Tuesday 6 December 2011

BAHAGIA MILIK KITA BAB 1

"OUCCCHHH!" teriak Nurul Mia Sarah dan Danial Hakimi serentak. "Woyy! butakah? mata kau letak dekat mana hah?! dekat lutut ke?!" marah Mia. "Apahal?! kau tuh yang buta! mata letak sepah-sepah! nak salahkan orang pulak minah ni!" marah Danial pula.
"Ea! apa minah-minah?! mak bapak aku letak nama aku sedap-sedap, selamba badak kau je kata aku minah" tengking Mia lagi. "Laaa..kau ada nama ke? mak bapak aku cakap, orang jerit-jerit ni monyet! monyet kan tak ada nama!" perli Danial.
Mia mula mengembungkan pipinya, memang kebiasaannya, bila geram, pasti pipinya akan kembung, "Monyet kau panggil aku? kalau kau nak tahu, nama aku Nurul Mia Sarah la!" jerit Mia. "Nama sedap tapi perangai macam apa entah..kembung-kembung, macam ikan buntal!"sinis Danial.
"Kureng betul la kau!" marah Mia pula. "Apa-apa? malas aku layan kau!" marah Danial dan terus berlalu pergi. "Woyy!"jerit Mia, Danial hanya buat tidak tahu dan terus berlalu pergi. Kurang ajar punya olang! marah Mia dalam hati.


"KURANG ajar orang!" marah Mia. Mira Ariana hanya menggeleng, Mia itu lawa, cantik tapi lasak. Bukan tomboy yang pasti. "Kenapa Mia?" soal Mira pelik. "Tadi ada seorang laki tuh, dah langgar aku, bukan nak mintak maaf..tapi kata kau monyet..kureng betul la.." terang Mia.
"Laa..yeke?" soal Mira sambil tergelak. "Haiiissshhhh kau ni! gelak kan pulak, dah lah, aku naik atas dulu nak mandi lepas tuh solat.." balas Mia selamba dan terus menaiki tangga masuk ke biliknya. Malam itu, Mia memakai baju satin berwarna biru, rambut paras bahu dilepaskan pipinya yang putih gebu, bibir merah bak delima bila tersenyum, lesung pipit sebelah kanan terserlah, comel!
"Mira.." panggil Mia. "Mia, jom makan, aku beli dekat kedai depan tadi.."jemput Mira. Mia tersenyum melihat rakannya, dengan kulit yang hitam manis, lesung pipit di sebelah kanan juga rambut paras bahu, lawa! untung Syukri Syahidan!
Mia terus mengambil tempat di hadapan Mira. "Lawa kau hari ni Mia.." usik Mira. "Kau jangan nak merepek ea Mira, macam biasa je lerrr.." balas Mia. Mira tergelak. "Ea, Mia, kau tahu tak anak Tan Sri Idris dah balik dari luar negara?" tanya Mira.
"Anak Tan Sri Idris? siapa? kenapa?" tanya Mia bertalu-talu. "Danial Hakimi, esok dia gantikan tempat Tan Sri Idris.." terang Mira. Mia hanya mengangguk, Mira dan Mia bekerja di tempat yang sama, Mentari Holdings.
Selepas makan, mereka mengemas meja dan menonton televisyen dan masuk ke bilik untuk merehatkan mata mereka, esok aku jumpa bos baru aku! jerit Mia dalam hati.


p/s : guys , ni memng sye yng buat sndiri .. bkn ambik suke-2 .. ni memng sye yng ciptaa sndiri kayy :)


No comments:

Post a Comment