Thursday 18 September 2014

AKU JUGA INGIN TERBANG MENEBARKAN SAYAPMU

Mungkin hati dan jiwa yang dinodai maksiat ini merindui sesuatu.
Ya, kukira apa yang kurindu itu masih bernyawa.
Kerana ku juga sebahagian dari ummah yang kian buruk akhlak.
Terkial-kial mencari nafas yang sedang bernyawa.
Rindu yang masih tersisa.




Rinduku pada kalam dakwah sahabat.
Rinduku pada nasihat yang menyentap.
Rinduku pada ukhuwah lillahi rabbuna.
Rinduku pada qasidah para habibullah.
Rinduku pada zikir terapi qalbi.
Rinduku pada qiam meratapi malam.
Rinduku pada srikandi solehah.
Rinduku pada lagu berentap doa.

Atau rindu yang ku lafazkan, adanya Allah?

Kerana jauhnya aku dari Allah, rinduku tak terjawab.
Kerana jauhnya aku dari kalam Allah, rinduku tak terbalas.
Kerana jauhnya aku daripada pandangan Allah, rinduku terhijab.

Hijrah diri!
Pasakkan niat baru!
Tajdid niat tu!
Suburkan jihad diri!
Kuatkan azam!
Eratkan mahabbah maĆ” Allah!
Istiqamah lillahi!

Mudah untuk menaip, 
namun sukar untuk dilaksanakan.

"Sahabat, Syurga bukan untuk orang manja. Kuat lah woi," sapa dia.

"Sahabat, Syurga itu mahal. Hanya untuk orang yang berjuang demi agamaNya, bukan hanya pandai menyeru sahaja, amalnya tidak," dia kata lagi.

"Sahabat, nak pergi Syurga, pimpin tangan aku sekali. Jangan selfish. Tak acilah kau sorang beriya-iya mahu ke sana, aku dipinggirkan," bilang dia.

Aku tersenyum sepi.
Masih ada yang berjiwa nurani.
Namun bukan mudah, bernafas dalam jiwa hamba.
Arghhh lupakan!
Kena cuba jugak.
Cuba menghindarkan pesona maya.
Cuba menghindarkan buaian kelekaan.
Kerana murkaNya pasti menghukum leka.

Hakikatnya kini,
Ummah sekarang sedang tenat.
Aku juga lemas dalam ketenatan ini.
Dengan kerajaan taghut ini.
Pemimpin berdekah-dekah hidup mewah.
Rakyat masih tersepai menggapai-gapai untuk hidup.
Nur Islam semakin sirna ditelan puak zalim.

Sudah...
Tiba masanya,
untuk kita bangkit bersama,
dan kembali pada Yang Esa.

Dan menyinari jasad ummah ini,
dengan Nur Islamiyyah.

Hingga jasad kita rebah ke dalam bumi,
dan kembali pada Yang Esa.

Allah sebagai matlamat.
Allah sebagai cita-cita.

Cita-cita Penghuni Syurga.
Terbang ke Syurga,
dengan menapak di Bumi yang Hina.

Akhirat di hati.
Dunia di kaki.
Yakin Allah akan mengadili.


Moga Allah redha . Moga Allah rahmat . Moga Allah berkat .


DARIPADA AZWIN FITRIAH, LOVE QUOTES OF MUSLIMAH. WALLAHUALAM.

No comments:

Post a Comment