.


Geram sungguh Mia dengan suaminya yang tidak henti-henti menggenggam jarinya. Selepas menonton, Mia mendunkung anak-anaknya dan diletakkan di baby court yang tersedia di dalam bilik itu. Mia segera menukar pakaiaanya di dalam bilik sebelum suaminya masuk ke dalam bilik.


Mia keluar dan terkejut melihat suaminya yang duduk birai katil sambil memandang Nia dan Hafizi. Danial tersenyum memandang Mia tapi tidak dibalas. Mia segera baring di atas katil tanpa memaling memandang suaminya.


“Sayang, abang nak mintak maaf sebab buat macam tuh tadi..”mohon Danial. Mia terus bangun dan merenung suaminya tajam . “Tahu pun, awk dah tahu saya tak suka kan? Dah la..saya tidur dulu..selamat malam!”balas Mia dan terus menghenyakkan kepalanya di atas katil dan akhirnya terlena.


MIA tersedar apabila jam berganjak ke pukul 3 pagi. Mia memaling ke sisi, tiada suaminya. Mia pantas menoleh ke bawah dan melihat suaminya terbaring lena di bawah, simpati pula dia melihat suaminya. “Awak..”panggil Mia perlahan sambil menolak-nolak perlahan lengan Danial.


Danial yang tersedar terus mengenyekkan matanya. “Kenapa sayang? Sakit ke? sakit dekat mana? Kita pergi ke klinik sekarang jom..”ajak Danial. Mia mengerutkan dahi. “Bila masa pulak saya sakit? Saya kejutkan awak sebab nak tanya awak, yang awak baring dekat bawah lantai ni kenapa? Kenapa tk tidur dekat atas katil?”tanya Mia.


Pilu pula hatinya melihat keprihatinan suaminya. Danial tersengih. “Sayang risau kan abang ea?”usik Danial, Mia mencebik. “Siapa yang nak risaukan awak? Saya takut je tiba-tiba masuk surat khabar ‘isteri takut bini’ buat malu je..”balas Mia. Danial tergelak besar. “Boleh diam tak? Tak nampak Nia dengan Fizi tidur tuh?”balas Mia jengkil.


Danial menekup mulutnya. “Sorry, mama..”balas Danial terus tidur di sebelah isterinya. Mia tersenyum melihat gelagat suaminya. Pantas tidur dengan hati dan jiwa yang tenang dan diulit bahagia. Pagi itu, Mia bersiap seperti biasa dan menyiapkan Nia dan Hafizi. Danial yang melihat, bangga dengan usaha isterinya tanpa menyuruh orang yang membuatkannya.


Mia terus duduk di kerusi bersama suaminya, Puan Sri Hasnah, dan Tan Sri Idris. “Awak nak jem ke planta?”tanya Mia. “Jem..”balas Danial sambil tersenyum. Gembira menyelinap masuk dalam hatinya. Mia menghulurkan kepada suaminya tanpa secalit senyuman.


Tan Sri Idris dan Puan Sri Hasnah tersenyum sendiri. Mia yang ternampak hanya buat-buat tidak nampak. Selepas bersarapan, Mia dan Danial ,melangkah keluar. “Ma, nanti Mia datang ambik Nia dengan Fizi ye?”ucap Mia sambil memasang kasut tumit tinggi nya itu. “Apa kata kalau Mia pergi kerja dengan Danial?”tanya Puan Sri Hasnah memancing. Mia terperanjat, Danial tersenyum lebar. “Tak apa laa mama..Mia tak sehaluan…lagi pun, Mia dah tak kerja dengan Danial..”balas Mia sambil mengerling ke arah Danial meminta bantuan. “Boleh ma..lagi pun, kalau untuk Mia, Danial tak kisah..”balas Danial. Akhirnya Mia akur, Mia menapak ke arah Nia dan Hafizi. “Anak mama jangan nakal ye..”nasihat Mia sambil mencium pipi gebu Nia dan Hafizi. Mia terus bersalaman dengan Tan Sri Idris dan Puan Sri Hasnah diikuti oleh suaminya.


Dari dalam kereta, Mia sedih melihat Nia dan Hafizi yang menangis ingin mengikutinya. Sorry sayang..mama ada kerja..ucap Mia di dalam hati. Danial yang memerhati tersenyum dan terus memandu. Suasana menjadi sepi. “Amboi sayang, sedihnya..tak kan tak sedih bila tinggal kan abang?”usik Danial.


Tapi hati Mia tidak sedikit pun tercuit, hatinya benar-benar marah dengan suaminya yang tidak membantunya mengelak tadi. “Suka hati saya la..”balas Mia acuh tak acuh. “Sayang, sorry okay?”ucap Danial lagi sambil memegang erat tangan isterinya.


Mia menepis kuat, terkejut Danial dibuatnya. “Kenapa awak pegang-pegang saya ni? Saya tak suka la!”marah Mia geram. Danial merengus perlahan. “Kenapa Mia tak boleh terima abang?”tanya Danial serius sambil menghentikan keretanya yang agak renggang ketika itu.


Mia hanya diam dan memandang ke luar. “Mia! Abang tanya ni! Kenapa susah sangat Mia nak terima abang?”tanya Danial kasar. Mia merengus perlahan. “Apa yang awak kisah? Suka hati saya la nak terima awak ke tak..awak tahu tak hati saya sakit? Saya nak keluar..”balas Mia geram.


Danial mengenggam erat lengan Mia keras. “Apasal ni? Lepas lah! Lepas!”teriak Mia kuat sehinga membuatkan Danial terkejut. Tidak pernah dia mendengar Mia seperti itu. Mia pantas keluar ke bahu jalan, Danial pantas mengejar.


“Sayang! Please, maafkan abang..give me a chance to explain..”rayu Danial. “Bagi awak perluang terangkan?! Habis awak ada bagi saya peluang? Tak adakan? Awak hina saya, awak hina anak-anak saya..awak ingat senang saya lupakan? Kalau awak hina saya, saya tak kisah..tapi awak hina zuriat saya! Awak tahu tak! Awak fikir perasaan saya ketika itu? 9 bulan 10 hari saya bawa diri saya sendiri! Orang cakap-cakap saya macam-macam sebab tiada suami..tapi saya pekakkan telinga.


Saya jaga mereka padahal saya perlukan suami ketika itu..tapi mana awak? Awak tak pernah ambik tahu, tapi awak tindak melulu…ada awak fikir? Saya tak mintak apa-apa..Cuma minta awak lepaskan saya, susah sangat ke? Saya tak sanggup nak hidup dengan awak..awak buat hidup saya menderita..”rintih Mia sambil menangis teresak-esak, mujul tiada banyak kereta yang lalu lalang. Danial yang mendengar, menyesal semakin menebal.


“Sayang! Please! Maafkan abang!”rintih Danial pula. Pilu Mia melihat. Tapi pantas Mia berlari melintas jalan. Danial terus mengejar sehingga tidak perasan akan kehadiran sebuah lori dan PANGGG!! “Sayang!!”teriak Danial. Mia tersentak dan berpusing ke belakang.


Luluh hatinya melihat suaminya yang terpelosok masuk ke bawah kereta dengan berlumuran darah, pantas Mia bergerak ke situ. “Abang! Jangan tinggalkan Mia abang! Maafkan Mia! Mia sebenarnya ego abang! Mia sayangkan abang! Macam mana dengan Nia dn Fizi nanti kalau abang tak ada! Abang!!”nangis Mia teresak-esak. Tiba-tiba dia dikejutkan dengan suara yang cukup dikenali.Orang yang dia benar-benar cinta. “Abang ada dekat sini sayang..abang tak akan tinggalkan sayang dengan anak-anak kita..i always love you..”ucap Danial. Mia pantas menoleh dan melihat suaminya.


Mia pantas memeluk badan sasa suaminya sambil teresak-esak. “Sudahlah sayang..abang ada ni..tuh bukan abang..abang sempat elak tadi..”pujuk Danial. “Maafkan Mia abang! Mia ego..Mia sayangkan abang! Mia cintakan abang!”rintih Mia.


Danial mengeratkan pelukan. “Sayang tak salah..abang pun sayangkan Mia! I love you so much! Dah..jangan nangis..”pujuk Danial sambil mencium pipi Mia bertalu-talu, Mia mencium tangan suaminya. Mereka mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dan tunjukkan kepada Puan Sri Hasnah dan Tan Sri Idris.


Selepas turun dari kereta, Danial menggenggam erat tangan Mia memberi kekuatan. Tan Sri Idris dan Puan Sri Hasnah yang keluar, tersenyum lebar melihat kemesraan yang terjalin di antara anaknya dan Mia. Mia segera menyalam tangan tua itu dan memohon maaf diikuti oleh Danial.


Mereka makan tengah hari bersama-sama. Dengan gelak tawa yang menyeronokkan. Semoga kebahagiaan ini akan kekal.






N/F : ALHAMDULILLAH , DAH BAIK :)

No comments:

Post a Comment