Thursday 11 January 2018

21 JUNE 2017 - AYAH, YOU ARE GONE...






21 JUN 2017






21 Jun 2016... satu lagi hari yang sukar untuk aku. Sebab apa? Sebab aku hilang seorang pelindung, penjaga, wali aku... AYAH... ASZME BIN IDRIS... Sebulan sebelum tu memang ayah selalu semput. Selalu whatsapp hantar gambar tengah masuk gas. Last jumpa ayah dua minggu sebelum ayah pergi. Sempatlah juga aku belikan apa yang ayah teringin. Malam terakhir tu ayah ada cakap dia nak mesin asma, aku cakap aku belikan waktu balik cuti nak raya nanti tapi tulah.. tak sempat..

21 Jun tu aku memang tak ada mood. Aku mengantuk, letih. Pergi kelas pun ngantuk gila. Lepas asar tu ingat nak tidur tapi entah kenapa macam Allah tak bagi nak tidur. Sebelum solat asar, tiba tiba cousin call... bagitahu ayah dekat klinik and tengah tenat. Aku resah, aku cakap aku balik esok, sebab memang nak cuti raya dah time tu. 4 hari lagi. Aku cakap kalau teruk lagi call, aku balik hari tu jugak. Aku pun solat lah asar macam biasa. Lepas je asar aku gerak pergi bilik Qilah. Aku rasa nak nangis, aku tak tentu arah, aku tak sedap hati. Mira pulak tak ada, dah balik Sarawak. Qilah time tu tengah tidur. Baru nak start cakap dekat Qilah, dapat call dari cousin bagitahu ayah dah tak ada.

Time tu, Allah je tahu, hati tersentap. Macam tak berdegup dah jantung. Aku macam lost control, aku marah cousin aku, aku cakap dia tipu, pembohong, aku marah dia sebab kenapa bagi ayah aku kerja padahal aku dah cakap jangan bagi dia kerja. Qilah datang peluk aku. Qilah pun terkejut. Aku dah terduduk meraung otak buntu tak tahu nak buat apa. Qilah terus call Syamil and Parkour untuk tolong bawak aku balik melaka. Aku terus lari balik bilik. Sebaik ada kak syaka dengan kak ain yang tolong pack kan barang. Mama call cakap, "Ecah, ecah kena kuat... Allah sayang ayah, sebab tu Allah ambik..." Mama tahu aku rapat dengan ayah, mama risau sangat dengan aku. Adik aku boboy pun risau sangat.

Aku balik petang tu jugak. Parkour tolong bawak kan aku dengan qilah. Syamil bawak kereta dia. Sepanjang perjalanan, kejap aku okay, kejap aku nangis. Nak buka puasa pun tak ada selera... minum air je. Boboy asyik call cakap jangan nangis nanti seksa ayah... sampai je, aku tak terus pergi rumah nenek, aku jumpa mama dulu dekat rumah. Sampai je aku terus peluk mama erat. Mama nangis teruk... lepas tu aku terus pergi rumah nenek. Sampai je boboy peluk aku cakap, "Ecah jangan nangis, ayah tengah senyum. Kalau kau taknak ayah hilang senyum, kau jangan nangis tau nanti."

Aku pun jalan perlahan je. Aku memang tak nangis dah. Mungkin sebab dah banyak sangat nangis. Sampai je aku pergi tengok jenazah yang terlentang atas katil. Sebak tengok. Aku tengok ayah... Ha ah.. ayah senyum. Senyum bahagia sangat. Ayah happy ya sebab ayah dah tak perlu lagi melalui hari yang sukar dekat dunia ni? Aku tak nangis. Alhamdulillah. Aku baca yassin macam biasa. Aku pandang adik-beradik aku yang lain. Aku sedih sebab abang aku tak sampai lagi Malaysia. Kitaorang video call malam tu, kesian dia. Sayu muka dia pandang kitaorang. Dia tengah perjalanan balik.

Malam tu aku balik rumah tidur. Jenazah ayah kena kebumi esok paginya. Esoknya alhamdulillah semua berjalan lancar. Tapi abang aku masih lagi tak sampai. Tak boleh dah nak tunggu. Aku sebak tengok ayah. Ayah senyum lagi. Dia tetap senyum. Sejuk je bila cium pipi ayah. Ayah tinggalkan eca jugak... pagi tu kebumi macam biasa. Ramai kawan ayah datang. Semua nangis bila tengok ayah senyum. Banyak kawan ayah tanya mana satu fariesyah. Rupanya Allahu... ayah banyak cerita pasal eca dekat kawan kawan ayah. Ramai yang datang dekat aku and cakap, "Awak belajar rajin rajin tau, kuatkan semangat untuk ayah awak. Dia selalu cakap awak ni pandai and selalu buat dia bangga. so belajar rajin rajin ya." Sebak sangat bila dapat banyak pesanan macam tu. Baru aku sedar, harapan ayah sangat tinggi dengan aku.

Perkebumian ayah berjalan lancar alhamdulillah. Alhamdulillah kali ni aku dapat hadapi dengan tenang and sabar. Aku mampu tersenyum. Mungkin sebab aku dah pernah lalui dua kehilangan. And dua orang yang sangat rapat dalam hidup aku. Abang sampai sehari selepas ayah kebumi, alhamdulillah dia sabar and tetap redha. Kesian dia... 

Raya tahun ni pun tak sambut sangat. Biasa je. Aku baru perasan aku tak beli apa untuk raya sebab aku dah set nak pergi beli dengan ayah. Tapi memang takdir. Selepas je ayah pergi, banyak benda yang ajar aku. Bukan senang kita nak hidup bila kita tak ada pelindung kita. Banyak sangat hikmah yang aku jumpa bila ayah pergi. Tak terkira banyaknya. 

Lepas je ayah pergi aku rasa aku nak ubah diri aku. 2017 banyak ajar aku. Aku betul nak ubah jadi lagi baik. Tapi tulah Allah datangkan dengan pelbagai ujian yang mengaibkan diri sendiri. Tak sempat nak ubah dah kena uji. Tapi tak apa, Allah tahu aku nak betulkan dah keadaan tapi, benda lain jadi.

Ayah banyak ajar aku tentang kehidupan. Ayah saya supportive. Ayah garang gila dulu. Dia paling susah nak handle aku sebab aku anak perempuan yang macam laki. Pukul 3pm je selalu hilang pergi main perang pistol air. Dengan basikal satu taman. Kalau lebih 7pm balik memang kena marah teruk lah. Kalau exam, dapat C je ayah tanya, "Apa pasal dapat C ni?" Kalau ada fail? melayanglah woi report card tu. Dia taknak sign langsung. Kalau sukan, aku dulu aktif acara balapan. Kalau ada merentas desa, menang je dia selalu "Wahh anak ayah nombor satu ah, hebatlah anak ayah ni!" Dia siapkan almari lagi letak piala kitaorang. Kalau hari sukan dekat stadium, dia turun padang. Dia menjerit atas pentas dengan mic suruh aku lari laju laju. How supportive my dad is. Haahaha. Kalau result keluar, dia selalu ada dengan aku. Setiap kali naik pentas, upsr dengan pmr, bila turun je aku lari peluk dia. And he always said to me, "Pandainya anak ayah ni. Eca selalu banggakan ayah."

Sampailah masuk mrsm. Mrsm aku dekat melaka je. Dia kadang kadang datang dia cakap, "Ayah tetiba rindu ecah, tu ayah datang." Dia bawak lauk then makan dengan aku dekat dewan selera. Siap teman aku belajar lagi petang prep tu. Dialah yang selalu aku mengadu. Tiap kali balik sekolah je dulu, "Ayah tahu tak ayah ni kan bla bla..." sampai dia kalau nampak aku jalan balik sekolah je nak pergi kereta, dia cakap dekat kakak aku, "Apa lagi cerita budak ni nak bawak hari ni..." 

Dia jugak yang selalu sabar ambil aku dekat sekolah sebab selalu sakit. Kena baling kerusilah. Kena baling pembarislah. Kena sepak sampai muntahlah. Macam macam. Dia sabar je jaga aku. Masuk universiti pun kemain dia datang. Dapat scholar pun dia bangga. Dia selalu cerita pasal aku dekat kawan-kawan dia. Kadang-kadang aku datang dekat tempat pondok guard, makan dengan dia dekat situ. Result spm pun dia bangga dengan aku. Siap belanja kfc lagi. Hahahaha. Dia cium kepala cakap, "Pandai anak ayah."

Bila dia pergi... aku pernah rasa putus harapan. Aku macam terfikir, "For what aku belajar kalau grad nanti ayah tak ada? Ayah tak nampak aku naik dapat award." Tapi bila fikir balik, tak... ayah aku nampak. Aku tahu dia nampak. Aku akan belajar pandai pandai sebab nak bahagiakan dia.

Im sorry sesiapa yang annoying dengan apa aku tulis ni... just a sweet reminder... hargai parents korang yang ada. Jangan menyesal kemudian. Hargai setiap detik dengan dia. Jangan pernah siakan. Mati ni bila bila. Kalau dah tiba masanya, Allah akan ambil jugak. Jangan ambil mudah. Berbaktilah pada dia. Buat baik selalu, jangan jadi macam aku. Bila dah kena, baru nak ubah. dah terlambat... tapi dia still nampak.

Ayah... terima kasih atas ilmu yang selama ni ayah bagi eca. Halalkan makan minum eca. Terima kasih besarkan eca sampai sekarang. Eca akan selalu usaha nak belajar pandai pandai untuk ayah. Ecah mintak maaf kalau eca bukan anak yang baik. Tapi percayalah, eca usaha nak ubah. Allah je tahu macam struggle eca nak jadi baik. Bukan mudah. Ayah pun tahu kan? Ayah doakan eca dapat tempuh semua dugaan dan ujian dunia ni. 2017 tahun yang sangat sukar untuk eca ayah... sukar sangat... lepas satu, satu... ayah doakan eca untuk hadapi dunia yang sentiasa mengejek dan menghina eca ya ayah... 

Eca mintak maaf tak sempat nak belikan ayah mesin asma... eca mintak maaf eca tak sempat nak bawak ayah pergi umrah... haji... kita tak dapat pergi sama-sama. Tapi in shaa Allah, tahun ni eca akan pergi sekali lagi... eca doakan ayah dekat sana... Alhamdulillah ayah dah dapat dah haji hari tu... Haji Aszme :) Ayah jaga adik-adik... Nurul Aleeya Maisarah dengan Nazreen Huzairi... ayah tunggu kami dekat pintu syurga ya ayah...

Eca sayang ayah sangat... always miss you... Al-Fatihah...



No comments:

Post a Comment