Friday 26 June 2015

ALLAH CURES THE HEARTS








Darkness in the heart brings sadness, darkness in the heart brings depression, darkness in the heart brings stress. But light and noor brings happiness, light and noor brings comfort, light and noor brings calmness and tranquaility.

We have the wrong understanding of comfort and tranquaility, we think that money is happiness, we think that power is happiness, Wallahi Allah knows no one is happy with just money and no one is just happy with fame.

You hear every single day the richest commit suicide, why? The most famous people are on drugs, why? If they were happy why do they go on drugs for? If they were happy with the money they have, why do they commit suicide for?

Dunya is their worry, dunya is their stress, dunya is their concern. But SubhanaAllah, you're mu'min, you're a believer. That's your concern every single day is how to please Allah Azza Wajalla. You sleep the best sleep, you wake up the best, you eat the best your heart is the best.

SubhanAllah.

When you please Allah Azza Wajalla, Allah puts happiness in your hearts, when you please Allah SWT, Allah makes you content, when you please Allah SWT, Allah Azza Wajalla brings you satisfaction. When you please Allah Azza Wajalla, Allah will make you from amongst those who is happy. Allah will relief you stress. Allah will take away your depression. Allah will make you concern at matters that are worthy to be concerned.

Wallahi, yes. There are moments that we are stressed. Wallahi my brothers and sisters our only way of happiness and relieving stress from us is to please Allah Azza Wajalla. Turn to Allah and Allah will turn to you, be with Allah and Allah will be with you. Do the righteous deeds and actions and Allah will give you happiness.

If you are stressed, fear Allah Azza Wajalla and Allah will make an opening for you. If you are stuck in a problem, fear Allah and Allah Azza Wajalla will take you out of that problem. If you are depressed, fear Allah and Allah will make an opening for you out of that depression. Rely on Allah and you've got everything, rely on Allah Azza Wajalla and Allah will give you everything. Rely on Allah Azza Wajalla, and Allah will grant you everything.




WALLAHUALAM. 

- THE REAL HIJAB IN ISLAM -


     


FATIMAH [ BAB 1 - CERITA IBU ]




CERITA IBU


Adat kadangkala menuntut amalan yang melebihi batasan akal. Walhal adat adalah rekaan dan persetujuan sejumlah manusia yang berkiblatkan akal, lantas diamalkan secara meluas dengan mengatakan adat itu adalah kewajipan. Kepercayaan itu menjadi darah daging dan ditokok tambah pula oleh mereka yang mahu mengambil kesempatan.

     Bening....

     Suasana semenanjung tanah Arab hanya dihiasi dengan puing-puing semilir yang berbahasa bahang. Dari kejauhan, mata manusia sering tertawan dan tertipu dengan jelaga fatarmogana. Fatarmogana bagaikan harapan di tandus pengharapan, di tandus jiwa yang walang. 

     Namun di sini, terdapat bangsa yang menjadi penjaga dan pengguna tanah tandus berbahang ini. Mereka hidup, membesar, berperang, dan berniaga di sini semenjak daripada datuk mereka Ibrahim datang meluaskan perintah Tuhannya. Perintah supaya mengasingkan isteri yang mudah bersama anaknya yang masih merah, Ismail.

     Lembah yang akhirnya membawa berkat dan dinamakan Lembah Barakah.

     "Sekiranya begitu, dari mana Ibrahim sebenarnya?" tanya budak lelaki itu kepada ibunya.

     Ibunya tersenyum manis, anaknya itu adalah kebanggannya keluarganya.

     "Ibrahim asalnya tinggal di Palestin, jauh di seberang Laut Merah sana. Namun atas arahan Tuhannya, beliau mendatangkan Siti Hajar dan anaknya Islam ke sini."

     "Kemudian...," anak itu mula mendesak, meminta ibunya meyudahkan cerita itu.

     "Kemudian, mereka sampai di satu lembah gersang yang dikelilingi bukit-bukau yang tiada sebarang pohon tanaman dan makanan. Sejurus sahaja sampai, Ismail dan ibunya ditinggalkan di sana."

     "Mengapa mereka ditinggalkan? Sanggup bapa mereka meninggalkan mereka dalam keadaan itu?"

     "Hal yang sama ditanyakan kepada Ibrahim oleh isterinya, Siti Hajar. Namun, Ibrahim menjelaskan tindakannya itu adalah perintah Tuhan. Kemudian, Siti Hajar akur, katanya sekiranya tindakan itu adalah perintah Tuhan maka tunaikan sahaja."

     "Apa yang terjadi selepas itu? Adakah mereka mati kelaparan dan kehausan?"

     Si ibu yang menguli tepung gandum bagi dijadikan roti itu menyambung.

     "Anakku, cuba kamu bayangkan kota Mekah ini tanpa manusia kecuali kamu dan ibu sahaja. Bangunan dan rumah-rumah tiada, bekalan makanan dan minuman juga tiada. Apa yang terjadi?"

     Si anak menggaru-garu kepala, "Kita mati, ibu. Mati... mana mungkin mampu kita hidup dengan keadaan demikian!"

     Ibunya kembali tersenyum, terhibur dengan kebijaksanaan dan kepetahan anaknya itu.

     "Di sini bermulanya kisah yang masyhur itu, anakku." Si anak semakin tekun memasang telinga.

     "Apabila Siti Hajar dan anaknya ditinggalkan Ibrahim, Ismail kelaparan dan mula menangis sedangkan pada masa yang sama susu Siti Hajar kering kerana dia tidak minum dan makan."

     Si anak mula menongkat dagu.

     "Ismail menangis dengan hebatnya, Siti Hajar mula kekalutan dan keresahan. Ismail yang cuba ditenangkan memberontak dan menzahirkan naluri anak-anak kecil. Siti Hajar kebuntuan sambil hatinya tidak putus-putus berdoa kepada Tuhan. Suaminya sudah jauh pergi. Sesak, sebak, pilu, sedih kian mencengkam dirinya."

     "Tiba-tiba dia bangkit, sesuatu haru dilakukan. Dia tidak mahu duduk di situ sahaja, Ismail lantas ditinggalkan di satu tempat dan dia berlarian ke satu arah yang disangkanya adalah air. Dia lantas berlari namun hampa. Dipalingkan pandangannya ke belakang, ada pula bayangan air di situ lantas dia pun berlari-lari kembali dan setibanya di sana, rupanya hanya jelaga fatarmogana."

     Si ibu meneguk liur lantas menyoroti wajah anaknya yang kian kelam itu, "Kamu tahu, anakku? Berapa kali Siti Hajar berlarian dan berulang-alik dari Bukit Safa dan Bukit Marwah?"

     Si anak menggeleng deras.

     "Tujuh kali, tujuh kali anakku... berulang-alik tanpa henti. Apakah maksud dan gambaran yang dapat kita pelajari?"

     Si anak tidak mampu berkata apa-apa, dirinya terkesima dan terkesan dengan cerita ibunya itu.

     "Kesabaran, ketabahan, ketaatan dan usaha!" Tegas nada ibunya. "Kita adalah bangsa yang ditakdirkan menetap di padang pasir yang tandus ini. Dengan rahmat Tuhan kawasan padang pasir ini dilimpahi dengan pelbagai rahmat. Saban tahun dikunjungi orang ramai dari seluruh pelosok tanah Arab ini."

     Si anak mengangguk-angguk, seketika dia berkata, "Ibu, sudahkanlah ceritanya. Apa yang terjadi kepada Ismail? Apakah mereka mati dan menjadi tulang-temulang di situ."

     Ibunya mengambil nafas dan lantas menyambung bicara, "Tatkala ibu Ismail berlarian antara Bukit Safa dan Bukit Marwah, Ismail masih menangis kelaparan dengan hebatnya. Dalam waktu yang sama, Ismail menghentak-hentak tumitnya ke tanah. Selepas beberapa ketika dengan takdir Tuhan yang maha kuasa, satu keajaiban berlaku."

     Mata si anak terbeliak, "Segerakanlah, apa yang berlaku ibu?"

     Dirinya kelihatan terdesak.

     "Terpancutlah daripada tanah itu mata air yang melimpah-limpah. Siti Hajar yang kemudiannya menyedari kejadian itu segera mendapatkan Ismail dan menggunakan air itu untuk dirinya dan Ismail."

     "Apakah selepas itu mereka tinggal di situ, ibu?" soal si anak kembali melembutkan suaranya.

     "Ya, mereka tinggal dan menetap di situ. Dibinakan rumah dan kisah air itu cepat tersebar. Para musafir dan kafilah pedagang wajib singgah apabila melalui lembah itu. Ada juga yang kemudiannya mengambil keputusan untuk menetap di sana. Lama-kelamaan penempatan atau lembah yang dikenali sebagai Mekah itu semakin tersohor dan menjadi kecemburuan mereka di luar kawasan itu."

     "Ini bermaksud, Ibrahim dan Ismail adalah moyang kita dan Telaga Zamzam adalah punca air yang dulunya ditemui oleh Ismail, benarkah ibu?"

     Ibunya segera mendapatkan anaknya itu lantas dicium kedua-dua pipi dan dahinya. "Kamu ini bijak sungguh, semoga kamu menjadi insan yang disirami kebenaran dan kemasyhuran apabila dewasa kelak."

     Tiba-tiba kedengaran pintu rumah mereka diketuk beberapa kali.

     "Pasti ayah kamu yang pulang. Ayuh, segera siapkan diri, nanti kita makan bersama-sama," kata si ibu kepada anaknya. Anak yang cerdik itu segera menuruti perintah ibunya.

     Pintu dibuka dan susuk tubuh lelaki Arab yang berjubah labuh dengan lilitan serban masuk ke dalam rumah. Wajahnya kelihatan kusam dan keletihan, namun digagahkan senyum apabila si isteri datang kepadanya.

     Segenap ceruk rumah diimbasnya lantas bertanya kepada si isteri, "Di manakah jantung hati kita?"

     Si isteri tersenyum bahagia walaupun kelelahan bekerja masih tersisa.

     "Sibukkah hari ini? Banyak barang dagangan yang masuk?"

     "Syukur, banyak juga. Tambahan pula semenjak dua tiga bulan ini, perniagaan dari dalam dan luar memberangsangkan, tidak menang tangan kami dibuatnya."

     Kemudian si ayah bersiap dan membersihkan diri, anak dan isterinya sudah menunggu di ruangan makan.

     Sambil makan mereka berborak berkenaan dengan aktiviti harian masing-masing.

     Si ayah mula bertanya kepada anaknya itu, "Apa yang kamu buat pada hari ini?"

     "Saya tidak ke mana-mana, cuaca panas di luar sana. Saya hanya menemani ibu di rumah."

     "Baguslah, tetapi ingat, kamu adalah lelaki dan kebanggaan keluarga ini, jangan sampai kamu dikatakan seperti perempuan, asyik berkurung di dalam rumah. Sekurang-kurangnya kamu harus mahir berlawan pedang, memanah dan menunggang kuda. Aib bagi kita orang Arab Quraisy sekiranya tidak menguasai kemahiran itu."

     Anak itu diam, mengangguk.

     Si ibu yang turut berada di situ mencelah, "Bukan dia tidak mahu keluar, saya yang melarangnya."

     "Mengapa?"

     "Tadi saya ceritakan kepadanya perihal susur galur dan leluhur orang Arab Quraisy serta kisah-kisah nenek moyang kita. Persis orang tua kita dahulu menceritakannya kepada kita."

     Si isteri tersenyum, suaminya turut tersenyum. Roti gandum yang dibuat sendiri dan buah tamar dan air dingin dari telaga zamzam yang nyaman itu berselang-seli disua ke mulut masing-masing.

     Si ayah bertanya pula kepada anaknya, "Jadi, kamu sudah tahu sejarah air telaga zamzam dan Kaabah?"

     Dia menjawab segera, "Sejarah telaga zamzam, sejarah moyang kita Ibrahim dan Ismail sudah diceritakan, namun kisah pembinaan Kaabah belum."

     "Nanti, mintalah ibu kamu ceritakan kisah pembinaan Kaabah dan ia hampir dimusnahkan oleh tentera bergajah Abrahah dari Syam."

     Si anak mengangguk teruja, pandangan dialihkan kepada ibunya seakan bertanya, "Bolehkah? Bila?"

     Si ibu hanya membalasnya dengan senyuman.

     Topik perbualan beralih.

     "Bagaimana urusan perdagangan kita, adakah berjalan dengan baik?" tanya isterinya santun.

     "Baik-baik sahaja, bahkan lebih baik daripada sebelum ini. Seperti yang saya nyatakan petang tadi, dua tiga bulan kebelakangan ini semua pedagang kota Mekah mendapat untung besar."

     "Apakah sebabnya?"

     "Tidak dapat dipastikan, namun saya perasan sejak Muhammad, anak kepada Abdullah dan Aminah, cucu kepada Abdul Mutalib bekerja dengan saudagar yang dermawan Khadijah, keadaan ini berlaku."

     Anak mereka yang masih berada di situ segera bertanya, "Siapakah Muhammad itu, ayah?"

     "Muhammad itu adalah anak saudara kepada Abu Talib. Sebelum dia bekerja dengan Khadijah, dia terlebih dahulu bekerja dengan pak ciknya itu. Beliau pernah menggembala kambing dan mengikuti pak ciknya berdagang ke negeri Syam."

     Si anak kembali teruja, "Menarik, hebatnya beliau."

     "Ya, beliau memang orang yang istimewa. Ayahnya sudah meninggal sejak dirinya di dalam kandungan. Beliau kemudian dipelihara ibunya dan diserahkan kepada Halimatun Saadiah bagi disusukan sehingga umurnya lima tahun. Selepas itu, Muhammad kembali bersama ibunya, Aminah. Mereka pergi ke Yathrib bagi melawat kubur dan saudara-mara bapanya. Takdir Tuhan, ibunya sakit dan meninggal di pertengahan jalan. Semenjak itu Muhammad dibela oleh datuknya, kemudian datuknya pula meninggal tatkala umurnya dua belas tahun."

     Si anak memandang ibu dan ayahnya, "Saya bernasib baik kerana ibu dan ayah masih ada. Sekiranya ibu dan ayah tiada, tidak tahu apa yang terjadi kepada saya."

     Si ibu dan ayah kanak-kanak lelaki itu terharu, anak mereka itu dipeluk dan dicium dengan penuh kasih sayang.

     "Jadi sekarang Muhammad tinggal di mana?"

     "Selepas ayah, ibu dan akhirnya datuknya meninggal dunia, Muhammad sekarang dipeliharan oleh bapa saudara yang sangat menyayanginya iaitu Abu Talib. Beliau sekarang bekerja dengan Khadijah, hartawan yang dermawan itu."

     Si ibu mencelah, "Saya juga ada mendengar cakap-cakap, sejak Muhammad menguruskan perniagaan Khadijah, perniagaan mereka semakin maju dan berjaya. Keuntungan dengan keuntungan dibawa pulang."

     "Itulah saya katakan, bukan perniagaan Khadijah sahaja yang maju, bahkan perniagaan seluruh penduduk Mekah juga maju sama." Si suami menegaskan.

     Tiba-tiba si anak dengan lantang berkata, "Sekiranya begitu, saya mahu menjadi seperti Muhammad. Saya mahu menjadi orang yang dipandang mulia oleh orang ramai."

     Ibu dan ayahnya hanya tersenyum girang....

     "Ayah, ceritakanlah lagi perihal Muhammad."

     Si ayah mula menyusun bicara, "Muhammad adalah orang yang mulia, jarang bercakap benda yang lagha, amanah dan baik hati. Ketika ini, sekiranya mahu mencari orang muda sepertinya adalah sangat susah dan tipis harapan."

     Anaknya tekun mendengar.

     "Muhammad itu satu-satunya orang Arab yang diberi gelaran al-Amin. Al-Amin bermaksud yang benar. Muhammad tidak pernah berbohong walaupun sekali. Beliau menghormati orang yang lebih tua daripadanya dan masyarakat Mekah keseluruhannya menyayangi dan mengasihinya."

     Anak mereka menyuarakan rasa hati, "Ayah, temukanlah saya dengannya. Mendengar perihal beliau sahaja sudah menggambarkan kemuliaan hatinya. Saya mahu berkenalan dengan ayahnya."

     Si ayah mengangguk lantas menyambung, "Selain itu, beliau gagah dan tampan. Pandai memanah, berlawan dan menunggang kuda. Suaranya juga merdu, dan sememangnya dia adalah manikam kalbu bangsa Arab.

     Si ibu mendekatkan diri kepada anak dan berkata, "Ibu doakan anak ibu menjadi seperti Muhammad."

     Begitulah nama Muhammad, orang mulia yang hidupnya dipenuhi dengan dugaan. Beliau mendapat kemuliaan dan pujian atas sifatnya yang terpuji.

     Muhammad pernah mendamaikan pergaduhan suku kaum Arab apabila Mekah dilanda banjir dan batu Hajaratul Aswad, iaitu batu hitam pada dinding Kaabah tertanggal. Perebutan berlaku semasa mahu meletakkannya kembali.

     Akhirnya satu cadangan diutarakan, "Kita lihat pagi esok, orang yang pertama datang ke dalam kawasan Kaabah ini bagi beramal, dialah orang yang layak meletakkan kembali batu hitam ini."

     Keesokannya harinya, ternyata Muhammad menjadi orang yang pertama sampai ke dalam kawasan Kaabah. Dia lantas diminta menyempurnakan tugasan meletakkan batu Hajaratul Aswad itu.

     Kebijaksanaannya dalam mencari solusi permasalahn itu memberikan rasa puas hati kepada semua orang.

     "Muhammad kemudian menanggalkan serbannya dan meletakkan Hajaratul Aswad di atasnya. Beliau kemudiannya menjemput keempat-empat suku bani Arab yang terbesar bagi bersama-sama mengangkatnya. Dengan itu semua orang berpuas hati," cerita si ayah panjang lebar.

     Saat itu, si ayah dan ibu mendapati anak lelaki mereka itu sudah hanyut dibuai mimpi berselimutkan sejarah bangsa Arab.

     Ibu kanak-kanak itu kemudian mendapatkan suaminya, saat itu bayu malam tanah Arab yang damai dan sejuk mencengkam sanubari dan tulang-temulang penduduknya. Bahang yang membara di siang hari bermakna sejuk terlampau pada sebelah malamnya.

     Cuaca itu beriringan dengan pertukaran siang kepada malam, saat matahari dengan rela turun dari singgahsananya tanpa sebarang unsur ingkar dan rembulan pula sedikit ke puncak takhta tanpa bongkak diri dan ujub sekelumit pun.

     Bebintang kelihatan menghiasi, bagaikan lasykar langit yang berkawal daripada diceroboh sesiapa sahaja. Kadangkala garang, kadangkala pula lembut sinarannya. Namun, bebintang bukan sekadar hiasan malah dijadikan Tuhan dengan penuh hikmah gunaan.

     Si isteri punya perkara yang mahu diberitahu kepada suaminya. Dilihat suaminya sudah sedia dan santai mahu beradu, lantas dia mendatangi dan bertanya lembut.

     "Wahai kanda, mohon bertanya kepada kanda."

     Sambil tersenyum manis, si suami menjawab, "Silakan, tiada apa yang perlu digusarkan bagi bertanya."

     "Begini, saya mendengar dari cakap-cakap orang, Muhammad itu tidak menyembah berhala. Benarkah?"

     Si suami sedikit tersentak, tidak terjangka dirinya soalan itu. Dia yang tadinya baring terus terbangun.

     "Sebenarnya, itu juga yang bermain dalam hati saya. Apakah benar Muhammad beramal dengan caranya sendiri tanpa merujuk kepada adat resam moyang kita?"

     "Adat resam yang salah dan sesat. Adat resam yang direka oleh mereka yang berkepentingan?" keras sedikit nada tingkahnya.

     "Apa yang dapat kita buat? Ia sudah menjadi amalan zaman berzaman."

     "Muhammad. Ya, Muhammad... apakah ada sinar ke dalam zulmat ini yang mahu kamu kongsikan kepada kami...."




P/S : DIPETIK DARIPADA BUKU SRIKANDI-SRIKANDI YANG BENAR, DITULIS OLEH ZAHIRUDDIN ZABIDI.