Sunday 18 December 2011

BAHAGIA MILIK KITA BAB 4

Tup-tup sudah genap 3 bulan Mia menjadi setiausaha Danial. Dalam jangka itu juga, dia rapat dengan Danial, kalau Danial pergi outstation, pasti Mia akan mengikut, bukan arahannya tapi, arahan dari Danial. "Mia masuk bilik Danial.." panggil Mia lembut.


Mia tidak mengetuk pintu, tapi terus masuk, bukan kehendaknya yang pasti, kehendak Danial. "Danial panggil Mia?" tanya Mia. Hari ini Mia hanya memakai blaus hijau dengan kasut tumit tinggi berwarna putih, dengan tudung hijau, secalit lipstik.


Sudah kebiasaannya memanggil Danial dengan panggilan Danial, Danial yang menyuruhnya. "Mia.." panggil Danial lembut. "Hmm.." sahut Mia. "Duduk.." pelawa Danial, Mia hanya menurut. "Mia.." panggil Danial lagi. Mia memandang wajah Danial.


Danial terpanar bila melihat senyuman Mia. "Mia, lusa, Danial kena pergi Singapore.." beritahu Danial. "Ouh, so?" soal Mia bela. Danial hanya tersenyum. "So, Mia kenalah ikut Danial.." terang Danial. "Tapi..kenapa setiap kali Danial pergi outstation, Mia kena ikut? bukan apa, pelik sikit laa.." beritahu Mia.


Danial hanya diam, tidak tahu apa yang perlu di jawab kerana dia sendiri tidak tahu, sehari tidak melihat wajah comel Mia, boleh angau. "Hmm..takpa laa..nanti Mia ikut Danial yee.." balas Mia lembut. Mia melemparkan senyuman yang manis sebelum memulas tombol pintu.


"Mia.." panggil Danial. Mia berpaling dan memberi senyuman, Danial terpanar. "Err..jom pergi lunch sama-sama.." ajak Danial. "Hmm..sorry la Danial..Mia dah janji dengan Mira nak lunch sama-sama" tolak Mia perlahan.


Danial hanya mengangguk. "Sorry ya?" ucap Mia. Danial hanya mengangguk dan tersenyum, Mia membalas senyuman Danial seadanya. Terpanar Danial. Mia terus berlalu tanpa membuang masa. Danial meraup wajahnya.


JAM merangkak pada pukul 12 tengah hari, Mia menyuruh Mira pergi ke restoran yang selalu mereka pergi, Restoran Selera. Mia bergegas keluar dari perut kereta ke tempat duduk Mira. Mia menunjukkan bahasa isyarat untuk mengambil lauk yang terhidang.


Mia terus memesan air dan terus duduk di hadapan Mira. "Lama kau tunggu?" tanya Mia. "Takde la lama sangat.." balas Mira. Mia hanya mengangguk. "Kenapa kau tak ambik lauk lagi? Minum?" tanya Mia pelik selepas melihat meja yang kosong.


"Aku da order tadi, tiba-tiba teringin nak makan nasi goreng pulak.." terang Mira. "Aik? mengidam ke?" usik Mia. "Mengindam? banyak la kau.." balas Mira. Mia hanya tersengih. "Haa..Mira, sebelum aku terlupa, lusa aku kena ikut Danial pergi Singapore.." beritahu Mia takut terlupa.


"Hai..mentah-mentah dah rapat sekarang, mana Encik Danial pergi, kau mesti kena ikut..ada apa-apa nampak.." usik Mira pula. Mia mencebik. "Banyak la kau..bukan aku yang nak, Danial yang suruh..aku pun pelik kenapa dia pergi outstation, aku kena ikut, aku tanya dia, dia tak jawab..Lyn dulu jadi setiausa Uncle Idris pun takde la sampai ikut Uncle Idris pergi outstation.." terang Mia.


"Dia dah jatuh cinta dengan kau la tuh..sehari tak jumpa kau, boleh angau..kalau kau lambat sikit masuk, kejap-kejap keluar masuk pejabat tanya aku..rimas pulak.." terang Mira pula. Mia hanya diam membisu. Makanan dan minuman sampai, mereka terus menjamu selera tanpa bersuara.


SELEPAS makan malam dengan Mira, Mia terus masuk ke biliknya. Mata Mia hampir terlelap, tiba-tiba henfonnya berdering. Hadoyy..siapa pulak yang telefon aku malam-malam ni? Asal tak telefon esok pagi je? Hisshh! Gerutu Mia geram.


“Hello! Tak boleh ke nak telefon esok pagi?”marah Mia tanpa melihat nama yang tertera di telefon. “Hello..Mia, Syafiq ni..Fiq kacau Mia ke?”tanya Syafiq pelik. “Ea..Fiq, sorry-sorry..tak pun..ada apa Fiq call Mia ni?”tanya Mia malu.


Tuh laa, tak tgk lagi siapa yang call, kan da kena..malu! Mia dalam hati. “Hmm..Fiq nak ajak Mia dinner esok malam..ingat nak ajak Mia esok je..tapi Fiq tak masuk pejabat esok, so, Mia takde masalahkan?”terang Syafiq.


“Hmm..boleh-boleh, pukul berapa? Dekat mana?”tanya Mia. Syafiq hanya gelak. “Dalam pukul 8.30 dekat Restoran Island Cafe..”jawab Syafiq. “Ha..boleh-boleh..”balas Mia. “Mia tahukan dekat mana restoran tuh? Ke nak Fiq ambil Mia dekat rumah?”tanya Syafiq ingin kepastian.


“Ea..takpe-takpe..Mia tahu..don't worry okay..”balas Mia. Okay..Mia nak tidur kan? Nanti jumpa esok malam ea..bye..good night ..take care..”balas Syafiq lembut, Mia mematikan talian selepas menjawab.Asal tiba-tiba dia nak dinner dengan aku ni? Tak pernah-pernah pun..sebelum ni, lunch je..dinner pun dekat tempat mahal..kenapa ea? Arrgghh! Lantak laa..paling penting aku dapat tidur..gerutu Mia terus terlelap.


“MIA..masuk bilik Danial..”panggil Danial. Mia menurut.Mia masuk terus duduk di hadapan Mia selepas mendengar arahan Danial. “Mia..”panggil Danial lembut.Mia hanya memandang wajah Danial.


“Esok jangan lupa tau..”ingat Danial. “Esok? Ada apa?”tanya Mia bela.Danial tergelak, comel sungguh melihat wajah Mia. “Pergi Singapore la..”balas Danial.Mia menepuk dahinya. “Allah! Lupa! Haa..okay-okay..jadi-jadi..”balas Mia sambil tersengih.


 “Siapa lagi yang ikut?”tanya Mia. Syafiq..” balas Danial lembut.Mia mengangguk. “Kalau takde apa-apa, Mia pergi dulu ea..banyak kerja lagi ni..”terang Mia.Danial mengangguk.Ketika Mia mahu memulas tombol pintu, Danial menegur.


“Mia..”panggil Danial lembut. Mia berpaling sambil menghadiahkan senyuman. “Boleh kita dinner tak malam ni?”ajak Danial. “Hmm..tak boleh la Danial, Mia dah janji nak dinner dengan Fiq..dia yang ajak malam semalam..nanti tak tepati janji, tak elok pulak..”terang Mia serba salah.


Danial tersentak lalu mengangguk, Mia terus berlalu.Asal tiba-tiba Fiq dinner dengan Mia? Dia suka Mia jugak kea? Kacau daun la dia! Asal tiba-tiba aku jeles ni? Aku sukakan Mia kea? Aku cintakan Mia kea? Ye! Memang aku cintakan Mia! NURUL MIA SARAH!!!!


MALAM ni, Mia hanya memakai seluar jeans dengan t-shirt panjang berwarna pink dengan tudung sarung berwarna pink. “Ea..kau nak pergi mana ni Mia?”tanya Mira pelik. “Pergi dating..”balas Mia selamba. “Dating? Dengan siapa? Dengan Encik Danial kea?”tanya Mira bertalu talu.


Mia masik beriak selamba. “Bukan laa..Fiq..”balas Mia. “Asal dengan Encik Syafiq?”soal Mira pelik. “Tadi ada jugak Danial ajak aku dinner, tapi terpaksa tolak..sebab Fiq dah ajak aku dulu semalam..”terang Mia. “Asal kau tak tolak je janji temu dengan Encik Syafiq..kalau aku, aku keluar je dengan Encik Danial.”balas Mira selamba.


“Aku tepati janji tuh je..dah laa..aku nak keluar dulu..dah pukul 8 dah..kalau aku layan kau, sampai esok pun tak sudah..”balas Mia selamba dan berlalu pergi.Mira mencebik.Kurang asam gelugur punya kawan! Ada kau kata aku macam tuh! Gerutu Mira dalam hati.


SELEPAS setengah jam memandu, Mia terus sampai di Restoran Island Cafe. Selepas memarking kereta, Mia terus masuk ke dalam restoran tersebut.Tiba-tiba, dia disapa oleh seorang pelayan perempuan yang cantik. “Selamat datang, Cik Mia..”.Mia hanya mengangguk.


Aik? Macam mana dia tahu nama aku? Aarrrgghh! Biar je laa..ea..tak boleh, kena tahu juga..gerutu Mia dalam hati. “Err..tumpang tanya macam mana cik boleh tahu nama saya yea?”soal Mia ingin tahu.Pelayan itu hanya tersenyum.


“Nama cik, saya tahu dari Encik Syafiq..”jawab pelayan perempuan itu. “Ouh, okay.. jadi dekat mana Encik Syafiq ye?”tanya Mia sambil tersenyum. “Sebenarnya Cik Mia, saya ditugaskan oleh Encik Syafiq, untuk membawa cik ke bilik VIP yang ditempah khas..”terang pelayan perempuan itu.


Mia terdiam. “Mari saya bawa cik ke tempat itu, sudah lama Encik Syafiq menantikan kehadiran cik..”sambung pelayan perempuan itu.Mia hanya mengangguk. Asal tiba-tiba Fiq tempat VIP ni? Sebelum ni tak pernah pun..pelik..tanya Mia dalam hati.


Selepas 5 minit, mereka sampai di tempat tersebut. Dari jauh Mia dapat melihat sesusuk tubuh Syafiq, walaaooo ! siap pakai berkut kut .. bukan main hensem lagi..pelik la..aku? pakai baju macam ni..peduli apa, dia bukan nak beritahu aku yang ada dinner special, paling penting, perut kenyang, hati pun senang.


Selepas pelayan perempuan itu pergi, Syafiq menarikkan kerusi untuk Mia, Mia hanya menurut dan mengucapkan terima kasih.Syafiq merenung Mia, Mia segera melarikan pandangannya. “Mia..”panggil Syafiq lembut, Mia hanya memandang Syafiq.


“Fiq, kenapa tiba-tiba dinner special macam ni? Sebelum ni, tak pernah pun..”soal Mia.Syafiq tersenyum. “Laaa..Mia tak suka kea?”tanya Syafiq.Mia menggeleng. “Fiq ade surprise untuk Mia..”sambung Syafiq. “Surprise? Apanya?”soal Mia teruja. “Mia..kalau Fiq beritahu sekarang, bukan surprise namanya..”balas Syafiq lembut.


“A’ah ea..lupa..”balas Mia sambil tersengih, Syafiq hanya tersenyum. Syafiq menjamu selera dengan Mia dengan makanan ala-ala orang putih gitu, steak meat.Selepas makan, “Fiq, apa surprise nya? “tanya Mia teruja.


Syafiq tersenyum, lalu dia menepuk kedua-dua belah tangannya. Mia mengerutkan dahinya. Kenapa dengan Fiq ni? Nak main tepuk amai-amai dekat sini ke? Soal Mia dalam hati.Tiba-tiba, datang seorang pelayan perempuan tadi dengan membawa dulang, tapi bukan membawa makanan tapi membawa kotak kecil berwarna merah hati.


“Mia..”panggil Syafiq, Mia menoleh sambil menghadiahkan senyuman. Syafiq terus bangun dan duduk di sisi Mia, Mia terpanar. “Mia, sudi tak kalau Mia menjadi kekasih hati Fiq? Dan menjadi suri di dalam hati Fiq dalam ikatan perkahwinan? Fiq nak Mia jadi milik Fiq sepenuhnya..”luah Syafiq.


Mia terpempam. “Mia, Fiq tahu, Mia terkejut pasal benda ni..tapi, Fiq betul-betul cintakan Mia, tapi Fiq tak kan memaksa..”terang Syafiq lagi.Mia menggeleng. “Fiq, maafkan Mia, Mia tak boleh nak terima lamaran Fiq..”balas Mia.


Syafiq terdiam. “Fiq..bukan maksudnya, kalau Mia tolak Fiq, Mia benci Fiq..tak, tak sekelumit pun..Cuma Mia nak Fiq faham..hati Mia ni kosong..takde siapa di hati ini..mahupun Fiq…sebab Mia anggap Fiq Cuma sebagai kawan..tak lebih dari tuh..dan tak pernah terlintas lebih dari ini..”terang Mia panjang.


Syafiq hanya tersenyum. “Kalau itu keputusan Mia, Fiq faham dan Fiq akan cuba memahami Mia ..Mia, percayalah..Fiq sentiasa menunggu Mia masuk ke dalam hati Fiq dan menjadi suri dan ratu di dalam hati ini..selamanya..”terang Syafiq.


Mia terdiam dan membalas senyuman. Mereka terus pulang dengan perasaan yang kecewa dan serba salah dan fikiran yang serabut dan bercelaru.Mia sampai di perkarangan rumah ketika jam berganjak ke pukul 11 malam.


“ASSALAMUAALAIKUM..”ucap Mia dan terus duduk di sofa dengan wajah yang kelat. “Waalaikumussalam..”balas Mira dan duduk di sebelah Mia. “Kau ni kenapa Mia? Macam ada masalah je? Tak kan lepas dinner, muka monyok jee..”tanya Mira pelik melihat wajah Mia masam itu.


“Fiq melamar aku..”balas Mia selamba, terjengil mata Mira.“Fiq..Encik Syafiq melamar kau? Habis? Kau terima tak?”tanya Mira terkejut. “Tak..”balas Mia sepatah. “Sebaik..”balas Mira lega. “Aik? Asal pulak lega? Kenapa? Kau takut aku kebas Fiq dari kau ea..”usik Mia.


“Banyak la kau..aku taknak Encik Danial terlepas..tuh je..sebelum tuh, asal tiba-tiba kau taknak terima Encik Syafiq? Baik juga dia tuh..hensem pun boleh tahan..”tanya Mira pelik. “Kau ni, cerita macam apa entah..mula-mula lega sebab aku tak terima Fiq..sekarang, kau tanya kenapa aku taknak terima dia pulak..”rungut Mia.


“Aku tanya kenapa je..aku tak suruh pun kau terima Encik Syafiq tuh..”balas Mira. “Alaa..kau tahu kan Mira, aku anggap Fiq tuh, kawan je..atau lebih rapat, macam adik beradik aku sendiri..aku tak pernah pun fikir nak menjalinkan hubungan cinta ke, suami isteri ke..macam mana aku nak kahwin dengan dia, kalau aku sendiri tak ada perasaan cinta untuk dia..”terang Mia tenang.


“Sabar je laa, Mia..”nasihat Mira. “Tak apa laa, Mira..aku naik atas dulu laa..assalamuaalaikum..”ucap Mia dan terus naik ke atas, Mira menjawab salam Mia dan menggeleng.Apa lah nasib kau Mia..sabar je laa! Teriak Mira dalam hati.










p/s : korangggg , bce kayy ? kalau boringg , sorry laaa .. lgi pown ni first karya aku laaa ..
        yess , i know , it so bad rightt ? but , my next nopen , will be the best .. learnt from
        a my mistake , kayyy ? ready , okayyy ? love you babyyyy :*
  




 


No comments:

Post a Comment