Tuesday 13 December 2011

BAHAGIA MILIK KITA BAB 3

Pagi itu, Mia hanya memakai blaus panjang berwarna pink muda dengan seluar slack hitam dan kasut tumit tinggi, berwarna pink berserta tudung sarung berwarna pink, terserlah kecantikkannya dengan secalit lipstik.

"Mia masuk bilik saya sekarang.." arah Danial.Mia mencebik.Apa dia nak ni? hadoyy..rungut Mia.Mia masuk ke bilik Danial setelah mendengar arahan masuk. "Duduk.." arah Danial, Mia hanya menurut.

Danial tenung setiap inci muka Mia, comelnya dia..puji Danial.Danial menggeleng, dan terus menyingkirkan perasaan itu.Mia mula tidak sedap hati melihat cara pandangan Danial terhadapnya. "Ada apa Encik Danial panggil saya?" soal Mia mematikan lamunan Danial.

Danial berdehem. "Saya nak awak jadi setiausaha saya gantikan Lyn..awak boleh mula esok.." balas Danial tujuan dia memanggil Mia.Tersentak Mia. "Aik? asal saya pulak? taknak..saya taknak.." rungut Mia mendengus.

"Saya boss ke awak? ikut je laa apa yang saya suruh..ke awak nak saya report dengan papa saya supaya pecat awak?" tanya Danial.Mia tersentak, terkejut dia mendengar perkataan pecat yang keluar dari mulut Danial.

Mana taknya, selepas perginya arwah ayah dan ibunya, kerja tempat tuh saja tempat dia bergantung. "Haaa..yela-yela..tapi saya kena kerja dua kerja sebab saya ketua akauntan dekat sini.." terang Mia.

"Okay..it's up to you..awak boleh mula esok..Lyn, masuk bilik saya.." panggil Danial melalui interkom.Lyn terus masuk ke pejabat Danial selepas mendengar arahan masuk.Terkejut dia melihat Mia di dalam.Lyn hanya memberi jelingan yang tajam.Mia buat-buat tidak nampak.

Meluat sungguh dia melihat pakaian Lyn yang ketat-ketat dan senteng itu. "Ada apa Encik Danial panggil saya?" soal Lyn gedik. "Saya nak awak pindah ke bahagian kerani bawah, Mia akan gantikan awak.." terang Danial.

Tersentak Lyn. "What?! kenapa pulak?" tanya Lyn tinggi. "Siapa boss awak sekarang? perlu ke awak tanya kenapa?" tanya Danial serius.Lyn sudah merengus sambil memberi jelingan yang tajam kepada Mia. "Awak berdua boleh pergi.." arah Danial, Mia terus berlalu.

"ASSALAMUAALAIKUM.." ucap Mia selepas masuk ke dalam rumah dan terus menghenyakkan punggungnya ke sofa. "Waalaikumussalam..macam mana tadi? okay?" tanya Mira. "Macam mana apa? okay apa?" soal Mia semula pelik.

"Tadi laaa..aku dengar kau kena panggil dengan Encik Danial..dia suruh kau buat apa?" soal Mira balik. "Owh..benda tuh..dia suruh aku jadi setiausaha dia, rimas betul.." rengus Mia. "Hah? habis asal kau terima?" soal Mira pelik.

"Terpaksa..kalau tak dia bagi tahu Tan Sri Idris suruh aku kena pecat, kau tahu kan, aku tak ada sape lagi..nanti kena pecat, susah pulak nanti.." terang Mia, Mira hanya mengangguk. "Habis macam mana dengan Lyn? Kerja kau macam mana? kau dah lah ketua akauntan.." rungut Mira pula.

"Aku kerja dua..setiausaha dengan akauntan..Lyn, kena pindah kerani bawah.." terang Mia lagi. "Aku naik dulu laa..penat..bubyee.." sambung Mia dan terus ke biliknya, Mira hanya mengangguk tanda mengerti, bukan senang mahu menjadi seorang ketua akauntan.

PAGI tuh, Mia agak lambat sikit. Danial mula resah apabila melihat Mia tidak muncul-muncul lagi. "Lyn, Mia dah datang?" tanya Danial melalui interkom. "Belum.." balas Lyn meluat. "Nanti dia dah sampai dah suruh dia masuk bilik saya.." arah Danial. "Okay.." balas Lyn.

Mia muncul dari lif dengan blaus lengan panjang berwarna ungu muda dengan tudung putih, seluar slack putih berserta kasut tumit tinggi berwarna ungu. "Woii, perempuan biadab! Encik Danial suruh kau masuk bilik dia sekarang.." teriak Lyn.

Mia mula rasa geram.Mana taknya, boleh pula dia tertinggal tas tangannya yang mengandungi telefonya, sebaik dia sempat mengambil bag dompetnya yang dibimbit kemas di tangannya. "Apa biadab-biadab? kau takde adab ke hah?" marah Mia. "Suka hati aku la nak kata kau apa-apa pun..aku punya mulut.." balas Lyn gedik. "Mulut kau tuh jaga sikit..tak pasal-pasal mulut kau cium lantai pejabat ni nanti.." tengking Mia.Danial yang mendengar jeritan Mia terus keluar dari pejabat.

"Mia! Lyn! kenapa bising-bising ni?! tak tahu ke sekarang waktu pejabat.." tengking Danial. "Bos, Mia ni yang tiba-tiba serang saya..saya cakap elok-elok.." ngadu Lyn.Danial memandang Mia dengan pandangan tajam.

"Mia, get into my room now!" tengking Danial.Mia merengus, Lyn hanya tersenyum mengejek, Mia membalas dengan jelingan tajam.Mia masuk ke bilik Danial.Danial memandang Mia dengan serius tanpa berkelip.

Mia tidak menunjukkan riak takut, bag dompetnya masih dibimbit kemas olehnya. "Apa yang awak dah buat dekat Lyn?!" tanya Danial serius. "Encik Danial, Encik Danial tidak boleh menuduh saya melulu tanpa bukti, masalahnya, Lyn tuh yang tiba-tiba kata saya perempuan biadab? kurang ajat la tuh.." terang Mia.

"Memang betul apa yang Lyn tuh cakap! awak memang biadab, masuk pejabat pun lambat, mak bapak awak tak ajar ke hah?!" tengking Danial, Mia tersentak, "Encik Danial, kalau nak hina saya, saya tak marah, tapi jangan hina mak bapak saya..saya letak jawatan sekarang.." balas Mia dan berlalu pergi.

Danial meraup wajahnya, dia melihat bag dompet Mia.Hatinya tergerak untuk membuka bag dompet itu, alangkah terkejutnya dia bila melihat sekeping kertas yang menulis 'Mia sayang arwah ayah dengan mama' , apa aku da buat ni? aku da kecewakan dia..aku nak usik dia, tapi kenapa aku boleh sakit kan hati dia? soal Danial dalam hati buntu.

Danial terus bergegas keluar dari pejabatnya. "Lyn, nampak Mia?" soal Danial, Lyn hanya mengangkat bahu sambil mencebikkan bibirnya.Danial terus berlalu dan melihat Mira yang masuk ke dalam lif, dia terus menahan Mira.

"Mira, Mia mana?" soal Danial tergesah-gesah. "Dia kata dia pergi Pantai Botanikal.." balas Mira.Mia dapat gesa ada yang berlaku terhadap Mia, Mia seorang yang suka membawa diri. "Terima kasih.." balas Danial dan berlalu pergi.Mira hanya mengangguk.

Danial meluncur laju dengan keretanya ke Pantai Botanikal.Danial meraup wajahnya beberapa kali, perasaan serba salah menyilinap masuk ke dalam hatinya, kenapa dengan aku ni? kenapa aku sakit kan hati dia? bukan sebenarnya aku nak kenakan dia ke? haiissshhh! soal Danial dalam hati.

Danial memarking keretanya di sebelah kereta Mia, Danial terus keluar mencari kelibat Mia, dari jauh, Danial dapat melihat sesusuk tubuh kecik sedang duduk di atas bangku kayu sambil melihat ombak-ombak yang bergelora, Danial terus bergerak ke arah Mia.

"Hai Mia.." ucap Danial lembut, Mia berpaling sekilas. "Waalaikumussalam.." balas Mia selamba.Danial hanya tersengih, "Lupa pula..assalamuaalaikum.." ucap Danial.Mia menjawab acuh tak acuh.

"Mia, Mia marahkan Danial ke?" soal Danial.Mia mengerutkan dahinya, apsal pulak dia tiba-tiba panggil aku nama-nama ni..errgghh.. "Tak, betul la Encik Danial cakap, saya ni biadab.." rajuk Mia tanda protes. "Mia, Danial nak minta maaf, Danial tak tahu pun yang pasal mak dan ayah Mia..sorry ye? Danial janji tak buat lagi.." janji Danial lembut sambil mengangkat sumpah.

"Saya dah lama maafkan Encik Danial..tapi saya tetap nak letak jawatan.." balas Mia tanpa berpaling memandang Danial.Danial tersentak. "Mia..please.. janganlah letak jawatan..ye?" pujuk Danial lagi.Mia tidak menjawab. "Mia..please..Danial janji tak buat lagi.." pujuk Danial lembut.

Mia berpaling memandang pemuda tampan berbadan sasa dan tinggi lampai di sebelahnya. "Janji?" tanya Mia ingin kepastian. "Janji sayang.." balas Danial selamba.Terkejut Mia. "Apa sayang-sayang? kalau tak bercinta tak boleh sayang-sayang tauu.." rungut Mia. "Sorry-sorry..Mia, panggil je Danial, Danial yee..takyah lah encik-encik..formal sangat..iya?" soal Danial ingin kepastian.Mia pantas mengangguk.

MIA terus pulang ke rumah apabila jam berganjak ke pukul 8 malam. "Assalamuaalaikum.." ucap Mia terus menghenyakkan punggungnya ke sofa. "Waalaikumussalam..haa..best kena pujuk dengan Encik Danial?" usik Mira.

"Macam mana kau tahu?" soal Mia pelik. "Kau cuba fikir balik macam mana Encik Danial boleh tahu kau dekat Pantai Botanikal tuh? waktu aku nak naik pejabat, dia yang tanya aku kau pergi mana.." terang Mira. "Ouh.." balas Mia.

"Kau tahu tak, dekat pejabat tuh, dah kecoh pasal kau dengan Encik Danial..ada apa-apa ke?" usik Mira. "Ada apa?" soal Mia tidak tahu. "Alaaa..kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu.." balas Mira.Mia mencebik. "Tak ada apa la.." balas Mia acuh tak acuh.

"Kau jangan Mia, tak pasal-pasal kau dengan dia kahwin nanti.." usik Mira lagi. "Takde maknanya.." balas Mia. "Hmmm..apa-apa je laa, Mia..jadi ke kau letak jawatan?" soal Mira.Mia menggeleng, Mira tersengih.

Berkerut dahi Mia. "Tgk tuh? dah kena pujuk dengan Encik Danial kita, terus tak jadi.." usik Mira, Mia menjelirkan lidah dan terus naik ke atas, aku doa kau dengan Encik Danial Mia!


p/s : me okayy ? sye yng buat .. no copy and paste tauu .. idea sndiri ni yaw :D bngga letewww :p

No comments:

Post a Comment