Thursday 6 April 2017

PENAWAR 5: PERUT SELALU RASA LAPAR






PERUT SELALU RASA LAPAR








Nasihat Syeikh Maulana Makdum (Sunan Bonang) yang kelima untuk mengubati hati ialah "Perut selalu dalam keadaan lapar". Maksudnya ialah perut selalu dalam keadaan tidak pernah kenyang, untuk melatihnya dengan cara banyak puasa, atau makan ketika lapar dan berhenti sebelum berasa kenyang.

     Di sini kita perlu memahami bahawa kehidupan yang sebenarnya, yang terpuji dan yang dianjurkan adalah apa yang diketahui dari kata-kata orang-orang yang dekat kepada Allah dan Rasulnya. Tetapi bersamaan dengan itu pula perlu dipertimbangkan keadaan anggota tubuh badan kita mengikut kemampuannya. Sejauh mana kita dapat menahan menurut kemampuan tubuh badan kita, sekadar itu pulalah kita boleh mengikuti jejak mereka. Apabila daya tahan kita lemah, maka kita harus memberi kelonggaran kepada kelemahan kita. Yang pasti kehidupan orang-orang soleh tidak berselimutkan nafsu dunia, malah mereka hidup mulia dengan kesederhanaan dan kezuhudan.


A. Pendahuluan

Orang yang paling agung, paling mulia Saiyidul Anbia' wal Mursalin (penghulu para Nabi dan Rasul) Rasulullah sukkan kehidupan ahlus-suffah yang sangat dhaif dan miskin, jangankan makan, rumahpun mereka tidak punya.

     Ahli Suffah ini ialah orang-orang sering kelaparan dan tidak mempunyai tempat tinggal kecuali tinggal beramai-ramai di As-Suffah. Mereka tidak mempunyai pakaian yang cukup untuk melindungi diri mereka dari kesejukan atau untuk menutup diri mereka. Malah tidak seorang pun dari mereka yang mempunyai set pakaian yang lengkap. Mereka tidak mempunyai jubah dan terpaksa mengikat pakaian atau jubah di leher, atau terpaksa membungkus diri mereka dalam pakaian yang lain.

     Sebahagian mereka hanya mempunyai pakaian yang menutup hingga ke paras lutut, dan yang lain-lainnya pula mempunyai pakaian yang tidak mencecah paras tumit. Mereka biasanya memakai hawtikiyyah yang menutupi kepada mereka. Pendeknya ahlus-suffah ini bolehlah dikategorikan sebagai golongan fakir, atau mengikut istilah pembangunan masa kini, golongan miskin mutlak.

     Seterusnya kita akan melihat rahsia kelaparan yang digemari oleh Rasulullah.


B. Fadilat Lapar

Saya memetik semua ini dengan tujuan agar sekurang-kurangnya terbentuk kefahaman bahawa itulah teladan kehidupan yang sebenarnya dan sebaik-baiknya. Kehidupan yang kita jalani hari ini adalah kerana terpaksa disebabkan keuzuran dan kelemahan kita sendiri. Kelonggaran yang diberikan kepada kehidupan kita hari ini juga suatu keperluan. Misalnya boleh berbuka puasa bagi yang sakit, padahal peraturan yang benar adalah kita wajib berpuasa pada bulan Ramadhan yang diberkati. Tetapi jika seseorang tidak berdaya untuk berpuasa atau doktor mengatakan bahawa dengan berpuasa boleh membahayakan kesihatan tubuhnya, maka dia diperbolehkan berbuka. Kerana berpuasa di bulan Ramadhan itu diperintahkan, maka seseorang yang terpaksa berbuka puasa kerana sakit akan merasa dirinya bernasib malang dan benar-benar sedih sebagai orang beriman. Orang yang benar-benar beriman akan berusaha untuk berpuasa, dan dia merasa senang jika dapat berpuasa.

     Sebuah hadis menyatakan bahawa barangsiapa kekurangan makan dan minum di dunia ini, maka Allah akan membanggakannya di hadapan para malaikat dengan berfirman, "Lihatlah! Aku memberinya kekurangan makanan dan minuman, tetapi dia bersabarlah. Bersaksilah kamu bahawa Aku akan meninggikan darjatnya di syurga, sesuai dengan setiap suapan yang dia kurangi."

     Namun hendaklah kita ingat bahawa tidak patut sama sekali kita mengurangkan makan dengan berlebihan, sehingga membahayakan kesihatan dan menyebabkan terganggunya kerja-kerja agama. Inilah sebabnya mengapa kita disunatkan makan sahur, iaitu agar kita tidak menjadi lemah ketika berpuasa. Begitu juga disunatkan tidur pada tengah hari (qailulah), agar dapat membantu ibadah pada tengah malam.

     Rasulullah bersabda, "Tiada suatu wadah yang lebih buruk daripada perut dari segi isinya. Jika terpaksa makan, hendaknya membahagi perut menjadi tiga bahagian. Satu untuk diisi dengan makanan, sebahagian diisi dengan minuman atau air, dan yang ketiga adalah ditinggalkan kosong untuk pernafasan."

     Suatu ketika Fatimah membawa sepotong roti kepada Rasulullah. Lalu baginda bertanya, "Apa itu?"

     Fatimah menjawab, "Ya Rasulullah, hari ini saya telah memasak roti dan saya tidak suka memakannya tanpa kamu ikut bersama kami."

     Rasulullah bersabda, "Dalam tiga hari ini, inilah makanan pertama yang masuk ke mulut ayahmu."


1. Menahan Lapar

Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa menahan lapar di dunia, maka dia akan kenyang di akhirat. Dan Allah sangat tidak menyukai banyaknya makanan, sehingga tidak dapat dihidangkan. Barangsiapa tidak makan sesuatu, padahal ia sangat igin memakannya, maka akan disediakan baginya suatu darjat di syurga."

     Umar berkata, "Hindarilah dari makan hingga kenyang, kerana yang demikian itu adalah keberatan di dunia dan menyebabkan kematian yang buruk."

     Syaqiq Balkhi berkata, "Ibadah adalah suatu pekerjaan, bengkelnya adalah kesunyian, dan alatnya adalah menahan lapar."

     Fudhail biasa berkata kepada dirinya sendiri, "Engkau takut kelaparan, padahal kelaparan adalah sesuatu yang tidak perlu ditakuti. Apa kedudukanmu, sedangkan Rasulullah dan para sahabatnya (yang berkedudukan mulia) selalu kelaparan?"

     Fudhail juga biasa berkata, "Wahai Allah, Engkau telah memberi kelaparan kepadaku dan kepada keluargaku. Dalam malam yang gelap gelita Engkau telah sisihkan kepadaku sebahagian dari cahaya. Hal itu biasa Engkau lakukan terhadap hamba-hamba-Mu yang soleh saja. Tetapi satu amalanku telah menyebabkan Engkau mengurniakan kepadaku kemuliaan yang sangat tinggi." Menurutnya, dia bukanlah orang yang soleh. Namun dia sangat hairan, mengapa dia dilayani seperti orang-orang soleh sebagai alasan atas satu amalannya sahaja.

     Kahmas biasa berkata dalam munajatnya, "Ya Allah, aku kelaparan serta tidak cukup pakaian. Dan Engkau memberi aku malam gelap gelita tanpa pelita. Hanya kerana satu amalanku, aku menerima kemuliaan dan ketinggian seperti ini."

     Ketika Fatah Muwasili keletihan atau kelaparan yang amat sangat, dia berkata, "Wahai Allah, Engkau mengurniakan kepadaku penyakit dan kelaparan. Padahal ujian seperti ini hanya Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh sahaja. Bagaimana aku dapat mensyukuri nikmat-Mu ini?"

     Malik bin Dinar berkata kepada Muhammad bin Wasi', "Adakah seseorang itu diberkati, yang mana dia mendapat rezeki yang sedikit, sekadar untuk hidup dan tanpa keinginan untuk meminta dari orang lain?"

     Jawab Muhammad bin Wasi', "Adakah seseorang itu diberkati, kerana ia menahan lapar pada sebahagian pagi dan petang harinya, dan ia redha kepada Tuhannya atas keadaan tersebut."

     Tertulis dalam Taurat, "Apabila kamu makan kenyang, maka ingatlah orang-orang yang kelaparan."


2. Fitrah Wali Allah

Abu Sulaiman berkata, "Mengurangi sesuap makan pada malam hari itu lebih disukai daripada beribadah sepanjang malam." Dia juga berkata, "Kelaparan adalah sesuatu yang istimewa dari khazanah Allah yang hanya diberikan kepada orang yang dicintai-Nya saja."

     Pernah Sahal Tustari mengalami kelaparan selama dua puluh hari. Dia hanya menyediakan wang satu dirham untuk perbelanjaan satu tahun. Dia selalu menganjurkan agar menahan lapar, sehingga dia berkata, "Tiada suatu amalan yang lebih tinggi daripada meninggalkan makanan yang melebihi keperluan, kerana itu adalah mengikut jejak Rasulullah." Dia juga berkata bahawa hikmah dan ilmu ada dalam kelaparan, sedang kejahilan dan dosa itu berpangkal dari makan kenyang. Lalu katanya lagi, "Seseorang itu tidak akan mencapai darjat abdal (wah), sehingga dia menjadikan lapar, duduk dan diam, berjaga malam, dan suka kesunyian sebagai tabiatnya. Dan barangsiapa yang terbiasa menahan lapar, makan dia tidak akan diserang penyakit was-was."

     Abdul Wahid bin Zaid berkata sambil bersumpah, "Allah tidak akan membersihkan hati seseorang kecuali jika dia menahan lapar. Inilah sebabnya mengapa orang-orang wara' dapat berjalan di atas air. Dengan itulah mereka meperolehi Tayyul Ardh (Ihya). Tayyul Ardh ialah gerakan cepat yang dimiliki orang-orang wara', yang mana mereka dapat melintasi ribuan kilometer, hanya dengan beberapa langkah sahaja.


3. 10 Faedah Menahan Lapar

Imam Ghazali rhm berkata bahawa menahan lapar mengandungi sepuluh faedah, iaitu:

     1. Mudah memperolehi kebersihan hati, menjadi cerdas,
         dan terbuka mata hati. Sebab apabila seseorang
         itu makan kenyang, maka ia akan malas, dan cahaya
         hatinya akan hilang. Otaknya dikuasai sejenis demam 
         yang berpengaruh ke hati. Pemikirannya menjadi
         lemah. Bahkan jika seseorang kanak-kanak biasa
         makan kenyang, maka daya ingatannya akan menjadi
         lemah, dan daya tahannya akan berkurang.

     Abu Sulaiman Darani berkata, "Biasakanlah dirimu menahan lapar, kerana dengan menahan lapar itu nafsumu akan terkawal, hatimu menjadi lembut, dan ilmu langit akan diperolehi."

     Syibli berkata, "Satu hari yang di dalamnya aku menahan lapar semata-mata kerana Allah, maka dalam hati aku memperoleh satu pintu iktibar dan hikmah pada diriku." Inilah sebabnya mengapa Luqman al Hakim menasihati anaknya, "Wahai anakku, apabila perut seseorang itu penuh, maka pemikirannya akan tertidur, hikmahnya menjadi bisu, dan anggota-anggota badannya akan menjadi malas untuk beribadah.

     Abu Yazid al Bustami berkata, "Lapar itu adalah seperti awan. Apabila seseorang itu lapar, maka awan itu akan menurunkan hujan hikmah ke dalam hatinya."

     2. Hati menjadi lembut dan mudah terpengaruh oleh zikir
         dan amal soleh lainnya. Biasanya, walaupun seseorang
         itu berzikir dengan tawajuh, tetapi hatinya tidak dapat
         merasakan kemanisan zikir tersebut dan tidak terpengaruh
         olehnya. Apabila keadaan hati seseorang itu lembut,
         maka ia akan merasakan kemanisan zikir, juga akan
         terasa olehnya kelazatan doa dan munajat. Abu Sulaiman
         Darani berkata, "Aku merasakan ibadahku yang
         paling lazat ialah ketika perutku menyentuh pinggangku
         disebabkan kelaparan yang amat sangat." Junaid Baghdadi
         berkata, "Seseorang yang meletakkan sebungkus 
         makanan antara dadanya dan Allah, bagaimana dia akan
         memperolehi kemanisan bermunajat kepada Allah?"

     3. Memperolehi sifat tawadhu' dan rendah diri. Kesombongan
         yang merupakan punca kederhakaan dan kecuaian
         akan lenyap, kerana nafsu tidak dapat dijaga ketat,
         kecuali dengan menahan lapar. Manusia tidak dapat melihat
         kemuliaan dan kehinaan nafsunya sendiri. Seseorang itu
         hendaklah sering menahan lapar, agar dapat bertawajuh
         kepada Rabbnya dengan penuh semangat, inilah sebabnya
         mengapa ketika Allah menawarkan kepada Rasulullah
         SAW untuk menjadikan bukit di Makkah menjadi
         emas, maka Rasulullah SAW menyatakan, "Tidak aku ingin
         makan sehari dan lapar pada hari berikutnya, agar
         pada hari aku mengalami lapar, maka aku dapat bersabar
         dan meminta kepada-Mu dengan merendahkan diriku
         di hadapan-Mu, dan ketika aku makan, aku dapat
         bersyukur kepada-Mu."

     4. Mendatangkan sifat tidak melupakan orang lain yang
         terkena musibah kesusahan atau kelaparan. Orang yang
         makan kenyang tidak akan dapat sedikit pun merasakan
         atau membayangkan apa yang dialami oleh orang-orang
         miskin yang kelaparan.

     Nabi Yusuf pernah ditanya, "Khazanah bumi ada dalam genggaman tuan, mengapa tuan masih menahan lapar?" Baginda menjawab, "Aku takut jika perutku kenyang, lalu aku melupakan orang-orang yang lapar."

     Seseorang yang lapar dan haus, maka ia dapat memperbaharuinya mengenai kelaparan dan kehausan hari Kiamat. Mudah mendatangkan rasa takut kepada azab Allah, dan mudah mengingat hari yang, ketika itu ia akan merasakan kelaparan yang sangat dahsyat, lalu ia diberi makanan (buah yang penuh duri dan pahit) yang akan tersangkut di kerongkongnya serta diberi minum darah dan nanah dari luka-luka para penghuni neraka.

     5. Yang terpenting iaitu akan selamat dari perbuatan dosa.
         Sebab perut yang kenyang adalah puncan syahwat, sedangkan
         lapar dapat menghancurkan segala jenis syahwat.
         Orang yang dikuasai nafsunya adalah orang yang malang.
         Kuda yang liar dan sukar dijinakkan hanya boleh
         dikendalikan jika ia lapar. Jika ia banyak makan dan minum,
         maka ia sukar dijinakkan. Demikian juga nafsu.

     Seorang ahli wara' ditanya, "Dalam usia yang sangat tua ini, mengapa anda tidak menjaga kesihatan tubuh (dengan memakan makanan yang menyihatkan dan menguatkan badan)?" Ia menjawab, "Nafsu bergerak cepat ke arah syahwat. Aku bimbang, ia akan menjeratku dengan dosa. Sebab itulah aku lebih suka memberikan kesusahan kepadanya daripada ia menjeratku dengan perbuatan dosa."

     Aisyah berkata, "Permulaan bid'ah kaum muslimin setelah Rasulullah wafat ialah makan kenyang. Apabila perut manusia penuh (kenyang), maka nafsu mereka menuju ke arah duniawi."

     Faedah yang dibahas ini bukanlah satu faedah saja, tetapi mengandungi kumpulan banyak faedah. Faedah yang terendah ialah dapat meninggalkan syahwat kemaluan dan berkata sia-sia. Inilah satu-satunya penyebab manusia selamat dari mengumpat, berdusta, mencela, dan mengadu domba. Apabila makan kenyang, maka hati manusia pun ingin banyak bicara. Dan ketika ia banyak berbicara, maka ucapannya biasannya akan menyinggung perasaan orang lain. Rasulullah SAW bersabda bahawa kebanyakan manusia akan masuk neraka kerana menyalahgunakan ucapannya. Begitu juga syahwat kemaluan, ia akan membinasakan manusia. Hal itu sudah jelas dan tidak perlu dihuraikan lagi.

     Apabila perut manusia kenyang, maka sukar untuk menjaga hawa nafsu kemaluan; jika ada rasa takut kepada Allah, manusia akan dapat menjaga kemaluannya. Namun dosa pandangan mata akan terjadi, sedangkan Rasulullah bersabda bahawa pandangan mata pun berzina, sebagaimana kemaluan berzina. Dan andaipun ia dapat menjaga pandangan matanya, namun hal itu tetap terlintas dalam fikirannya, sehingga dapat menghilangkan kemanisan bermunajat kepada Allah. Terkadang, khayalan jahat ini terlintas ketika solat.

     Perbahasan lidah dan kemaluan di sini hanya sekadar contoh sahaja. Sebenarnya, dosa semua anggota tubuh adalah berasal dari makan kenyang.

     6. Apabila makan kurang, maka tidur pun akan kurang,
         sehingga memudahkan bangun malam. Seseorang yang
         makan kenyang, maka ia akan berasa haus dan jika ia
         banyak minum air, maka ia akan tidur lelap. Syaikh berkata,
         "Jangan banyak makan, nanti banyak minum air.
         Apabila banyak minum air, akan banyak tidur dan lebih
         lama, sehingga merugikan diri sendiri."

     Tujuh puluh orang ahli hikmah sepakat, bahawa apabila banyak minum air, maka tidur pun akan lebih lama. Dan jika tidur lama, maka sebahagian usianya akan habis begitu sahaja. Kehilangan solat tahajjud adalah suatu kerugian yang diakibatkan oleh tidur lama. Apabila tidur lama-lama, maka badan akan menjadi lemah dan malas, dan hati akan berkarat. Jika ada isteri, maka akan terjadi hadas besar. Jika mandi hadas pada masa tahajjud, maka waktu akan habis begitu sahaja.

     7. Kemampuan untuk beribadah akan datang dengan mudah
         apabila makan kenyang, maka akan datang kemalasan
         sebagai penghalang ibadah. Untuk urusan makan
         sahaja, memerlukan waktu yang lama. Jika makanan itu
         harus dimasak, diperlukan waktu yang lebih lama lagi.
         Setelah makan perlu membasuh tangan, mencungkil
         gigi, bangun berulang kali untuk minum. Untuk perkara-
         perkara itu, telah menghabiskan waktu begitu sahaja.
         Jika masa-masa itu digunakan untuk mengingati Allah
         dan mengerjakan ibadah-ibadah yang lainnya, maka betapa
         besar manfaat yang diperolehi.

     Sirri Saqti berkata, "Aku melihat al-Jurjani sedang memakan tepung goreng sahaja. Aku bertanya mengapa ia hanya memakan tepung goreng. Dia menjawab, 'Setelah aku hitung waktu untuk mengunyah dan menelan setiap makanan itu, ternyata dalam waktu tersebut boleh untuk membaca Subhanallah sebanyak 70 kali. Oleh kerana itu sejak 40 tahun, aku tidak memakan roti lagi, kerana untuk mengunyah dan menelannya, memerlukan waktu yang lama."

     Pada hakikatnya setiap pernafasan manusia adalah sangat berharga dan perlu dijaga untuk simpanan di akhirat. Caranya hanyalah dengan menggunakan masa hidup ini untuk berzikir dan ibadah lainnya. Di samping itu, apabila banyak makan, maka wudhu' akan mudah menjadi batal, dan sering buang air. Akibatnya, seseorang tidak akan dapat duduk lama dalam masjid dan akan selalu keluar masjid unutk buang air atau berwudhu'. Barangsiapa biasa menahan lapar, maka mereka akan mudah berpuasa, beriktikaf, sentiasa menjaga wudhu', menjaga waktu makan, dan untuk ibadah lainnya. Jadi betapa banyak faedahnya, dan hal ini hanya akan didapati jika mengurangkan makan. Barangsiapa cuai dan tidak menghargai agama, maka mereka tidak akan menghargai masalah ini. Mereka berpuas hati dengan kehidupan yang fana ini dan tidak mengetahui apa itu akhirat.

     8. Dengan mengurangkan makan, akan mendapat kesihatan
         tubuh badan. Kebanyakan penyakit berasal dari banyak
         makan. Apabila banyak makan, maka lemak akan
         berkumpul di dalam usus dan carat, akibatnya timbul
         bermacam-macam penyakit, sehingga terhalang untuk
         beribadah, dan hati sentiasa gelisah, sehingga menghalangi
         zikir dan fikir. Di samping itu, perlu makan ubat,
         terpaksa berpantang, harus menemui doktor menguji 
         tekanan darah, ujian air kencing dan sebagainya. Pendek
         kata, mereka akan terperangkap dalam banyak peraturan
         akibat banyak makan dan tentu kerana masalah-masalah
         ini memerlukan banyak wang. Belum lagi, kesusahan
         dan penderitannya. Hanya orang yang dapat menahan
         laparlah yang selamat dari musibah ini.

     9. Mengurangkan makan dapat mengurangkan pengeluaran
         wang. Banyak makan menyebabkan banyak pengeluaran.
         Untuk menanggung perbelanjaan yang membengkak,
         terpaksa harus mencari pendapatan tambahan, baik
         dengan cara yang dibenarkan syari'at mahupun meminta
         derma kepada orang lain.

     Seorang ahli hikmah berkata, "Kebanyakan keperluanku telah aku sempurnakan dengan cara meninggalkannya. Dengan cara demikian aku berasa tenang dan tawajjuh." Seorang ahli hikmah lainnya berkata, "Untuk menunaikan suatu keperluan, jika perlu aku harus berhutang. Oleh kerana itu aku akan berhutang pada nafsuku bahawa nanti aku akan membayar hutangku itu kepadamu iaitu keinginan keinginan nafsuku ketika itu aku biarkan sebagai hutangku kepadanya dan aku akan membayarnya pada lain masa."

     Apabila Ibrahim bin Adham, memerlukan sesuatu maka ia akan mulai mengutuknya dan menghadiahkan kepada kawan-kawannya, bahawa ia sudah memutuskan hubungannya dengan benda itu.

     Penyebab terbesar kebinasaan seseorang itu ialah tamak terhadap dunia. Tamak berasal dari perut dan kemaluan. Kekuatan kemaluan juga disebabkan oleh ketamakan perut. Jika seseorang mengurangi makan, ia akan selamat dari musibah ini. Hanya orang yang dikurniakan taufiq oleh Allah sajalah yang bernasib baik.

     10. Mengurangi makan akan menyebabkan banyak bersedekah,
           mengutamakan orang lain, berkasih sayang,
           dan hemat makanan, kerana kurang makan akan memudahkan
           seseorang untuk bersedekah kepada anak yatim,
           fakir miskin, dan yang ditimpa bencana. Inilah di
           antara bekal yang akan menjadi naungannya pada hari
           Kiamat. Rasulullah bersabda, "Manusia akan berada di
           bawah naungan sedekahnya pada hari Kiamat. Jika seseorang
           banyak makan, maka setelah berubah menjadi najis
           (tinja), akan terkumpul di tempat busuk. Sedangkan
           yang tersimpan di khazanah Allah akan berguna selama-
           lamanya. Sedangkan yang menjadi najis akan musnah.
           Sabda Rasulullah sebelumnya, iaitu manusia banyak 
           mengatakan, "Hartaku, hartaku..." Padahal harta yang
           sebenar hanyalah tiga hal sahaja, iaitu: (1) yang telah
           dia selamatkan melalui sedekah; (2) yang telah habis dia
           makan; dan (3) yang telah dipakai hingga usang. Selain
           dari tiga perkara itu, harta adalah milik orang lain dan
           ahli warisnya, dan dia sendiri tidak memiliki apa pun di
           dalamnya."

     Selain itu, masih banyak keutamaan sedekah yang telah dibahas sebelumnya. Dan sepuluh manfaat mengurangi makan telah dibahas secara ringkas. Setiap faedah itu mengandungi banyak faedah-faedah yang lain.

     Perlu diperhatikan satu hal yang telah berkali-kali ditulis sebelum ini, iaitu tidak diragukan lagi bahawa semua kelebihan ini adalah benar. Barangsiapa yang diberi taufiq oleh Allah SWT untuk mengamalkannya, tentu ia adalah orang yang sangat beruntung dan dapat menikmati kebahagiaan dunia dan agama, serta memperolehi darjat yang tinggi di sisi Allah di akhirat kelak.

     Namun perlu diperhatikan dan dipertimbangkan berkenaan kemampuan seseorang untuk menahan lapar. Jangan sampai seperti burung gagak yang mencuba menjadi itik lalu melupakan kepandaiannya sendiri.


4. Usaha Mengurangi Makan

Seseorang itu mampu untuk mendapat sesuatu, walaupun dalam keadaan yang serba kurang. Oleh kerana itu, walaupun harus memberi semangat kepada orang lain dalam masalah ini, namun berusahalah untuk memotivasikan diri sendiri dengan mengamalkannya mengikut kemampuan. Jika orang sakit harus mengangkat beban yang berat, maka ia akan lebih cepat mati. Sedangkan kita adalah penderita penyakit rohani. Rohani kita telah dimatikan oleh jasmani dan anggota badan. Oleh sebab itu, dengan keinginan, usaha, semangat, dan kesungguhan demi kesihatan, hendaklah kita tidak sekali-kali melakukan perbuatan yang memburukkan keadaan kita, yang mana hal itu sudah terjadi sekarang.

     Imam Ghazali berkata, "Hendaknya kebiasaan mengurangi makanan dilakukan secara perlahan-lahan. Orang yang biasa banyak makan, kemudian tiba-tiba harus mengurangi makan, maka ia tidak akan dapat bertahan. Ia akan menjadi lemah dan bertambah susah. Kerana itu, dengan perlahan-lahan dan mudah, hendaknya perkara ini dilaksanakan. Misalnya, jika seseorang biasa makan dua piring roti, maka dari satu piring roti ia dikurangi satu persepuluhnya setiap hari, sehingga ia terbiasa mengurangi separuh makan dalam masa satu bulan (jika sukar untuk mengurangi satu persepuluhnya, maka dikurangi satu perempat puluhnya).

     Sahal Tustari ditanya oleh seseorang tentang bagaimana permulaan mujahadahnya. Dia menjawab, "Sebelumnya, belanja makanku dalam setahun adalah tiga dirham, iaitu untuk membeli air anggur atau air kurma satu dirham, untuk membeli tepung satu dirham, dan untuk membeli minyak sapi satu dirham. Lalu aku campurkan semuanya, dan aku membuat 360 buah manisan. Setiap hari aku memakan bola manisan pada waktu berbuka puasa." Seseorang bertanya, "Sekarang bagaimana aturan makan anda?" Dia menjawab, "Sekarang tidak ada aturan makan apa pun padaku." Jika ada kesempatan, aku akan makan." Sebelumnya dikisahkan bahawa dia pernah tidak makan dalam dua puluh hari.


C. As-Sa'im

Abu Dzar al-Ghifari berkata, "Pada zaman Nabi aku membiayai hidupku dengan satu sa (+ 3 kg) jagung setiap minggu. Demi Allah! Aku tidak akan menambahnya hingga aku mati kerana aku mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa orang yang paling dicintai Rasulullah dan paling dekat dengan baginda pada hari Kiamat ialah orang yang sentiasa mengikuti cara hidup baginda sampai mati, sebagaimana ia hidup pada zaman Rasulullah." Inilah sebabny, mengapa terkadang beliau menentang sebahagian sahabat dengan kata-kata, "Kalian sudah meninggalkan cara hidup yang kami lakukan pada masa hayat Rasulullah. Kalian sudah mulai menyaring tepung jagung, padahal pada zaman Rasulullah tepung jagung tidak disaring. Kamu sudah memakan roti yang berminyak, dan beberapa jenis lauk sudah dihidangkan untukmu di atas alas makan, padahal pada zaman Rasulullah hal itu tidak pernah terjadi.


1. Hakikat Muslim

Hasan Basri berkata, "Orang Islam itu ibarat anak kambing yang salah satu kakinya menggenggam buah kurma dan kaki satunya lagi menggenggam tepung goreng dan seteguk air yang dapat mencukupinya. Sedangkan orang munafiq ibarat binatang buas, yang menghabiskan semua makanan dan minuman dengan mengeluarkan bunyi, "Hap-hap dan ghat-ghat.' Ia tidak ingat sedikit pun kepada jiran tetangganya dan tidak mengutamakan keperluan yang lainnya. Kirimkanlah terlebih dahulu (ke akhirat dengan sedekah) apa yang melebihi keperluan, maka kamu akan beruntung!"


2. Kehidupan Ahli Wara'

Abu Bakar al-Siddiq menahan lapar selama enam hari berturut-turut. Abdullah bin Zubair menahan lapar selama tujuh hari berturut-turut.

     Orang-orang wara' pada zaman keemasan dahulu hanya makan sekali sehari. Imam al-Razi berkata, "Barangsiapa biasa makan sehari sekali, hendaknya dia makan ketika sahur agar mendapat keutamaan puasa sepanjang hari dan solat nafil, zikir pada malam hari juga patut dilakukan ketika perut dalam keadaan kosong."

     Malik bin Dinar selama empat puluh tahun telah berkeinginan meminum susu. Tetapi ia tidak pernah meminumnya. Suatu ketika beliau menerima hadiah kurma segar, maka beliau menjemput kawan-kawannya, "Makanlah ini. Aku sudah tidak menyentuhnya selama empat puluh tahun."

     Imam Ghazali telah memetik banyak kisah para ahli wara' yang demikian. Berkat pelbagai mujahadah mereka, telah tampak karamah-karamah mereka. Pada zaman sekarang, banyak orang yang bercita-cita menjadi ahli karamah seperti mereka, namun hal itu tidak akan tercapai kecuali mereka pun melakukan latihan dan mujahadah seperti yang telah dilakukan orang-orang dahulu itu. Jika masih bergantung dengan makanan enak dan sedap juga biasa makan kenyang, maka apakah itu dikatakan mujahadah.

     Pernah seorang wara' menjemput makan kepada tamu. Lalu dia menghidangkan sebuku roti di atas alas makan. Dari sebuku roti tersebut, tetamu tadi berusaha mencari roti yang terbaik. Tuan rumah berkata, "Apa yang kamu lakukan? Setiap roti yang kamu tidak memilih-milihnya untuk dimakan itu memiliki pelbagai kelebihan. Ramai orang yang telah ikut ambil bahagian untuk membuat roti itu. Mereka telah melakukan berbagai-bagai amalan disertai mujahadah, barulah datang air ke dalam awan, lalu turun hujan. Begitu juga angin, tanah, binatang-binatang dan manusia pun ikut menjalankan perintah mereka masing-masing, barulah roti itu datang di hadapanmu. Kemudian kamu sekarang membezakan antara roti yang baik dan buruk!"

     Dikatakan bahawa sepotong roti itu telah dimasak dan tersedia di hadapanmu setelah 30 makhluk ikut serta terhadapnya. Yang pertama sekali adalah malaikat Mikail ia akan menimbang benda-benda dari khazanah rahmat Allah. Kemudian malaikat yang diperintahkan untuk menjaga apa yang menggerakan awan-awan. Kemudian bulan, matahari, langit dan malaikat yang bertugas untuk menjaga udara. Kemudian binatang-binatang dan yang terakhir sekali ialah tukang masak roti tersebut. Benarlah yang difirmankan oleh Rabb-ku Yang Maha Suci:

     "Dan dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu)
     dari segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan
     jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat
     kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu, san-
     gat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)." 

(Q.S Ibrahim [4]: 34)


3. Elakkan Riyak

Satu hal lagi yang sangat penting dan patut diperhatikan dengan baik iaitu, jika kamu mulai mengurangi makan, maka hindarilah dari bahaya riak dan hubbuj jaah' (cinta kemasyuran). Jangan sampai anda telah menahan lapar dan nafsu, tetapi tidak mendatangkan kesolehan, bahkan menjadi lebih buruk. Alim ulama menulis bahawa barangsiapa menghindarkan diri dari nafsu makan kenyang, tetapi terperangkap ke dalam nafsu ingin menunjuk-nunjuk kepada orang lain, maka ibarat dia lari dari kala jengking dan masuk ke mulut ular.

     Jadi, sedikit makan adalah suatu amalan yang terpuji, dan memiliki banyak faedah, baik dari segi dunia ataupun agama, dengan syarat tidak menyebabkan kelemahan pada tubuh, tidak menimbulkan riak, dan tidak menimbulkan bahaya-bahaya lainnya. Namun demikian, tetap harus mengingati dan menghormati kehidupan Rasulullah SAW. Cara hidup Rasulullah yang suci murni, iaitu dalam urusan muamalah, muasyarah, dan ma'isyahnya. Ketika hendaknya selalu mengingat kelaparan dan kemiskinan Rasulullah SAW dan benar-benar menyukainya bahawa memang demikianlah yang seharusnya kita teladani. Rasulullah menahan lapar dan kemiskinan itu bukanlah kerana terpaksa atau kerana tidak berupaya, tetapi kerana memang baginda menyukai dan berminat kepada kehidupan demikian. Baginda telah memilih kemiskinan, zuhuf dan mujahadah itu sebagai cara hidupnya.

     Telah ditulis dalam fatwa Alamgiri bahawa dalam makan terdapat beberapa peringatan:

     1. Sebagai fardhu, iaitu sekadar seseorang itu dapat me-
         nyelamatkan diri dari kebinasaan (kerana lapar). Jika
         seseorang itu makan sangat sedikit atau tidak makan-
         minum terus-menerus sehingga dia menemui kebi-
         nasaan (kematian), maka ia berdosa.

     2. Untuk pahala, iaitu sekadar untuk memperoleh
         kekuatan agar boleh solat sambil berdiri dan berpuasa
         dengan mudah.

     3. Yang dibenarkan oleh syari'at, iaitu dari tingkat kedua
         ditambah hingga menjadi kenyang, agar mendapat
         kekuatan jasmani. Pada tahap ini, tidak berpahala dan
         tidak berdosa. Hisab yang sedikit akan diambil (pada
         hari Kiamat). Dengan syarat makanan itu adalah halal
         dan juga diperoleh dengan cara yang halal.

     4. Haram, iaitu kadar yang melebihi peringkat kenyang.
         Namun, jika tahap ini diamalkan dengan tujuan un-
         tuk berpuasa atau agar tetamu tidak kelaparan, maka
         tidaklah mengapa.


3. Mujahadah yang Dilarang

Mujahadah dengan cara mengurangi makan yang menyebabkan berkurangnya ibadah fardhu, tidak dibenarkan oleh syari'at. Tetapi jika tidak mengurangi ibadah fardhu, maka tidak mengapa, melakukan mujahadah tersebut. Sebab, dengan perbuatan demikian akan terjadi ishlah nafsu, dan ia dapat menikmati makannya. Seorang pemuda yang bermujahadah mengurangi makannya dengan tujuan untuk mengurangi kekuatan nafsu, maka itu dibenarkan oleh syari'at.

     Berkaitan dengan pembahagian masalah ini, pengarang kitab Durrul Mukhtar juga yang lainnya telah membantah tentang darjah kedua, bahawa kadar makanan yang diperlukan untuk memperolehi kekuatan agar dapat melakukan solat sambil berdiri termasuk dalam peringkat fardhu. Qalam pemisahan terakhir ini pun terdapat sokongan dari Alamgiri.

     Dari Ali, Rasulullah bersabda, "Barangsiapa redha kepada Allah dengan rezeki yang sedikit, maka Allah akan meredhainya dengan amalannya yang sedikit."

     Dalam hadis ini, terdapat penyataan bahawa kekurangan rezeki adalah suatu ihsan (kebaikan) khusus dan sebagai peringatan dari Allah (yang mana jika seseorang ada kekurangan dalam amalannya, maka Maha Pemilik akan memaafkan kekurangan tersebut dan menerimanya. Sebaliknya jika seseorang itu menerima banyak pemberian dari Allah dan ia tidak rela jika kekurangan, maka yang Maha Malik pun akan berbuat hal yang sama. Dalam menyempurnakan hak-hak-Nya, dia tidak akan rela dengan kekurangan yang ada. Hal ini jelas, bahawa jika seseorang pekerja meminta gajinya agar dibayar, namun ia sangat kurang dalam berkhidmat pada majikannya, maka patut bagi tuannya untuk melupakan kebaikannya. Berbeza dengan keadaan kita, ketika sebahagian orang di antara kita hidup dalam kemiskinan, maka mereka mendapat taufik untuk mendekati Allah, juga dapat meluangkan masa untuk berzikir dan solat nafil. Tetapi ketika mereka berubah menjadi kaya, maka mereka tidak sempat lagi, walaupun untuk solat fardhu.


5. Qanaah

Rasa puas dengan rezeki yang sedikit, hanya dapat dinikmati jika seseorang itu mementingkan lima perkara:

     1. Mengurangi perbelanjaan. Tidak berbelanja melebihi
         keperluan Alim ulama menulis bahawa seseorang
         yang sendiri, hanya memerlukan satu set pakaian, tan-
         pa perlu membeli banyak pakaian. Dan ia boleh hidup
         hanya makan roti dengan yang biasa. Rasulullah ber-
         sabda, "Tidaklah menjadi miskin orang yang membe-
         lanjakan hartanya dengan sederhana."

     2. Meyakini janji Allah. Sekiranya ada rezeki sekadar
         keperluan, maka ia tidak memikirkan rezeki untuk
         masa berikutnya. Ia meyakini janji Allah, bahawa Al-
         lah telah bertanggungjawab untuk memberi rezeki
         kepada hamba-hamba-Nya. Syaitan selalu berusaha
         untuk menjerumuskan manusia dengan berbagai pe-
         mikiran, misalnya dengan penyakit, bimbang masalah
         kewangan, dan sebagainya agar manusia berasa harus
         membuat persiapan; jika tidak, maka ia akan me-
         nanggung kesusahan. Setelah syaitan berjaya dengan
         membisikkan tipuan seperti ini, maka syaitan pun
         akan mengejeknya dengan berkata, "Demikian bodoh
         orang ini, mengapa ia sangat takut dengan kesusahan
         di masa yang akan datang yang belum tentu terjadi,
         sehingga ia mahu bersusah payah sekarang!" Rasu-
         lullah pernah bersabda kepada Abdullah bin Mas'ud
         "Jangan biarkan banyak kebimbangan menguasai di-
         rimu. Apa yang sudah ditakdirkan, pasti akan terjadi.
         Rezeki yang sudah diatur untukmu pasti akan kamu
         terima." Rasulullah juga bersabda, "Allah memberi-
         kan rezeki kepada hamba-hamba-Nya yang beriman
         dari sumber yang tidak pernah terlintas dalam sang-
         kaannya." Dalam Al-Quran pun terdapat ayat yang
         menyatakan seperti itu.

     3. Membayangkan kemuliaan istighna (berasa puas
         dengan rezeki walaupun sedikit) dan kehinaan ta-
         mak (rakus). Dengan membayangkan betapa besar
         kemuliaan istighna dan betapa besar kehinaan tamak
         di hadapan manusia akan menghasilkan sifat qanaah
         (berasa cukup). Patut difikirkan secara mendalam,
         bahawa dari dua jenis kesusahan itu, seseorang
         harus memilih salah satunya: (a) kesusahan kerana
         kehinaan menghulurkan tangan di hadapan manusia;
         atau (b) kesusahan atas diri sendiri kerana menahan
         nafsu dan kelazatan benda. Kesusahan yang kedua
         akan dibalas oleh Allah dengan pahala yang besar
         sebagaimana janji-Nya, dan kesusahan yang pertama
         pun akan dibalas oleh-Nya dengan azab di akhirat. Di
         samping itu, orang yang suka meminta-minta kepada
         orang lain, maka mereka tidak akan dapat menyuara-
         kan kebenaran. Mereka terpaksa melakukan banyak
         tawar menawar dalam segi agama. Rasulullah bersab-
         da bahawa kemuliaan seseorang adalah pada istigh-
         nanya dari manusia. Sebuah peribahasa yang masy-
         hur menyatakan: "Siapa yang tidak berhajat kepada
         seseorang, maka orang itu akan menjadi hambanya.
         Dan siapa yang berbuat baik kepada seseorang, maka
         ia akan menjadi pemerintahnya."

     4. Memikirkan bagaimana akibat orang-orang kaya yang
         cinta dunia dan orang-orang yang mengikuti cara
         hidup seperti Yahudi, Nasrani, dan orang-orang yang
         tidak beragama. Juga memikirkan keadaan dan akibat
         yang dinikmati oleh para Nabi dan Wali Allah. Jadi
         hendaknya hikayat-hikayat mereka dibaca dengan
         cermat. Kemudian tanyakanlah kepada nafsu sendiri,
         apakah lebih suka mengikuti kelompok orang yang
         dekat dengan Allah, atau ingin menyerupai orang-
         orang Budha dan orang-orang yang tidak beragama 
         itu?

     5. Memikirkan dengan mendalam segala yang telah dit-
         erangkan, sebelum perbahasan ini, iaitu berkenaan
         berlebihan harta, besarnya musibah yang ditimbul-
         kannya. Apabila seseorang sentiasa memikirkan hal
         itu, maka ia akan bersikap qanaah atas miliknya yang
         sedikit itu akan menjadi mudah.

     Dari Ibnu Umar, Rasulullah bersabda, "Sungguh beruntung seorang yang telah memeluk Islam, lalu dia diberi rezeki sedikit, namun Allah mengurniakan kepadanya sifat qanaah (berpuas hati dengan rezeki sedikit)."

     Fudhalah bin Ubaid meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, "Beruntunglah seseorang yang diberi taufik untuk memeluk Islam, penghidupannya (rezekinya) hanya sekadar keperluannya, namun dia berpuas hati dengannya."

     Dari Abu Darda, Rasulullah bersabda, "Setiap hari ketika matahari terbit, di kedua belahnya terdapat malaikat yang berseru, "Wahai manusia, tawajjuhlah kepada Rabb Pemelihara kamu! Harta yang sedikit dan mencukupi keperluan adalah lebih baik daripada harta banyak tetapi menyibukkan seseorang kepada selain Allah."

     "Dari Muadz bin Jabal, bahawasanya ketika ia diutus oleh Rasulullah ke Yaman, maka Rasulullah bersabda, "Hindarilah olehmu bermewah-mewahan, kerana hamba-hamba Allah yang sesungguhnya itu bukanlah orang-orang yang suka kemewahan."

     Apabila seseorang itu menjadi pemerintah atau gabenor, maka ia akan mendapatkan banyak kebendaan untuk kenangan dan kemewahan, kerana segala jenis kenikmatan itu akan mudah ia dapatkan. Oleh sebab itulah Rasulullah memberi peringatan khusus kepada Muadz ketika ia diutus sebagai seorang pembesar kerajaan, agar ia menyelamatkan dirinya dari kemewahan (kebendaan). Dalam wasiat-wasiat Rasulullah juga dalam wasiat dan perintah Khulafaur Rasyidin pun banyak terdapat ancaman khas mengenai masalah ini.

     Fudhalah bin Ubaid adalah seorang qalhi (hakim) di Mesir dari pihak Amir Muawiyah salah seorang sahabat telah menemuinya di Mesir untuk menyemak sebuah hadis. Ketika ia berjumpa dengan qadhi itu, ternyata qadhi itu sedang dalam keadaan seperti orang susah. Rambutnya tidak terurus dan tidak memakai alas kaki. Sahabat itu berkata, "Engkau adalah seorang pembesar di bandar ini, namun aku melihat rambutmu tidak terurus." Fudhalah menjawab, "Rasulullah telah melarang kami bermewah-mewahan." Sahabat itu berkata, "Aku melihatmu tanpa alas kaki." Fudhalah menjawab, "Rasulullah menasihati kami agar sesekali berjalan dengan berkaki ayam." Abdullah bin Mughafal berkata, "Rasulullah pernah melarang agar rambut jangan disikat setiap hari."

     Barra r.a. meriwayatkan dari Rasulullah, "Barangsiapa memenuhi kehendak nafsunya di dunia, maka ia tidak akan dapat memenuhi keinginannya di akhirat. Dan barangsiapa yang melihat kepada orang-orang yang hidup mewah (orang kaya) dengan pandangan yang tamak dan loba, maka dia akan dipandang hina oleh kerajaan langit. Siapa yang bersabar dengan rezeki yang sedikit, maka dia berpegang pada tempat kediaman yang istimewa di syurga Firdaus."


6. Nasihat Luqman

Luqman adalah seorang ahli hikmah yang terkenal sehingga di dalam Al-Quran disebutkan nasihat-nasihatnya. Beliau seorang hamba dari Habsyah yang berkulit hitam. Dengan limpahan rahmat dan kurnia Allah, beliau menjadi Hakim. Beberapa riwayat menyatakan bahawa Allah telah memberi pilihan kepada beliau apakah hendak menjadi raja atau hakim.

     Dinyatakan dalam sebuah hadis bahawa Allah bertanya kepadanya, "Bagaimana jika engkau dijadikan raja dan menjalankan pemerintahan dengan adil dan bijaksana?" Beliau menjawab, "Jika ini adalah perintah dari Tuhanku, maka aku tidak dapat menolak sebab dalam keadaan demikian aku akan menerima pertolongan-Nya. Tetapi jika aku diberi pilihan untuk menerima atau menolaknya, maka aku memohon ampun. Aku tidak suka menanggung musibah."

     Para malaikat bertanya, "Mengapa wahai Luqman?"

     Beliau menjawab, "Kedudukan dalam pemerintahan itu sangat sukar. Hal-hal yang tidak disukai serta pelbagai kezaliman mengelilinginya. Hanya dengan pertolongan Allah sajalah yang dapat menyelamatkannya. Jika ia menjalankan pemerintahannya dengan adil, maka dia akan berhasil, jika tidak maka dia akan tergelincir dari syurga. Manusia yang hidup di dunia dalam keadaan hina dina adalah lebih baik daripada hidup mulia dan hebat kemudian rosak (dari segi akhirat). Siapa yang mengutamakan dunia di atas akhirat, maka dunia tidak akan dimilikinya dan akhirat pun akan lepas."

     Mendengar jawabannya, para malaikat berasa hairan. Kemudian beliau tidur dan Allah SWT mengurniakannya dengan ilmu hikmah.

     Hikmah-hikmah dan nasihat-nasihat beliau kepada anaknya adalah sungguh menakjubkan dan banyak diterangkan dalam hadis-hadis. Salah satu nasihatnya adalah sebagai berikut, "Wahai anakku, berdampinglah selalu dalam majlis-majlis agama dan dengarlah kata-kata ahli hikmah dengan penuh perhatian. Dengan cahaya hikmah itu Allah menghidupkan hati-hati yang mati sebagaimana Dia menghidupkan tanah yang mati (kering-kontang) dengan hujan yang lebat."

     Luqmanul Hakim pernah menasihati anaknya: "Anakku, janganlah kamu makan dalam keadaan kenyang, lebih baik berikan makanan itu kepada anjing daripada makan ketika sedang kenyang. Anakku, janganlah kamu menjadi begitu manis sehingga kamu ditelan, dan janganlah pula menjadi terlalu pahit sehingga manusia meludahkannya. Anakku, janganlah keadaanmu lebih lemah dari seekor ayam jantan. Ia bangun pada waktu sahur lalu berkokok sedangkan kamu terbaring di tempat tidur. Anakku, jangan lambat bertaubat, sebab waktu kematian tidak tentu, bila-bila sahaja boleh menjemputmu. Anakku, janganlah berkawan dengan orang jahil, nanti kata-kata kejahilannya lambat laun akan disukai olehmu, dan janganlah bermusuhan dengan ahli hikmah sehingga kamu terlepas dari mutiara hikmahnya. Anakku, janganlah memberi makanan kepada siapa pun kecuali kepada orang-orang yang bertakwa dan dalam segala urusanmu bermusyawarahlah dengan ulama."

     Selain itu, syurga merindukan 4 jenis manusia, salah satunya adalah "Orang yang memberi makan orang yang lapar". Ulama membahagikan orang-orang yang lapar ini kepada 3 kumpulan, iaitu;

     1. Fakir miskin
     2. Musafir
     3. Orang yang berpuasa

     Ulama mengatakan bahawa cahaya hati lahir dari 4 perkara, iaitu;

     1. Menahan kelaparan
     2. Berkumpul dengan orang-orang soleh
     3. Mengingat dosa yang pernah dilakukan dan merisau-
         kannya
     4. Menyederhanakan angan-angan

     Ulama menulis bahawa kekerasan hati disebabkan oleh empat perkara:

     1. Makan kenyang.
     2. Pergaulan buruk.
     3. Tidak mengingat dosa yang telah dilakukan.
     4. Panjang angan-angan.

     Oleh kerana itu sangat penting bagi kita untuk tidak mengetahui angan-angan yang panjang. Yang harus dibimbangkan adalah tidak diketahui bilakah nafas akan berakhir.

     Rasulullah bersabda kepada Aisyah, "Jika sekiranya engkau ingin bersamaku (pada hari kiamat), maka hendaknya engkau hidup di dunia seperti seorang musafir yang menunggang kuda dalam perjalanan, singgah ketika hendak berehat. Hendaknya engkau menghindari pergaulan dengan orang-orang kaya, dan janganlah kamu menganggap pakaianmu tidak boleh dipakai sehingga engkau menampalnya.

     Abu Uthman Nandi berkata, "Saya pernah melihat Umar berkhutbah di atas mimbar, sedangkan dua belas tampalan dijahit pada baju yang beliau pakai."


D. Nabi Isa a.s. Yang Fakir

Nabi Isa a.s. ialah cermin kehidupan anbiya yang paling susah, fakir dan msikin, tetapi kefakiran Nabi Isa a.s. tidak membuatnya mengingkari hukum ahkam yang datang dari Allah. Malah kehidupan seperti itu yang sangat disukakan oleh Nabi Isa a.s.

     Allah berfirman,

     "Dan (sebagai) Rasul kepada Bani Israil (yang berkata
     kepada mereka): "Sesungguhnya aku telah datang kepa-
     damu dengan membawa sesuatu tanda (mukjizat) dari
     Tuhanmu, iaitu aku membuat untuk kamu dari tanah
     berbentuk burung; kemudian aku meniupnya, maka ia
     menjadi seekor burung dengan izin Allah; dan aku
     menyembuhkan orang yang buta sejak dari lahirnya
     dan orang yang berpenyakit sopak; dan aku menghidup-
     kan orang mati dengan seizin Allah; dan aku khabarkan
     kepadamu apa yang kamu makan dan apa yang kamu
     simpan di rumahmu. Sesungguhnya pada yang demiki-
     an itu adalah suatu tanda (kebenaran kerasulanku)
     bagimu, jika kamu sungguh-sungguh beriman."

(Q.S Ali Imran [3]: 49)

     Jika seseorang hendak mengikut langkah Isa a.s. maka kata-katanya adalah sebagai berikut, "Lauk bagiku adalah lapar (iaitu dalam keadaan lapar, makanan akan terasa lebih lazat), ciri-ciriku adalah takut kepada Allah pakaianku adalah sauuf (bulu kambing atau biri-biri), ketika dingin, kupanaskan tubuhku dengan matahari, lampuku cahaya bulan, dua belah kakiku merupakan kenderaanku, makanan serta buah-buahan bagiku adalah rumput yang tumbuh di muka bumi, ketika bangun subuh aku tidak memiliki apa-apa, setelah petang pun aku tidak memiliki apa-apa dan di seluruh dunia tidak ada yang lebih kaya dariku (tidak berhajat kepada siapa pun). Ucapan seperti ini banyak dikemukakan oleh para anbiya para sahabat dan para wali Allah yang telah disebut dalam kitab-kitab.

     Dikisahkan, bahawa dahulu ada seorang wara' menemui seorang rahib. Sambil berbincang-bincang dengannya, orang wara' tadi menyuruh rahib agar memeluk Islam. Dalam perbincangan itu rahib berkata bahawa Nabi Isa al Masih telah menahan lapar sampai empat puluh hari, dan itu adalah mukjizat Nabi Isa a.s. sedangkan orang yang bukan Nabi tidak mampu berbuat demikian. Orang wara' berkata, 'Jika aku dapat menahan lapar selama lima puluh hari, apakah engkau mau memeluk Islam?" Rahib setuju dengan berjanji. Maka orang wara' pun duduk di tempat rahib. Ketika genap lima puluh hari, orang wara' itu berkata kepada rahib, "Lima puluh hari itu hanyalah sekadar janjiku kepadamu. Kini lihatlah sepuluh hari lagi sebagai tambahan." Ketika genap enam puluh hari tanpa memakan apapun, rahib sangat hairan, lalu ia memeluk Islam.

     Isa a.s. berkata, "Janganlah kamu menjadikan dunia sebagai pemimpinmu, nanti dia akan menguasaimu dan memperhambakanmu, dan selamatkanlah khazanah hartamu dengan mengirimkan kepada Zat yang Maha Suci, di tempat yang tidak dibimbangkan lagi kerosakannya. Khazanah-khazanah di sisi Allah selamat dari segala mara bahaya."

     Isa a.s. berkata, "Salah satu dari pengaruh dunia yang buruk adalah kelakuan durhaka kepada Allah yang dilakukan di dunia. Salah satu tanda-tanda kejahatan dunia ialah akhirat tidak dapat diperoleh tanpa meninggalkannya. Fahamilah dengan baik bahawa cinta kepada dunia adalah punca segala dosa. Mengikuti hawa nafsu dalam tempoh yang singkat itu menyebabkan penyesalan dan azab yang sangat panjang." Beliau pula berkata, "Dunia bagi sebahagian orang merupakan thalib (yang mencari) dan bagi sebahagian orang lagi adalah mathlub (yang dicari). Siapa yang mencari akhirat maka dunia mencarinya dan menyampaikan rezeki kepadanya. Dan siapa yang mencari dunia maka akhirat sendiri tidak mencari dia sehingga ajal menemui dia dan menekan bahunya."

     Isa ketika berjalan-jalan sampailah kepada satu kumpulan yang terdiri dari orang-orang yang sangat lemah dan berwajah pucat. Beliau bertanya kepada mereka, "Bagaimana kamu boleh seperti ini?" Mereka menjawab, "Takut kepada neraka Jahanam menjadikan kami seperti ini." Beliau menjawab bahawa Allah mengambil tanggungjawab untuk menyelamatkan mereka yang takut kepada Jahanam. Dalam perjalanan ke tempat lain Isa a.s. menjumpai beberapa orang yang keadaannya lebih parah lagi. Mereka begitu lemah dan wajah mereka menggambarkan kegelisahan yang luar biasa. Isa a.s. bertanya, "Apa yang sudah terjadi pada kamu?" Mereka menjawab, "Keghairahan untuk syurga serta cinta kepadanya menyebabkan kami begini." Isa a.s. memberitahu bahawa Allah bertanggungjawab untuk mengabulkan cita-cita mereka, mengurniakan kepada mereka dengan apa yang mereka cintai itu." Kemudian beliau meneruskan perjalanan dan menemui sekumpulan orang yang keadaannya lebih dhaif, tetapi wajah mereka bercahaya sehingga berkilat seperti cermin. Beliau bertanya dengan pertanyaan yang sama. Mereka menjawab bahawa cinta kepada Allah menjadikan mereka seperti ini. Isa a.s. berkata, "Kamulah yang lebih dekat, kamulah yang lebih dekat, kamulah yang lebih dekat." Tiga kali beliau mengucapkan perkataan itu.

     Yahya bin Muadz berkata, "Cinta kepada Allah walaupun sebesar biji sawi lebih aku sukai daripada ibadat selama tujuh puluh tahun tanpa adanya cinta yang demikian."


E. Hakikat Kehidupan Rasulullah

Demikianlah perasaan yang patut kita miliki. Walaupun kita tidak dapat mengikuti jejak langkah mereka disebabkan kelemahan kita, maka hendaknya kita berusaha untuk hidup sederhana terhad pada kemampuan kita. Pada waktu yang sama kita perlu insaf (menyedari) bahawa yang benar adalah cara hidup Rasulullah para Nabi dan para wali Allah yang kata-katanya telah saya kemukakan tadi. Berikut hadis Rasulullah: Dari Aisyah berkata, "Rasulullah selama hidupnya tidak pernah makan kenyang dengan tepung (roti) jagung dalam dua hari berturut-turut hingga baginda wafat."

     Inilah kisah kehidupan Rasulullah yang tidak hanya diceritakan dalam beberapa hadis, tetapi beratus-ratus hadis menyatakan bahawa demikianlah cara Rasulullah menjalani kehidupannya yang penuh berkat itu.

     Pada zaman ini banyak terdengar tentang kemiskinan dan kelaparan yang menimpa kaum muslimin hingga tidak terhad. Namun, adakah di antara mereka yang selama dua hari berturut-turut tidak pernah makan kenyang dengan roti dalam seumur hidupnya?

     Dalam kitab Syama'il Tirmidzi juga telah dikutip sebuah hadis berkenaan kehidupan keluarga Rasulullah hingga baginda wafat, ternyata mereka pun tidak pernah makan kenyang selama dua hari berturut-turut walaupun hanya roti jagung.

     Ibnu Abbas berkata, "Rasulullah dan keluarganya telah menghabiskan malam-malam mereka dalam keadaan tidak makan beberapa malam berturut-turut. Di rumah Rasulullah SAW semua ahli keluarga baginda mengalami kelaparan sepanjang malam, dan Rasulullah sendiri telah menyambung hidupnya dengan roti jagung sahaja.

     Sahal pernah ditanya seseorang, "Adakah Rasulullah biasa makan roti tepung yang halus?" Beliau menjawab, "Mungkin selama hayat baginda yang berkat itu, baginda tidak pernah makan dan melihat tepung halus hingga baginda wafat."

     Orang itu bertanya lagi, "Apakah pada zaman Rasulullah kalian tidak menggunakan penyaring tepung?"

     Sahal menjawab, "Saringan tepung belum ada pada zaman Rasulullah SAW."

     "Penanya itu hairan, lalu bertanya lagi, "Bagaimana kamu memakan roti jagung dari tepung yang belum disaring?"

     Jawab Sahal "Tepung itu kami goyangkan sekali pada tempatnya lalu kami tiup, maka yang tinggal itulah yang dimasak dan dibuat roti."

     Pada zaman sekarang, roti gandum yang tidak disaring saja terasa berat untuk dimakan, padahal orang-orang mulia itu makanannya adalah roti dari tepung jagung kasar yang belum disaring, itu pun tidak sampai kenyang. Aisyah berkata, "Apabila aku makan sampai kenyang, maka aku tidak dapat menahan tangis, sehingga aku terpaksa menangis."

     Seseorang bertanya, "Mengapa menangis?"

     Ia menjawab, "Aku teringat ketika bersama Rasulullah kami tidak pernah makan kenyang sampai dua kali dalam sehari baik dengan daging ataupun roti sampai baginda wafat."

     Sa'id Maqburi berkata bahawa suatu ketika Abu Hurairah melalui satu kumpulan orang yang sedang makan, dan ayam goreng terhidang di hadapan mereka. Mereka pun mengajak Abu Hurairah untuk makan bersama, tetapi beliau menolak ajakan itu seraya berkata, "Rasulullah telah wafat dalam keadaan tidak sempat kenyang makan roti. Lalu bagaimana aku boleh makan daging ayam?"

     Penolakan Abu Hurairah ini adalah dari segi umum, bukan suatu larangan syari'at. Kerana terbukti dari sabda Rasulullah bahawa makan daging ayam dibolehkan oleh syari'at. Sebuah hadis menyatakan bahawa tabi'at Rasulullah adalah sering menahan lapar, walaupun bukan kerana terpaksa kerana tidak ada makanan. Walaupun ada makanan, Rasulullah biasa mengurangi makan dan menahan lapar, kerana dengan menahan lapar akan menghasilkan nur.

     Sebuah hadis mengatakan bahawa jika Rasulullah SAW makan pagi, maka pada hari itu baginda tidak makan malam. Dan jika Rasulullah makan malam, maka pada hari itu baginda tidak makan pagi. Terkadang, itulah aturan makan Rasulullah.

     Suatu ketika Aisyah berkata, "Ya Rasulullah, mengapa engkau tidak meminta keluasan rezeki kepada Tuhanmu?" Aisyah berkata demikian setelah menangis kerana melihat keadaan lapar Rasulullah. Jawab Rasulullah, "Aisyah, demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, jika aku meminta kepada Tuhanku, maka bukit-bukit emas akan bergerak bersamaku. Tetapi aku telah mengutamakan kelaparan dari kekayaan dunia ini. Aku memilih kemiskinan daripada berharta benda. Aku telah mengutamakan kesedihan dunia ini daripada kesenangan. Wahai Aisyah, dunia ini tidak sesuai bagi Muhammad dan keluarganya. Bagi para Rasul Ulul Azmi (yang memiliki keberanian dan sangat bersabar serta memiliki darjat tinggi). Allah telah memilihkan bagi mereka kesabaran atas kesusahan di dunia, menghindarkan mereka dari kesenangan dunia. Itu yang disukaiNya dan aku telah diperintahkan demikian. Firman Allah:

     "Maka bersabarlah kamu seperti bersabarnya ulul
     'azmi (orang-orang yang mempunyai keteguhan hati)
     di kalangan para Rasul."

(Q.S Al-Ahqaf [46]: 35)

     Bagiku tiada cara lain kecuali mematuhi perintah Allah. Demi Allah, aku akan bersabar semampuku, sebagaimana mereka telah bersabar. Kekuatan ini hanya diperoleh jika Allah menghendaki."

     Diceritakan bahawa ketika kemenangan dan harta kekayaan yang telah banyak diperolehi oleh kaum Muslimin pada zaman khalifah Umar bin Khattab maka puterinya, Hafsah telah mengusulkan dan meminta kepada ayahnya agar ayahnya berpakaian yang baik ketika para utusan negeri asing datang mengunjunginya. Hafsah juga meminta agar apabila mereka (para utusan itu) memakan makanan yang lazat yang telah disediakan untuk mereka, maka ayahnya juga hendaknya turut serta.

     Umar menjawab, "Hendaknya kamu ketahui bahawa keadaan seseorang itu paling diketahui oleh ahli rumahnya."

     Hafsah menjawab, "Benar, tidak ragu lagi."

     Umar berkata, "Kalau begitu, aku akan bertanya kepadamu dan jawablah pertanyaanku dengan bersumpah, bagaimana kehidupan Rasulullah di dunia ini? Tidakkah kamu ingat bahawa pada masa itu, jika Rasulullah SAW dan keluarganya makan malam, mereka tidak akan makan siang. Dan jika makan siang, maka mereka tidak akan makan apa pun sepanjang malam? Tidakkah kamu ketahui, bahawa beberapa tahun Rasulullah hidup setelah kenabian, baginda dan keluarganya tidak pernah makan kenyang, walaupun dengan buah kurma sampai terjadi kemenangan perang Khaibar? Aku bertanya kepadamu, dan jawablah dengan bersumpah! Tidakkah kamu ketahui, bahawa suatu ketika kamu menghidangkan makanan kepada Rasulullah di atas sejenis tempat yang tinggi di atas lantai, kamu melihat wajah Rasulullah berubah, sehingga baginda hanya makan, jika makanan itu diturunkan dan diletakkan di bawah (di atas lantai). Aku bertanya kepadamu, dan jawablah dengan bersumpah! Tidakkah kamu ketahui, bahawa Rasulullah biasa tidur di atas selimutnya yang dilipat dua. Suatu ketika, kamu telah menghamparkan kain itu dengan dilipat empat, maka baginda bersabda kepadamu bahawa dengan dilipatnya kain itu menjadi empat lipatan telah menghalangi baginda dari bangun malam, kerana kain yang terlipat empat itu menjadi lebih tebal seperti tempat tidur, sehingga menyebabkan baginda tertidur dengan nyenyak? Lalu Rasulullah menyuruhmu untuk menghamparkan kain selimut itu dengan dilipat dua seperti biasa? Aku bertanya kepadamu, dan jawablah kepadaku dengan bersumpah! Tidakkah kamu ketahui, bahawa apabila Rasulullah menanggalkan jubah dari badannya yang penuh berkat itu untuk dicuci, lalu ketika itu Bilal mengumandangkan azan dan memanggil Rasulullah untuk mengimamkan solat, maka Rasulullah tidak memakai pakaian lainnya untuk mengimami solat, kecuali jika jubahnya yang telah dicuci itu telah kering dan boleh dipakai, bukankah begitu? Aku bertanya kepadamu, jawablah dengan bersumpah! Tidakkah kamu ketahui bahawa salah seorang wanita dari Banu Zhafar telah menyediakan dua helai kain untuk dipakai oleh Rasulullah sehelai sarung dan sehelai selimut. Ia telah mengirimkan yang pertama, namun lambat mengirim yang kedua, maka Rasulullah memakai sehelai kain itu lalu mengikat kedua ujungnya di bahu belakang leher, agar tubuhnya tidak terbuka. Kemudian Rasulullah pergi solat, kerana baginda tidak memiliki pakaian lainnya untuk dipakai semasa solat?"

     Demikianlah, Umar menceritakan peristiwa-peristiwa lainnya. Apabila Hafsah mengingat peristiwa itu, ia akan menangis, sedangkan Umar sendiri banyak menangis, bahkan sampai menjerit, sehingga kerana tangisannya itu dikhuatiri nyawa beliau akan tercabut.

     Dalam riwayat lain, Umar berkata, "Aku dan dua orang sahabatku (Rasulullah dan Abu Bakar) adalah ibarat tiga orang musafir yang menempuh jalan yang sama. Musafir pertama telah berjaya sampai tempat yang ditujunya, begitu pula musafir kedua telah menempuh jalan yang sama dan telah sampai ke tujuan. Dan sekarang giliran yang ketiga iaitu aku, kalau aku mengikuti jejak langkah mereka, nescaya aku akan sampai ke tempat tujuan dan bertemu dengan mereka. Tetapi jika aku menempuh jalan yang lain, maka aku tidak akan sampai di tempat mereka. Demi Allah! Aku akan memaksa diriku untuk menempuh jejak langkah mereka dengan kesempitan dan kesusahan di dunia ini, agar aku juga menerima kehidupan yang berjaya di akhirat sebagaimana mereka."


F. Kisah Wali-Wali Allah


1. Kisah Sungai Jamuna

Seringkali saya mendengar dari ayah saya kisah berikut: Seseorang terpaksa pergi ke Panipat untuk suatu urusan penting. Untuk sampai ke Panipat harus melalui sungai Jamuna yang kebetulan pada ketika itu sedang meluap ganas sehingga seseorang memberitahu dia, "Di sebuah hutan tinggallah seorang ahlullah, pergilah kepadanya dan ceritakan masalahmu, siapa tahu beliau dapat memberimu jalan keluar. Kerana cara yang biasa tidak dapat dilalui.

     Apabila kamu menjumpainya, mula-mula beliau akan marah dan mengaku bahawa beliau tidak mampu menunjukkan jalan lain. Tetapi janganlah putus asa." Maka orang itu menjumpai ahlullah tersebut di dalam sebuah pondok kecil di dalam hutan di mana beliau tinggal bersama keluarganya. Sambil menangis dia menerangkan masalahnya bahawa esok dia harus hadir di mahkamah yang telah ditetapkan untuk suatu perbicaraan. Tetapi tidak ada cara untuk sampai ke sana kerana keganasan sungai Jamuna. Mula-mula beliau mengikuti tabiatnya iaitu marah dan ingkar, "Apa yang boleh saya lakukan? Saya tidak mempunyai kuasa apa-apa." Tetapi orang itu dengan sangat merendah terus menerus memujuk beliau agar mendapat pertolongan. Akhirnya beliau berkata, "Pergilah, beritahukan kepada Jamuna bahawa kamu dihantar oleh seseorang yang tak pernah makan apa-apa sepanjang hidupnya dan juga tidak pernah bersetubuh dengan isterinya." Orang itu pergi dan melaksanakan nasihat beliau, maka sungai Jamuna pun seketika itu tenang hingga berhenti mengalir. Orang itu melintasi sungai Jamuna sampai ke seberang. Setelah itu Jamuna menjadi ganas kembali seperti semula.

     Tetapi setelah orang itu pergi dari tempat ahlullah itu, maka isteri ahlullah itu menangis sambil berkata, "Kamu telah menghinaku, memburukkanku. Tidak makan seumur hidup atau pun kamu menjadi sebesar gajah, itu tidak mengapa kerana berkenaan dengan dirimu sendiri. Tetapi mengapa kamu dusta mengenaiku dengan mengatakan tidak pernah bersetubuh denganku? Apakah anak-anak ini semuanya anak haram?"

     Ahlullah itu kemudian berkata, "Apa yang telah aku katakan itu tidak ada hubungannya denganmu. Apabila aku mengaku bahawa mereka anak-anak kandungku, maka tidak ada kehinaan bagimu." Tetapi kerana isterinya tidak berhenti menangis sambil berkata, "Kamu sudah menjadikan aku mangsa kejahatan!" Maka beliau pun berkata, "Dengarlah baik-baik. Aku tidak pernah makan kerana lapar atau kerana kehendak hati saya tetapi aku makan dengan niat untuk memperoleh kekuatan supaya dapat beribadat kepada Allah dan mentaati perintah Allah. Dan setiap aku tidur dengamu, aku selalu berniat menunaikan hak kamu dan tidak penah menidurimu kerana kehendak nafsuku."


2. Kisah Pakar Tabib

Dikisahkan, bahawa suatu ketika Khalifah Harun al Rasyid mengumpulkan empat orang pakar tabib. Yang pertama dari Hindustan, yang kedua dari Rom, yang ketiga dari Iraq, dan yang keempat dari Sawad. Dia berkata kepada keempat tabib tersebut, "Beritahulah kepadaku suatu ubat yang tidak membahayakan sedikit pun."

     Tabib Hindustan menjawab, "Menurut saya, ubat yang tidak berbahaya ialah Thlailaj Aswad."

     Tabib Iraq menjawab, "Saya rasa ubat itu ialah Habbur Rasyadul Abyadh.

     Tabib Iraq menjawab, "Pendapat saya, air panaslah yang tidak membahayakan apa-apa."

     Tabib dari Sawad menjawab, "Semua itu salah. Thlailaj Aswad akan mengacaukan perut, dan ia sendiri merupakan punca dari segala penyakit (dan menurut pengarang kitab ini Maulana Muhammad Zakariya zat itu akan membahayakan jantung), dan air panas akan mengendurkan perut."

     Ketiga tabib itu berkata, "Sekarang, beritahulah ubat apa yang tidak membahayakan sedikit pun."
  
     Tabib dari Sawad menjawab, "Janganlah makan selama tidak sangat lapar atau sangat ingin makan. Dan berhentilah makan ketika masih ingin makan." Maka ketiga tabib itu pun sepakat."

     Rasulullah bersabda bahawa sebaiknya sepertiga bahagian perut diisi dengan makanan, sepertiga diisi dengan air, dan sepertiga lagi dibiarkan kosong untuk udara. Ketika hadis ini didengar oleh seorang ahli falsafah, ia terperanjat dan berkata, "Aku tidak pernah mendengar perkataan yang demikian tepat dan baik untuk mengurangi makan, hingga hari ini, sebagaimana ucapan ini.




N / F : DARIPADA "5 PENAWAR PENYAKIT HATI", OLEH MOHAMMAD ZAKI.

No comments:

Post a Comment