Tuesday 6 December 2011

BAHAGIA MILIK KITA BAB 2

"KAUUUU!!" jerit Mia dan Danial serentak. "Mia kenal ke anak uncle?"tanya Tan Sri Idris, dia kalangan stuff, Mia seoranf sahaja yang memanggil Tan Sri Idris dengan panggilan uncle. Macam mana aku tak kenal? jantan ni lah yang selamba je langgar aku..kureng..rungut Mia dalam hati.
Mia hanya mengangguk menjawab pertanyaan Tan Sri Idris. "Bagusslah kalau macam tuh..boleh Mia boleh berurusan dengan Danial..senang sikit.." balas Tan Sri Idris gembira. Danial mencebik, Mia hanya memandangnya dengan pandangan yang tajam.
Tan Sri Idris terus berlalu pergi diikuti oleh Danial. "Weyy, Mia kau kenal ke dengan Encik Danial?" tanya Mira, pelik. "Kenal laaa..jantan tuhh laa yang aku cakap dengan kau langgar aku semalam, bengang jee aku..lagi-lagi dia bos aku..huh.." rengus Mia.
Mira hanya mengeleng dengan gelagat Mia. "Morning Mia.." ucap Syed Syafiq Syahmi. Mia terus berpaling, dan melemparkan senyuman, Syafiq tersentak, sememangnya Mia yang memakai blaus lengan panjang berwarna hitam dengan seluar slack putih dengan sandal hitam.
"Morning Encik Syafiq.." balas Mia mesra. "Kan Syafiq ade cakap, panggil Syafiq tak pun Fiq je..tak mau Encik Syafiq.." balas Syafiq dengan lembut. "Allah! haaa..morning, Syafiq.." ucap Mia sambil menepuk dahinya. Syafiq hanya tersenyum.
"Encik Danial dah ade ke belum?" soal Syafiq, Mia mengangguk, Syafiq tersenyum dan berlalu ke bilik Danial. Mia terus mencebik bila mendengar nama Danial yang disebut Syafiq tadi, meluat betul dia mendengar.
Syafiq tidak mengetuk pintu, dia terus membuka pintu perlahan-lahan sambil mencari kelibat Danial, dia melihat Danial sedang duduk di sofa pejabatnya, "Assalamuaalaikum.." ucap Syafiq. "Waalaikumussalam.." balas Danial, dia terus berpaling ke belakang, terperanjat sungguh Danial ketika itu.
"Ea Fiq, masuklah..lama tak jumpa kau.." sambung Danial dan terus mendakap erat badan Syafiq, Danial mempelawa Syafiq untuk duduk. "Wey, Fiq, kau kenal Mia?" tanya Danial. Syafiq mengerutkan dahinya, "Nurul Mia Sarah ke maksud kau?" tanya Syafiq semula. "Tak kisah laa, Nurul Mia Sarah ke Mia kea..kau kenal dia tak?" tanya Danial semula. "Kenal, kenapa?" soal Syafiq. "Kau tahu tak, semalam, aku terlanggar dia, bukan main selamba dia je marah-marah aku padahal, dia yang langgar aku dulu.." rungut Danial.
Syafiq tergelak, "So? kau nak aku buat apa kalau aku kenal dia?" soal Syafiq. "Aku nak balas dengan dia.." balas Danial. Syafiq hanya menggeleng. "Kau tahu tak, sebenarnya, Mia tuh baiklah..kau je yang tak kenal dia, kalau aku frust, aku borak-borak dengan dia..hilang masalah aku.." terang Syafiq.
Danial mencebik. "Bagi kau..sekarang, kau tolong aku, macam mana nak cari jalan nak kenakan si Mia tuh.." ajak Danial. "Kau fikirlah sendiri, aku taknak masuk campur..aku dengan dia okay, tak ada masalah.." tolak Syafiq, Danial terus melentokkan kepalanya di atas sofa, dia terus tersenyum. "Yang kau tersenyum macam kerang busuk tuh kenapa?" soal Syafiq pelik. "Aku dah ada idea, siap kau Mia..mampus aku kerjakan kau.." balas Danial, Syafiq hanya menggeleng.
Tiba-tiba pintu diketuk, Danial menyuruh masuk, dia melihat Mia, lalu mencebik. "Haa..nak apa?"tanya Danial acuh tak acuh, "Hai Mia!" balas Syafiq mesra, Mia hanya tersenyum manakala Danial mencebik. "Err..Encik Danial..ni ade akaun pasal perumahan di Perlis.." terang Mia gugup.
"Letak je laa atas meja tuh.." balas Danial malas. Mia mencebik, sebaik kau ni bos, kalau tak, dah lama aku lempang kau..gerutu Mia. "Baiklah.." balas Mia dan berlalu pergi. Danial hanya mencebik, Syafiq hanya menggeleng.


KERETA Myvi putih Mia sampai di perkarangan rumahnya, "Assalamuaalaikum.." ucap Mia. "Waalaikumussalam..lambat kau balik Mia.." tegur Mira yang pelik kenapa Mia pulang lambat hampir pukul 9 malam.
"Aku ada akaun dekat Johor kena siapkan, tuh yang lamba tuh.." terang Mia terus duduk di sebelah Mira. "Ke dating dengan Encik Danial?" usik Mira. Terkejut Mia, "Aku dating dengan mamat sengkek tuh? tak ingin aku.." elak Mia.
"Yelaa tuh, dalam hti, pelik betul lah aku dengan kau ni Mia, stuff-stuff yang lain semuanya minat, tergila-gilakan dia, kau? pelik betul aku.." cerita Mira. "Bukan aku.." sambung Mia. "Kau jangan Mia, tak pasal-pasal kau kahwin dengan Encik Danial nanti.." usik Mira. "Tak ada maknanya.." balas Mia.
"Aku naik atas dulu la..kalau layan kau, sampai esok tak sudah.." balas Mia dan berlalu pergi, Mira hanya menggeleng.


Pagi itu, Mia hanya memakai blaus lengan panjang berwarna pink muda dengan seluar slack hitam dan kasut tumit tinggi berwarna pink, serta tudung sarung berwarna pink, terserlah kecantikannya dengan secalit lipstik.
"Mia masuk bilik saya sekarang.." arah Danial. Mia mencebik. Apa dia nak ni? hadoyy..rungut Mia. Mia masuk ke bilik Danial selepas mendengar arahan masuk. "Duduk.." arah Danial, Mia hanya menurut.
Danial tenung setiap inci muka Mia, comelnya dia..puji Danial. Danial menggeleng dan terus menyingkirkan perasaan itu. Mia mula tidak sedap hati dengan cara pandangan Danial terhadapnya. "Ada apa Encik Danial panggil saya?" soal Mia mematikan lamunan Danial.
Danial berdehem. "Saya nak awak jadi setiausaha saya gantikan Lyn..esok saya nak awak mula.." balas Danial tujuan dia memanggil Mia. Tersentak Mia. "Aik? asal saya pulak? taknak..saya taknak.." rungut Mia mendengus.
"Saya bos ke awak? ikut je laa apa yang saya suruh..ke awak nak saya report dengan papa saya suruh pecat awak?" tanya Danial. Mia tersentak, terkejut dia mendengar perkataan pecat yang keluar dari mulut Danial.
Mana taknya, selepas perginya arwah ayah dan ibunya, tempat kerja itu sahaja tempat dia bergantung. "Haa..yelaa-yelaa..tapi saya nak kerja dua, sebab saya ketua akauntan syarikat ni..semuanya bergantung pada saya.." terang Mia.
"Okay..it's up to you..awak boleh mula esok..Lyn, masuk bilik saya.." panggil Danial melalui interkom. Lyn terus masuk ke pejabat Danial selepas mendengar arahan masuk. Terkejut dia melihat Mia di dalam. Lyn hanya memberi jelingan yang tajam. Mia buat-buat tidak nampak.
Meluat sungguh dia melihat pakaiaan Lyn yang ketat-ketat dan senteng itu. "Ada apa Encik Danial panggil saya?" ranya Lyn gedik. "Saya nak awak pindah ke kerani bawah, Mia akan gantikan awak.." terang Danial.
Tersentak Lyn. "What?! kenapa pulak?" tanya Lyn tinggi. "Siapa bos awak sekarang? perlu ke awak tahu kenapa?" tanya Danial serius. Lyn sudah merengus sambil memberi jelingan yang tajam kepada Mia. "Awak berdua boleh pergi.." arah Danial, Mia terus berlalu.


"ASSALAMUAALAIKUM.." ucap Mia selepas masuk ke dalam rumah dan terus menghenyakkan punggungnya ke sofa. "Waalaikumussalam..macam mana tadi? okay?" tanya Mira. "Macam mana apa? okay apa?" soal Mia semula pelik.
"Tadi laa..aku dengar kau kena panggil dengan Encik Danial..dia suruh kau buat apa?" tanya Mira balik. "Owh..benda tuh..dia suruh aku jadi setiausaha dia, rimas betul.." rengus Mia. "Hah? habis asal kau terima?" soal Mira pelik.
"Terpaksa..kalau tak dia bagi tahu Tan Sri Idris suruh aku kena pecat, kau tahu kan, aku tak ada siapa lagi...kalau kena pecat, susah pulak nanti.." terang Mia, Mira hanya mengangguk. "Habis Lyn macam mana? kerja kau macam mana? kau tuh dah lah ketua akauntan.." rungut Mira.
"Aku kerja dua..setiasusah dengan ketua akauntan..Lyn, kena pindah kerani bawah.." terang Mia lagi. "Aku naik dulu la..penat..bubyee.." sambung Mia dan terus ke biliknya, Mira hanya mengangguk tanda mengerti, bukan senang mahu menjadi seorang ketua akauntan.


PAGI tuh, Mia agak lambat sedikit. Danial mula resah Mia tidak muncul-muncul lagi. "Lyn, Mia dah datang?" tanya Danial melalui interkom. "Belum.." balas Lyn meluat. "Nanti dia sampai suruh dia masuk bilik saya.." arah Danial. "Okay.." balas Lyn.
Mia muncul dari lif dengan blaus lengan panjang berwarna ungu muda dengan tudung putih, seluar slack putih berserta kasut tumit tinggi berwarna ungu. "Woii, perempuan biadab! Encik Danial suruh kau masuk bilik dia sekarang.." teriak Lyn.
Mia mula rasa geram. Mana taknya, boleh pula dia tertinggal tas tangannya yang mengandungi henfonnya, dia sempat mengambil bag dompetnya yang dibimbit kemas di tangannya. "Apa biadab-biadab? kau tak adab ke hah?" marah Mia. "Suka hati aku lah nak kata kau apa-apa pun..aku punya mulut.." balas Lyn gedik. "Mulut kau tuh jaga sikit..tak pasal-pasal mulut kau cium lantai pejabat ni nanti..”tengking Mia.Danial yang mendengar jeritan Mia terus keluar dari pejabat.
“Mia! Lyn! Kenapa bising-bising ni?! Tak tahu ke sekarang waktu pejabat..”tengking Danial. “Bos, Mia ni yang tiba-tiba serang saya..saya cakap dengan dia elok-elok..”ngadu Lyn manja.Danial memandang Mia dengan pandangan tajam.
“Mia, get into my room now!”tengking Danial.Mia merengus, Lyn hanya tersenyum mengejek, Mia membalas dengan jelingan tajam.Mia masuk ke bilik Danial.Danial memandang Mia dengan serius tanpa berkelip.
Mia tidak menunjukkan riak takut, bag dompetnya masih dibimbit kemas olehnya. “Apa yang awak dah buat dekat Lyn?!”tanya Danial serius. “Encik Danial, Encik Danial tidak boleh menuduh saya melulu tanpa bukti, masalahnya, Lyn tuh yang tiba-tiba kata saya perempuan biadab? Kurang ajar la tuh…”terang Mia.
“Memang betul apa yang Lyn tuh cakap! Awak memang biadab, masuk pejabat pun lambat, mak bapak awak tak ajar ke hah?!”tengking Danial, Mia tersentak, “Encik Danial, kalau nak hina saya, saya tak marah, tapi jangan hina mak bapak saya..saya letak jawatan sekarang..”balas Mia dan berlalu pergi.
Danial meraup wajahnya, dia melihat bag dompet Mia.Hatinya tergerak untuk membuka bag dompet itu, alangkah terkejutnya dia bila melihat sekeping kertas yang menulis ‘Mia sayang arwah ayah dengan mama’, apa aku da buat ni? Aku da kecewakan dia..aku nak usik dia, tapi kenapa aku boleh sakit kan hati dia? Soal Danial dalam hati buntu.
Danial terus bergegas keluar dari pejabatnya. “Lyn, nampak Mia?”soal Danial, Lyn hanya mengangkat bahu sambil mencebikkan bibirnya.Danial terus berlalu dan melihat Mira yang masuk ke dalam lif, dia terus menahan Mira.
“Mira, Mia mana?”soal Danial tergesah-gesah. “Dia kata dia pergi Pantai Botanikal..”balas Mira.Mira dapat gesa ada yang berlaku terhadap Mia, Mia seorang yang suka membawa diri. “Terima kasih..”balas Danial dan berlalu pergi.Mira hanya mengangguk.
Danial meluncur laju dengan keretanya ke Pantai Botanikal.Danial meraup wajahnya beberapa kali, perasaan serba salah menyilinap masuk ke dalam hatinya, kenapa dengan aku ni? Kenapa aku sakit kan hati dia? Bukan sebenarnya aku nak kenakan dia ke? Haaaiiisshh! Soal Danial dalam hati.
Danial memarking keretanya di sebelah kereta Mia, Danial terus keluar mencari kelibat Mia, dari jauh, Danial dapat melihat sesusuk tubuh kecik sedang duduk di atas bangku kayu sambil melihat ombak-ombak yang bergelora, Danial terus bergerak ke arah Mia.
“Hai Mia..”ucap Danial lembut, Mia berpaling sekilas. “Waalaikumussalam..”balas Mia selamba.Danial hanya tersengih, “lupa pula..assalamuaalaikum..”ucap Danial.Mia menjawab acuh tak acuh.
“Mia, Mia marahkan Danial ke?”soal Danial.Mia mengerutkan dahinya, apsal pulak dia tiba-tiba panggil aku nama-nama ni..errgghh.. “tak, betul la Encik Danial cakap, saya ni biadab..”rajuk Mia tanda protes. “Mia, Danial nak minta maaf, Danial tak tahu pun yang pasal mak dan ayah Mia..sorry ye? Danial janji tak buat lagi..”janji Danial lembut sambil mengangkat sumpah.
“Saya dah lama maafkan Encik Danial..tapi saya tetap nak letak jawatan..”balas Mia tanpa berpaling memandang Danial.Danial tersentak. “Mia..please..janganlah letak jawatan..ye?”pujuk Danial lagi.Mia tidak menjawab. “Mia..please..Danial janji tak buat lagi..”pujuk Danial lembut.
Mia berpaling memandang pemuda tampan berbadan sasa dan tinggi lampai di sebelahnya. “Janji?”tanya Mia ingin kepastian. “Janji sayang..”balas Danial selamba.Terkejut Mia. “Apa sayang-sayang? Kalau tak bercinta tak boleh sayang-sayang tauu..”rungut Mia. “Sorry-sorry..Mia, panggil je Danial, Danial yee..takyah laa encik-encik..formal sangat..iya?”soal Danial ingin kepastian.Mia pantas  mengangguk.
Mia terus pulang ke rumah apabila jam berganjak ke pukul 8 malam. “Assalamuaalaikum..”ucap Mia terus menghenyakkan punggungnya ke sofa. “Waalaikumussalam..haa..best kena pujuk dengan Encik Danial?”usik Mira.
“Macam mana kau tahu?”soal Mia pelik. “Kau cuba fikir balik macam mana Encik Danial boleh tahu kau dekat Pantai Botanikal tuh? Waktu aku nak naik pejabat, dia yang tanya aku kau pergi mana..”terang Mira. “Ouh..”balas Mia.
“Kau tahu tak, dekat pejabat tuh, dah kecoh pasal kau dengan Encik Danial, ada apa-apa ke?”usik Mira. “Ada apa?”soal Mia tidak tahu. “Alaaa..kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu..”balas Mira.Mia mencebik. “Tak ada apa laa..”balas Mia acuh tak acuh.
“Kau jangan Mia, tak pasal-pasal kau dengan dia kahwin nanti..”usik Mira lagi. “Takde maknanya..”balas Mia. “Hmm..apa-apa je laa, Mia..jadi ke kau letak jawatan?”soal Mira.Mia menggeleng, Mira tersengeh.
Berkerut dahi Mia. “Tgk tuh? Dah kena pujuk dengan Encik Danial kita, terus tak jadi..”usik Mira, Mia menjelirkan lidah dan terus naik ke atas, aku doa kau dengan Encik Danial Mia!


p/s : smbong-2 :D

No comments:

Post a Comment