Thursday 29 December 2011

BAHAGIA MILIK KITA BAB 5

“Haaahhhh!!!”sergah Danial. “Makkk!”teriak Mia sambil mengusap dadanya. “Mia, Mia okay kea? Sorry laa..Danial saja je nak usik Mia, tak sangka pulak jadi macam ni..”kesal Danial. “Haiiissshh~ Danial ni, tak reti bagi salam ke? Terkejut Mia, kalau orang yang sakit jantung pun, boleh mati tau..lagi-lagi kalau orang yang tenat, terus die tau..”balas Mia.


Danial hanya tersengih, “Sorry..”balas Danial sambil tersenyum, Mia hanya membalas seadanya. “Hmm..Mia, Fiq mana?”tanya Danial.Mia mula serba salah, kejadian semalam membuatkan dia dan Syafiq jarang bercakap.Tidak seperti sebelum ini. "Dia pergi tgk tiket kita.."balas Mia perlahan.


Danial hanya mengangguk, dan terperasan dengan wajah Mia yang kelat.Danial hanya diam tidak mahu menganggu.Syafiq datang dan menyerahkan tiket dan bergerak ke balai berlepas, Danial mula terfikir sesuatu.


“Kejap-kejap..Mia nak duduk dengan siapa ni? Tak kan nak bagi Mia duduk dengan orang lain..bahaya..Mia pilih laa..”tanya Danial berdegup. Fiq ke Danial? Kalau Fiq, aku malu lagi pasal semalam, Danial? Okay kod..takde masalah..Danial je laa..gerutu Mia dalam hati.


“Hmmm..Danial laa..”balas Mia sambil menundukkan kepala, Syafiq hanya tersenyum.Danial tersenyum bahagia. Hai..senangnya dalam hati..nyanyi Danial dalam hati, dari masuk ke balai berlepas, sehingga sudah berlepas pun, Danial tidak berhenti-henti tersenyum.Bahagia sungguh dia ketika itu.
Di dalam kapal terbang, tiada sebutir bicara pun yang keluar dari mulut Danial mahupun Mia.Mia sudah menunjukkan wajah bosannya. 



“Hmm..Danial nak tanya sikit boleh?”tanya Mia sambil memandang wajah Danial sekilas.Danial mengangguk. “Kita nak jumpa klien yang mana ni?”soal Mia. “Tan Sri Tajuddin..”balas Danial. “Yang mana satu?”tanya Mia lagi. “Errgg..bapa bekas tunang Danial..”balas Danial perlahan. “Tapi Danial taknak jumpa dia, Danial Cuma nak jumpa bapa dia je..”sambung Danial.Mia diam.Dia dapat merasakan pasti inilah bekas tunang yang diperkatakan oleh Mira tempoh hari.


Dengarnya, telah ditipu oleh bekas tunangnya itu.Bekas tunangnya, lari ke UK ikut lelaki lain. Nak tanya ke namanya? Lupa pulak nak tanya nama bekas tunang Danial ni dekat Mira..takyah tanya dialah..muka macam nak marah jee..gerutu Mia dalam hati. Mia mula terasa mengantuk dan tertidur.Danial melihat Mia tidur.Dia terus merenung wajah comel Mia.Comelnya Mia ni..Kalau aku dapat..untung betul..puji Danial.Tiba-tiba, kepala Mia sudah terlentok ke bahu Danial.Danial hanya tersenyum melebar.


SELEPAS sampai di airport singapura, Mia, Danial, dan Syafiq terus diambil oleh pihak hotel untuk menuju ke hotel mereka.Danial yang menempahnya.Mereka hanya diam, Mia mula rasa bosan.Mukanya menampakkan wajah yang sungguh bosan.


“Danial, kita stay dekat mana? Dekat hotel kea?”tanya Mia mulakan bicara, Danial hanya tersenyum. “Taklah..”balas Danial selamba. “Aik? Habis, dekat mana?”tanya Mia pelik. “Dekat dalam hutan tebal..”usik Danial tapi dengan wajah bersahaja.Tersentak Mia.


“Hahh?! Yeke? Taknak laaa..Mia tak suka laa..dah laaa, nak balik..kod-kod ade ular ke..harimau ke..”balas Mia separuh menjerit dengan bendulnya.Danial sudah gelak terbahak-bahak.Syafiq hanya tersenyum. “Takde laa..dekat hotel laa..apalah Mia ni..tak sangka Danial, rupanya Mia ni bendul jugak ye..”balas Danial dengan sisa tawanya.


Mia menjelirkan lidah dan membuat muka masamnya, merajuk barangkali. “Alaaa..Mia marah ke? Danial gurau je..Kita tinggal dekat Hotel Bayu Island..”pujuk Danial.Mia masih membatu. “Dekat tepi pantai tauu..”sambung Danial.


Mia terus melonjak gembira, Danial hanya tersenyum.Sebenarnya, Danial tahu bahawa Mia memang suka duduk di tepi pantai, maklumat ini dapat daripada Mira.Semuanya dicungkil daripada Mira.Selepas 1 jam, akhirnya mereka sampai di Hotel Bayu Island.Mia terus menerjah keluar. “Waaahhhh!! Bestnyaa!”teriak Mia. “Suka tak?”tanya Danial ingin kepastian. “Suka sangat-sangat!”teriak Mia lagi terpaut lengan Danial.


Mia terdiam, dia terus meleraikan.Dengan wajah yang kemerah-merahan.Danial hanya tersenyum.Mereka terus bergerak ke lobi.Danial pergi ke kaunter pertanyaan untuk menanyakan tentang bilik yang ditempah khas.Syafiq dan Mia hanya diam, masih tidak berkata apa-apa.


Danial yang melihat adegan itu mula pelik, kenapa dia orang langsung tak bertegur sapa? Danial tertanya dalam hati.Danial terus bergerak ke tempat Mia dan Syafiq sambil tersenyum.Danial menyerahkan kunci bilik masing-masing, terkejut Mia dibuatnya.


VIP?! Biar betul.. “Danial, kenapa VIP?”tanya Mia.Danial mengerutkan dahi. “Kenapa? Mia tak suka kea? Kalau tak suka, mari Danial tukarkan..”balas Danial risau.Mia menggeleng. “Suka, Cuma terkejut je..”balas Mia, Danial mengangguk dan tersenyum, Mia membalas, terpanar Danial.


Nombor bilik Mia 004, Danial 003, dan Syafiq 005.Bilik Mia di tengah-tengah antara Danial dan Syafiq.Mereka terus masuk ke bilik masing-masing.Mia masuk, terpanar Mia. Lawanya..puji Mia.Katilnya yang dipenuhi dengan kelopak bunga ros merah berbentuk hati.


Mia terpegun, semuanya berwarna ungu muda, warna kegemarannya. Bilik air yang dipenuhi dengan bunga kertas di atas sinki.Lawanya..macam dihias macam khas untuk aku pulak..macam puteri pun ada! Angan Mia.Angan Mia terhenti bila mendengar telefonnya berdering.


Pantas dia menjawab. “Hello..”balas Mia. “Hello, Mia..macam mana? Suka?”tanya Danial. “Suka sangat-sangat..lawa gila..tak sangka bilik VIP jenis macam ni..”balas Mia tidak berhenti memuji. “Takde laa..VIP punya biasa je..”balas Danial.Mia mulai pelik. “Biasa? Bilik Mia lawa je..lawa gilerr tauu”balas Mia.Danial tergelak kecil.


Bertambah pelik Mia. “Sebenarnya, Danial yang suruh pihak hotel ni hias bilik Mia..Mia kan tuan puteri Danial..”balas Danial lembut.Mia terpaku, darahnya berderau.Perasaan malu menyinggar masuk ke dalam hatinya.


Thanks, Mia hargai sangat…”balas Mia gagap. “Hmm..baguslaa..almost welcome dear, nanti kita jumpa malam ni ea..Mia rehat okay? Byee..takecare dear..”balas Danial lembut.Mia membalas sebelum mematikan talian.


Mia tersenyum bersendirian.Kenapa kau suka sangat ni? Aku suka dekat Danial kea? Aku cintakan dia ke? Ya! Aku pasti! Jerit Mia dalam hati.Selepas menunaikan solat asar, Mia hanya memakai seluar track suit hitam dan baju lengan panjang berwarna hijau dan tudung sarung berwarna hitam , terserlah betul kecomelannya.


Dia terus bergerak ke pantai.Mia berjalan dan bermain ombak yang bergelora sambil tersenyum.Mia terus duduk di atas pasir dan mendongak pandang ke langit.Perasaan rindu pada arwah ibu dan bapa Mia membuatkan hatinya mula sebak.Tidak semena-semena air matanya jatuh.


"Hey, Mia..”tegur Syafiq.Mia tersentak dan terus memalingkan muka dan mengelap air mata yang merembes keluar. “Hey..”balas Mia lambat. “Mia nangis kea?”tanya Syafiq penuh prihatin. “Mana ada, habuk masuk mata ni haaa..”balas Mia.


Syafiq mengerutkan dahi. “Mia tipu Fiq ea? Dekat pantai, mana ada habuk..pasir adalah..”usik Syafiq. “Haaa..maksud Mia, pasir masuk mata, tuh yang menangis tuh..”balas Mia gagap. “Mia, ada masa, kesedihan kita itu, boleh disimpan dalam hati kita sendiri dan hanya kita yang tahu..tapi ada juga kesedihan yang perlu dikongsi bersama..”nasihat Syafiq.


Mia hanya diam. “Hmm..takde laa..Mia cuma, bila jalan-jalan dekat pantai, teringatkan arwah ayah dan mak..dulu, waktu kecik, mereka selalu bawak Mia jalan-jalan dekat pantai..bina istana pasir..”sayu Mia.Syafiq hanya tersenyum. “Mia kena sabar..Allah lebih sayangkan mereka..”nasihat Syafiq.


Mia mengangguk, “Fiq, jom kita jalan-jalan..”ajak Mia.Syafiq tersenyum dan mengangguk.Mereka berjalan beriringan melintasi pantai.Tanpa mereka sedari, ada mata yang melihat, Danial! Perasaan cemburu menyelinap masuk, Danial terus berlalu dengan perasaan yang bercelaru.


MALAM itu, Mia hanya memakai seluar jeans putih dan blaus berwarna merah hati dan tudung putih berserta kasut tumit tinggi berwarna merah hati.Dan secalit lipstick.Selepas memastikan pakaiannya kemas, Mia terus turun ke bawah tempat yang dijanjikan oleh Syafiq dan Danial tanpa menunggu mereka.


Sewaktu Mia berjalan, tiba-tiba dia dilanggar oleh seorang perempuan seksi, skirt paras paha dan baju tanpa lengan. “Sorry..”ucap Mia. “Kurang ajar..”balas Puteri Qairina Ariana.Mia sudah naik berang. Melampau betul perempuan dungu ni.. dia yang langgar aku, aku dah minta maaf, dia kata aku kurang ajar..siap kau..geram Mia di dalam hati.


“Hai, agak-agak laa dungu..”balas Mia.Qairina terus berhenti jalan dan pusing dan bergerak ke arah Mia dengan wajah yang bengis, Mia tidak menghiraukannya. “Apa you kata i? dungu? Jaga sikit mulut you..”balas Qairina.


Mia mencebik. “Hello! Siapa yang kena jaga mulut? Cik adik ke, saya? Siapa yang kurang ajar dulu? Cik ke saya? Awak yang langgar saya dulu..then, nak cakap saya kurang ajar pulak..okay lagi, saya mintak maaf..susah sangat ke nak cakap maaf?”sinis Mia. “You yang langgar I dulu..entah datang dari mana, dengan pakaian macam minah kampong, ada hati nak nasihatkan i..”ejek Qairina.


Mia sudah geram. “At least, walaupun aku ni minah kampong, aku masih lagi tahu adab-adab memakai pakaiaan yang menutup aurat.Dan walaupun aku takde duit macam kau..aku cukup duit nak beli benang.. daripada kau? Ada duit, tapi tak boleh nak beli baju yang cukup benang..dedah sana sini..huh~”sinis Mia memulangkan paku buah keras.


Mia mula menggunakan beraku kau. “Hey! Mulut you jaga sikit tau!”teriak Qairina sekuat hati.Danial dan Syafiq yang kebetulan lalu di situ, terkejut melihat Mia berada di sebelah perempuan yang menjerit itu.Mereka terus bergerak ke situ.


“Mia, kenapa ni?”soal Danial dan Syafiq serentak. “Ni perempuan dungu ni.. Dia dah langgar Mia, lepas tuh, Mia mintak maaf..lepas tuh kata Mia kurang ajar pulak..kutuk-kutuk orang ni laa itu laa..”mengadu Mia.Danial terus memaling muka menghadap Qairina, Danial terkejut tapi pantas mengawal perasaan marahnya terhadap Qairina.


Qairina juga turut terkejut dengan kehadiran Danial. “Ea..Danial..”balas Qairina terus memaut lengan Danial, Mia mencebik.Syafiq hanya tersenyum melihat wajah Mia, comel! Puji Syafiq.Danial terus menolak kuat tangan Qairina.Mia, Syafiq, dan Qairina tersentak. “Rina, susah sangat ke you nak mintak maaf dekat Mia?”soal Danial serius.


You..dia yang langgar I, so, dialah yang kena mintak maaf dengan i..”gedik Qairina sambil menjeling tajam ke arah Mia, Mia hanya menjelirkan lidah. “No..you, I say you..”tolak Danial kasar.Qairina menghentakkan kakinya.


“Rina, kenapa ni?”soal Tan Sri Tajuddin yang kebetulan lalu di situ. “Ea..Danial..”sambung Tan Sri Tajuddin.Danial dan Syafiq terus menyalam tangan tua itu diikuti oleh Mia. “Ni siapa?”tanya Tan Sri Tajuddin. “Ni pembantu peribadi Danial, Mia..”kenal Danial.


“Comel je haa..”puji Tan Sri Tajuddin.Danial dan Syafiq tersenyum.Qairina mencebik. “Tak sangka uncle dapat jumpa Danial dekat sini..patutnya kita jumpa esok kan..”sambung Tan Sri Tajuddin, Danial mengangguk.Ni ke bekas tunang Danial? Soal Mia dalam hati. “Daddy, apa kata kita ajak, Danial dengan Fiq and this girl dinner sekali dengan kita..”ajak Qairina sambil memandang Mia dengan pandangan yang menjengkelkan.


Danial terdiam. “Haa…good idea Rina..let’s join us..”ajak Tan Sri Tajuddin. Danial hanya mengangguk Mia menurut. Mia duduk di sebelah Syafiq, Danial duduk di sebelah Tan Sri Tajuddin, dan lagi satu telah diduduki oleh Qairina.Qairina memberi jelingan yang tajam.Danial mula tidak selesa bila Qairina merapatkan diri kepadanya.


Selepas makan, mereka berbual-bual kosong dan masuk ke dalam bilik masing-masing.Sebelum naik ke atas, Danial sempat membelikan barang makanan ringan untuk keperluan Mia.Sewaktu Danial hendak masuk ke dalam bilik, dia terkejut melihat pintu yang tidak tertutup.


“Sayang..”panggil Qairina dari atas katil dengan memakai baju satin berwarna ungu yang jarang paras paha. “You buat apa dekat sini? Keluar..”marah Danial. “Sayang..apa kata kita baik macam dulu?”manja Qairina dan terus bergerak ke arah Danial.


No..muktamad keputusan i..i taknak ada hubungan apa-apa lagi dengan you? Faham? And now, get out! Get out!”tengking Danial, Qairina pura-pura menangis. “I akan pastikan you jadi milik i!”teriak Qairina dan berlalu pergi.Danial meraup wajahnya beberapa kali.


Aku kena bertindak, kalau tak, mesti Rina akan buat di luar jangkaan..fikir Danial.Danial terus mencapai telefonnya, dan mendail Tan Sri Tajuddin. “Assalamuaalaikum uncle..”ucap Danial. “Waalaikumussalm, Danial..ada apa Danial telefon uncle ni?”tanya Tan Sri Tajuddin.


“Macam ni uncle, Danial ingat nak batalkan mesyuarat esok..Danial ada hal la..”tipu Danial. “Yeke? Takpe laa..nanti uncle uruskan je..jangan risau ye..”balas Tan Sri Tajuddin ikhlas. “Terima kasih la uncle..buat susah je..okay la uncle, sorry ganggu uncle malam-malam..terima kasih la berbanyak sekali lagi..”balas Danial ikhlas.


“Sama-sama, takde yang susahnya..okay, assalamuaalaikum..”ucap Tan Sri Tajuddin dan terus mematikan talian selepas mendengar jawapan daripada Danial.Danial mengeluh lega.Satu kes selesai..lega Danial, dia terus terlena dengan hati yang puas.


PAGI itu, Mia hanya memakai track suit hitam dengan baju hitam beserta tudung hitam.Masih terserlah kecantikkannya walaupun hanya berpakaian biasa.Mia hendak berjalan-jalan di pantai kerana mesyuarat pada pukul 11, ada masa lagi katanya.


Mia berjalan menyusuri pantai, tiba-tiba dia disapa oleh seseorang. “Seorang aje kea?”tanya Danial.Mia tersentak dan terus berpalingkan muka. “Tak la, dengan burung..”usik Mia sambil menghadiahkan Danial sebuah senyuman yang manis, Danial terpanar dan membalas seadanya.


“Jom Mia, ikut Danial..”ajak Danial. Mia pelik. “Nak pergi mana? Ni pun da pukul 10.. nanti pukul 11 kan nak mesyuarat, Mia pun nak bersiap ni..”terang Mia.Danial tersenyum. “Alaaa..Danial dah batalkan..”terang Danial.


Terkejut Mia. “Batal?! Kenapa pulak?”tanya Mia.Danial terdiam.Dia tidak tahu sama ada perlu atau pun tidak untuk memberitahu Mia kedudukan yang sebenar. “Saja..jomlah..”balas Danial lambat dan terus menarik tangan Mia berlari ke tengah pantai sambil ketawa kegembiraan.




fariesyah : korangg , tk best ea ? bce laa yee ? heeee :D pnat aku buat tauu .. korang bce
                smpai hbiss citer ni ! thankyou , okayy ? love youu sweet :*










No comments:

Post a Comment