Saturday 7 January 2017

EFEK DOSA PADA MENTAL






EFEK DOSA PADA MENTAL








Apakah dosa memberikan kesan pada mental? Mustahil dosa tidak memberikan kesan pada pemikiran apabila memberikan kesan pada rohani dan jasmani.


Kita Terganggu

Fikiran kita terganggu dengan dosa. Kita hilang fokus. Dosa membuatkan hati resah, manakala hati yang resah sudah tentu menyebabkan akal kita tidak mampu memberikan perhatian.

     Timbangan akal juga turut dikelabui oleh dosa. Kita berasakan dosa itu satu perkara biasa dan tidak bermasalah. Lantas, kita tidak mampu membezakan perkara baik dan buruk dalam kehidupan kita.

     Akhirnya, kita dibiasakan dengan efek buruk dosa pada rohani dan jasad, sekali gus merosakkan kita.


Apabila Terbiasa, Fikiran Menjadi Kotor

Sekiranya hati menjadi gelap, fikiran juga menjadi kotor. Pernahkah kita berkawan dengan orang yang suka mencarut ataupun suka berbicara perkara lucah?

     Semuanya kerana fikirannya sudah diracuni oleh dosa. Ia menjadi sebahagian daripada darah dagingnya. Ini kerana, apabila ditimpa musibah seperti tersepak batu ataupun dikasari, dia terlebih dahulu melafazkan carutan.

     Ini disebabkan fikiran di bawah paras sedarnya sudah dikotori.


Tiga Serangkai, Tidak Terpisah

Mental yang sihat datang daripada rohani dan jasad yang sihat. Sekiranya rohani dan jasad dikotori dengan dosa, mental juga pasti terkena kesan yang sama.

     Mental yang tidak sihat, minda mereka kurang memikirkan perkara positif dan sering memikirkan yang negatif sahaja. Jauh daripada memikirkan kebesaran Allah SWT, kekuatan-Nya, keindahan-Nya, dan keluasan keampunan-Nya.

     Orang yang dilumuri dosa sukar memikirkan kebaikan.




N / F : DARIPADA "UNTUK KITA PENDOSA, HARAPAN SELALU ADA", OLEH HILAL ASYRAF.



No comments:

Post a Comment